Jumaat, 30 November 2012

Ubat Tensen.. :-p

Pilihan No. 1 - Delete position

Pilihan No.2 - Layan Lagu

GBPUSD - Alert...


Same as EURUSD

EURUSD - Standby II...


Warning !!!
Inverted Head & Shoulder
1.2881 to 1.3025 = 144pips

Khamis, 29 November 2012

EURUSD - Standby


EURUSD - 240min

- Kita  teragak-agak untuk mengeshortnye pada level XAD=161.8%.. kerana waktu itu kita mengira dia mungkin boleh lagi naik ke BCD=361.8%.. namun dia terejunnn dulu dan kemudian pullback dengan 3 white soldiers... adooiiiiya.. so nak short kat kepala pullback tu dah jadi ragu-ragu balik.. :-p

- Oleh kita letak short kat bawah BCD=224.0%.. harap-harap dia tak giler ikut EURGBP.. if dia memang nak mabuk dan steam dengan EURGBP maka ketahuilah oleh mu bahawa kepak ini boleh extended ke BCD=361.8%..

- Risiko kita adalah setakat atas level D yang kita tandakan... doakan kita semua berjaya.

EURGBP - Standby..



EURGBP - Daily & Monthly

- Kita tepek kan dua view chart.. tapi sepertimana biasa.. semua ini berisiko.. siapa suka boleh try, siapa tak suka tengok aje. Kita pun tak mahu komen banyak.. kalau menjadi.. al-hamdullilah.. kalau tak jadi.. inna lillah..

- Bulan November nak closed.. apa pun boleh berlaku.

Selasa, 27 November 2012

GBPUSD - Short


GBPUSD - 60min - 5:30PM MYT


- Kita faham ianya bahaya.. tetapi kita mengambil risiko yang berpatutan
- Doakan kita berjaya... Amiiiinnn

EURJPY - Short


EURJPY - 240min - 3:00pm

- Kita faham ianya bahaya... tapi kita ambil risiko kerugian yang berpatutan.
- Doakan daku berjaya... Amiiinnn.

Dollar at 80

Dollar as at 2pm MYT

Dow Jones - Pokok Dah Condong Ke ???


Dow Jones Industrial Averages
Weekly Chart

- Bosan tak buat apa-apa... jadi banyak masa melepak di tepi gantang.. oleh itu hobi dan tabiat lama pun datang menjelma.. skodeng share market lah buek sementara waktu ni... kui3x

- Ok.. kita mulakan dengan Dow Jones dulu.. weekly chart.. puiii.. bearish 5-0 pattern.. macam kita kenal apa nak berlaku.. biasanya pattern 5-0 ada had dia.. gerakan dari XAB biasanya mencapai 161.8% atau 224% dan kemudian pada paras tersebut harga akan reversed (buat retracement BC 50% or 23.6%).

- Tetapi kekadang kita akan jumpa yang jenis seperti yang di atas.. iaitu dia rally sampai menyondol 261.8%.. so dia marked kan level C di sana... kemudian dia akan retrace.. dan normally orang akan kira di C itu ialah wave 3... dan orang akan tunggu kat 50% untuk counter back (level D kita, wave 4 mereka).

- Mengikut memori kita.. jika pattern 5-0.. dengan gerakan XABC nye selesai di 127.2% atau di 261.8%.. ada kemungkinan bahawa harga tak akan berhenti di level 50% BC.. sebaliknya setelah consolidation di 50%.. harga boleh terobos terus kawasan XAB kembali.

- Ini chart weekly.. jika apa yang kita katakan ini benar, kita semua akan menghadapi kemelesetan ekonomi yang agak panjang tempohnya... dan jika harga Dow Jones ini tidak dapat melonjak mengatasi C yang kita tandakan.. kita fikir tak sampai seminggu-dua lagi kita akan saksikan gerakan panik ke bawah channel.

- Sekian.. wassalam.

Sabtu, 24 November 2012

Gold - Making Higher High ???



Gold - 240min

- Uwaaaa~ waaaa~waaaa.... habis sudah semua short kita kena sL .. 

- Apo nak buek nie ??? Nak bull kan dia? I tak rela you... Ketahuilah bahawa semakin gold meningkat itu tandanya harga kambing jika ditukarnilai dengan matawang akan meningkat... hahaha... dari beli gold baik I bela kambing.. :-p

- Ada bearish gartley.. tetapi awas.. gartley selalunya tewas bilamana muncul candle yang besar. Apa-apa pattern pun jika muncul candle yang besar dan cantik pasti akan tewas. Jadi elok ler berjaga-jaga jika ingin mengeshort nya.. kerana di katakan semua comodities dijangka naik 2x ganda berikut dengan langkah Federal Reserved mengadakan QE3 nya. Masih kah kau ingek tentang QE3 tersebut?

- Kita ucap semoga berjaya bagi sesiapa yang ingin mengekori forecast bullish gold ini.. for me, entah kenapa aku memang suka short gold.. :-p

GBPUSD - Tengok je dulu..


GBPUSD - 240min

- Gambar di atas hendak di baca bersama-sama dengan gambar yang di letakkan pada posting terdahulu. Pada fikiran kita (dalam memori kita) bentuk sebegini (emerging pattern) jikalau harga bingkas naik tatkala ianya belum menyentuh satu target pun ke bawah ( seperti yang di tunjukkan).. dan harga yang naik pula tidak berjaya menceroboh paras harga pada puncak C.. maka hendaklah di counter sehingga maximum nya ke bawah level X.. !!!

- Err..errrr... boleh ker dop ???

EURUSD - Fikir Lagiii... :-p


Kata-kata hikmah untuk minggu depan ialah :-
"Pokok muda yang tegak susah nak tumbang berbanding pokok tua yang dah condong..." :-p

Khamis, 22 November 2012

GBPUSD - Sell Setup


GBPUSD -240min- 10:30am MYT

- Sila berhati-hati.. stoploss adalah compulsory..
- Semoga berjaya... !!!

EURUSD - Tapau time ... kui3x


EURUSD - 60min

- Hari ni kita tapau semua buy yang kita buat minggu lepas... (rujuk posting nye)

- Kalau pun dia terus meluru naik... itu bukan objectif kita lagi... kita tapau yang kita mahu aje.. kui3x... dan kita akan rehat hingga hujung minggu neh... dan serentak dengan eu ni kita tapau.. kita pagi ni cuba letak satu posisi buy ucef pada open dailynya... sebab kita dah bagi tau sebabnye dalam posting ucef sehari dua yang lalu... sementara itu kita akan gunakan mesin memproses ayam ni untuk melihat eu dan gu ni dengan gerakan mereka berdua ketika ini adakah akan membuat pullback yang lagi besar atau pun hanya setakat ini sahaja.

- Adiossss... :-)))


-

GBPJPY - Complete ???


GBPJPY - Daily 12 tgh malam - Rabu

- Terkantoi-kantoi kita dalam kelemasan mengeshort GJ dan kekawan nya yang lain... fuhhh.. ini ler akibatnya jika takde kerje, sengaja cari kerje... sepatutnya dari 1 Muharam hingga 10 Muharam kita dah planning nak rehat... tapi betul lah tangan ni gatal... waduh duh duhhhh.

- Ok... ikut mesin memproses ayam ni.. (ni dia kira ikut major).. yang melompat naik tu ialah wave 5.. target 161.8% ( kira ikut no. 3 dan 4) dah sampai.. tapi.. kena ingat bahawa level 261.8% ialah kat warna kotak hijau tu.. so.. kena hati-hati sket lah kalau nak ngeshort.. rasanye kat 4hr ada candle "shooting star"

- Daily candle pulok tegap semacam.. jadi stoploss letak atas "shooting star" tu lerr.. jangan jauh-jauh.. testing jek dulu seketul... kemudian selak daily chart gak kat level 128.70 ada kita nampak sedikit gap.. so.. mungkin itu target yang sesuai untuk sementara ni kot ???



Selasa, 20 November 2012

USDCHF - Emerging Gartley Bullish


USDCHF -60min Selasa MYT 10:00 mlm

- I think... if harga boleh melantun naik kembali ke atas " kepak X"  Butterfly Bearish... ATAU.. harga melantun naik tatkala mencecah "kepala B" Butterfly Bearish.. and tertakluk kepada "price action" yang berlaku pada kedua-dua level yang kita sebutkan itu.. kita mungkin pada ketika kejadian tersebut telah mendapat hints bahawa dollar akan meneruskan perjalanan nya ke sebelah atas semula.

- Otherwise.. please consider bahawa dollar akan mengikut kepak Emerging Bullish Gartley ke target-target yang telah di tunjukkan.

Jumaat, 16 November 2012

EURUSD - Watch Out


EURUSD - 60min Jumaat MYT 11:30am

- Masih nampak dia boleh naik.. scalp buy boleh bikin wang sket lagi.. kui3x.. but kita pun tunggu nak short lagik sekali.. tapi kita nak ingatkan bahawa kalau lah ada candle bullish yang sangat besar muncul di dalam kotak biru tu... elok ler kita tangguh dulu hasrat nak short tu.. next week ado maso laei pe!??

- Ok... selamat berjaya... dapat sket pun ok pe!??

Dollar - Where to go ???


# tengok historical chart.. perhatikan harga 80.. adakah itu support??#

# current daily pattern bearish 5-0 #

USDX - Daily

- Now.. ialah DECISION time

- Sejak September 2012... rumours Obama akan menang jawatan Presiden Amerika sekali lagi telah secara sembunyi berjalan.. sekarang Obama dah menang.. dan apakah kesan seterusnya kepada dollar. Satu perkara yang kita perlu ketahui ialah... bila Obama menang pada penggal yang pertama dahulu.. dollar menguat... yeaahh... dollar get stronger.. after 30 years kena bedal.. tapi... orang nampak dollar dalam range je.. agaknya mata mereka 'rabun'.. 

- Kalau kita congak dari 2008 hingga ke 2012... itu ada 4 tahun.. kalau kita campur 30 tahun dengan 4 tahun terkemudian sekarang ialah 34 tahun.. so the cycle is here..

- Ok.. what next ???... keh3x... opocot !!! Kita pun dop tau apa-apa.. tengok je dulu. Better tunggu sehingga 10 Muharam.. until then.. why not we make a lot of Sholat Istiharoh and Hajat minta petunjuk dari Allah.. as insan yang dhoif lagi bodoh dop tau apa-apa.. kita serahkan perkara ini kepada yang Maha Mulia Lagi Maha Bijaksana.. Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki Lagi Maha Mengetahui..

- Selamat Ma'al Hijrah..

# Untuk di analisis seterusnya... #
 Major view - Daily Chart
 Intermediate & Minor view - Daily Chart

EURJPY - Major W4 ??



Khamis, 15 November 2012

GBPJPY - Triangle ???


USDJPY - Demam PRU



USDJPY - 60min



- Kui3x... melambung naik semua pair vs yen bila diumumkan akan di adakan pilihanraya bulan Disember nanti di Jepun.. haha.. naseb baik kita dah tapau sket.. yang baki tu semua kena sL... syukur ajelah.. janji selamat... :-p

- Naik tapi tak ikut tangga.. alamatnya akan jadi intipan kita. Contohnya macam UJ ni.. current view jika kita short di R2 daily nie.. untuk turun balik ke daily Pivot.. kat sini aje kita dah boleh congak-congak 100pips.. Wow!!!! Betapa indah-nya dunia.

- Tapi undang-undang nak letak posisi pun kena faham juga lah.. untuk keselamatan elok lah kita skodeng dulu di R1-R2 esok.. atau tunggu tanda reversal di atas confluence line fibo yang kita tunjukkan... dan of course lah kena faham jugak.. yang jenis trend naik menegak tu payah sket (lambat) nak roboh berbanding yang jenis condong... kui3x

- Selamat ma'al hijrah... dan selamat skodeng peluang yang ada.

# Sila rujuk last posting USDJPY sebelum ini untuk melihat potensi dan idea kiraan wave mengikut perspektif kita yang kita nampak...  ;-)) USDJPY CORRECTION

 # Sila rujuk last posting USDJPY sebelum ini untuk melihat potensi dan idea pattern mengikut perspektif kita yang kita nampak...  ;-)) USDJPY CREATING CRAB BULLISH

Selasa, 13 November 2012

EURUSD - Tapau UU uu Day :-))


EURUSD - 240min - 11:00 pagi

- Ada baiknye kita tapau... sebab kita ada masa untuk berehat.. lagipun awal muharam akan muncul sehari dua lagi.. bersyukur aje dulu dengan apa yang ada.

- Yang pastinya... esok masih ada peluang lain.

- Selamat maju-jaya..!!!!

Ahad, 11 November 2012

USDCAD - Becareful


USDCAD - Daily

- Fewwwiiittttt...!!! Keh3x... Seronok gilerr... Rujuk posting terdahulu >> USDCAD CRAB BULLISH

-  Sekarang harga akan memasuki zone 'playground' 61.8% - 38.2% dari high 1.0442 ke low 0.9625.. dan seperti yang kita lihat sendiri ini ialah zone yang dijangka harga akan berpatah balik ke bawah semula. Tetapi tujuan kita di sini ialah untuk bersedia untuk tapau apa-apa yang patut.

- Dalam forex.. apa-apa pun bisa berlaku.. maximum target tetap jadi idaman.


AUDUSD - Trade Setup (Resell)



AUDUSD - Trade Setup

- First try gagal.. now kita dapek second setup.
- Mari tengok dia bergerak ke arah yang di cadangkan..; dan off course semuanya ada risk.
- Sehingga dia tiba ke destinasinya.. kita ucapkan selamat maju-jaya
- InsyaAllah... berjaya jua kita dengan sabar.

Khamis, 8 November 2012

EURJPY - Check Target


EURJPY - 240min

- Baru nak seronok-seronok... dah pun terjelma pattern.
- Jadi kita boleh ler start jenguk-jenguk mana nak tapau.
- ECB fundamental news ado bahayo boleh melompat naik
- 101 dan 100 bagus untuk tapau dulu.





EURUS - Warning Sign !!

EURUSD - 240min


- NFP dia kena bedal
- Obama menang dia di bedal

- Tapi... dia masih steady di atas 1.2700
- Pattern warning dah keluar... itu ialah AB=CD

- End of Nov jauh lagi... so memang ada potensi pull back ke atas..
- Semak time fundamental news... I think kita akan dapat spikes ke bawah dahulu

- Becareful ECB Press Conference pada 9:30 malam.

### Previous Trade Setup ###

Rabu, 7 November 2012

Obama Menang Lagiiii...

Obama menang lagi...

Market 2008 terbayang kembali...
Apo nak jadi 2013 nanti...

Tunggu sikit hari lagi...
Yang dalam kandang.. semua boleh lari

Oleh itu... lebih lah berhati-hati
Sebab semua forecast masih belum kita di gantiii

Pegang kuat dengan gigi
Kalau tak tahan... boleh cabut dulu lariiii
Al-maklum lah market tengah melompat sana-siniii
Tak rugi .. kira ok lagi... kih kih kih



Selasa, 6 November 2012

EURGBP - Skodeng dulu


EURGBP - Daily


- Masih dalam peringkat skodeng
- Pattern masih dalam pembikinan
- Kita nak beli... tapi kita kena hati-hati dulu
- if... the top is wave 1.. than this correction down should be wave 2 ( betui ka??)
- wave 3 up adalah "impian" hamba yang dhoif lagi hina ini...

GBPUSD - Warning II

GBPUSD - 60mins

- Kekadang... kita rasa fed-up dengan permainan trick pair nie.. minggu ni sekali lagi dia buat tebiat.. oleh itu kita kena bagi warning dulu sebelum apa-apa berlaku... dan our bias still short.

- Jika harini dia buat low sekali lagi.., sila pastikan dia kaki dia tak cacat.. =  pendek = 127%

- Kalau pendek jugak macam semalam... sila berhati-hati.. ada kemungkinan dia akan pullback ke weekly pivot.. dan tak mustahil juga dia boleh bikin gempaq hingga ke weekly R1... sebab semalam dia memantul di weekly S1... :-p

- Let say like this... jika daily candlestick hari Selasa ini closing ATAS weekly S1.. maka ada kemungkinan dia boleh pullback ke weekly Pivot or even ke weekly R1.. otherwise jika candle closing below weekly S1.. maka harga akan meneruskan perjalanannya ke weekly S2 or even ke weekly S3 later on.

Ahad, 4 November 2012

GBPJPY - Sell Setup


GBPJPY - Daily Setup

- Semenjak bulan Mac 2012... kita tak pernah dapat trade setup menggunakan software ni untuk GBPJPY.. dan pada end of 2 minggu yang lalu kita dapek satu setup untuk letak sell.. malangnye seperti yang kita duga seorang diri ketika melihat setup tu.. kita rasa dia akan test balik stoploss yang di cadangkan.. and it does.

- Malam NFP kita beranikan diri hentak 1 posisi short at double top.

- Jika benar dia ni nak terjun.. I do think entry level tu akan dia hit.. but if dia degil xmo gak terjun.. entry tu dia tak usik pun nanti.. and harga akan terus terobang meninggalkan banyak lagi pivot di sebelah bawah.. for now I suggest.. skodeng dulu minggu depan untuk short entry.

- Jika ada rezeki kurang-kurang pun kita boleh dapek 1:1.. dan off course risiko sentiasa mengekori setiap tindakan kita.. semoga berjaya.

Gold - Tumble After NFP ?


Gold - Daily


- Bunyi tajuk di atas macam sedap di baca.. dan kejatuhan nya pasti menarik ramai 'lalat' masuk dan cuba join sekali pada minggu depan.. walhal seperti biasanya... kita akan lari dulu nantinya buat sementara waktu... so next week kita akan close mana-mana short yang kita anggap patut.

- Gold.. di bulan Disember dijangka akan mengecut.

- Kecut bukan kerana sejuk kena salji.. tapi sejuk 'telo-telo' tauke gold yang dok kecoh sekarang neh tentang pelaburan 'bangang' yang di sukai oleh rakyat Malaysia... perkara pelaburan dengan gold bukannya baharu kita dengar dijalankan oleh sindiket tertentu... tetapi... ianya memang telah wujud semenjak tahun 2002 lagi.. semuanya tipu belaka.. angkat wang... pusing wang.. tauke jadi jutawan... dan lepas tu terus terbang. Dah berkali-kali perkara begini berlaku.

- Kita secara peribadi memang anti-pelaburan gold neh...

- Itu sebab kita doakan gold ini terjunam terus sejak dua-tiga tahun dahulu... pernah kah anda terbaca dalam blog ini saya rekemen beli gold? Secara live trading kita memang suka short gold... rugi kena sengat dengan gold adalah perkara biasa bagi kita... bak kata orang 'alah bisa tegal biasa'

- Tunggukan pullback ke atas... i do think we are in last cycle untuk 'major' short.. jika harga break terus ke below last support warna kuning ianya akan mengakibatkan pantulan lagi tinggi dari yang di jangka... so watch out.

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot