Sabtu, 29 Oktober 2011

Market view - 1st Week November


PENGUMUMAN
-------------------

Kita nak amik cuti 2 minggu mulai minggu depan. Oleh itu blog ini juga akan di rehatkan selama 2 minggu.

Kita ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua kekawan yang bersama kita sejak kita di'perli' kerana memecahkan tabung 'ayam' kita.


Kita doakan sempena bulan haji yang mulia ini.. kita semua bertambah berjaya dan berjaya lagi... Insya Allah, tabung ayam kita akan bertambah-tambah' berat isi nya

Sekian, wassalam... Selamat Hari Raya Korban


mehhh lerr.. kita sesama dengo kan lagu nie... eeheehe



Rosli bin Sumailan
email: rsmelan@gmail.com
yahoo messenger: cctaida@yahoo.com
ctaida < nickname di Marketiva>

--------------------



EURUSD - Weekly Chart

- Al-hamdullilahi Robbil A'lamiiin ... seribo seratos sato pips ! dan.. gap masih belom ditotop.. jangan hairan jika kita membaca bahawa "mereka-mereka" telah meletakkan short . Mereka -mereka begitu kondifen!.. oppss.. konfiden!.. market akan gostan...

- Kita akan berdepan dengan 'tiang gol' next week. Maka ramai lah yang fikir nak start short. Woweeee.. kita tak fikir begitu pulak.. 'tiang gol' tu bukan petanda market akan buat 'new low'... tapi sebaliknya.. dia akan buat 'new high'.. dengan maksud yang lebih jelas ialah market akan coba mem'break'kan trapping zone dengan sekali jalan.

- Isyarat nye ialah Isnin nanti dia buat gap ke bawah atau dia tak buat gap langsung.

- TETAPI.. jika harga Isnin buat gap sebelah ATAS.. iaitu harga buat gap di atas 1.4205.. kita cadangkan.. STANDBY Short di level dan time seperti dalam gambar tu.

- Kita prefer : gap ke bawah (atau tiada gap) dan kemudian pecut ke atas.. sama seperti yang AUDUSD lakukan di tiang no. 8 nya... Amiiinnn... InsyaAllah


GBPUSD - Weekly Chart

- Al-hamdullilahi Robbil A'lamiiin ... lapan ratos lapan poloh satu pips ! dan.. gap masih belom ditotop.. Kecantikkan hanya milik Allah.. kita semua ni hanya hamba yang menumpang belas ikhsan dan anugerah-Nya semata-mata.

- Siapa sangka..?? pound berjaya masuk dan tido lena 2 hari dalam kandang beruang?? Adakah candlestick minggu lalu cacat ?? JANGAN counter jika candlestick dia cantikk.. follow je dulu sampai target dan objektif nya.. kemudian baru leh fikir nak counter.. ehekkk.

- Ye.. dalam dalam kandang ni.. beruang sibuk dan terkejut beruk dan terkujat-kujat mengetuk kepala pound.. tapi ending story ini belom selesai. Lu ketuk lah camne pun.. silap haribulan harga boleh terjojol keluar 1.65... huhuhu~ Amiiiinnn... Ya Rabb ! InsyaAllah..


AUDUSD - 240 mins Chart

- Al-hamdullilahi Robbil A'lamiiin ... semua gap dah tutup... Kekayaan hanya milik Allah.. kita semua ni hanya hamba yang mengharapkan anugerah yang melimpah-ruah atas sifat kedermawan-Nya belaka.

- Seorang rakan kita tak berapa 'clear' dengan idea kita tentang AUDUSD nie.. walhal gap nya semua telah dipenuhi... Ok.. kita kasi clear 'picture'.. kikiki.. inverted head n shoulder.. dan rasanya kita tak perlu ulas panjang lebar. Menjadi atau tidak... itu kan lain cerita?

- Ini adalah projection bonus (kalau menjadi) untuk raya haji tahun ini.. bukan ker kita semua telah di 'perli' kerana memecahkan tabung 'ayam' raya puasa untuk tahun ini? Jadi tak perlu kita bising-bising.. dok diam-diam udah ler... kan? kan? kan?

- Menjadi dan berjaya... Amiiinnn... InsyaAllah

NZDUSD - Daily Chart

- Al-hamdullilahi Robbil A'lamiiin ... ado laei gap nun di ateh tu...

Ya Allah Wahai Tuhan kami.., kami memohon kepadaMu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya supaya Engkau bukakan bagi kami pintu-pintu rahmatMu, dan Engkau mudahkan setiap urusan kami, limpahkan lah bagi kami rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa ada kekurangan dan tanpa susah-payah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Kami memohon kepadaMu tunaikanlah hajat kami... (sebut hajat) , selawat dan doa penutup.


- Ramai yang memorex sampai jauh pagi/subuh.. apa kata.. masa kita dok tunggu setup atau trade kita tu.. kita relaks kejap.. ambil wuduk gi lakukan solat hajat 2 rakaat yang ringkas, selesai solat hajat tu .., baca lah Al-Fatihah 41 x.. lepas tu terus sambung baca doa kat atas tu. Hajat tu ikut karangan masing-masing lah.. tapi eloklah kita mohon agar jangan rugi terlalu besar, sebaliknya mendapat keuntungan yang walaupun sedikit tetapi berterusan.

- Apa faedahnye? Faedahnye ialah bila kita nak memorex.. kita tak guna 'kepala lutut' bila nak buat buy atau sell. Mesti ada dorongan dalam hati kecik kita untuk 'memeriksa sesuatu sebelum kita ambil keputusan untuk buy atau sell.

- NZDUSD kita forecast akan mengikut keputusan selesainya gerakan AB=CD (big correction).. yang hasilnya kelak harga melepasi paras A dan C . Contoh untuk gerakan AB=CD ini yang terbaru ialah di GOLD yang mana harga telah melepasi bentuk yang serupa begini dan memberi pulangan yang lumayan kepada kita semua...

- Berjaya lagi di masa hadapan... Amiiinnnnn... Insya-Allah

Jumaat, 28 Oktober 2011

Khamis, 27 Oktober 2011

Dollar - Terjun ??

update jam 12 tengah malam..

- di saat ini.. kita pasti ramai yang ingin cuba men'counter' trend yang sedang berjalan
- kita nasihatkan.. sabar dahulu
- gambar dan model di atas mungkin boleh memberi sedikit 'idea'
- tentang apa yang sedang berlaku sekarang....



update jam 9 char 240min

STATUS : BEARISH
DIVERGENCE : NO
FIBO BULLISH : YES
EXPECTING : MORE DOWN

Gold - Trailing Profits


update 12:00 tengahari

- Beruang akan muncul DI SINI...
- Kita trailingkan long kita HARI ini...
- Tapi kita percaya.. kita akan menembusi stoploss mereka yang pertama..
- Dan mendapat hensem profit kemudiannya..

GBPUSD - Triangle


update Jumaat 2:30ptg

- dia dah break triangle tu... then dia pullback
- kita bersedia 'menunggang kuda'
- insyaAllah... gap akan di closed kan harini




update 11:00 am


- dia dah test bull trap yang kita lukiskan dalam this week comment
- dia sedang membentuk triangle .. dan mungkin dia ada sket problem nak lepas high
- sebab EURGBP sedang bergerak
- tetapi kita tak mahu ubah jalan cerita dan objektif kita
- iaitu dia akan lepas ke atas dari triangle ini dan menembusi bull trap sekali lagi
- buat sementara ini... kita hold post buy di bahagian bawah... dan closed yang di bahagian atas
- buy break bila dia bersedia dengan segala kekuatan momentum nya

Aussie - Molotov Cocktail

update 11:00am

- Kita percaya.. setelah dia break trenline dan pullback..
- Dia akan test level yang kita tandakan.

USDCAD - Daily Trenline Breaks !!!


update 10:30 am


- no further comments... kiki~lalala~
- syukurrrr ~ alhamdullillah~

EURUSD - Grind Higher ???

update jam 8:30 am

- Kita tak nampak RSI menjunam ke bawah.. malah ianya masih di atas 50.
- Kita nampak ada candle spikes di bahagian bawah.. bukan di atas.
- Kita percaya.. kita boleh meng 'invalid' kan label 1 dan 2 bearish count elliotwave.
- Kita cuba lagi sekali hari nie.. support ialah level yang kita tandakan warna kuning.

Sekian, wassalam

Rabu, 26 Oktober 2011

Dollar - Triangle

update 3:30am

- false break dan kemudian meluru naik
- kita tak tahu lagi adakah ini permulaan correction atau wave yang lagi besar
- esok check balik sekali lagi

update jam 5:00ptg

- membentuk triangle... dan... insyaAllah akan menepati forecast kita
- sabar... be patient

USDCAD - Short !


update jam 2:00 ptg

- semalam dia melibas naik... tetapi tidak menjejaskan posisi short kita..
- kita add short... sebab RSI masih di bawah level 50..
- gold naik.. minyak naik.. so komoditi currency tengah kuat..
- insyaAllah... berjaya lagi kita semua.

GBPUSD - Evolusi

update 3:15 am

.. kita telah mem'block'kan semua posisi buy kita ke harga stoploss 1.5934
.. kita tak tau lagi.. adakah yang jatuh tadi correction atau permulaan wave turun yang lagi besar
.. tapi kita rasa ianya hanya kerana di ketuk di bull trap yang kita lakarkan sabtu lalu
.. jika level orange ini berjaya ditanduk... bermakna bull akan teruskan pendakian
.. otherwise dia mungkin accelarated turun seperti yang kita tandakan itu.




update 12:30 tengahari

- Ingat tak tentang evolusi ?
- 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8... dan seterusnya ?
- Gambar di atas adalah evolusi yang bakal berlaku...
- Sama-sama kita tunggu dan lihat.. tak perlu jadi professor serba tahu..
- InsyaAllah... semua yang kita rancang bersama akan berjaya...

EURUSD - Triangle

update 3:00 am

..currently kita berbahagia kerana dia jatuh
..sebab malam ni kita dapat gaji lebih banyak dari yang kita sangka kan
..semua post ini kita closed... sebab kita tak pasti... sama ada yang jatuh tadi ialah
..permulaan untuk correction atau ianya ialah permulaan impulsive wave
..kita akan update mengenainya kelak
..sekian, wassalam


Update 10:00 pagi

- Hampir 60% trader menge'short' nya ketika ini...
- Tapi kita tetap beli...
- Kita sendiri hairan... beruang yang berat nya 26 tan gagal menumbangkan nya..
- Selagi masih bertahan di 'high' Rabu minggu lepas.. kita tetap beli..
- Kita panjatkan doa ... dia naik macam gu naik minggu lepas...
- Simptom sekarang serupa... 60% orang menge'short'... ngeee
- Amiiiinnnnnn..... InsyaAllah

Isnin, 24 Oktober 2011

EURGBP - Timing

as at 8:30pm
check the time and price level
bullish divergence

EURUSD - Timing

update monday 7:00pm
breaking last week high
buy the pullback
check your entry time and price

gOLd - corrections finished ?


240mins

- bertahan di 23.6%... bermakna dia akan ikut square senget juga...
- mari kita tulis di sini... 23.6% >> 50.0 >< 38.2 >> 78.6 >< 61.8 >> 127.2
- ok.. kiraan ini kita simpan dulu.. di lain masa kita semak kembali.
- untuk masa ni kita target satu persatu kotak warna biru.
- Insya Allah... kita semua berjaya.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Market View - 24/28 October


Dollar Index 240min

- Tergelincir dari 'triangle'... bermaksud dia nak pergi stesen yang seterusnya.. iaitu ke zone B.. zone yang kritikal... zone yang emak-bapak beruang bulan September akan pertahankan bermati-matian.. mengapakah mereka perlu pertahankan zone ini ???

- Sebab zone B ialah tempat mereka "mengawan".. itu ialah "sarang" mereka.. itu tempat "maruah" mereka.. kah3x

- Jangan terkejut jika harga melantun di zone B ini... buat bodo aje.. sebab mereka akan dihempap lagi sejenis bom... yang pada masa ini sedang diproses dan diperkemaskan sebelum ianya dilancarkan tepat menuju sasaran.

- Ingin tahu "bom" jenis apa untuk mereka ??? Sila baca sini >> KebaBOMmmM !!! dan lagiiii... >> KebaBOMmmM !!!





EURUSD - Weekly Chart

- Impian dan doa kita semua kian menjadi nyata..

- Kita semua pada minggu lalu berhadapan dengan correction yang akhir nya, bulls berjaya meloloskan diri nya ke atas sequence 610pips. Minggu lepas candlestick nya ialah 'hanging-man'.. kita agak pasti... ramai para beruang sungguh bersuka-cita kerana 'hanging-man' selalunya memberi petanda harga akan berpatah balik.

- Ye.. 'hanging-man' memang petanda market nak gostan.. tapi.. elok lah rujuk chart kat atas tu dan kat bawah ini sebab selalunya sekeping gambar boleh memberi seribu peluang dan juga seribu pips.. uhukk !!



- Kita belum mengubah haluan cerita dan forecast kita.. jadi tak perlu cerita panjang lebar.. impian kita ialah.. ambil kesempatan ketika dia break-out.. dan jangan sesekali lupa bahawa... bila dollar index tiba ke zone B.. euro akan boleh berpatah-balik secara tiba-tiba.

- Semoga kita semua selamat dan berusaha dan berjaya dan berjaya dan... berjaya !!! Di dunia dan di akhirat..... Amiiinnn !!!



GBPUSD Weekly Chart

- Impian dan doa kita semua kian menjadi nyata..

- Berjaya meloloskan diri nya kembali ke atas 610 sequence pips. Ramai yang terkantoi kerana mengeshort nya kerana menyangka dia akan tergolek's ke bawah's. Ye.. stoploss kita pun kena hits.. tapi kita tak panik.. dan kita rolling balik dan dapat 3x ganda.. syukur niqmat !!!

- Di akhir dagangan kita cuma hold yang di bawah 1.5750 sahaja.. abe jenahak cakap tunggu pullback.. nanti masuk balik.. ok i follow.. closed yang di atas, hold yang di bawah... kiki

- Kita akan menembusi 'trapping zone' minggu depan.. ianya bertepatan dan tidak berlawanan dengan pandangan bahawa dollar akan 'bounce' di zone B... jika pound tetiba gostan ke bawah kita jangan panik.. objektif kita ialah menutup gap ketiga.

- Kita tengok mana yang jadi dulu... bull weekly yang tutup gap itu dulu ke atau bull gostan sebab kena trap. Ending cerita kita adalah sama bagi kedua-dua kejadian.. iaitu body candlestick akan menutup 'lubang' gap tu dengan penuh.. contohnya macam 2 minggu ini lah (rujuk chart).

- Oleh itu jika dia gostan... u know what todo lah... eh, what i did.. eh eh... what you do lahh.. :p

Jumaat, 21 Oktober 2011

USDCHF - Broken Trenline

15min 4:00 ptg
Tips:-
menunggu 'peluang' kucing bingkas naik setelah

terjerumus ke dalam longkang


USDCHF - Daily

- Sesuatu yang kita semua perlu maklumkan.. harga telah jatuh ke bawah trenline
- Huhu~.. daku mohon ampun..
- Rujuk posting kita yang dahulu..
- InsyaAllah... satu demi satu.. kejayaan milik kita bersama..

GBPUSD - Angry Bird

Update Selepas Solat Maghrib...
Syukurrrrr nikmattt !!!!


update jam 2:30ptg
WARNING..!!! SELL SIGNAL


GBPUSD - 60mins

- Kita rasa dia boleh hits terus 1.5880 by today.
- Last-nite... stoploss long kita kena hits... suko hati den.. harini boleh kuar gaji.. kuang3x
- Rolling lagi sekali... dah adjust semua stoploss nye... dan now kita free trade lah... :D

AUDUSD - Final Terminal?

Daily Chart..,

- Just an update... kita fikir minggu depan kita akan berhadapan dengan breakout yang lebih besar ( ke atas ) atau pun dia gostan kuat-kuat.

- Until tiang gol no. 8 tu kena langgar.. kita akan hold buy ini sehingga se maksima mungkin supaya "tabung ayam" kita tambah kukuh dan bertambah-tambah beratnya.

USDCAD - Next Terminal

Daily Chart

- Kita rasa dia akan berlepas dari terminal (triangle) tu.. mulai hari ini.
- Itu aje nak update... tq
- InsyaAllah..., berjaya lagi kita semua satu demi satu

Khamis, 20 Oktober 2011

EURUSD - Checking LeveL and Time

Update jam 8:00 am - Jumaat
'emerging something special'
'W' kaki rata = Crab @ Ketam
tahukah anda berapa tinggi sayap nya kelak?




Update jam 10:30 malam

(tq dana & jenahak)

EURUSD & GBPUSD - Update

GBPUSD
60mins - 4am - Khamis

- Seorang teman yang selalu ikut kita keluar meronda-ronda kolam mancing dan melepak di warung... meminta kita menunjukkan di manakah posisi kita dan stoploss nya... ok... i tunjukkan lah... walaupun banyak dah rongak sebab kita bedal minggu lalu...~wakaka

- Jika esok harga jatuh below 23.6%.. semua posisi kita ini akan ter'tripped' dengan sendirinya.. so lepas tu boleh buat baru.. huhu-hehe.. currently kita add satu buy stop atas high hari Isnin.

- Esok kita takde nak tambah apa-apa.. cuma kita akan jengok-jengok samaada stoploss kita hits atau tidak..., hopefully 'ayam' kita boleh terbang terus esok.. bagi tujuan tutup semua gap weekly yang telah kita tunjukkan dahulu.


EURUSD
60mins - 4am - Khamis

- Balik dari round-round kolam ikan dan warung melepak.., terus bukak chart... alamakkk.. turun plak.. adesss.. tapi masih bertahan di atas 1.3700... bukak berita... takde news pasal 2T Euro tu... ada sorang menteri Euro cakap... tak mungkin sebesar itu... mungkin hanya sekitar menghampiri angka 1T Euro aje.. adesss... ini betul-betul kes naya.

- Esok hari Khamis... bapak-bapak bear mulai mengambil posisi masing-masing... sebab mereka percaya lusa ialah Jumaat 21hb... market jadi bear besar-besaran... lagi pun dollar macam dah dapat supportnya minggu ini... huhu... hedge fund manager masih yakin dollar ber'harga' lagi.

- Esok kita ambil jalan tengah.. if break below trenline.. kita jual (baca: untuk duit poket)... jam ini 4am kita beli (baca: untuk tabung ayam)... ahhhh..! I believed I can fly.. kasi tambah beli jika harga melepasi kepala 'bear' tu... Amiiinn.

Sekian, wassalam.

Rabu, 19 Oktober 2011

Gold - Consolidation

Gold 240min

Kepada orang yang bertanya tentang gold,

- Ketika ini... dia telah jatuh dari 'rising wedge'... yang juga mungkin harga tertinggi di dalam 'rising wedge' itu ialah wave 4.. yang akan membawa dia terus jatuh menuju ke wave 5 di bawah level "0.00" fibo.. ok itu ialah pandangan ketika ini.

- Tetapi... boleh jadi juga correction "abc" untuk wave 3 masih belum selesai, kerana tabiat gold dan eurusd lebih kurang sama iaitu mereka jika retrace... mereka retrace jauh ke dalam. Oleh itu boleh jadi juga correction "abc" gold ini akan selesai di level 61.8%.. bukannya di 38.2%... tetapi dengan syarat retracement itu jangan lebih tinggi daripada label wave 2.

- Baik.. itu ialah pandangan Elliot wave yang ringkas.

- Mengikut pattern pula.. dengan mudah kita dapat tangkap bentuk M kaki panjang (Crab @ Ketam) dan itu menunjukkan bahawa keseluruhan kejatuhan gold tempoh hari hanyalah CORRECTION.

- Maka dengan pandangan tersebut kita syak... gold akan terbang kembali menuju ke destinasi nya iaitu $2,500 per ounce .. sungguh pun begitu ketika ini... elok lah kita fikir fleksible sedikit... kita cakap naik pun boleh.. turun pun boleh. Orang cakap di sini ialah kawasan DECISION.

- Oleh sebab kita (saya) trade guna pattern... i vote for trend bullish until 2012.


Sekian, wasalam...
Argentum et aurum comparenda sunt -- -- Gold and silver must be bought !!!

EURUSD - Intraday



Jam 12:00 tghari

Kita nampak dia boleh kita scalp down lagi... (baca: tambah duit poket) eee...
Layan sell.... sebelum berita mengenai bail-out 2 trillion betol-betol di sah kan.
Stoploss kat 1.3834.. target sesuka hati... janji masyukkkk


Jam 2:10 ptg

Stoploss Hits...
Kita untuk intraday kita stand-aside.. unless dia balik below 100%
Kita teruskan carry swing buy trade semalam


Selasa, 18 Oktober 2011

EURUSD - Correction Target

Stocks surged in late trading Tuesday on reports France and Germany have agreed to expand the euro-zone’s rescue fund to 2 trillion euros..


Jam 7:00ptg

- Kita ambil posisi sebagai future trader = Minuette
- Uhukkk..



Jam 3:30 ptg
Possible Correction Target

Isnin, 17 Oktober 2011

EURUSD - Divergence


9:30mlm...

- Tatkala ini.. dia ado 3 bonggol bearish divergence... kita tanda kan line-line harga dia supaya jika ada sesiapa yang nak try short.. why not? Ado pattern.. ado divergence.. risk pun tau di mana dan ke mana...

- Tapi kita prefer tunggu dia pullback sebab buat sementara ini belom nampok "higher low", harini dia masih buat "higher high", mari kita tunggu dulu.. agaknyer mau makan masa sampai esok pagi kot baru nampok "higher low" tu... senang sket keje.. sebab daily candle nanti boleh bg kita view lebih jelas .. (doji or hanging man)..

- Kemudian daripada correction ini.. kita akan lihat jika ado bentuk pattern nak beli lagi sekali... selalunya bentuk "M" .. ehekkk

- Ok.. itu aje.. ~wassalam.

EURUSD - Teknik untuk Newbie (SAHAJA)





EURUSD -15min..

- Khas untuk newbie sahaja.. ini bukan untuk scalp.. tapi ini guideline camne nak buat keputusan nak beli atau nak jual.. di mana, bagaimana, ke mana.

- Baikkk.., ikut ini elok-elok..

a) Cari candle besar... ikut fibo range... sekitar 34 hingga 55 pip (bull or bear, ikut trend yg lepas)

b) Letak fibo pada high n low nye ... (high n low candle besar tu)

c) Buat garisan melintang pada level 61.8, 161.8, 261.8 ... jadikan level ini sebagai level support/resistance

d) detect mana pivot harini.. (kalau taktau... pegi rujuk kat bahagian paling bawah blog ini, situ ada jadual pivot, support dan resistance setiap hari)

e) detect mana nak letak stoploss nye... ikut fibo style... di bawah level "0" , (nota : kurang lebey 13pips dari level zero tu).. sambil tu kirakanlah duit yang kita ada.., cukup tak? berbaloi tak?

f) fikirkan mana nak start entry...

1) ikut style pivot... entry ialah di pivot

2) ikut style fibo... entry ialah di 3 golden level .. 61.8, 50.0 38.2

g) fikirkan mana nak letak profit...

1) ikut style pivot... profit ialah di R1 dan R2 jika membeli

2) ikut style fibo... profit 1st kat 100%, 2nd kat 161.8%, 3rd kat 261.8%

- Ok .. dah selesai... apa-apa hal pun... sebelum nak buat beli ke nak jual ke elok bersedia dulu contoh nya cam kat atas tu... cari dulu key level guna candle besar (contohnye semalam punya candle besar yang kamu boleh nampak)... kalau takde kat timeframe 15m... cuba cari kat 30min... mesti boleh jumpa punya... samaada ianya bullish atau bearish.

- Jika jumpa bullish macam contoh di atas kita plan beli.. jika jumpa bearish kita plan jual. Kalau salah tak mengapa lah.. buat apa nak sakit hati... apa yang penting.. kita faham apa yang patut kita buat hari-hari...

- Kalau kamu guna robot, robot tu yang semakin pandai.. tuan punya robot yang semakin serabai, dan orang yang jual robot tu akan sentiasa tekan harga naik,naik dan naik... tapi orang yang guna robot tu.. in-out-in-out-in-out lama-lama blackout... ehekkk!

- Fikir-fikirkanlah... selamat berusaha dan berjaya!



Sabtu, 15 Oktober 2011

Market view 16/20

GBPUSD -Daily

- Kali ini kita tunjukkan chart dengan setting 'Williams'... ehekkk.

- Apa yang baiknya dengan gunakan teknik ini? Ya.. sekali lalu tengok nampak lah moving average line tu yang orang panggil 'Alligator' cross sana-sini.. ada yang disebut sebagai jaws, teeth dan lips.. rujuklah indicator tu kat platform anda.

- Bagi kita pula.. kita beri lebih perhatian kepada 'fractal'.. iaitu yang bertanda arrow tu. Apa maksud fractal? Istilah fractal dibuat oleh BenoƮt Mandelbrot pada tahun 1975 dari kata Latin fractus yang artinya "patah", "rosak", atau "tidak teratur".

- Haa.. kan senang kalau tau maknanya.. tak lah kita tergagau-gagau nak memahamkan. Ok, kalau dah faham maksud fractal senanglah kita semua nak faham apa itu 'Support' dan 'Resistance' ... betol tak?

- Jadi dalam gambar tu.., fractal yang di bawah ialah 'Support'... dan di atas tu ialah 'Resistance'. Oleh sebab semua orang dah nampak semua garisan 'Support dan Resistance' tu... kita pun nak bagi soklan yang berbunyi begini :-

a) Jika harga boleh tembus 'hidden fractal' kat no. 4... harga di projek kan ke mana?

b) Jika harga lemah dan pusing balik ke below fractal no. 3... ke mana dia nak landing?

- Kikiki... kan seronok nak memorex kalau ado soklan sebegini... time ini lah elok kita gunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan supaya jadi lebih fokus untuk membuat pelaburan . Uhukk! Dan adakah mustahil ketika ini semua duit tabung raya kita jadi 2 atau 3 kali ganda nilainya daripada apa yang telah kita laburkan?

- Bersabar lah.. Insya Allah usaha kita akan berjaya.. dan ingati firman Allah yang bermaksud :-

Al Israa' : 83
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.





EURUSD - 60mins

- Alhamdulillah.. +750pips dalam 2 minggu.. dari bottom tu hinggalah market tutup hari Jumaat. Wajar sangatlah kita close half dan carry half.. dan yang seronoknya ado laei 'lobang gap' sebelah atas tu yang masih menjadi target kita.

- Minggu ni kita buatkan video supaya kita semua ramai-ramai boleh ingat dan take advantage bila pattern crab (ketam) senget ni emerged. Dan off-course lah semua pattern-pattern yang muncul adalah suatu peluang untuk di cuba.. untung dan rugi memang adat berniaga.. so ikhtibar nya ialah jangan sesekali gelakkan orang, akibatnya mana nak letak muka.. ibarat orang tua pesan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa, akibatnya meludah ke langit muka sendiri yang basah !!!

- Now tabung ayam kita dah penuh.. keluarkan sedikitlah buat belanja/sedekah... insyaAllah bertambah-tambah rezeki nanti... next step mungkin retrace dalam -377pips atau dia boleh terus pecut sehingga menjadikan jumlah dari bottom tu nanti +987pips, ehehehe... Amiinnnn..!



Dollar Index 240min

- Jatuh ke X kembali... dan perhatikan MACD nya.. -30 itu bermakna dia akan meleret turun dan jika anda rajin nak menyemak.. semak lah MACD nya ini ketika dollar berada pada paras terendah tahun ini iaitu 72.68 .., anda akan dapati paras MACD nya ketika itu ialah di atas paras -30. Wow ! Amazing... ini bermakna ketika ini BUKAN oversold... tetapi a new trend akan developed..!!!

- Kita semua telah melihat dalam video di atas bilamana pattern Crab emerged.. dan telah melihat juga apa kesan dan hasilnya kemudian.., maka harus lah kita mengambil iktibar duhai para 'sahabat'ku yang budiman akan apa yang bakal berlaku kepada dollar ini kemudian.., bukankah sejarah itu menjadi rujukan dan tauladan untuk kita.

- Kemudian daripada ini harga akan menuju ke B, maka bilamana penerobosan B berlaku para hedge fund akan panik, mereka akan meng hedge kan posisi belian mereka kepada jualan, tatkala itu harga akan laju ke bawah (setelah bounce ke X) menerobos pula A dan C. Ulang tayang lah video EURUSD tu berulang kembali tatkala harga mulai menerobos B, C dan A untuk gambaran lebih jelas gerakannya bagaimana.


Khamis, 13 Oktober 2011

GBPUSD - 121 Pattern

Jam 11:00 mlm

EURUSD - Pegang telo~



... Jam 5:00 ptg:- buy limit 'kena' 1.3735 set SL 1.3680...

... Jam 11:00 mlm:- add buy 1.3700 set SL 1.3680...

...Warning !!! Price below up trendline !!!

... Jumaat Jam 9:00 pagi ... Buy Stop 1.3755 set SL 1.3680...

... Jumaat 6:30 ptg... Alihkan semua SL ke 1.3760.. Sekarang kita free trade

***Jumaat 9:30 mlm...OK trailing hits 1.3879.. muah-muah-muah.. end of trade***


60min Chart - Jam 10:30 pagi

- Dia sedang sideway... ~~~ lepas beberapa jam nanti dia akan breakout... dan biasanya pada waktu Euro/London Open.. perhatikan candle besar yang kita tandakan dengan line kuning dan itu adalah pertahanan kita buat masa ini...

- Kita prefer dia akan breakout ke atas... dan sebagai peringatan wave kedua biasanya akan tinggalkan pivot.. so jangan panic jika ianya terus meluru ke atas.. just follow. Dan keep in mind.. pivot yang dia tinggalkan nanti akan di bayar kembali.. but at this moment, just keep in record..

- Berhati-hati sebab hari ini Khamis dan esok pula Jumaat... insyaAllah berjaya dan berjaya dan berjaya... berkali-kali..!!!

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot