Selasa, 31 Januari 2012

GBPJPY - Pada hemat saya...

Salam hormat.,

- Kita memang dah lama 'tak sentuh' geng-geng 'Yen'.. sebab bila kita masuk aje dia tetap jatuh.. pehhhh.. mampos nak hold.. so cara selamat ialah tinggalkan dia buat seketika untuk cari idea.

- Jika kita rujuk pada gambar forecast USDJPY di sebelah kanan blog nie.. forecastnye ialah menaik.. ntah betol ntah kan tidak.. tapi benda cakap nak naik ni telah kita bincangkan sejak tahun lepas lagi.



- Menurut tilikan menerusi mangkuk ajaib kita; currently belom lah kita terkinja-kinja dan beria-ia membelinya.. tu sebab malas nak layan nye.. lantaklah.. mungkin forecast zigzag kita tu tak berapa tepat.. tapi berdasarkan kepada previous bentuk W di time series 0;100;200.. yang sedang naik dari time series 300 tu bukan bentuk M..

- Jadi kita suspect ianya retrace biasa aje. Kalau mau naik.. kita kena perhatikan bentuk M.. otherwise kita label-label kan aje dulu.. kemudian boleh rujuk balik.



- Gambar kat ateh ni plak guna monthly chart.. kita tak ciplak kiraan EW ni dari mana-mana.. ini idea kita je.. tetapi kita ikut guide line EW "Guideline 1: When Wave 3 is the longest impulse wave, Wave 5 will approximately equal Wave 1. "

- Maka jika Wave 1 ialah ( 241.35 to 192.60) ; maka Wave 5 ialah (163.09 to 114.34)

- Oleh itu.., kita percaya pound vs yen ini adalah satu kaki lagi ke 114.34. Mungkin idea ni logik juga sebab sedang berlegar dalam market ialah soalan "siapakah yang akan membuat interven terlebih dahulu pada tahun ini.. BOJ kah atau SNB kah???

- Kalau BOJ nak interven sekarang.. tak logik pulak sebab kita lihat USDJPY keadaannya agak stabil ketika ini.. yang dia nak interven sekarang buat apa? Ye tak? Mesti ler kalau BOJ nak interven harga tu lebih ke bawah dari sekarang.

- Jadi.. kita tengok ajelah nanti.. kita nak tunggu harga serendah yang boleh sebelum kita beli mengikut forecast nya tahun ini iaitu ke atas. For time being.., kalau ado chance short, why not?

Wassalam.

GBPUSD - Update

Weekly Fibo Confluence
- Leteh nak cakap banyak.. let's we just try short pada confluence ini.
- Of course kita letak stoploss.. otherwise jika daily open boleh duduk atas
- confluence level ini.. next target ialah confluence yang lagi satu di atas tu... :p


jam 5:00 ptg

Jumaat, 27 Januari 2012

NZDUSD - Jual


_____________
JUAL

Kita short NZDUSD petang ni..
0.8234 SL 0.8289

Target mengikut turutan fibo seq
55, 89, 144, 233, 377...
______________

USCDCHF - bUy tRIGGEr

GBPUSD - Standby


_______________

STANDBY to SHORT
Kita masih menunggu dia sampai ke seq +610 pips
Dan currently tak ade lagi candle reversal
Berdasarkan fibo time zone.., mungkin hari Isnin
________________

Khamis, 26 Januari 2012

EURUSD - STANDBY


_________________
STANDBY TO SHORT

Kita tunggu candlestick reversal
pada daily atau 240min.

Kita jangka harga akan turun
kembali ke zone B
------------------------

Rabu, 25 Januari 2012

EURUSD - Short

________________

RESULT TRADE: BREAKEVEN
SHORT INI GAGAL DAN KITA AKAN BIARKAN
EURUSD MENCARI 610PIPS LEVEL SEBELUM
KITA LIHAT KEDUDUKAN KITA YANG SETERUSNYA
_________________



EURUSD - DailyChart

- Kita short pada open price harini berdasarkan kepada dua sebab teknikal

1. Bearish crab pattern yang kita tunjukkan terdahulu
2. Spinning Top yang berlaku semalam di daily chart
3. Stoploss +5pips dari high semalam dan + spread

- Kita dah tunjukkan target-targetnya dalam gambar terdahulu,so kita akan makang ikut zone-zone tersebut dahulu (jika ada rezeki).., dan kita ingatkan bahawa malam ini ada FOMC statement yang mana semua orang mau dengar pasal QE3..,

- Adakah Fed akan mulai melemahkan kekuatan USDX ketika ini??? Kita ragu akan kewujudan QE3 tersebut. Tapi kita sedia maklum bahawa jika ada QE3.., USDX akan terjun. Otherwise kita tetap percaya bukan dalam quarter ini QE3 akan diumumkan.

Jumaat, 20 Januari 2012

EURUSD - Breakout Channel

EURUSD - Daily

- Kantoi short semalam... nvm... it's part of our business

- Pasti ada pullback ke bawah sebelum dia meluru naik membuat correction yang lebih besar. but currently elok ler kita yang dah kantoi ni stand-aside. Short hanya kita akan lakukan setelah kita dapat lihat candlestick signal nak reverse.

- Let's see how they play it out.



- Warning this is Bearish Crab Setting. It 'could' damaging futher rally correction in future. But as i said.., let's see lah macam mana dulu.. kalau jatuh terus pun ok pe??? Kih3x

Khamis, 19 Januari 2012

EURUSD - Try Short

EURUSD - 240min

- Ada dua jenis gelombang yang biasanya akan keluar daripada channel.. iaitu wave 2 pergi ke wave 3 ; dan wave 3 pergi ke wave 4.. currently kita nampak yang ini wave 4.. invalidation akan berlaku bilamana dia boleh melepasi paras wave 2.

- Dan mungkin juga... jika dia ni nanti turun dan... tidak boleh/gagal melepasi paras wave 3; maka ketika itu nanti kita akan tahu bahawa 'short-term' bottom telah pun berlaku di 1.2620.

- Tetapi kita masih berpandangan ketika ini... bahawa dia boleh hits 1.2550 sebelum correction besar berlaku. Tidak kurang juga kita nak ingatkan bahawa setiap percubaan mestilah di sertakan dengan stoploss yang berpada-pada.

Ahad, 15 Januari 2012

GBPUSD - BREAK LOWS

GBPUSD Weekly Chart

- Kita mulakan dengan "بسم الله الرحمن الرحيم" dan اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ" , mudah-mudahan 2012 menjadi tahun yang gemilang dalam sejarah kita semua memorex.

- GBPUSD.. minggu lalu sekali lagi dia cuba memecahkan support 1.5280 yang sejak April 2010 menjadi penampan yang sangat baik untuk buyer... tetapi kita ingatkan sekali lagi bahawa, selalunya first try dia failed to break.. tetapi mengikut gambar di atas ianya ini ialah kali yang ke 4.. adakah akan failed juga?

- I don't know... but.. as we all know.. low Oct 2011 was taken out.. now kita suspect dia akan jatuh dengan sangat cepat.!! Heyy.. wait..! Make sure dia sondol terus fibo fan tu.. dan harga akan menuju ke 1.5150 dahulu dan kemudian pullback kembali ke dua garisan ini kembali.

- Lepas tu barulah dia teruskan terjunan. OR syahwat dia terus lemah tak boleh pullback!! Either one lah.. yang penting kita jangan terlalu gopoh untuk short. Forecast GBPUSD ini boleh kita rujuk pada gambar kecik kat sebelah kanan blog nie.. so takdelah kita semua meraba-raba kemana tujuannya jika dia jatuh kelak.

- So pendekkan cerita.. next week kita nak tengok dia jatuh dulu dan kemudian pullback ke dua line biru merah nie. Then kita ready to open short sekali lagi. Kalau dia jatuh terus.. jangan fikir banyak... rembat/follow je mana yang sempat.

Khamis, 12 Januari 2012

EURUSD - Consolidation II


Jam 11:30 malam

- Fasa pertama consolidation 'mungkin' telah siap malam ini..
- Kita cadangkan untuk di short untuk target yang seterusnya..
- Break above 1.2950 akan merencatkan cadangan gerakan ini..

Sabtu, 7 Januari 2012

EURUSD - Bearish Consolidation

EURUSD - 240min

- Kita mulakan dengan ucapan 'Bismillahirahmannirahim' dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebelum memulakan forecast view kita untuk pair ini pada tahun 2012.. semoga kita semua sukses dan untung berlipat-lipat kali ganda.

- Berapa pips kah ianya telah jatuh dari 1.3195 ??? Di manakah nilai ke depan yang terhampir dengan turutan nombor-nombor fibo ??? Itu lah kita dok lihat dia jatuh duh..duh..duh..

- NFP malam tadi menunjukkan angka yang bagus untuk ekonomi Amerika dan mungkin juga angka-angka NFP akan semakin membesar untuk bulan-bulan yang akan datang. Makin besar angka-angka NFP bermakna semakin banyak peluang kerja tersedia.

current quarterly dan yearly candlestick movement
current pivot, support & resisten levels

- EURUSD kita jangka akan terus menurun sehinggalah nilai pips dia mencecah 610pips dari 1.3195.. tiada divergence untuk kita counter.. tetapi mungkin ketika dia mencecah 610pips nanti baru ade sket divergence... tetapi kita lebih berminat untuk dia teruskan ke 987pips kemudiannya.

- Proses consolidation kita jangka akan menguasai pasaran dalam tempoh 3-4minggu yang akan datang yang bermula penghujung minggu depan.. tetapi.. jika harga tak berhenti di 610pips... considerkan aje dia nak terus pergi ke 987pips dan consolidation di sana.

- Selamat memorex.

Rabu, 4 Januari 2012

USDCHF - bREAKOUt ???

USDCHF - 240min

- Kita mulakan trade view untuk 2012 ini dengan ucapan.. 'Bismillahirahmannirahim' dan dengan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.. semoga 2012 menjanjikan keuntungan yang lumayan.

- Kita lihat USDCHF pada tahun 2011 membentuk 'doji' candlestick.

- Dan ianya petanda reversal yang nyata akan menguasai keseluruhan gerakan EURUSD jika kita masih berpegang kepada kaedah correlation antara kedua-dua pair tersebut. Jadi.. jika kita nak forecastkan USDCHF pada tahun 2012 akan menjadi bearish.. kita kena rujuk candlestick tu dulu dan fikir-fikir lima enam kali.. huhu~

- Untuk short-term pula.. kita fikir USDCHF akan memecahkan high tahun lepas sebelum dia gostan mengetest supportnya kemudian. Dan kita harap pada tahun ini kita tak giler cakap dia nak gostan terus. Gostan itu kelak kita anggap sebagai pullback sahaja.. sebelum dia menuju ke puncak jaya.

- NFP news minggu ini akan menunjukkan arah seterusnya.. currently kita suka lepak tepi sambil-sambil masuk satu dua post sebelum kita nampak dengan jelas arah ekonomi Amerika dalam tahun 2012.. adakah dia akan 'tenggelam' atau 'timbul' atau 'tenggelam-timbul' ???

- Bahaya nya 2012 ialah trader akan mengawal market. Soalnya.. mano poei kredibiliti semua kerajaan-kerajaan ??? Kantoi koh atau tido ???

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot