Isnin, 29 November 2010

Pound Oversold


- GBPUSD 4hr.., berdasarkan kepada kedudukan RSI ketika ini... nyata sekali dia oversold. Tetapi bukanlah bermaksud dia tak boleh jatuh lagi ke bawah.., kita percaya dia masih ada ruang lagi untuk sekurang-kurangnya mencecah ke monthly S2.

- Kita rasa ada sesuatu yang kurang di sini dari segi bentuk dia nak teruskan terjunan... bahu kiri dah ada... kepala dah ada... bahu kanan yang tak ada...!

- Sama ada dia akan mencecah FE 127.2 atau terus ke FE 161.8... pada pandangan kita.., dia selepas itu akan pullback ke atas dahulu untuk membentuk bahu kanan di sama level dengan zone label A ...

- InsyaAllah.. buat masa ini masih bearish... sehinggalah dia jumpa support yang boleh menyokong dia bounce ke atas.

Europe bails out Ireland


Salam hujung bulan...,

- Ada perkembangan yang berlaku di Europe sehinggakan mereka terpaksa sekali lagi berpakat sesama sendiri memberikan bantuan kecemasan tahap CPR kepada salah sebuah negara dalam gugusan mereka iaitu Ireland.

- Rujuk chart di atas... berpandukan sejarah bail-out Greece, kita dapati selepas pengumuman dibuat, market jatuh 1,200pips..! Wowweoo... ianya sungguh laju kerana ia berlaku dalam tempoh sebulan.

- Akan jahanam kah terus duit euro ini ??? I dun know lah... kalau market decide nak kuburkan dia terus.., kita boleh buat apa ??? Nasihat kita ialah follow the trend lah.... i followww....!!!

Khamis, 25 November 2010

USDCHF - Mission Impossible


- Sila rujuk komen terdahulu mengenai dia ni... kita tak bercadang nak tambah komen apa-apa... cuma kerana malam ini dia telah menanduk harga parity = 1.0000.., jadi rally selanjutnya ialah seperti forecast gambar di atas.... InsyaAllah


Rabu, 24 November 2010

EURUSD - Bearish or Bullish..??








Salam petang Rabu; 4pm

- ngee... harini kita beri dua keping gambar yang salah-satu nya akan menjadi panduan buat kita semua di masa hadapan. Adakah ianya bertambah bearish atau pun bullish ???

- my point of view... berdasarkan "spikes" yang kita jumpa tempohari dalam USDx.. kita prefer view bullish... uhukkk... maybe saya akan salah dengan pilihan ini...,

- kita menjangkakan bahawa USDx akan hanya benar-benar bersedia bullish samaada dalam end of Q1 or end of Q2 iaitu bilamana QE dia akan mature...,

- tetapi... apa-apa pun bisa berlaku ketika ini... bersedia aje lah, samada mulai bearish yang panjang ke 1.0100 atau bullish correction yang kepenatan akhirnya di 1.5500..

Sekian, wassalam.


EURUSD - Diagonal


1) Diagonal... biasanya dirujuk sebagai tanda-tanda trend nak abess... dalam gambar di atas jika kita letak kiraan 1 hingga 4 pada tiap-tiap sudut turun naik ke trendline tu... maka yang turun sekarang ini ialah nombor 5...

2) Berhati-hati ketika mengcounter di bahagian support..!!! Berjaya bouncing di trendline bawah dan monthly support ke-2 bulan ini .. projection mission imposible nya ialah memecahkan trendline sebelah atas..

3) Mungkin ada perubahan struktur kiraan yang besar di daily chart JIKA dia bottom di monthly support ke-2 pada bulan ini... siapa tau ek, cempedak betul-betul menjadi nangka?

GBPUSD - Warning.. !!!



1) Walaupun... dia break trendline bawah.. tak bermakna dia akan terus bearish... kerana biasanya jika dah break trendline... dia pasti pullback untuk test balik trendline itu untuk pastikan bahawa trendline tu memang dah tak mahu support dia lagi...

2) Pastikan semua short posisi telah di bank-in... otherwise close half dahulu, and trailing the other half.

Ahad, 21 November 2010

USDx - Test Support


1- Seperti yang kita maklum.. dia dah lepas halangan pertama dia di zone harga 78.50.. maka memang biasalah berlaku bila resistence berjaya di sondol, harga akan berpatah balik mencari di manakah support yang kuat sangat tu.

2- Ini macam kes pukul belakang ler..., berani baling batu dari belakang..., nah... sekarang samseng Kg. Dusun dah datang... bersiap-sedia ajelah... ehehehe... haaa.., jangan lari..!! Mari kita lihat apakah potensi nya samseng sekor neh..

3- Ia kelihatannya seperti head n shoulder di bonggol atas tu... tapi tak berapa clear sangat bentuk dia, mungkin kalau dia jatuh ke 61.8% baru nampak jelas. Dia pun skrg berada di bawah SMA55, RSI(14) below 50 level.

4- Semua tanda-tanda tu menunjukkan dia akan bearish, maka jika kita ambil bentuk HnS sebagai sebab dia nak terjun ni... targetnya adalah ke 38.2%... itu pun jika dia berjaya tembus channel line bawah tu ler..

5- Banyak juga kes HnS tak berapa menjadi.. dan jika itu berlaku kita akan dapat lihat bentuk W akan terbentuk di zone 61.8% - 76.4%... time tu jangan fikir lama sangat... ikut aje dia naik ke atas.. mesti berdezup punye... ehehe

6- Tapi buat masa ni... ini aje view yang ada... let's wait confirmation HnS failure (JIKA ADA)... kalau takde apa-apa perubahan kita kira HnS ini menjadi lerrr... uhukkkk!!!

SP500 - Head & Shoulder


1- Sp500... ciri-ciri nak jatuh membuatkan kita teruja kerana kita memang tunggu "peristiwa" kejatuhan dia ni berdasarkan kepada faktor kekerapan dia nie menguasai sentiment pasaran terutamanya yang berkaitan dengan xxx/yen.

2- Kita telahpun memberikan view xxx/yen yang akan roboh dalam masa terdekat nie dan jika SP500 nie boleh jatuh gak ikut teknikal view kita ini, maka itu mungkin "rejeki" kita untuk kita semua... tapi janganlah konfiden 100%... anything could happen.

3- Apapun yang kita mesti jaga ialah MM.. contohnya, jika kita ada $10,000 dan kemudian kita dah tetapkan akan hanya gunakan $500 (5%) sahaja dalam minggu tu... seboleh-bolehnya kita rolling aje $500 tu sedaya-upaya untuk jana keuntungan dan tanggung kerugian... perlu kita sedar bahawa dengan leverage 200:1; 1pips=$1... maka kita masih ada "had nafas" nak tanggung kerugian sehingga (-ve)500 pips dalam minggu tu..!! Banyakkk tu beb..!!!

4- Janganlah sesekali mengikut kata hati, konon-konon baki akaun banyak lagi, nanti boleh cover. Jika kita biarkan kerugian merebak ke baki akaun, akibatnya nahas yang menanti kita. Trade biarlah ada displin yang ketat sikit. Jika kita hanya dapat untung $10 aje dalam minggu tu, bersyukur ajelah..., kerana kita berjaya meningkatkan akaun kita menjadi $10,010...!!!

5- Ehehehehe..... orait...; gogo chaiyok..!

Sabtu, 20 November 2010

GBPUSD - New ABCD


- Serupa macam EURUSD..., bila kena trendline dia seperti kena kejutan elektrik... zertttt-zerttt... dan dia melompat sehingga terpantul kembali ke top channel.

- Agak membosankan dia ni dalam Nov ni... lebih membosankan kerana dia ni kita kahwin kan dengan EURGBP... lagi ler terlalu bosan bila kita kahwinkan sekali dengan GBPJPY... serba serbi membosankan... pehhh!!!

- Bentuk dan gaya lenggang-lengguknya dia ni memberi isyarat "d" warna purple tu akan berada di ATAS channel... dan jika dah berada di situ bermakna "a dan b" warna kelabu tu bisa di "try-test-cuba" untuk di pecahkan... itu pun jika channel ini dibaca sebagai "bullish flag"

- Walaupun begitu buat sementara waktu ni... jika EURGBP mulai bullish... dan GBPJPY mulai bearish kembali... dia ni boleh menghadapi serangan jantung secara tiba-tiba ke below 76.4 setelah trendline warna putih broken. So.. watch-out!!!

EURUSD - Head n Shoulder..??


1- Toinggg...!!! dia memantul dari trendline yang kita tunjukkan dalam timeframe 4hr.. Kita harap ramai yang dapat selamatkan diri sebelum kejadian tu berlaku.

2- Hasil pantulan itu pula... kini dia membentuk inverse head and shoulder yang boleh membawanya naik ke permukaan semula untuk mengambil nafas ... yang kita percaya selepas itu menyelam terus tak timbul-timbul...

3- Apakah yang kita sedang startegykan ini?... Well... kita masih menunggu candlestick monthly memberi arahan untuk meletakkan sell. 2 minggu terakhir ini, kita harap harga tertinggi tu tak pecah dan harga bulan ini close di bawah harga 1.40.

4- Kita dah bagitau dia ada pivot-x di atas sana... dan baru-baru ini dia pun ada pivot-x di bawah ini (yang latest ni kita reservekan untuk jadi reason dia jatuh kemudian). Kita suka jika dia ikut bentuk inverse head and shoulder yang sedang berlaku ini, berbanding dari dia terus menggelunsur terus tak tentu pasal.

5- Next reversal atau breakout day ialah pada Selasa Nov, 23.

Jumaat, 19 November 2010

GBPJPY - Short View


- Pattern AB=CD menghampiri targetnya di 161.8%
- Kiraan lenggang-lengguk 1 - 5 menghampiri targetnya di 127.2%
- Oleh itu, kita perlu melihat jika ada reversal pada kedua-dua level tersebut.
- Dengan syarat 135.50 dan 137.80 bertahan;
- gerakan seterusnya adalah ke 126 dan 122.

- Planning kan profit anda secara berperingkat... InsyaAllah.

USDJPY - Short View


- Berbentuk W juga dan dengan cemerlang telah menerobos beberapa sekatan.

- Agak bahaya sebenarnya nak mengeshort di kawasan bulatan tu, tetapi dengan syarat adanya candlestick reversal confirmation pattern kelak... kita boleh mencuba.

- Stoploss di +76.4%.... target down ke 50.0% dan 38.2% buat sementara waktu.

Khamis, 18 November 2010

EURJPY - Short View


1- Ini adalah W spekulasi. Dan kita setakat ini percaya dia memang boleh naik melebihi paras Fibo warna biru +100%...

2- Tetapi dia MUNGKIN akan menghadapi masalah untuk melepasi "3 Fibo Confluence" di zone pivot-x kelak... dan sementara itu kelak RSI akan "overbought".

3- Stoploss adalah di Fibo biru +100%... Short upon candlestick reversal pattern confirmation di zone pivot-x = 3 Fibo Confluence... target adalah balik ke dalam Fibo warna biru 61.8%, 50.0%, 38.2%... sebelum kita melihat di jatuh melebihi paras 23.6% kelak... InsyaAllah


Sokongan Permintaan vs Halangan Bekalan

Contoh Ringkasan

Salam Raya Haji hari kedua..,

- Seorang kawan kita agak kebingungan tentang support dan resistence, sehinggakan dia tak berani nak letak entry, bimbang dia salah buat entry dan pelbagai kemusykilan yang lain. Tapi dia banyak bertanya soalan yang memang logik, cuma dia tak faham mengapa adanya support dan resistence; mengapa pula kita perlu menggunakannya?

- Untuk bagi faham... kita sertakan gambar dan ringkasan di bawah ini sebagai rujukan ringkas aje... dan yang paling penting kena faham ialah support dan resistence terhasil daripada supply dan demand. Serupa macam niaga durian kat kaki lima jalanraya juga... masa durian tu sikit, harga dia bukan main mahal lagi.., tapi bila durian tu dah dilonggok berbakul-bakul... durian tu jadi tak berapa bernilai.

- Konsep mudahnya ialah bila permintaan tinggi, bekalan pula kurang, harga tawaran melambunglah naik, begitu juga sebaliknya jika bekalan tinggi, permintaan kurang, harga tawaran menjunamlah turun.

- Oleh itu.., level support dan resisten adalah harga tawaran bagi sesuatu urusniaga berdasarkan kepada permintaan dan bekalan yang ada. Off course lah yang berniaga tu manusia, itu sebab kita boleh lihat harga naik-turun sepanjang masa. You suka you boleh beli, you tak suka you boleh jual. Nothing to confuse about that..!


Apa itu Support and Resistance?

-------

Support dalam bahasa kita ialah sokongan.

Resistance dalam bahasa kita ialah halangan.

-------

Apa itu Demand and Supply?

------

Demand dalam bahasa kita ialah permintaan.

Supply dalam bahasa kita ialah bekalan.

-------

Support level adalah tahap sokongan yang terjadi ketika harga yang sedang bergerak turun dapat dipantulkan ke atas ketika harga tiba di sesuatu tahap sokongan harga yang tertentu.

------

Resistence level adalah tahap halangan yang terjadi ketika harga yang sedang bergerak naik dapat dipantulkan ke bawah ketika harga tiba di sesuatu tahap halangan harga yang tertentu.

------

Apa itu Demand and Supply?

------

Demand dalam bahasa kita ialah permintaan.

Supply dalam bahasa kita ialah bekalan.

------

Kekukuhan sesuatu tahap sokongan dan tahap halangan bergantung kepada jumlah permintaan dan jumlah bekalan yang terdapat pada sesuatu tahap-tahap tersebut.

------

Jika permintaan banyak, tetapi bekalan pula kurang, harga akan meningkat tinggi sehinggalah bekalan melebihi permintaan.

Jika bekalan banyak, tetapi permintaan pula kurang, harga akan menurun rendah sehinggalah permintaan melebihi bekalan.


Ringkasan Mudah.

1) Kekukuhan sesuatu Tahap Sokongan harga tertakluk kepada Permintaan semasa yang melebihi daripada Bekalan.

2) Kekukuhan sesuatu Tahap Halangan harga tertakluk kepada Bekalan semasa yang melebihi daripada Permintaan.



Ringkasan yang lagi Mudah
.

1) Jual ketika harga berada di Resistence dan Oscilator anda telah “overbought”

2) Beli ketika harga berada di Support dan Oscilator anda telah “oversold”



Rabu, 17 November 2010

GBPUSD - Continuation?

GBPUSD - 4hr

- Terkurung di dalam symetrical triangle... dan triangle ialah kesinambungan trend. Terdapat trendline di sini.

- Kita tidak rasa ada masalah dia break triangle tu, tetapi di sebabkan ada trenline mungkin kita perlu fikir 3x dulu... ehehe

- Bounce up atau pun break below... kita kena tunggu dengan sabar. Kita prefer short... next target kita ialah FE 161.8...

EURUSD - Warning..!

EURUSD 4hr

1- Terdapat kelibat sejenis pattern yang biasanya terbentuk jika pattern W gagal menembusi resisten. Ramai pengkaji bentuk menamakannya "Pennant Pattern".

2- Kita tak faham makna "Pennant"... sebab yang kita selalu dengo ialah suku kaum Penan di Sarawak sana... tapi bila kita cari google translate makna pennant ialah "Panji".. ehehe

3- Sebab bentuk nie mungkin melambangkan panji-panji kebesaran Euro, sementelahan pula harini ialah hari reversal day... kita syorkan supaya kita bank-in 3/4 hasil yang ada.

4- Amaran peringkat "Kuning-merah" dikeluarkan untuk harini bahawa... jika daily candlestick harini berupa doji atau inverted hammer (setelah FE 261.8 gagal di cumbu-rayu) akan mengakibatkan tendangan kilat kuda belang ke FE 61.8 kembali.

5- Sila berhati-hati ye... dan Selamat Hariraya Aidil-Adha...

Ahad, 14 November 2010

UCHF - Which Way


- Sekarang terdapat 2 gerakan yang akan "meletus"... sedikit masa lagi. Jadi sebelum nak letak trade untuk dia ni sila berhati-hati. Misi musthail kita ialah membullishkan dia.

- Last candlestick dia bulan lepas ialah doji.

- Minggu depan lihat dulu dia pullback ke bawah, sebab kita rasa EURUSD tu naik pullback ke atas. For limited of time... Kita rasa lah.

- Rabu atau Khamis... Kita bersedia untuk counter pullback mereka berdua. Apa-apa hal pun sila jaga SL...

Income Forex Tipu atau Tertipu?

Gambar Hiasan


1. Seringkali kita terbaca atau kita diadukan dengan masalah ini. Betulkah forex ini menipu atau adakah kita tertipu dengan kesilapan kita sendiri? Mari kita cerita sedikit tentang masalah ini.

2. Ramai terjun dalam bidang ini dengan harapan nak bayar hutang, nak tambah side income, nak lebih kaya dan bergaya; dan seribu satu keperluan yang lain. Maka berlumba-lumbalah kita mencari "sistem trading" yang terunggul, mahsyur dan menjanjikan pulangan yang lumayan.

3. Setelah bersedia dengan modal, kita pun mula bertrading. Dan pendek cerita, melalui kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 95% daripada mereka akan terkubur tanpa batu nesan. Hanya 5% aje yang survive... itu pun boleh dipecahkan lagi kepada beberapa kategori yang bebeza.

4. Maka bermulalah setelah kerugian itu., episod menyalahkan itu dan ini, sana dan sini, orang itu dan orang ini... padahal yang gagal adalah diri sendiri.

5. Nasihat kita ialah bila berlaku kerugian (total loss)..; cuba check balik semua post yang rugi tu..; di situ mesti ada tunjukkan mengapa, bagaimana dan dimanakah kesilapan dilakukan. Dan sudah tentunya yang paling menonjol ialah tentang kegagalan mengawal risiko..!

6. Itu adalah faktor utama account trading boleh hangus..! Saya pernah mengalami kejadian sebegitu 2007-2008 ketika market jatuh.., ketika itu saya fikir account saya TAK AKAN senget! Tapi... Allah tu Maha Kaya, Lagi Maha Bijaksana.., Dia nak beri saya pelajaran yang berguna., dengan izin-Nya.., account trading saya benar-benar jadi senget sampai nak terjungkit..!

7. Ketika itu saya cuma terbayang kapal Titanic nak tenggelam. Tapi mujurlah saya tak panik.., saya cut losses semua position saya dan hari tu saya pandang wajah isteri dan anak-anak saya dengan rasa penuh sayu... saya rugi banyakkkk; sehingga hari ni saya malu nak ingat.

8. Nak salahkan siapa? Saya sendiri yang bersalah... tak letak stoploss, swing gila-babi, MM tak tengok langsung, keras kepala, dah untung nak lebih-lebih untung.... arrrghhhh...!!! Itu semua silap sendiri..! Kenapa lah saya begitu bengong?

9. Setelah dari kejadian itu, saya cuba ikut trade kembali dengan MM dan disiplin. Di setiap trade yang saya forecast contohnya akan bergerak 100pips, saya akan ambil profit separuh dari rally itu dahulu. Sedikit demi sedikit keuntungan yang saya kumpul kini bertambah mekar.

10. Itu adalah cerita pengalaman saya sendiri..; dan saya dari masa ke semasa sentiasa ingatkan tentang betapa PENTING money-management untuk mengawal risk dan reward kita. Jika dulu saya tak rugi besar... mungkin saya tak dapat ceritakan apa-apa manafaat dan kesan dari mengabaikannya.

11. Dan..; yang paling penting ialah jika dahulu dah silap, tak kan nak ulangi kesilapan sekali lagi?


Sila rujuk dan layari

Forex Risk & Money Management Calculator

Forex Profit Calculator



Sabtu, 13 November 2010

USDx - W- Sign


Sejarah lalu menunjukkan bahawa USDx akan berada dalam range untuk beberapa ketika sebelum dia menjunam ke bawah setelah QE dilaksanakan.

Tetapi QE kali ini mendapat tentangan beberapa negara kerana mereka tahu mereka akan sengsara contohnye ialah negara kita sendiri. Apa gunanya nilai duit begitu kuat berbanding dengan USD tetapi kuasa membeli jadi menurun?

Nyata sekali... semua akan terperangkap dengan QE "toilet paper" ini. Jika semua seronok nak lihat dollar ini jatuh lagi.., bermakna semuanya akan termasuk "jamban" yang memang "sengaja" di pasang untuk menghumbankan kita semua ke dalam longgokan tahi dan najis mereka.

Jika dollar melambung naik... maka perangkap QE kali ini TIDAK menjadi...! Bermakna juga tak ada siapa lagi yang mahu duduk dalam tong taik bersama-sama dengan toilet paper. Maknanya semua negara dah faham QE Amerika tu apa ke bendanya.

Dulu tak tau.., sekarang dah tau..! Biorkan aje orang Amerika yang duduk dalam jamban tu sendiri... kita nak ikut buat apa? Bau manyak kuat wooo...!

Khamis, 11 November 2010

GBPUSD - Further Down?

Update 13/11/2010
ABCD on both sides view
but still in wedge channel


Khamis 11:00am

- AB = CD bergerak lebih pantas dari masa... tetapi nilainya tetap sama, dan kita menjangkakan harga akan terhempas ke bumi berikutan dengan letusan asap yang berlaku lebih awal dari yang dijangkakan.

- Short here... stoploss jangan lebih dari 50% atau 38.2% fibo di atas... target ke 100%, 161.8% atau even more ke 261.8%. Dengan amaran bahawa jika label C tembus... dia boleh buat double top ke 1.6300 kembali.. atau lebih lagi.

- Berhati-hati dan sL jangan lupa.

EURUSD - Reverse/Retrace

Update view 13/11/2010

Khamis 10:45am

- Time untuk buat retracement... Kita semua dah nampak awal.., so kita tak perlu terkejut beruk.., ada pulak yang gatal forecast dia akan pecahkan high minggu lepas kembali... hmmm... kita tak menolak kemungkinan itu...

- Buat masa ini... had view kita ialah setakat pivox-x itu sahaja. Apa-apa yang berlaku setelah dia dapat harga pivot-x tu... itu kita kena lihat apa situasinya lah, tetapi secara mata-kasar, daily candlestick semalam menunjukkan mungkin ada berita tak berapa baik untuk beruang.

- Next forecast reversal day ialah pada 17hb-Nov nanti, insyaAllah.

GBPJPY - Channel

Khamis 2am...

- Nampak gaya macam UJ gak... beria-ia nak menuju ke siling channel dengan gerakan 1 hingga 5 yang agak sekata... kita tak buat apa-apa pun dengan dia ni sepanjang minggu ni, kita fikir short dia nie lagi bagus kot dari beli?... ehehe~

- Dan jika kiraan ini betul, kita akan tunggu tanda candle reversal di upper channel dan this week R3.. InsyaAllah, mana tau... betul-betul jatuh macam nangka! Strategy kita serupa macam USDJPY... wait until clear signal reverse candle...

- Jika dia lepas tinggi dan keluar dari channel... biarkan aje... next week kita semak balik.

Rabu, 10 November 2010

USDJPY - Channel n Trendline

Rabu 11:45mlm...

- Ianya telahpun mencecahkan kepalanya ke siling channel yang juga bertindak sebagai upper trendline sejak Mac 2010.

- Pada hemat kita 83.00... akan memantulkan lembu ini ke dalam channel kembali, dengan syarat kita kira yang naik ini sebagai no.4... maka no. 5 berada di bawah 80.00 lah.

- Saranan kita ialah... lihat reversal candle di zone harga 83.00... samaada ianya akan berlaku dalam chart 1hr atau daily (Khamis atau Jumaat)... Jika tiada tanda reversal... kita akan biarkan dia naik bagi baki hari dalam minggu ini.

- Sebab dia dah keluar dari range minggu ini dan range bulan ini... kita sarankan supaya stand-aside untuk buy strategy intraday.

EURGBP - AB=CD

Update weekly view 13/11/2010
We are at the juncture
be patience...!!!!

Rabu... 10:45malam..

- Ianya sedang menghampiri target AB=CD... selepas dari itu mungkin ianya akan retrace seperti yang kita lukiskan dalam chart di atas tu..., InsyaAllah.

- Arahan kita ialah standby untuk melihat tanda-tanda reversal JIKA ada di zone weekly support 2 setelah ianya complete dengan pattern ini.

- Jika tiada tanda di 4hr... kita akan tunggu dan lihat pada daily candlestick untuk hari Khamis atau Jumaat ini. Jika tiada juga... let's it go. Kita akan semak balik minggu hadapan.

Sekian, Wassalam

Selasa, 9 November 2010

EURJPY - Inverse Head and Shoulder


Tuesday Nov 9 5:00pm

- Yeehaaaa~... berjaya kita mengeshortnya sampai ke sini... dan kita rasa ini hanyalah retracement... (ek... betoi ka aku cakap neh?)

- Terdapat pandangan bahawa dia ni membentuk "inverse head n shoulder" (tgk gambo tu)... tetapi kita tak berapa sure sangat... ;p

- Kita hentikan short... dan kita nak tengok "zero" level tu pocah kah tidak. Jika tak pocah harini or esok... silalah anggap bentuk ini akan menjadi kenyataan.

- Otherwise... ehem!

Sabtu, 6 November 2010

Weekly Market View

EURUSD - 30min

- Aisayman.., dia jatuh 300pips di hari-hari akhir dagangan... pehh... tu yang letih tu, bila di tunggu xmo plak dia jatuh camtunya banyak... :p

- Kelihatan terdapat beberapa pilihan arah untuk minggu hadapan. Warna oren dan putih adalah view untuk ke atas... purple adalah view untuk ke bawah. Adesss... lotih lah camni kalo nak ikutkan lebih baik ikut bullish sebab daily tu terdapat 3 askar putih.

- Tetapi jika kita lihat weekly... itu macam sejenis "spinning tops"!

GBPUSD -30min

- Kita hadkan pandangan kita buat masa nie dengan view setakat ini. aje dahulu Dia dah break high May+Oct; so kita kena "respect" sedikit, sebelum dia jumpa upper trendline yang mungkin akan membuka peluang untuk kita "test" short sekali lagi.

- Break down dalam kawasan 1.6170-1.6000, akan menjadikan dia ini "consolidation"; tetapi buat maso neh den lebeh suko dio hits siling 1.6370-1.6420... eeeeee~... goramnyo tak terkato dah...!!!


EURGBP - 240min

- Masih dalam fasa pembetulan harga; kita akan melihat sama ada double bottom terbentuk di sini; ataupun dia breakout lebih ke bawah menuju sasaran yang kita forecastkan .

- Kita prefer dia ikut abcd warna oren; tetapi jika bounce di sini maka tidak syak lagi dia akan ke zone "e" warna putih. GBPUSD dan EURUSD akan terlibat sama dengan gerakan pair ini; yang mana "timing" rally mereka akan kacau-bilau sedikit.

- Break below FE 61.8 akan menjadi EURUSD bearish dan GBPUSD mid-bullish.


USDJPY - 240min

- Strategy minggu lepas nampaknya berjaya... buy breakout ikut intraday; dah profit bank-in terus... minggu depan kita akan guna strategy yang serupa lah... ehehe... xperlu trade dia setiap hari... just jengok-jengok jika ade potensi dia breakout ke atas, kita tahan air-asia dot com untuk bawa kita terbang.

- Sekarang... kelihatan nya dia dah terjulur keluar dari trendline yang bentuk wedge ni. Nak kata USD tu kuat takde lah pula... tetapi jika ada potensi pecahkan FE 100, kita rasa-rasa FE 161.8 dan FE 261.8 bukan lah sesuatu yang mustahil.

- Walau bagaimana pun kita TIDAK bercadang nak buy and hold. Asal dapat profit sesikit jadi ler... ehehehe


EURJPY - 240min

- Peh...!!! Stoploss hits di awal minggu, dan membuatkan kita jadi pemerhati aje. Tatkala ini kita tak berani nak cakap dia akan very bullish, tetapi pattern di atas tu sedang memberikan kita semua "bisikan manja" ke mana dia nak pergi... jika support zone dapat bertahan.

- Sila copy-paste batang warna hijau tu ke kaki zigzag terakhir warna purple tu... dan lihat projection dia ke sebelah atas ... adehhhh... tu yang malas nak ter "over-over" time gini. Mari ler kita duduk tengok aje progress dia pullback ini.

- Lumayan gak kalo menjadi tu... ermm... ermm..!!??




GBPJPY - 240min

- Fuh... bentuk yang kita tunjukkan minggu lalu benar-benar melanggar stoploss kita... sob-sob... putus sudah kasih sayang~... Kita hanya membiarkan dia bergerak ke atas... tiada apa yang perlu kita kejar kan...

- Minggu depan kita kena lihat pullback yang kita jangka akan berlaku sehingga support zone yang kita tandakan. Samaada zone itu akan bertahan atau tidak..., itu kita kena lihat pada minggu satu lagi.

- Breakout lagi ke atas Channel dan FE 261 akan mengakibatkan dia meluru naik ke FE 423... tetapi buat masa ini kita lebih suka nak cakap dia pullback ke zone support terlebih dahulu.. apa-apa hal pun sila jaga sL sewaktu menjadi ninja turtles.

- Ke tidak tentuan market ketika ini akan menghidupkan kembali sindrom "carry trade", itu bukan kita yang cakap; tapi tuan Chief Economi IMF yang bagi tips. Sila klik link tu untuk baca lebih lanjut.

Khamis, 4 November 2010

GBPUSD - Wedge


GBPUSD - Daily

- Kita tunggu dia sampai siling.
- Dalam dia bersuka-ria... kita perhatikan dulu aje.
- Grrrr.... geramnya aku...!!!

UCHF - Bullish Correction

USDCHF

- Walau jatuhnya nampak cun... buat masa ini kita pandang 'sinis'. Kita akan coba tackel di S2 harini... manatau ek, cempedak boleh jadi nangka?

- Seperti biasa bagi dia cucuk dan tembus dahulu.. baru kita selit BUY. Target ialah di mana letaknya pivot-pivot x yang dia sengaja tinggalkan.


EURUSD - Forecast

EURUSD

1. Jika ECB tak kacau daun.. setakat ini, gaya dia naik lebih mirip kepada gerakan sebegini. Ada banyak lagi masa untuk kita handle gerakan ini jadi kita tak perlu terburu-buru.

2. Kita masih ada peluang untuk short-buy-short dalam tempoh QE2 ini berjalan. Kita belum nak tukar view bahawa dia akan jatuh jua akhirnya ke below 1.18 kembali..

3. Stand-aside buat masa ini.

Fed Stimulus 600b


Dollar Index

1. Berita tentang "pelan ransangan" pakej kedua ekonomi Amerika yang di tunggu-tunggu akhirnya keluar jua malam tadi.

2. Pakej pertama "pelan ransangan" ekonomi mereka dahulu adalah $1.7trillion yang bermula dari December 2008 hingga Mac 2010.

3. Pakej kedua "pelan ransangan" ekonomi mereka ini pula ialah $600billion; yang akan berakhir June 2011.

4. Yang pasti dengan merujuk "sejarah sebelum ini".., "pelan ransangan" yang dimaksudkan akan membawa kejatuhan dollar kerana ianya juga bermaksud "melambakkan dollar ke dalam pasaran."

5. Kita pasti... harga share dan komoditi akan meningkat lebih tinggi.., kerana tujuan utama "pelan ransangan" ini ialah sengaja melemahkan dollar serendah mungkin ataupun menstabilkan dollar di bawah harga 87.50 sentiasa.

6. Bila dollar lemah... mereka boleh menjual apa sahaja produk mereka kerana dengan cara sebegitu mereka boleh menguasai pasaran serta ekonomi dunia sepanjang masa.

7. Pastinya selepas dari ini "perang matawang" akan meletus..!

Rabu, 3 November 2010

GBPUSD - Stand Aside

7pm

- Short kita terkantoi apabila dia spikes up today.
- Kita stand-aside for the rest of trading days minggu ini.
- FOMC news malam nie, Jumaat pula ade NFP.
- Dia ni dah break high Ogos dan Oct... so 1.64-1.65 adalah next target up.
- Kecuali dia breakdown sehingga lower range projection bulan ini... 1.58, maka
- Kita stand-aside sehingga dia sampai ke salah-satu level tersebut..

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot