Sabtu, 15 Oktober 2011

Market view 16/20

GBPUSD -Daily

- Kali ini kita tunjukkan chart dengan setting 'Williams'... ehekkk.

- Apa yang baiknya dengan gunakan teknik ini? Ya.. sekali lalu tengok nampak lah moving average line tu yang orang panggil 'Alligator' cross sana-sini.. ada yang disebut sebagai jaws, teeth dan lips.. rujuklah indicator tu kat platform anda.

- Bagi kita pula.. kita beri lebih perhatian kepada 'fractal'.. iaitu yang bertanda arrow tu. Apa maksud fractal? Istilah fractal dibuat oleh BenoƮt Mandelbrot pada tahun 1975 dari kata Latin fractus yang artinya "patah", "rosak", atau "tidak teratur".

- Haa.. kan senang kalau tau maknanya.. tak lah kita tergagau-gagau nak memahamkan. Ok, kalau dah faham maksud fractal senanglah kita semua nak faham apa itu 'Support' dan 'Resistance' ... betol tak?

- Jadi dalam gambar tu.., fractal yang di bawah ialah 'Support'... dan di atas tu ialah 'Resistance'. Oleh sebab semua orang dah nampak semua garisan 'Support dan Resistance' tu... kita pun nak bagi soklan yang berbunyi begini :-

a) Jika harga boleh tembus 'hidden fractal' kat no. 4... harga di projek kan ke mana?

b) Jika harga lemah dan pusing balik ke below fractal no. 3... ke mana dia nak landing?

- Kikiki... kan seronok nak memorex kalau ado soklan sebegini... time ini lah elok kita gunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan supaya jadi lebih fokus untuk membuat pelaburan . Uhukk! Dan adakah mustahil ketika ini semua duit tabung raya kita jadi 2 atau 3 kali ganda nilainya daripada apa yang telah kita laburkan?

- Bersabar lah.. Insya Allah usaha kita akan berjaya.. dan ingati firman Allah yang bermaksud :-

Al Israa' : 83
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.





EURUSD - 60mins

- Alhamdulillah.. +750pips dalam 2 minggu.. dari bottom tu hinggalah market tutup hari Jumaat. Wajar sangatlah kita close half dan carry half.. dan yang seronoknya ado laei 'lobang gap' sebelah atas tu yang masih menjadi target kita.

- Minggu ni kita buatkan video supaya kita semua ramai-ramai boleh ingat dan take advantage bila pattern crab (ketam) senget ni emerged. Dan off-course lah semua pattern-pattern yang muncul adalah suatu peluang untuk di cuba.. untung dan rugi memang adat berniaga.. so ikhtibar nya ialah jangan sesekali gelakkan orang, akibatnya mana nak letak muka.. ibarat orang tua pesan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa, akibatnya meludah ke langit muka sendiri yang basah !!!

- Now tabung ayam kita dah penuh.. keluarkan sedikitlah buat belanja/sedekah... insyaAllah bertambah-tambah rezeki nanti... next step mungkin retrace dalam -377pips atau dia boleh terus pecut sehingga menjadikan jumlah dari bottom tu nanti +987pips, ehehehe... Amiinnnn..!



Dollar Index 240min

- Jatuh ke X kembali... dan perhatikan MACD nya.. -30 itu bermakna dia akan meleret turun dan jika anda rajin nak menyemak.. semak lah MACD nya ini ketika dollar berada pada paras terendah tahun ini iaitu 72.68 .., anda akan dapati paras MACD nya ketika itu ialah di atas paras -30. Wow ! Amazing... ini bermakna ketika ini BUKAN oversold... tetapi a new trend akan developed..!!!

- Kita semua telah melihat dalam video di atas bilamana pattern Crab emerged.. dan telah melihat juga apa kesan dan hasilnya kemudian.., maka harus lah kita mengambil iktibar duhai para 'sahabat'ku yang budiman akan apa yang bakal berlaku kepada dollar ini kemudian.., bukankah sejarah itu menjadi rujukan dan tauladan untuk kita.

- Kemudian daripada ini harga akan menuju ke B, maka bilamana penerobosan B berlaku para hedge fund akan panik, mereka akan meng hedge kan posisi belian mereka kepada jualan, tatkala itu harga akan laju ke bawah (setelah bounce ke X) menerobos pula A dan C. Ulang tayang lah video EURUSD tu berulang kembali tatkala harga mulai menerobos B, C dan A untuk gambaran lebih jelas gerakannya bagaimana.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot