Jumaat, 30 Mac 2012

STAND-ASIDE


ADA "Gerakan mendadak"

SEWAKTU MARKET OPEN PAGI INI
BETTER KITA STAND-ASIDE

UNTUK HARI NI




Khamis, 29 Mac 2012

EURUSD - Short !


----------------------------
Semalam... harga jatuh ke 1.3304
lepas tu harga pullback dan
kita fikir harga failed untuk ke 1.3359
----------------------------
time: Asar
----------------------------

Selasa, 27 Mac 2012

Timing Table


- Jadual di atas ialah masa-masa yang dikirakan sebagai sesuai untuk kita lakukan tinjauan untuk mulakan niaga dalam waktu-waktu seharian dalam tempoh seminggu. Ini ialah sejenis ilmu yang kita ringkaskan bagi tujuan perkongsian bersama. Sapa suka boleh guna.., tak suka baca aje lah.. free info maa~.

- Permulaan waktu ialah setiap hari mengikut terbit matahari.. sehingga terbenam matahari.. sehinggalah kelak terbit fajar sadiq (munculnya warna putih di ufuk..).. jadi tempoh masa setiap hari ialah 24 bahagian.

- Kirakan masa terbit matahari hingga masa terbenam matahari dan kemudian dibahagi dengan 12, kita akan dapati jurang masa yang kemudiannya boleh lah kita isikan dalam ruang kosong sebelah atas tu secara berturutan. Waktu ini akan berubah mengikut kitaran matahari terbit dan terbenam mengikut tempoh musim yang tertentu.


- Ada banyak kegunaan jadual ini sebenarnya.. kita cuma tampal kat dinding sebagai peringatan setiap hari... Cari masa yang positif untuk mencuba peluang yang muncul dan cuba elakkan waktu yang negatif.

- Waktu-waktu yang positif selalunya muncul sesudah waktu solat-solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.. kenapa ek ? I donno..!

EURUSD - more highs ?

EURUSD 240min

- Semalam dia breakout. Soldadu kita tercedera, kena bawak balik masuk ke wad rawatan buat sementara waktu. Isnin, Selasa dan Rabu.. doktor cakap kena bawak berehat. Serangan udara dari pihak bersekutu masih berlaku. Jadi elok lah kita rehat dahulu, kecuali ... askar dia termasuk balik ke dalam parit 1.3304

- Bernanke bikin spoiled.. dia cakap nak kena cetak duit jugak.. kalau tak cetak nanti ekonomi Amerika tak boleh berkembang, peluang pekerjaan masih tidak memberansangkan.. adoiii.., pak jangelot ni memang selalu dovish.. dia selalu bikin kacau ana punya jalan lah.

- Tak apa.. bulan jamidul awwal ni.. kita marking hari-hari yang kita elakkan dari letak trade.. tapi kalau pada hari tu dah ade posisi.. elok jugak letak tsL untuk keselamatan. Kita letakkan jadual tu kat bawah.. warna hijau hari boleh tengok peluang.. warna merah hari tengok-tengok aje.. warna hijau pekat consider sebagai hari yang peluangnya agak baik untuk niaga..

Sabtu, 24 Mac 2012

USDJPY - Belum Selesai


USDJPY - 240min

- Current rise nampaknye belum selesai..

- Walaupun begitu, dia jatuh ni kita rembat sambil berlari-lari sebab takut terkucil. Bentuk ini tak cakap dia akan jatuh terus gedebum.. nampak gaya macam mirip nak jadi crab. Crab akan makan semua kepala A dan C nya.

- Scenario minggu depan ialah dia mungkin akan masuk ke dalam kotak merah yang pertama tu dan kemudian akan cubo meloloskan dirinya ke atas kembali untuk mencabar double top.. kita percaya dia akan berjaya untuk ke 85.

- Selepas itu kita akan lihat potensi reversal berlaku (jika ada)..

Jumaat, 23 Mac 2012

EURUSD - 8 Jumaat

Jumaat ke-8
Bentuk head and shoulder
Berjaga-jaga.., jika pattern tak menjadi !!!
dalam dunia forex, apa pun biasa berlaku
..Bias kita ialah ke bawah..

Khamis, 22 Mac 2012

GBPUSD - Short !


--------------------------
Warna hijau tu nowdays mereka sebut shark pattern
but kita lebey suke sebut pattern 5-0
--------------------------

Rabu, 21 Mac 2012

GBPJPY - Try...

-------------------------
Just try with a small shorts
-------------------------

EURUSD - Trade View


-------------------------
ada 2 gambaran yang boleh kita beri
1) developing bearish 5-0
2) emerging bearish crab
dan syaratnya sama
a) jangan lebih ke atas dari kotak
-------------------------

EURGBP - Double trouble

----------------------
dia ni ibarat tukang kacau daun
bila dia naik gu turun
bila dia turun gu naik
adesss... bila lar dia nak duduk diam?
---------------------

USDCHF - Simpang 3


----------------------------
a clear break below 0.9067
adalah petanda harga akan
menuju ke 161.8% & 261.8%
for next episode....
----------------------------

Gold - Standby

------------------
as seen at 8:45am
------------------

Selasa, 20 Mac 2012

NZDJPY - Crab Bearish

---------------------
11:30mlm
Bentuk dah matang
tapi yen masih lemah gemalai
berhati-hati lah selalu..
takut-takut dia breakout ke atas lagi
---------------------

AUDUSD - Bearish 5-0

---------------------
11:00 mlm
Esok tengok balik
kat dalam kotak D = decision
ini 5-0 bearish... expected harga
jatuh below 0 level
---------------------

GBPUSD - update view

EURUSD - Update View


-------------------
no comment
let's see where price
will failure...
-------------------

T-BOND - Bullish Crab

T-Bond Daily

- Pagi ini kita lihat dollar jatuh lagi.. nevermind.. semua posisi swing kita ialah tanpa leverage. Oleh itu tiada apa yang perlu di risaukan sangat. Setakat pagi ini...kita masih yakin swing kita akan menjadi.. ehekkk.

- Kita letakkan gambar T-Bond malam tadi.. dan kita rasa benda alah ini akan naik. Gambar kat atas tu beri 2 view.. pattern yang kita nampak ialah 5-0 (bearish) dan juga Crab (bullish). Sejak online forex diharamkan oleh MFK, kita cuba selongkar benda lain untuk ditrade ie.stock market dan kita jumpa banyak barang yang kita tak pernah cuba.

- Tetapi malangnya.., hampir kesemua broker menawarkan CFD's. Sepakat kata ulama menyatakan bahawa Contract of Difference tak boleh trade. So.. kita abaikan semua yang berkaitan dengan CFD's dan Future.. termasuklah Forex CFD. Kita layan Spot guna cash or intraday sahaja.

- Mana-mana yang kita rasa nak swing.. kita guna cash.. dan mana-mana yang kita rasa nak layan intraday kita tutup posisi setakat jumlah untung yang kita perlu sahaja ie below 89pip. Ada banyak beza pendapatan terkini berbanding dahulu. Pendek cerita.. terlalu kurang!

- Tetapi setiap satu masalah mesti ada jalan penyelesaian-nya. Pengumuman MFK itu kita ambil berat. Kita ambil pendekatan dengan cara:-

a) berniaga dengan seberapa banyak duit yang kita ada sahaja, atau
b) mengambil
pinjaman (leverage) dari broker dengan syarat bahawa
i) broker
tidak menerima sebarang interest atas pinjaman.

ii) broker tidak mengenakan sebarang interest atas pinjaman.
iii) posisi akan di tutup sebelum tempoh 48jam.

- Dengan cara sedemikian kita boleh trade cara swing (a) dan trade secara intraday (b)

- T-Bond walaupun mungkin pada dasarnya akan hanya buat correction jika dipandang dari segi pattern 5-0.. tetapi ianya juga tertakluk kepada kekuatan pattern Crab nanti. Dan seperti yang kita maklum... Crab biasanya akan makan kedua-dua kepala A dan C nye.

- Jom kita lihat next episode... tatkala orang lain begitu optimis dan konfiden.

Isnin, 19 Mac 2012

T-Bonds - Double Bottom ??


----------------------------------
no comments
it is just for our gauges monitoring
indexes & dollar reactions
-----------------------------------

Jumaat, 16 Mac 2012

USDX - Update view

Dollar Index - Daily

- Teknik yang sama kita gunakan iaitu mengira sequence dia. Tahun ni kita banyak kira guna cara begini sebab senang nak ingat "berapa pip". Semenjak kita tulis blog ni kita dah cover banyak topik.. pivots.. fibos.. patterns.. fibos sequences.

- Dan setiap satu topik tu paling teruk kita cuma dapat 55pips.

- Adakah dollar akan terus jatuh ??? Jika tak dapat bertahan di sini.. kita boleh cakap dia akan mencari confluence di bawah tu. Malang nya.. jika berjaya bertahan di sini, maka 261.8% jadi igauan yang tidak berkesudahan.

- Pada pandangan hamba yang hina ini.. tidak lah akan menjadi suatu mustahil harga boleh bounce di sini.. walaupun.. mungkin ramai yang seronok kerana weekly candle akan menjadi doji atau pun inverted hammer warna hitam (kita tulis ni market belom tutup)

- Tetapi .. ada banyak gap dalam timeframe 60min dan ke bawah. Mungkin nanti pada asalnya kelak ianya seakan-akan membuat correction.. tetapi akhirnya boleh tinggi melangit.??




GBPUSD - Update view

GBPUSD - Daily

- Ahakkks... habis semua short kita terclosed.. naseb baik semuanya 'breakeven'. So malam nie try lor lagi sekali.. 1.5850.. short.

- As kita semua dapat lihat chart di atas ni.. kita kira ikut fibo sequence. Nilai 377 kita ambil sebagai faktor trend akan berubah arah. Jadi pada setiap nilai 61.8 jika kita campurkan atau tolakkan kita akan dapat nombor turutan fibo.

- Contohnye.. jika ambil kiraan +377 = 100%, maka pada 161.8% = +610; tetapi jika +377 = 100% undur ke 61.8%, maka dia akan jadi +144.

- Dengan cara begini kita boleh spot confluence = sequence fibo yang bertembung. Dan bila kita lihat level mereka bertembung.. kita kena berjaga-jaga. Contoh ada di atas.. dan jika harga boleh lepas pada harga yang kita letak short pada confluence ini.. jangan sakit hati.

- Confluence ibarat pertahanan. Jika roboh confluence yang ini.. kita boleh agak dia akan cari 261.8% = +987 for the next rally.



EURUSD - Sell order

Fibo Sequences Confluences


EURUSD - Daily
-----------------------
Update view & swing short position only
Kita percaya bahawa di garisan fibo channel ini;
harga akan mengulangi sejarahnya yang terdahulu;
-----------------------

Khamis, 15 Mac 2012

EURGBP - update view

---------------------
EURGBP - 240min
Update view from previous post
Standby
--------------------

USDJPY - Update view


USDJPY - Daily

- Pening tengok dia tambah naik? Takpe.. rujuk balik pivot-x.. ooo... patut ler dia meroyan naik giler-giler.. rupe-rupe nye ada pivot-x weekly kat bulan april 2011 dia mintak ampun. Sila check
untuk pengesahan.

- Sometimes.., kita pun gelabah jugak. Kita sibuk mengeshort tapi kita selalu lupe tentang jerat percintaan antara harga dan pivot. Melihat contoh dia ni.. hampir setahun baru ler harga berpatah balik ke situ tanpa menoleh ke belakang.

- Now.. kita count pivot-x yang setahun lepas dah pun di balas. Kiraan fibo sequence dah nak sampai ke 987pip... now kita tahu... dia valid untuk retrace sekurang-kurangnya ke level 610pip kembali.. lagipun.. sekali lagi dia tinggalkan pivot-x di sebelah bawah.

- Apa yang perlu kita buat ialah perhatikan daily candle bagi isyarat nak berpusing arah.

EURJPY - update view


EURJPY - 240min

- Sama ada dia akan kantoi di sini.. atau pergi memenuhkan kotak hijau tu.. pada view den yang dhoif ini.. dia due untuk buat big 'correction' ke bawah.

- walaupun.. mungkin juga dia boleh buat throw-over melepasi kotak hijau tu.. totaplah den cakap.. dia due untuk buat big 'correction' ke bawah... eh.. terulang plak ayat tadi.. :p

- as usual.. risiko kena jaga lah.

GBPJPY - update view

GBPJPY- 240min

- Method kita ialah melihat pivot-X

- Seperti yang kita maklum.. jika dia tinggalkan pivot minggu ini maka kat R2 minggu depannya biasanya dia start failure untuk tojun mintak ampun. Tetapi kadangkala sebab dia sideway, dia ambik masa hingga berminggu-minggu baru ler nak touch R2 tu. Ada dua wave yang selalu tinggalkan pivot iaitu wave 3 dan wave 5

- Jika benar ini wave 5.. maka dia sepatutnya akan mintak ampun dengan semua pivot yang di tinggalkan. Maka jangan marah jika kita berani cakap dia memang boleh jatuh sehingga 118 kembali.

- As usual.. risiko kena jaga lah.

Rabu, 14 Mac 2012

Gold - Update view

Gold - Daily

--------------------------------
which of these pattern will surrender?
--------------------------------

EURGBP - Main Silap Mata


EURGBP - 60mins

- Agak menarik bentuknya dan sebenornya dia ni masih dalam triangle... itu jika kita rujuk pada chart yang lebih besar..

- Tetapi dalam had skala pertengahan Feb hingga pertengahan Mac ini.. beginilah bentuknya.. dan kita yakin dia akan bounce naik di zone C dalam sehari dua lagi.

- Tapi kita tak berani nak cakap bahawa di zone C itu ialah bottom dia. Oleh itu kita tandakan arah setakat 50.0% bounce dari C.. dan selepas itu market akan buat pilihan.

-Which way? I dunno.. just tunggu dan lihat peluang seterusnya kelak.

Sabtu, 10 Mac 2012

USDX - Update

USDX -240min

- Bom bom cak !!!

- Macam yang kita gambarkan... correction ke sebelah atas belum selesai.. dan dia naik macam roket... dan kita agak pasti ramai orang mengeshortnye ketika ini... ehekkk.. Ntah ler sebenornya kita pun tak tahu apa-apa pun.. i mean i'm zero.. know nothing. Naseeb aje kot?

- See u at 161.8% or extended ke 261.8%

GBPUSD - Update view


GBPUSD - 240min

- Rujuk posting sebelum ini.. kita cakap pound akan melemah kerana masih ada kedengaran lagi 'desas-desus' QE nye nak minta di tambah.

- Dezummm... dia turun.

- Tapi kita masih terbaca lagi oram cakap.. "dari chart 5min hingga ke chart bulanan, pound masih bullish, tak nampak lagi tanda bearish".

- Dezummm.. dia turun.

- Nanti kita akan terbaca lagi oram rekemen.. "beli lagi pound pada harga sekian, si A tu rekemen nanti dia naik ke harga sekian"

- Dezummm.. nanti dia turun lagi.

- Nanti kita terbaca lagi oram bagi berita.. " pound retrace aje tu.. don't worry.. mengikut data bla bla black ship.. bla bla bla.."

- Dezummmm.. nanti dia turun macam tak ade barrier langsung.

- Apa nak kita nak bagitau ialah... ketika ini situasi nye ialah pound masih nak QE... iaitu "to printing more money" dalam situasi di mana dollar telah melaporkan kepada dewan senat nya bahawa buat masa ini dollar dijangka mencukupi di pasaran dan tak perlukan QE buat seketika sehingga keadaan benar-benar memerlukan kelak.

- Bila barang melimpah... harganya selalunya murah.
- Bila barang tu susah nak dapat... harganya pasti melambung.

Itu lah situasi yang kita nak bagitau sekarang... ngeeeee !!!





Gold - Are You Ready ???


Gold - 240min

- Kui3x.. gold both in daily dan 4hr menunjukkan pattern yang serupa. Ye.. malam NFP dia dah bagi hint yang dia xmo turun lagi bilamana currencies tojun... gold naik. Lagipun.. bagi pengemar guna pattern mesti dah 'cuak' dalam hati jika dia telah dapat men'detect'kan kecacatan dalam rupabentuk kaki yang agak pendek.

- Dalam proses membentuk pattern 5-0.. kecacatan trend berlaku bilamana kita dapat 'menyepot' B itu agak pendek dan macam tak macthing dengan jarak 0 dan X.. dari situ.. kita kena berjage-jage jika kita sedang memegang position.

- Kita jangka.. gold sedang berusaha untuk meneruskan perjalanannya untuk tahun ini.. iaitu ke bahagian atas.. 'to blow off the top'.. sebelum dia buat corrections sekali lagi. Tetapi itu pun jika weekly candle dia boleh closing atas harga 1730.

- Jika pattern di timeframe ini gagal.. pattern yang serupa masih menunggu di daily timeframe. Pendek cerita.. tak jadi di sini... di sinun dia menanti. Gold vs Currency... kita jangka cerita dia serupa macam 2008-2009.

- Tapi.. saya xmo beli gold.. ntah ler kenapa.. kikiki.. kalau ada peluang saya tetap short dia jugek.. peduli apa dengan trend yang tegak macam pokok kelapa tu.. satu hari kelak saya tetap percaya yang saya boleh jadi millionaire sebab short gold... wakakaka~ uhukkkk.



Jumaat, 9 Mac 2012

EURUSD - HnS


--------------------------
EURUSD H4

- Rujuk posting semalam, tetapi yang ini untuk bearish
- Fibo confluence juga terdapat di sini
- Jika betul view ini.. mungkin 'top' minggu lepas tu dah 'in place'
- Use MM - money management for adding more sell positions.
-------------------------

USDX - Developing Pattern

--------------------
USDX - 4hr

- Currently dia sedang develop pattern 5-0 bullish
- Adakah dia akan berhenti di sini atau lebih ke bawah ??
- I don't know.. tapi apa yang kita faham ialah
- ini pattern correction ke atas.. yang masih belum selesai
- 2:30am Jumaat
-------------------

Khamis, 8 Mac 2012

EURUSD - Head n Shoulder



It's look like inverted head n shoulder
1:30 ptg Khamis

Selasa, 6 Mac 2012

Dow Jones - Update

gif creator at gickr.com
gif maker~in slow motion~

EURUSD - Pelan Cadangan

EURUSD - 240min

--------------
takde komen .. saja lukis-lukis
--------------

GBPJPY - "W" Panjang & Pendek

Jam 8:30 mlm

- OK.. projek cantekkk punye..
- Bilamana harga tembus A dan C.. biasanya dia pullback
- Kita hanya tunggu dia failure aje di antara zone A atau C
- Perlu kita ingatkan bahawa.. jika dia bounce di 78.6%.. lantunan dia ialah ke 50.0% atau 23.4%
- Jika berhenti lantun ke 50.0% dan tembus kembali level 78.6%; maka
- Ketika itu kita tahu bahawa harga akan mencari 161.8%. Mengapa?
- Sebab 78.6% ialah square root kepada 161.8%



Salam hormat..,

- Apabila kita bekerja dengan bentuk W.. ada perkara yang perlu kita perhatikan dengan cermat.. iaitu bentuk W yang pertama muncul itu adakah lengan sebelah kanan nya (D) itu lebih tinggi atau tidak dari lengan kiri nya (X) dahulu.

- Jika ye=lebih panjang.. maka mana yang kita dah tebas kat atas tu, dan kemudian dia jatuh ke (B).. kita boleh closed terlebih dahulu.. kerana akan ada satu lagi bentuk W yang kita perlu tunggu iaitu yang lengan kanan nya (D) tidak melebihi lengan kiri nya (X).

- Yang ini kita sebut sebagai GARTLEY.

- Jika GBPJPY ini telah "topping" di (D) sebelum ini, maka kita akan lihat harga harini tidak akan melepasi paras tersebut. Tetapi jika yang (D) dahulu pun bukan "top" dia, maka market akan breakout lebih ke atas.

- Short dengan 1:1 dan duduk diam-diam.

Khamis, 1 Mac 2012

GOLD.. masuk goLLL

GBPUSD - Standby

GBPUSD - 240min

- Malam ini kita tengok kan aje GBPUSD ni.. sebab kita nampak dia mengambil kesempatan atas kelemahan EURGBP. Lain currency kena bedal dah dengan USD. Tinggal dia sorang menunjukkan taringnya.

- BOE dalam minute meeting nya yang lepas.. ada permintaan daripada ahli mesyuarat nya untuk menambah peruntukkan QE nye.. kerana kata nya.. yang last injection tu tak cukup untuk menampung tekanan bulan-bulan akan datang.. tapi permintaan mereka kureng sokongan.

- Kita rasa selagi ada permintaan untuk menambah QE.. nilai pound akan tetap menurun kerana QE di labelkan sebagai 'mencetak duit' tetapi bersandarkan kepada belian terhadap bond-bond tertentu. Tapi bond-bond konvensional pun sekarang banyak yang separuh nyawa.

- Kenapa mereka tidak berpindah kepada belian terhadap Sukuk?

- Itu yang kita hairan sket. Walhal ianya lebih fair & lovely bagi kedua-dua belah pihak. Agaknya sentimen mat saleh ni masih di zaman pra-kambia lagi ; mereka fikir riba boleh bikin market berkembang agaknye.. serupa juge lah kita dulu.. kekeke.. guna leverage tak terfikir pun ada riba di dalamnya.. patut ler masyukk semacam.. 10 tahun baru tersedar.. astaghfirullahal a'zim .

- GBPUSD kita cadangkan dijual pada harga 1.60 dan 1.59 dengan ratio 1:1.. target jangka panjang ialah mengikut carta di sebelah kanan blog ini. Atau pada setiap 300-500 pips boleh take profit dulu atau separuh posisi di tutup. Don't worry.. dengan 1:1 kita tak perlu risau dengan stoploss, cuma kita perlu manage di mana nak amik profits aje.

- Semoga selamat dunia akhirat.. nilai $$ kecik tapi barokah.

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot