Isnin, 17 Oktober 2011

EURUSD - Teknik untuk Newbie (SAHAJA)





EURUSD -15min..

- Khas untuk newbie sahaja.. ini bukan untuk scalp.. tapi ini guideline camne nak buat keputusan nak beli atau nak jual.. di mana, bagaimana, ke mana.

- Baikkk.., ikut ini elok-elok..

a) Cari candle besar... ikut fibo range... sekitar 34 hingga 55 pip (bull or bear, ikut trend yg lepas)

b) Letak fibo pada high n low nye ... (high n low candle besar tu)

c) Buat garisan melintang pada level 61.8, 161.8, 261.8 ... jadikan level ini sebagai level support/resistance

d) detect mana pivot harini.. (kalau taktau... pegi rujuk kat bahagian paling bawah blog ini, situ ada jadual pivot, support dan resistance setiap hari)

e) detect mana nak letak stoploss nye... ikut fibo style... di bawah level "0" , (nota : kurang lebey 13pips dari level zero tu).. sambil tu kirakanlah duit yang kita ada.., cukup tak? berbaloi tak?

f) fikirkan mana nak start entry...

1) ikut style pivot... entry ialah di pivot

2) ikut style fibo... entry ialah di 3 golden level .. 61.8, 50.0 38.2

g) fikirkan mana nak letak profit...

1) ikut style pivot... profit ialah di R1 dan R2 jika membeli

2) ikut style fibo... profit 1st kat 100%, 2nd kat 161.8%, 3rd kat 261.8%

- Ok .. dah selesai... apa-apa hal pun... sebelum nak buat beli ke nak jual ke elok bersedia dulu contoh nya cam kat atas tu... cari dulu key level guna candle besar (contohnye semalam punya candle besar yang kamu boleh nampak)... kalau takde kat timeframe 15m... cuba cari kat 30min... mesti boleh jumpa punya... samaada ianya bullish atau bearish.

- Jika jumpa bullish macam contoh di atas kita plan beli.. jika jumpa bearish kita plan jual. Kalau salah tak mengapa lah.. buat apa nak sakit hati... apa yang penting.. kita faham apa yang patut kita buat hari-hari...

- Kalau kamu guna robot, robot tu yang semakin pandai.. tuan punya robot yang semakin serabai, dan orang yang jual robot tu akan sentiasa tekan harga naik,naik dan naik... tapi orang yang guna robot tu.. in-out-in-out-in-out lama-lama blackout... ehekkk!

- Fikir-fikirkanlah... selamat berusaha dan berjaya!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot