Sabtu, 31 Julai 2010

GBPUSD View 2-6 Ogos

GBPUSD - Daily

- Perghhh... dia close kan harga dengan monthly candle yang sungguh cantek... burp-burp... kita hanya 'telan angin keluar asap' setakat neh... short posisi semua telah di letakkan... tinggal tunggu forecast kita akan berjaya atau tidak... itu kita kena lihat dalam minggu depan... dengan doa dan harapan... candlestick weekly akan jadi bearish atau doji... dua jenis tu aje yang kita mohon... kalau bullish lagi sekali... alamatnya kita terpaksa tidur depan pc lah...

- Untuk bulan Ogos... kita berharap harga akan start kelam-kabut di zone ini... 1.58-1.57-1.56 bagi tujuan terjun kasi sejuk hati kita semua ke harga 1.54-1.53-1.52... sementara 1.55 kita anggap sebagai pivot... Dengan amaran bahawa JIKA harga di zone 1.53-1.52 GAGAL di terobos... maka pemecahan 1.57-1.58 untuk ke 1.62-1.63-1.65 adalah dijangka.

- Untuk minggu depan... kita letak fibo fan dan kita yakin 'retracement' ini dijangka selesai di sekitar sini tetapi kita jangka mungkin ada 'spike' di zone 1.5820-1.5860 kemudian jatuh ke bawah 1.5500..

- Bagi keseluruhan struktur harga di chart di atas... dia telah berjaya 'retrace' sebanyak 50% dari kejatuhan July 2009 (1.70) - May 2010 (1.42) and now retrace ke (1.56)... dan jika kiraan kita betul seperti gambar di atas... ehem, ehem... kita tak perlu tido depan pc lah...


Jumaat, 30 Julai 2010

USDJPY - M "Senget"

USDJPY 240min..,

Jumaat..., Alhamdullilah seperti yang kita jangkakan, dia makang kedua-dua kaki W tu (sila rujuk view kita Sabtu lepas)... dan ketika ini dia membentuk pattern M... yang kita gelarkan dia sebagai M senget... iaitu puncak sebelah kanan dia lebih tinggi dari puncak sebelah kiri dia tu...

Ini Bearish sign... lepas pullback.., dia terjun, tapi harini ialah Hari Jumaat, end of July... Kita tak rekemen short di kaki dia nie...

Apakata kita perhatikan dia bounce ke tidak dahulu sebelum kita berkira-kira merembat dia dengan azam untuk menambahkan koleksi short xxx/jpy kita kelak?.. muah-muah-muah

Sekian, Wassalam...

Khamis, 29 Julai 2010

Dollar - Bounce..???

Daily Chart

Khamis, Dollar Index Jam 7mlm...

Hari ini dollar index akan sampai ke monthly pivot x yang dia tinggalkan pada bulan May... dan ianya adalah sesuatu yang kita semua maklum terlebih awal daripada mana-mana profesional forecaster dalam dunia memorex ini... apalagi bukti yang mereka mahu ketika mereka begitu bullish kan dollar ketika harganya memecahkan 87-88 tempohari dan sekarang dah pun sampai kembali ke zone 81-80...

Ketika ini mereka memberi view very bearish pulok... kuang3x... tetapi kita stay cool... walaupun kesemua position kita tatkala ini semua merah menyala macam biji saga... Kita seperti terdahulu daripada situasi begini, tetap melihat market dengan perspektif yang berbeza... Kita akan saksikan InsyaAllah, tidak berapa lama nanti index ini akan bounce atau consolidation dahulu sebelum rally naik...

Sila rujuk juga mulai hari ini "corelation" antara EG vs EU+GU..., seperti yang kita beritahu dahulu..., apabila EG berjaya memintas EU+GU nanti.., market akan benar-benar bergoncang.., situasinya kita yakin akan lebih ganas dari 2008... bukan ker kita dah susun semua posisi untuk ketiga-tiga pair tersebut (walaupun sedang merah menyala?)..

Bersabarlah... jika benar sekali lagi short EU+GU dan buy EG menepati forecast kita seperti round terdahulu... InsyaAllah... ianya adalah dalam bentuk lebih lumayan.

Sekian, Wassalam
Jual di resisten, beli di support

Rabu, 28 Julai 2010

EURJPY - Short

EURJPY Daily Chart
Short and keep quiet

GBPJPY - Short

Weekly with Line Chart
Short and Keep quiet

Selasa, 27 Julai 2010

Sabtu, 24 Julai 2010

Market View 26-30 July (Others)

AUDUSD - Daily
- Naik lagi dia... perghhh.. memang monyet sengaja bawak lari pisang tinggi-tinggi... kita kena sabar bebanyak sebab kita yakin nanti monyet dah bosan mesti dia campak pisang tu ke bawah.. kita dah pernah terkena sekali dahulu... yang ini 3nd time... :p

- Strategy kita tetap sama... sebab kita nampak dia memang boleh jatuh lebeh jauh lagi, cuma masa dan money management aje yang kita perlu jeling-jeling... the rest... insyaAllah rancangan kita akan berjaya...

- Untuk minggu hadapan... tertakluk kepada keadaan, jika dia berjaya dengan gagahnya menyondol SMA233 tu, pastinya dia akan berjaya juga menyondol channel tu untuk mengapai target ke 127.2 dan 161.8 warna kuning... dari situ pula kita mungkin akan lihat harga akan mula tidak stabil... lepas tu... kebabOOmmm...

USDCAD - 240min
- Sebenarnya ketika dia meletus naik 2 minggu lalu.. dia tak amik pun pivot-x yang dia tinggalkan kat bawah dahulu... (sila semak)... dan akibatnya dia "terkujat" di bahagian atas kerana hutang belum bayar... uhuhu

- Smack down..! Dia akan jatuh lagi ke zone monthly support pertama... dan ini ialah bentuk M yang sebagai mana kita semua maklum... M = head n shoulder... kalo si giler kentang mari kacau daun... dia hanya akan berhenti di level 205%... perghhhh...!!

- Nasib baik ler puncak M tu senget ke bawah ... so kita tak susupek dia akan tembus kaki M yang sebelah sana tu... biasanya M jenis macam ni dia akan tembus kedua-dua puncak... bukan tembus kakinya... harap-harap betul ler dugaan kita yek !??

GOLD 240min
- Kita try beli minggu lalu dan berjaya menutupnya pada target pertama... kemudian dia jatuh.. gukgukguk... minggu ini kita 'adjust' fibo seperti gambar di atas tu .. dan kita dapati dia membentuk 'triangle'...

- Biasanya bila ada 'triangle' dalam sesuatu trend... itu tandanya akan market akan buat 'continuation' untuk trend tu... so dalam kes gold ini... kita syak dia akan teruskan perjalanan ke bawah nya... projection jika ke bawah ialah ke 127.2% atau 161.8%...

- Andai kata dugaan kita tepat, harga akan jadi gila sedikit dengan memecahkan trendline sebelah bawah dahulu tetapi kemudian melompat naik untuk seolah-olah mengetest trendline sebelah atas... tetapi biasanya tak berjaya...

- Jika berlaku sedemikian... kita akan standby short plak minggu hadapan... ehehe :D:D:D

Market View 26-30 July (Dollar)

USDCHF - Daily

- Gann Grid.., Wolfwave..., FiboRET

- Buat ketika ini kita tak ada cadangan nak ubah view terdahulu kita, walaupun dia memang berada di bawah 61.8% dan dalam triangle lagi dan mungkin juga boleh jatuh ke 76.4%... tetapi kita nampak dengan jelas yang naik terdahulu ada 5 gelombang dan yang sedang turun lurus tempohari tidak lebeh nampak macam "correction"...

- Triangle ni kelihatan kembang ke atas... minggu depan mungkin dia boleh start closekan candlestick dan harga dia di atas level 61.8% kembali... stay tune..!

EURUSD - Daily
- Daripada 91 buah bank yang dibuat ujian "stress test".... 7 buah bank Eropah telah gagal minggu lalu, tapi di USA 5 buah bank dah tutup kedai sepanjang 2010 menjadikan totalnya 101 buah bank telahpun bangkrap sejak krisis ekonomi 2008...

- Daripada 7 yang gagal tu.., 5 datangnya dari Spain... 1 dari Germany... 1 lagi dari Greece... kuhkuhkuh... agak mengejutkan kat Portugal takde lak bank yang gagal ujian tu.. Tapi bila lihat adenya bank di Germany yang gagal gak dalam ujian tu, mestilah ada sesuatu tak berapa betul sedang berlaku...

- Deria bau kita menyatakan EURUSD naik ni tak akan lebih jauh dan lebih lama, Kita akan bertahan dengan view bearish kita, sementara di dalam chart di atas masih menunjukkan dia ada bentuk nak mengetest 1.3120... tidak mengapa,,,, kita tunggu lagi... dan breakdown below 1.2750 akan menunjukkan lorong yang seterusnya untuk ke bawah...




GBPUSD - Daily
- Mantap...! Masih Bullish... Takde candlestick yang bagitau dia nak corner turun... jadi minggu depan dia masih boleh testing high 1.5520 (letakkan fibo expansion dari point 4,5 dan bawah FE 127.2 tu nanti kita nampak dia nak try pecahkan FE 61.8 dan FE 76.4)...

- Tetapi... mengikut kiraan kita... biasanya gelombang ke 5 "mungkin" dah siap kerana biasanya gelombang 5 adalah sama panjang dengan gelombang 1 ( rectrangle warna biru ), oleh itu yang sedang bergerak ke atas ini adalah sejenis "correction" ABC..

- Berwaspada...!!! Jika dia boleh pecahkan 1.5520-1.5590... dia mungkin boleh terbang sehingga 1.57-1.58... !!! Adoiiii makkk sakitnya...! :P

Market View 26-30 July (Yen)

EURJPY 240min
- Arahan kita pada minggu lepas ialah lihat dahulu dia pecahkan SMA233.., kemudian baru kita enter short ketika dia pullback.... dan kita dah buat tu, tapi sayangnye dia pullback melebihi paras 76.4% ( 23.6% dalam gambar di atas)... dan short kita terkantoi lah... :P

- Minggu depan kita fikir dia memang boleh test naik setinggi 127.2% dan 161.8%.

- Dengan syarat ada petanda reversal candlestick di atas/luar top channel warna orange tu, kita akan try short di sana untuk melihat dia jatuh below 110 n 107 later in Ogos... hmmm... boleh ke tak agak-agaknye ek?...




GBPJPY 60min

- Beza kaki W dia ni berbanding dengan USDJPY menunjukkan dia boleh pergi lagi jauh sehingga FE 423.6%... tetapi itu kena lihat faktor fundamental dulu, maknanya jika merujuk pada minggu lepas GDP Britain melebihi paras forecastnya, maka kebolehan GBPJPY untuk meluru naik ke FE 423.6% kita tak boleh tolak mentah-mentah begitu sahaja..

- Namun kita menghadkan ke FE 261.8% adalah memadai ketika ini atau lebih ke atas 100-200pips, sebelum dia terjun lepasi kedua-dua kaki W spekulasi ini... jadi maknanya kita berharap yang tertunjal naik above FE 261.8% itu nanti adalah "bullish trap"... Syor kita ialah lihat/menunggu kelemahan di FE 261.8% sebelum kita masuk short sekali lagi...



USDJPY 60min

- Pair ini mungkin berhajat dan berjaya meletus ke zone FE 161.8 minggu hadapan.., tetapi sebab bentuk dia W kaki ke atas, bermakna lepas tu dia akan jadi bearish pecahkan kedua-dua kaki W dia tu.... so, senang citernya.... berhati-hati dengan "korner lepat" secara tetiba apabila dia berjaya sampai ke FE 161.8...

- Kita syorkan minggu depan... close buy kita minggu lalu dan open shorts (jika ada tanda-tanda reversal dan peluang) sehingga minggu pertama bulan Ogos .... kemudian kita akan refer balik dengan dollar index lagi sekali untuk melihat potensi membeli lagi sekali....

Khamis, 22 Julai 2010

Gold - Bullish Divergence

7:30mlm Khamis
Buy at 3 Golden Lines
Target 127.2% n 161.8%

Rabu, 21 Julai 2010

Uh... Ah... Kuda Ku Lari.. EURGBP


Kita agak lama tak letak khabar tentang EURGBP sebab kita malu gak nak letak... banyak posisi tergantung-gantung... "uwarghhhh"... tapi sejak 2 minggu lepas dia begitu ceria kerana telah berjaya mengetest level 61.8... harga hilo tawun ni... ehehe

Now daily dia ada candlestick yang boleh bikin korner turun... :p

Kita akan lihat adakah dia akan berjaya bertahan di atas harga 0.8300 atau tidak... JIKA berjaya bertahan sehingga hujung bulan ini, kita jangka bahawa kita akan berjaya melihat dia ke Fibo Exp FE 423.6... itu harga dia mula jatuh ke 0.8000 tempohari...





Yahyahyahyah...!!! Released tension..!!!

Selasa, 20 Julai 2010

GBPJPY - Short

Update Khamis July 22 11:30am
Beware of Bounces at Fib RET 127.2

H4 View using GannGrid
In Triangle Zone below SMA233
Short at 38.2 FibRET
Target at 61.8 FibRET or Weekly Lower LeveL

Isnin, 19 Julai 2010

USDJPY - Bullish Sign???

Salam Isnin..,

- Nikkei tutup kedai harini... jadi kita ada masa yang banyak untuk refer UJ nie... last forecast kita ialah buy... tapi dia melorot turun... sebab US Index jatuh... and this week... kita rasa USD Index akan sampai ke monthly pivot x nye yang pertama dan macam kita forecast terdahulu bahawa ... "maybe"... USD Index tu akan start naik dari situ...

- Jika benar berlaku begitu... dan jika kita melihat gerakan USDJPY ini sejak Nov 2009 tatkala USD Index meluru naik... Kita quite confident... tabiat dia akan serupa juga kelak... ye! Kita suspect USDJPY akan jadi bullish bila mana USD Index membuat larian ke atas sekali lagi nanti..

- USDJPY berada dalam zone support sekarang ini... potensi untuk memantul memang dijangka akan berlaku... dan kita tak perlu hairan kelak jika berlaku perselisihan trend akan berlaku antara dia dengan XXX/Yen yang lain... jika kita semak sekarang pun trend mereka agak mixed...

- Kita rekemen beli pair ini sekali lagi... (uhukkk)... dengan target ke 3 golden line color biru.

Ahad, 18 Julai 2010

EURJPY - Standby to Short

Update Khamis 7:30mlm
Shorts at 3 Golden Fibo Level

Salam Ahad..,

- Semak pair ini dengan menggunakan SMA233... Kita akan dapati di tf yang lebih kecil 5,15,30 harga telahpun jatuh below SMA233 tu... Sementara view di tf H1 dan H4 masih lagi bullish... Daily pula SMA233 berada pada paras 125.50... apa makna ini semua..???

- Ada 2 view yang kita perlu berhati-hati dengan SMA233 ini... Pertamanya ialah JIKA dia dapat menahan harga ini jatuh di tf H4... maka Daily target dia ialah ke 125.50... fulamakkk!!! Keduanya pula ialah JIKA harga tembus ke bawahnya di H4... maka kita perlu short dia tatkala dia pullback di H1 untuk projection ke 105 dan 102... muah-muah-muah...

- Cadangan kita ialah short... kerana share market tengah goyang... Jom kita lihat minggu depan potensi yang ada untuk memintas bullish view ketika ini... Kita lihat dulu FE 261.8 dan FE 161.8 tembus dengan mudah atau tidak... jika tembus ke bawah... kita tunggu pullback... jangan gopoh yek..!

EURUSD - No signs for U-turn


Salam Ahad...,

- Sob...sob...sob... kita nangesss dulu sebab kita dah tutup semua long swing kita tapi pair nie melompat naik pulok dan kita dah letak swing short sejak minggu terdahulu.... "uwaaarghhh..." Ini ler yang buat kita betul2 tension... bila kita counter long dia terhegeh-hegeh nak naik, dan bila kita start shorts time tuler dia nak start naik kuat2.... sob...sob...sob...

- Tapi tak mengapa.., kita harap kita boleh bertahan seminggu-dua lagi sebab kita tak fikir dia akan pergi terlalu jauh contohnye ke 1.33 atau 1.35.. Kita percaya dia akan tertahan di SMA21 weekly tu... Sila letakkan dalam chart anda SMA55, SMA34 dan SMA13 dlm tf weekly juga...

- Objectif kejatuhannya yang pertama adalah ke SMA13 yang berada di bawahnya. Di situ kita akan lihat samada SMA13 tu boleh bertahan atau tidak... JIKA SMA13 dapat bertahan... maka tidak syak lagi harga akan cuba menerjah SMA21 kembali dan pastinya dapat menerobos SMA34 dan kemudian ke SMA55.... fuyooo...!!

- Harus dan mesti kita ingatkan sekali lagi bahawa kita TIDAK forecastkan dia akan berjaya ke 1.33 dan 1.35... TETAPI kita forecastkan dia akan turun mengambil FE 161.8 dan RET 161.8 dengan pantas, seberapa pantas yang boleh.... :-P

- Oleh itu saranan kita tetap serupa... SELL bila ketika masih ada peluang... :-D

Khamis, 15 Julai 2010

Rabu, 14 Julai 2010

GBPJPY - Short

H1 - Wolfwave style Zigzag 13 & 21
Short at Zone 5
Target at Zone 3, 1 and 4
Good luck...!!!

Selasa, 13 Julai 2010

GBPUSD - Retrace Complete???

Is the Dollar Index Ready for a Rally?

Is the Dollar Index Ready for a Rally?

The dollar index, which put in a strong performance in the first six months of the year, pulled back from its recent highs and appears to be in defensive mode.

If you are not familiar with the US dollar index (USDX), it is an index, or measure, of the value of the United States dollar relative to a basket of foreign currencies.

Its weighted geometric mean of the dollar's value is compared with these currencies in the following percentages:

* Euro (EUR), 57.6% weight
* Japanese yen (JPY), 13.6% weight
* Pound sterling (GBP), 11.9% weight
* Canadian dollar (CAD), 9.1% weight
* Swedish krona (SEK), 4.2% weight
* Swiss franc (CHF) 3.6% weight
In this short educational video, I point out what we see in the dollar index and the reason why we think a potential rally may be in the foreseeable future:


http://www.ino.com/info/584/CD3633/&dp=0&l=0&campaignid=3

As always, the videos are free to watch and there is no need for registration.

All the best,

Adam Hewison
President of INO.com
Co-founder of MarketClub

Sabtu, 10 Julai 2010

USDCAD - Standby ... :-)


komen akan keluar kemudian... lepas world cup.. keke :D:D:D

Khamis, 8 Julai 2010

AUDUSD - Our Next Projections


Salam petang Khamis..,

- Kita akan pasang short bilamana ada tanda nak reverse di 4hr atau 1hr atau daily... dia sekarang berada di 50% setelah bounce di 23.8%... jika zigzag correction ini siap dengan kiraan 5.. kita percaya dia tak cukup tanah bila turun nanti...

- Projections bulan ini dan bulan depan kita jangka ke below 0.8080...

- Anyway... amik profit pada setiap level fibo di bawah tatkala dia jatuh kelak adalah taktikal yang paling bagus kita gunakan sebab kita nampak banyak gak support dia nak tembus tuh...


Sekian, Wassalam
"Jual di resisten, beli di support"

DJIA - KebabOoOm...


Salam Khamis... ehehe

- Kita letakkan view Dow Jones Index... bukan apa-apa,,, cuma untuk precautions sahaja dan merangka peluang yang bakal muncul tidak berapa lama lagi untuk kita semua... tapi kena sabau ler bebanyak sebab kita main swing dan maybe harga yang kita dah masukkan mungkin terlalu awal... tetapi dengan mengawal MM atas semua posisi... InsyaAllah takde masalah ler...

- Down Jones naik malam semalam.. ehek... tapi... last week dia dah break level 10,000 dan cecah harga 9,600... this week kita rasa dia retrace aje test line orang kata... kita menjangkakan dia akan tumbang tidak berapa lama lagi... tumbang yang tidak akan bangun-bangun lagi...

- Kita rasa posisi swing buy USDJPY akan hanya mencecah harga first counter kita aje dan lepas tu "sayonara"... begitu juga dengan swing buy EURUSD... kita tak fikir dia boleh retrace sampai 1.35-1.33, oleh itu kali ni banyak post akan hangus... or kita akan hanguskan... kita akan tunggu DJIA nie cecah 61.8% sebab di situ ade trendline... tatkala itu kita akan bertindak, seberapa ada posisi wing buy untuk USDJPY/EURUSD yang boleh kita closed +ve, kita akan closed kan... dan mana yang masih -ve kita terpaksa kerat terus..

- Normally swing position kita guna 0.01 lot aje dengan leverage 200:1... so kita tak rasa ada kureng sangat dengan kedudukan margin kita kot?... :)

- So... kita sarankan mulai pertengahan minggu depan, perhatikan Dow Jones nie... jika dia start tumbang... perhatikan pair CHF, JPY, AUD, CAD crossing... mesti ada banyak peluang yang akan menjelma... just buat kiraan 123... itu cara senang ler nak follow trend...

-Orait... adios amigos... selamat memorex....

Sekian, Wasalam...
"Jual kat resisten, beli kat support"

GBPJPY - Our Next Projections


Salam Khamis.., 10:30am

Hehehe... Kita bercadang nak short dia setelah kita nampak nanti ade tanda reversal kat 4hr nye candlestick or esok nya daily candle... hehehe

Target nye kita gak-agak kat monthly lower level 128.20 atau lebeh sket jauhnya.

Buat masa neh... kita dah letak seketul dua posisi dengan lot dan leverage yang ciput cam biasa, so kalo betul dia jatuh below 128.20 pada penutup hujung bulan neh... kita suspect dia boleh pegi 109 or 108 sampai hujung tahun neh...

Kita mengelakkan diri kita dari begitu "desperate" untuk memorex bulan neh... kita masih enjoy menonton world cup yang akan hanya selesai gamenya awal minggu depan... untuk short kali neh... ambik aje profit kat 3 golden lines... next round kita ada rally ke bawah yang lagi panjang sampai tahun depan...

Sehingga tiba peluang tu.... (tandanya dia akan break 131.20)... sila simpan margin secukupnya untuk membelasah beberapa belas posisi... menjual adalah di resisten...!!!


Sekian, wassalam
"Jual di resisten, beli di support"

Selasa, 6 Julai 2010

NZDUSD - Our next Projection

Salam 5:30ptg Selasa...,

- Hehehe... kita rilek-rilek dan lepak-lepak buat masa neh dengan pair NZDUSD neh, sebab kita semua dah berjaya melayan 2 retracement dia bulan lalu... tak lama lagi kita akan berjumpa dengan kemungkinan dia meneruskan terjunan tanpa payung terjunnya tatkala semua orang mula forecastkan dia naik... hehehe

- Rujuk chart di atas... next projection kita ialah 161.8% ikut fibo kaler merah....

- Dan... kita mengharapkan dia "terpeleset" sehingga ke 261.8% pada tahun ini....

- Hehehe... sediakan jajan sebelum kehabisan... dan biasanya kita kena bertahan dalam jangka waktu yang agak lama sebelum semuanya menjadi kenyataan... oleh sebab itu... money management adalah sangat penting untuk menjalankan trade ini... sesiapa tak sanggup sila lah angkat kaki dahulu setiap kali dia sampai ke S2 daily... hehehe


Sekian, Wassalam...
"Jual di resisten, beli di support"

Khamis, 1 Julai 2010

EURUSD - Layu di tangkai madu

10:45mlm
seperti yang kita bagitau haritu...
retracement UCHF ini siap... swing position kita pun masuk...
Kita buy USDCHF dan sell EURUSD tonite
Thank you... :D:D:D


next move ialah down... adessss
5:55ptg

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot