Ahad, 28 Ogos 2011

EURUSD - Terbang atau Terjun ???


EURUSD 60min

- Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Posting ini kita buat sebelum kita melabuhkan tirai bulan Ramadhan ni untuk menyambut hariraya yang dijangka pada hari Selasa nanti. Tak banyak gerakan di sepanjang ramadhan ini yang menyaksikan kita lebih banyak lepak tepi sementara menunggu waktu berbuka puasa mahupun waktu Isyak untuk bersolat sunat tarawih.

- Jumaat lepas Wak Bernanke cakap..."no Q3"... that's it... kita cuma nak dengao itu aje... yang the rest baki-baki "interpretation" speculator tentang FOMC di bulan Sept, kita rasa kita boleh ignore. Well... Wak Bernanke benar-benar mengecewakan ramai orang Jumaat lepas.

- Signal Wak Bernanke kita baca bahawa problem di US tidaklah seteruk seperti yang di sangka oleh banyak pihak.. ini sebenarnya menimbulkan banyak persoalan siapakah di antara 3 kuasa ekonomi dunia yang sedang mengidap barah otak? Adakah betul tekaan kita bahawa Euro? Huhuhu~... Jawapan ini kita akan temukan pada penghujung 2012..!!!

- Buat sementara waktu ini kita attachkan chart di atas. Kita akan lihat level "exit" bagi bull dan bear. Sila marking level-level tersebut kerana jika pecah level-level tu... kita akan dapat kepastian next level mana dia nak pergi. Bulan Sept nanti tentulah kita mesti berkira-kira dengan rupabentuk candlestick quater ini (Jul-Sept) bagi tujuan menentukan halatuju quarter hadapan (Oct-Dec)..

- Kita pilih bearish untuk EURUSD berdasarkan kepada tiadanya Q3 di US... kita pun dah bagi rujukan tentang apa jadi jika ada Q3... and now... Wak Bernanke cakap takde... takde means takde lah.. buatpe kita cakap "nanti ada" dan bagi macam-macam"interpretation"... ye tak?

- So.. sekali lagi kita ucapkan "Selamat Hari Raya dan Mohon Maaf dan Ampun Bebanyak Jika Selama Ini Kita Terkasar Kasar Bahasa dan Melukakan Hati Kekawan Semua"

- Wassalam... :))

Jumaat, 26 Ogos 2011

Apa Jadi ... Jika dot dot dot


- Apa akan jadi jika Bernanke malam nanti ada cakap tentang pelan Q3... Uhukkk !!! Mengikut jadual di atas (itu kita cilok dari website lain, tapi dulu kita dah pun tunjukkan gerakan yang serupa cuma dalam bentuk chart USDX).., setiap kali jika quatity easing di lakukan..., gerenti dollar akan lemah kemudian nya.

- Itu adalah fakta dan sejarahnye.

- Apakah Bernanke malam nanti ada cakap atau tidak? Itu aje yang ramai tertunggu-tunggu. Jika ikut rentak terkini dan sensasi... mungkin Bernanke tak cakap apa-apa pun pasal Q3 sebab dia dah berulang-kali cakap dalam press conference selepas Fed meeting tempoh hari bahawa dia tak fikir pun ada Q3 lagi. ( klik untuk membaca )

- Cakap tu kita dah rekod masuk kepala.

- Walaupun begitu Goldman Sachs dilaporkan berkata Fed perlu menyuntik tambahan 1 billion untuk Q3 yang akan datang..... uhuhu~.... semua berita ni bikin kita fenin lalat's lah... sekor cakap ade... sekor cakap takde... ehehe... so cara selamat ialah "kita tengok dulu dari tepian longkang"... nak raya neh.., elok lah kita layan lagu Siti... ( klik untuk menonton )

- Ehehehe.. ah ahh ahhhh...


GBPUSD - 2 Pilihan



GBPUSD 5:20pagi

- As buy kita kantoi... kita stand-aside today

- Kelihatannya seperti ada dua jalan dia nak pergi... ke bawah kah atau ke atas kah?... Ehekkk !!! Apa pun bisa berlaku harini... naik pullback dulu pun boleh... terus terjun pun boleh. Semua boleh... yang tak boleh ialah jangan sampai Cik Marginah ketuk pintu.

- Eeee i tak rela U.. nak raya ni.. tunggu next week aje lah


EURUSD - Emerging Pattern


EURUSD - 5pagi

- Seperti yang kita pesan.. short bila bonggol jadi 3.. uhuhu~... now i think dia sebijik nak jadi macam audusd... maknanya jatuh tapi dia boleh pullback juga dengan pantas.

- Apa pun yang akan berlaku pada hari ini akibat dari Bernanke nak cakap pasal QE3... kita rasa market hanya akan menunjukkan arah nya pada minggu hadapan... tetapi mengikut tabiat EURUSD ni yang selalunya jatuh ketika anak bulan muncul... kita rasa lebih aman untuk meletakkan short jangka-panjang selepas hari raya... ie selepas dia pullback.

- Nak raya nie... ehehe... i tak rela youuu~

AUDUSD - Sell Zone


Jam 4:30pagi

- Kita akan open sell bila dia masuk ke kawasan FE 61.8... dan kita jangka dia akan bergerak pantas... jadi kita pun xmo tunggu lama-lama... ado chance dia boleh bounce naik cepat juga nanti
tetapi pullback itu mungkin kita akan lihat ianya adalah peluang kedua untuk kita short sekali lagi untuk ke FE 423.6..

- Sebagai peringatan... M ini kita lukis untuk target extreme... iaitu harga akan jatuh below X... oleh itu bila dia pullback kelak dia akan ke X kembali dan juga mungkin ke B... dengan syarat level A tak pecah pula ketika pullback kelak... kita mungkin akan dapati dia ni terjun tanpa payung terjun..

- Berapa cepat benda ini berlaku dan adakah benar forecast kita ini... hanya Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui.


Khamis, 25 Ogos 2011

EURGBP - Sell Zone


Jam 7:45mlm

- divergence
- W signs (topping)
- upper channel

short target??? >>> 127.2%, 100.0% or 76.4% (bottom channel)

Silver - Buy Zone


Silver - daily chart

- Semasa 2008... tatkala matawang lain kena tibai dengan dollar... yang steady tak terikut dengan gelombang market ketika itu ialah gold dan silver... kita perhatikan bahawa simptom 2008 sedang mulai menjelma tatkala ini... apo dio?

- Gold start jatuh
- Silver dah selesai jatuh

- Minggu depan ialah minggu yang ke-34 dalam kiraan fibo dan kita juga telah memasuki zone 233 hari tahun ini. Semua kiraan-kiraan ini menunjukkan ada sesuatu akan berlaku tetapi off course lah kita tak boleh confirm apa-apa pun.

- Ini semua ibarat mimpi
- Isyarat untuk kita semua alert

..... !!! .....

Jepun Kekang Kenaikan Yen


Berita free... hehe hehe hehe~

TOKYO 24 Ogos - Jepun mengumumkan peruntukan berjumlah AS$100 bilion (RM300 bilion) untuk membantu mengekang kenaikan Yen yang dikhuatiri menjejaskan pemulihan syarikat-syarikat di negara itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kewangannya, Yoshihiko Noda selepas Yen melonjak ke paras tertinggi sejak pasca perang berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran kebimbangan ekonomi global.

Menurutnya, peruntukan itu akan menggalakkan firma-firma untuk membuat pertukaran Yen kepada aset-aset dedominasi (denominated) asing, dengan kemudahan satu tahun dengan sasaran menggalakkan aktiviti penggabungan dan pengambilan alih untuk mengukuhkan Yen.

Pakej itu bakal membuktikan Kementerian Kewangan Jepun terus mengukuhkan pemantauan pasaran pertukaran mata wang, dengan meminta peniaga-peniaga melaporkan kedudukan dagangan pada akhir September. - AFP


Rabu, 24 Ogos 2011

GBPUSD - Haiiittt yah!!!

GBPUSD - 11mlm

- Danger sebenornye kalau counter dia... tapi kita try ajelah... sebab ramai yang short dia... jika ikut kebiasaanya... jika ramai short... dia boleh bounce balik... ehehe

- Tak perlu amik profit banyak-banyak.. saje lah buat sakit ati anak-anak beruang tu... lagi pun takde divergence... silap haribulan memang dia boleh archieve FE 61.8 dan FE 100.0

- Hati-hati je.. nie nak raya.'


Selasa, 23 Ogos 2011

EURUSD - Satu round lagikkk...

EURUSD - 10:00 mlm

- Kuang3x... dia mengikut jalan cerita kita... touch 127.2% dan gostan... ramai short dia ni... hehehe.. mmg best.. kita beli lagi di zone ini kerana yang naik petang tadi tu ialah "salam mesra" kerana melepasi bearish channel.. and now dia pullback.

- Let's play dengan anak-anak beruang neh. Next target ialah above 127.2% or even more higher lah omputih cakap... tapi akalu agak-agak telo kecut.. amik lah berperingkat-peringkat.. nak raya neh... beringat-ingat sket..!

- Kita akan standby short bilamana kita semua lihat ada divergence pada tf nie selepas wujudnya bonggol kedua dan ketiga.. yang current bonggol nie kita kira bonggol nombor satu, yek!


Isnin, 22 Ogos 2011

EURUSD - Last round ???

EURUSD - Jam 11:45mlm

- Kita try kali kedua untuk membawa dia naik... ke level yang kita idamkan seperti yang telah kita gambarkan sebelum ini.

- Dan kita rasa ini adalah last round.

- Kalau menjadi.. ok ler.., kalu tak menjadi itu adalah petanda bahawa MUNGKIN euro ini mulai menyusun langkah untuk terjun kaw-kaw.

- Seperti biasa lah mengikut teori Dow guna fibo.. selagi zero level tak break.. trend masih valid... oleh itu jika euro dalam minggu ini jatuh below zero level tu.. next week kita cari entry short lah.., tapi minggu depan raya lah kan.. so kita makan kuih raya dulu lah.. ngeee..!!!


Rabu, 17 Ogos 2011

GBPUSD - BREAK HIGHs


GBPUSD - 10:30mlm

- Kita berjaya "menyelamat"kan short malam tadi sebelum news BOE interest rate petang tadi.. nevertheless sekarang kita nampak dia nak ke mana lepas ini.

- Percaya atau tidak... antara dia ni dengan eurusd seperti telah di setup untuk buat high pada tarikh 21hb-26hb Ogos... dan untuk knowledge kita semua pada 21hb Ogos adalah bersamaan dengan 233 hari mengikut kiraan fibo pada tahun ini.

- "La tahzan"... usah berdukacita... insyaAllah kita semua akan bertembung dengan high mereka berdua ini yang bakal membuka peluang untuk kita semua mengeshort mereka tidak berapa lama lagi... insyaAllah.

- Buat sementara ini sehingga tarikh yang kita nyatakan di atas.. jika anda berhajat mem'follow' mereka apa salahnye lah... banyak pips bisa diperoleh... for me.., i lepaks tepis.., kita sedang menjaga MM supaya bila tiba masanya kelak tidak lah kita terkapai-kapai mencari margin.




EURUSD - Ready for reversal ???

EURUSD.. KHAMIS.. 10mlm

- Kantoiii...
- Tak mengapa... rugi sikit takde hal
- Idea ke 1.4850 masih valid..



EURUSD.. KHAMIS.. 6PAGI


- Hijau dan biru level beli
- Level merah stoploss
- Target pecahkan high semalam dan kemudiannya ke 1.4850


EURUSD 8mlm

- Dia tunjukkan sign sekali lagi... but now kita rasa dia bersedia untuk memecahkan line triangle di sebelah atas... berjaga-jaga..!

- Dan.. jangan open short jika dia tak keluarkan tanda seperti tanda-tanda yang telah kita tunjukkan... setakat jam ini... kita agak yakin dia akan jadi W seperti gambar dia sebelum ini.. if that happen... better follow aje..



EURUSD - 6pagi

- Kita bulat-bulatkan sebagai rujukan kombinasi bagaimana dia ni selalu buat sesuatu setting untuk reversal ,,, ini untuk rujukan lain kali ,,,, biasanya kita rujuk pada chart marketiva.

- Standby... apa-apa pun boleh berlaku .... yang ini hanya contoh bagi sesiapa yang "blur" apa nak buat or jalankan trade.


GBPUSD - 3Triple Tops


GBPUSD - Jam 1:15pagi

- Kita mencuba.. short di zone 1.6434-6455... Stoploss above 1.6489.
- Kita harap kita dapat makang besar di 1.6070.. tapi dop tau ler jadi ke tidak.
- Kira kalau dapat separuh pun atau suku dari perjalanan itu pun kita kira ok.
- Nak raya ni elakkan diri dari trade lebey-lebey.
- Anggap dahulu apa-apa yang turun tu nanti (EU dan GU).. sebagai pullback
- Hati-hati sedikit ye.. dop nampak laei yang betol-betol breakout.


Selasa, 16 Ogos 2011

EURUSD - Huuu... Nanti dulu..!




Dengorkan dahulu pesanan penaja..
ehiksss..

Sabtu, 13 Ogos 2011

ERUJPY - Karam ???


EURJPY - 60mins

- Rupa bentuk dia serupa macam GBPJPY.. as kita cakap bahawa Yen crossing ni, jika boleh jangan hold buy lagi.. "not yet" omputih cakap. Kita pun tak fikir buat waktu terdekat ni G7 akan masuk intervened menyokong BOJ. "not yet" omputih cakap..

- Perlu kita ingatkan bahawa intervention yang di lakukan oleh G7 hanya telah berlaku sebanyak 2x aje , first pada 2000 dan second selepas Jepun kena tsunami haritu. Kalau nak harap dia intervened pun selepas ini.., kita rasa mereka akan masuk apabila harga jatuh below level yang mereka masuk dahulu.

- Let see if idea kita ini betol... EURJPY dan GBPJPY akan jatuh below low price tahun ini... kemudiannya nanti kita akan lihat dia terbang serupa macam dia terbang lepas tsunami haritu.


Bersedia... Apa pun boleh terjadi..


Salam hormat;

- Minggu ini kita takde update view... semuanya masih dalam kandang xmo keluar... bagi scalper mereka dapat banyak duit nak buat enjoy sempena hari-raya... sebagai position trader kita banyak tido, so hasil pun memang kureng... ehikss

- Baikkk lah, last week pair yang sedap dan mantap ialah USDCHF yang telah pun kita counter semasa dia "kerasukan" di level 0.7089.. dengan sekali tendang sahaja kita mencapai >610 pips dengan 2 posisi !!! Kih3x

- Semua orang mau kasi tiow sama dollar.., tapi wa cakap sama lu mereka akan kecewa. Bukan sebab kita suka sangat dengan dollar.., tetapi sejarah terdahulu menunjukkan tatkala dunia ekonomi bergegar..., semua orang menyelamatkan pegangan mereka dengan mencium kaki dollar yang busuk tu sungguh-sungguh.

- Macam USDCHF nie contohnye lah.. jika yang bawah tu ialah bottom... kita menjangkakan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun dia boleh mencapai kembali level 1.7.. jika dia ni boleh retrace sampai ke level itu... agaknya berapakah nilai EURUSD ketika itu? .. kuang3x..


Sekian, wassalam

-

Khamis, 11 Ogos 2011

EURUSD - Scalp


EURUSD 8mlm

- Scalp sebelum kita tebas sekali lagi...
- Stoploss 1.4100

GBPJPY - Retrace...???


GBPJPY 6:30ptg

- Seperti yang kawan kita "Jenahak" tanya kan.., maka kita jenguk kejap boley ker tidak di counter pair ini... jawabnye = "yes"... tapi bukan untuk swing-muing sampai pening.

- Semua orang tahu, bila shares index jatuh... yen akan strong... itu memang berlaku sejak dulu pun... idea kita ialah buat waktu ini JANGAN memegang "buy" crossing yen.terlalu lama.. apa yang boleh kita buat ialah counter kejap dan pastu "cha alif baa wau taa"

-
Bagi GJ ni komen kita ketika ini ialah... ada divergence pada kedua-dua oscilator.. berada di FE 161.8%.. kiraan bentuk M kaki panjang mungkin telah selesai di sini... MAKA jika benar dia akan retrace naik target nye ialah ke X dan B warna kuning.



USDJPY - Intervention

Khamis.. 4:30ptg

- BOJ di laporkan sekali lagi masuk campur tangan bagi menghalang Yen mengukuh. Kita tunjukkan dalam chart di atas dari awal Ogos BOJ telah secara serius masuk campur tangan sebanyak 4x dah... itu suatu jumlah yang banyak.

- Sementelahan pula kita terpandang ada nya daily pivot-X yang dia sengaja tinggalkan, dan ada divergence.. kita pun try lah menurut rentak BOJ. Kita pun campur tangan gak lah.. kah3x.

- Dengan peringatan bahawa trade mengikut bontot BOJ ni belum tentu akan berjaya, maka kita meletakkan stoploss di 76.21 untuk ke target idaman kita ialah ke pivot-x. Tetapi kalau dapat lebih-lebih lagi pun ok jugak lah... kih3x...

- Selamat berjaya kita doakan... InsyaAllah.


Rabu, 10 Ogos 2011

USDX - Cukup ???

Rabu.. 8:30pagi

- Mungkin pandangan kita ini akan salah... yelah sebab dia tengah terjun, semua orang gumbira kerana nak padamkan dia terus. Uhukkk..., tetapi mereka kita fikir terlalu teruja banget... lebih-lebih lagi dengan berita bahawa Fed akan mengekalkan kadar faedah nya sehingga sekurang-kurangnya sehingga mid-2013.

- Kita fikir ini akan membuka peluang "rumours menguasai pasaran". Ye.. seperti masa-masa lalu bila rumours kadar faedah akan di naikkan berlegar di dalam market, duit berkenaan akan tetiba jadi kuat cam ultraman.

- Ini boleh kita lihat Euro dan Pound contohnye di awal tahun ini... dia naik bukan sebab dia kuat... tetapi sebab rumours berbulan-bulan mengenai kenaikan kadar faedah... tetapi yang magiknya bila Euro naikkan kadar faedah.., kenapa pulak Euro menurun???

- Itu ajelah idea kita buat masa nim.. ehiksss!!

GBPUSD - Corrective


Rabu 8pagi

- Kita mengeshort dia.. kerana adanye pattern seperti di atas.. walaupun mungkin dia ni boleh memanjat hingga ke daily R1.. tetapi kita ambil keputusan untuk mengikut view EURUSD berdasarkan kepada harga mereka yang agak seiring 320-360 vice-versa

- Biasanya jika harga mereka seiring atau hampir sama (nilai ratusnya).. itu bermaksud mereka sedang membuat rejection atau crossing sesama mereka.. siapa yang lebih dominant akan membawa mereka ke alam fantasi yang seterusnya (memecut ke atas atau terjun tanpa had).

- Jarang orang sebut benda ini... tetapi mari saksikan hasilnya kelak.

EURUSD - Corrective ??


Rabu .. 5 pagi

- Dengan peringatan bahawa ini juga merbahaya untuk di counter... kita cuba juga... dengan mengambil gambaran bahawa setting weekly candlestick dia telah di setup untuk dia membuat terjunan gaya bebas melepasi paras 100% seperti yang kita semua nanti kan.

- Bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan... sekali lagi kita doakan kita semua berjaya dan berjaya berkali-kali lagi... insyaAllah.

USDCHF - Counter Trend


Rabu... 4pagi

- Pagi ini kita mulai mencounter trend pair ini dengan maksud dan harapan.. kali ini berjaya.. InsyaAllah.

- Ada beberapa bulan yang pair ini telah meninggalkan pivot bulanan dia dengan sengaja.. dan jumlah nye ialah 5

- Ada bullish divergence pada Relative Vidor Index yang walaupun harini dia terjun -500pips.. ehekkk... kan magic tu... terjun kuat tapi oscilator dia naik.

- Kita tak menjangka dia akan naik serta merta... mungkin juga dia akan buat sekali lagi terjunan papan anjal ke support ketiga bulan ini... tetapi kita tetap menjangkakan dia akan membuat pullback yang besar di kemudian hari.

- Kita syorkan mencounter dia dengan volume / lot yang kecil sahaja atau bersedia dengan satu atau dua lot standard di level 200% untuk target jangka panjang sekurang-kurangnya dia akan berpatah balik ke level 100%.

- Berjaya kita... InsyaAllah.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Market View 8-12


Dollar Index -240min

- Perghhhh... US loses AAA credit rating for first time ever !!! Baca sini....

- Walau data NFP memihak kepada US.., tetapi dalam situasi kelam-kabut sekarang ianya tidak dapat menjamin dollar boleh mengukuh. Stock market mulai menjunam, ViX mulai meroket, Gold/Silver terus mendaki, Yen & Swiss mulai di interven.. apo ko bondo yang sedang berlaku ni, sehingga kita pun terikut-ikut kelam-kabut ??

- Minggu depan dollar akan bertembung pula dengan Pak Bernanke.., yang pastinya akan keluar soalan tentang quatity easing versi ketiga. Interest-rates kita fikir tidak berubah.

- Adakah dollar akan terjun terus ??? Kita tak dapat pastikan lagi ketika ini.., elok aje kita buat bodo ikut view pattern ini..., sehinggalah muncul pula emerging pattern yang baharu.

- Catitkan di kalendar tarikh 8, 13, 21 ... kalau orang tanya ada apa pada tarikh tu..?.. Jawab aje raya puasa semakin hampir. Ehekkkk..!!!



EURUSD - 60mins..

- Yeahhh.. berjaya melipat... tetapi bertembung dengan level-level fibo di bahagian atas.. ehekkk!.. Apo nak buek lepas nie ??? Makan aje dulu bila market open sesubuh Isnin. Jangan citer banyak sebab pada level confluence biasanya memang ada pembalikkan harga.

- Walaupun daily dia naik... tetapi weekly candlestick sehingga penutup hari Jumaat menunjukkan bahawa EURUSD sedang di setup jatuh ke bawah.. uhukkkk..!!! Tak caya check sendiri yek..

- Melainkan jika open price hari Isnin melepasi paras fibo zero level warna purple, di saat ini kita fikir dia memang mau junam.. ini kali MUNGKIN junam maut... uhuhu~ Tetapi dalam forex apa-apa pun bisa berlaku. Mungkin renungan kita ini akan salah... dan harga akan meluru naik ke atas sebab berita US credit rating di downgrade kan.

- At least... kita dah beri amaran tentang bearish setup candlestick di weekly chart yang bertentangan dengan news negative tentang USD yang terbaharu. Sila berhati-hati..!!!

Jumaat, 5 Ogos 2011

EURUSD - UpdateView

Update View
Jumaat 3:00 am

- Kita fikir jika harga berterusan turun below Fibo Fan 76.4 dan FE 61.8, view ini akan invalid dan mungkin harga akan turun mencari FE 100.0 dan FE 127.2

- Tetapi buat masa ini, kita fikir idea dia akan terbang melepasi paras 1.45 and above masih boleh kita guna-pakai. Stoploss tak lebih dari 1.4089-1.4055..., kita prefer dia terbang sehingga waktu dan harga yang akan kita check kemudiannya kelak.

- Selamat mencuba, mudah-mudahan kita semua berjaya berkali-kali lagi... InsyaAllah.

Khamis, 4 Ogos 2011

Rabu, 3 Ogos 2011

GBPUSD - Follow melipat


update view 12:05 tghmlm
Ogos 3... ek ???... 8+3=13

Selasa, 2 Ogos 2011

EURUSD - Korner lipat

update view jam 11:45 mlm
Selase Ogos 2

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot