Rabu, 31 Mac 2010

Peringatan... Sebelum Tiba Waktunya...

The making of "W" Senget

  • Ini adalah gambar Q1 dollar index yang penutupnya harini. Dan semestinya harini dollar akan bullish untuk menjadikan gambar ini nampak lebih "cun"...
  • Sebenarnya kita sangat bimbang, takut kalau-kalau ada yang tersilap baca, dan ambil keputusan bahawa dollar akan terus melemah, kerana kita bagi view counter lawan dia.
  • Sila jangan salah faham..., kita hanya mengcounter dia hanya untuk untuk limited of time i.e sebulan dua... sebelum kita start balik bullishkan dollar nie..
  • Kita bagi gambar nie.., supaya kita semua faham, apa situasi dollar ini dalam suatu jangka masa yang akan datang..., dan berdasarkan kedudukan dia sekarang...
  1. Dari segi bentuk... semua orang dah kenal... itu bentuk W... tiada syak setakat ini dia memang akan terus bullish dan jika tangan telah dihulur keluar... kita ucapkan... "bye-bye"
  2. Dari segi moving average.. dia akan ditahan naik, buat sementara waktu ini... dia perlu gostan... so itu kita lihat sebagai retracement dalam daily chart nanti... (correction A-B-C)
  3. Dari segi MACD... crossing signals telahpun berlaku... uptrend in progress
  • Yang kita dok sibuk usha suruh beli EU n GU sekarang ni... ini adalah retracement skala besar yang kita jangka akan men"dominasi"kan market pada awal dan pertengahan Q2 ini.., tetapi uptrend dollar tetap akan berlaku di penghujung Q2 nanti.
  • Jadi kita tak mau sapa-sapa terperangkap dalam situasi begini, kita mau semua selamat dan profit dengan cemerlang..., bila kita arahkan untuk ambil profit dan berehat, sila berehat sementara atau buat latihan tikam-tikam... ~miyahaha~.... tunggu.... bila tiba masanya nanti...

Sekian, Wassalam...,
Jual di resistence, Beli di Support.

Nota :
Quarterly ialah suatu tempoh bagi setiap suku-suku tahun. Setiap suku tahun ada 3 bulan.

Contoh Lagi... Belon

Rabu 12:30tgh
  • Ini contoh lagi... camne belon/buble yang terbentuk yang boleh kita lihat
  • Belon tu mesti ada had untuk mengembang, kalau dah terlalu mengembang, dia mesti meletup, POP..!!! Opocot..!
  • Begitu juga dengan harga-harga dalam market, dalam tempoh-tempoh tertentu, harga mesti retrace untuk bagi belon tu kembang kempis cam hidung kita lah gak... wakaka..
  • Januari hingga March... Aussie masih dalam range yang sebegini... agak-agaknya lah, bagaimana kah rupa candlestick Q1 2010 dia neh.. berbanding dengan candlestick dia bagi tempoh Q1 hingga Q4 2009... ??
  • Ahaaaa~... ting 3x! Pergi buat homework....

Sekian, Wassalam
Jual di resistence, Beli di Support

EJ - Ranging Trade Setup

Salam Rabu 11:30am...
  • Setelah kita membawa EJ ni ke atas... sekarang kita nak tunjuk satu cara trade setup jika market ini ranging... ehehe... dan kita masih ranging sebenornya dengan EURJPY neh...
  • Ok... teknik ni orang tak guna sebab outdated... ehiksss... tapi memang lumayan bagi para scalpers... zap-zap-zup-zup... lepas tu boleh bikin kepochi sana-sini... hehe huhu...
  • Gunakan 2 MACD.., yang satu default setting, satu lagi ubah ikut cam setting dalam gambo tu, adjust ler sket sana-sini... gunakan juga "correlation" indicator, setkan dia jadi "inverse" untuk pair yang kita nak trade...
  • Apa yang kita nak tengok ialah bentuk dia macam "buble".... dalam ranging market... harga tu sebenornya cam belon.., kejap kembang, kejap kempis.
  • Time paling kritikal ialah bila dia tiba pada harga diorg ni nak cross each other... jika cumbuan tidak di terima harga akan berpatah balik lah...
  • Jika anda suka dan nak try test cuba dengan teknik ni... anda boleh download contoh template ini di sini...
  • Syarat dia ialah JANGAN TANYA BANYAK.... ~wakaka.. uhuksss.. sila tengok sendiri dan try dalam demo account.. sebab ianya juga sangat berguna ketika kita ingin mengambil posisi di resistence atau support di timeframe lebih kecil...
  • Hanya tunggu dan lihat... mereka crossing atau rejecting... reject tanda ENGGAN menjadi, crossing maknanya ADA HARAPAN menjadi... ehehehe... try jangan tak try, sementara waktu masih ada... jangan mengong nak short n buy tak tentu pasal... ;p

Sekian, Wassalam.
Jual di resistence, Beli di Support

An update - USDX

Salam Rabu 10am
  • Heh...? Cuba lihat bentuk dia tu... heh? Mau bikin M kah? Heheh...
  • Cool babeh...! Kita merayau-rayau dulu...
  • Kalau betul itu bentuk M..., dan itu correction A-B... maka C dia ialah di... ??
  • Huhuhu... tunggu dulu, jangan steam lebeh... kita xmo over confident....
Sekian, Wassalam....
"Jual di resisten, beli di support"

Intraday 31st March

Salam 31 March 8am...

Secara ringkas.... Intraday view harini

1) EUR/USD -
1.3400 bounce to 1.3500... lepas tu terjun 1.3350

2) GBP/USD -
1.5080 spikes to 1.5150... lepas tu terjun 1.4920

3) GBP/JPY -
140.20 spikes to 141.80... lepas tu terjun 136.80

4) EUR/JPY -
124.20 spikes to 125.20... lepas tu terjun 123.40

5) EUR/GBP -
0.8880 n 0.8810 bertahan... lepas tu terbang 0.8980

6) Gold - di bawah 1,110 akan jatuh ke 1,098-1,095... lepas tu naik 1,108-1,110, i'm expecting daily akan jadi doji... n would like to long again for 1120 target.

Sekian, wassalam...
"Jual di resistence, beli di support"

Selasa, 30 Mac 2010

Taktikal Isu - Closed dulu semua...

Salam petang Selasa...,

Harini ialah 30hb Mac... secara taktikalnya... kita kena closed dulu semua view bullish kita untuk EU, GU, GJ, EJ... kerana esok 31hb Mac... beruang akan smash semua posisi kita untuk menjadikan monthly dan quarterly candlestick kelihatan bearish untuk rally sepanjang Oct 2009 (Q4) - Mac 2010(Q1)..

So... dengan taktikal juga... kita akan ada masa untuk untuk lambung balik smash tu semua untuk rally dalam Q2... take a rest... enjoy the profits.

USDX - Hati Goyang Jiwa Kacau-ii

------------------------
Selasa 29 Mac 1 tghari
Just an update chart 4hr
Support Zone - beware of bouncing!!!
Toing-toing-toing..!!!
-------------------------

Ahad, 28 Mac 2010

Mohon Ampun...



Antara kesan-kesan selalu beristighfar kepada Allah Taala.

Hadith Riwayat Abu Daud
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Hadis Riwayat Bukhari
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia daripada kalangan ahli syurga"

Jadi.., sesiapa yang suka nak beramal dengan doa Penghulu Istighfar ini silakan lah. Kerana banyaknya dosa antara penyebab beratnya rezeki dan gelapnya kalbu dan sanubari kita.


Wallahu'alam.


GBPUSD - JAWABAN UNTUK EN. FARID

Dinapoli 1hr

Elwave 1hr

Salam Mr. Farid yang hensem...,
  • Sorry sebab tak dapat jawab sepantas kilat.., al-maklumlah... di hujung minggu ni banyok kenduri kahwin + uruskan bini & anok2 gi shopping etc.
  • Ok... samada kiraan tu valid atau tidak, meh kita tengok system scan Elwave dan Dinapoli serentak untuk lihat possibility korner lipat skala besar GBPUSD..
  • Baik... Elwave tu yang chart color biru.., ini adalah kiraan 1hr chart untuk "alternate count" bullish. Sila lihat ada nombor 1, 2 color merah dan cuba lihat "suggestion" arah nombor 3 di mana... jadi ke situ lah arah yang kita nak tuju.
  • Lihat pula Dinapoli chart yang color kuning cair tu. Dan kita dapat lihat level-level target, entry dan stoploss telah dijejaki sehingga lah akhir dagangan Jumaat lepas. Jadi kalo ikut kiraan tunggang-langgang yang kita postkan sebelum ini, ketiga-tiga chart ini memberi arah tunjuk yang serupa.
  • Di samping ketiga-tiga chart tersebut..,
  1. kita juga telah mencadangkan tentang kelemahan dollar buat sementara waktu, atas sebab-sebab dari segi teknikal analisis;
  2. kita juga telah mencadangkan agar menonton Dukacopy TV untuk melihat forecast GBPUSD bagi tempoh 1 hingga 3 bulan ke hadapan, dan
  3. kita juga telah mengepostkan satu posting yang menunjuk kan adanya tanda reversal pada weekly candlestick chart untuk GBPUSD
  • Maka... atas semua sebab-sebab dan faktor-faktor yang telah kita berikan, maka dalam Q2 ini kita mencadangkan "stereng roller coaster" GBPUSD ini kita arahkan ke puncak bukit, sebelum kita melihat di Q3 ke manakah pula arah tujuan nya.
  • Dan sebagai rujukan En. Farid.., GBPUSD di Daily chart sedang membentuk pattern W. Kita semua tidak tahu samaada bentuk ini valid atau tidak, dan kita semua tak tahu samada kiraan Elwave dan Dinapoli itu valid atau tidak..., tapi kita semua tahu bahawa GBPUSD di forecastkan untuk kembali ke level 1.60 dalam Q2.

    Dinapoli Daily
  • Tetapi.., JIKA dia tetap terus jatuh below 1.4600, maka view ini adalah INVALID. Dan target jatuh seterusnya adalah ke 1.2300..., Oleh itu, sila berhati-hati di jalanraya... pandu-cermat... jiwa selamat.

Sekian, wassalam.
"Beli di support, Jual di resistence"

Sabtu, 27 Mac 2010

End March - Early April

AUDUSD

- Menurut piagam pelanggan Head n Shoulder.. "kami menawarkan ganjaran 100% jika anda sanggup membersihkan segala jenis kelemumur di atas kepala anda"... kekeke ... so target secara normalnya adalah pada arah yang di tunjukkan..

- Hairan tak? Bila dollar jatuh, Aussie pun ikut jatuh?... "Jangan biarkan hidup anda di selubungi oleh... misteri...." ehehehe...


USDJPY

- Apakah itu maksud "inside candle"?

- dalam bahasa omputih begini bunyi dia = "inside candle is a candle that forms inside the previous candle, the inside candle's highs and lows must never exceed that of the previous candle, this powerful reversal pattern however, is valid only if it is has resulted soon after an overbought or oversold situation presents itself - otherwise it is not a valid inside candle!"

- Ada faham?


EURUSD

- Sengaja mereka membiarkan dia beri bola tanggung untuk mereka melompat "smash" pada minggu hadapan... ~wakaka~... tapi kita harap dia gostan ke pivot dahulu pada hari Isnin ke zone resistence kecik color merah tu untuk mereka terburu-buru merembat nya di situ...

- Pastinya rembatan mereka akan terkandas di jaring... dan kita boleh memperolehi "servis" yang baharu yang pasti nya kita hantar mereka bola lambung yang tinggi supaya mereka terdongak-dongak sampai terkehel leher....

- Pemimpin Eurozone agreed menyediakan 22bn euros (£20bn) untuk Greece ... (Klik untuk membacanya..) Jangan hairan jika "ter"dengar lalat "komenter" tentang hal ni... :P.. opocot !!


Gold

- Secara idealnya... selepas dia berjaya menanduk 2 resisten color merah... dia MESTI gostan ke pivot hari Isnin nanti... dalam zone 38% tu... dan sebab di bawah sket tu ade support color biru, nanti dari situ baru dia free terbang ke 61% dan try pecahkan 76%...

- TAPI kita dah lihat dalam banyak keadaan gold ni.., dia hari Isnin steam dia melebih-lebih, taktau lah kenapa, mungkin sebab rakusnya "spekulator" yang suka bikin havoc tak tentu pasal. Contoh tabiat itu ialah pada minggu lalu...

- Kita tak ubah cara trade kita, jika dia berdegil xmo balik pivot, kita akan sell kembali !!!

Jumaat, 26 Mac 2010

EURJPY- ting!..ting!

Salam jam 12:30tghari...
  • Dia boleh jatuh ke lantai jika dia tak boleh lepas weekly upper range harini... TETAPI... kita tak lihat ada divergence ketika ini...
  • Projection intraday harini ialah ke 0.00%... dengan syarat dia boleh lepas 124.00-124.35.. otherwise dia akan "dijual seluruh harta bendanya" macam dalam cerita 3 Abdul...
  • Becareful..
Sekian, wassalam....

GBP/JPY - Makang Kacang dulu...V3

Salam jam 11am..,
  • Sehingga malam tadi.., kita telahpun menutup beberapa posisi kita untuk melihat fasa kedua, percubaan dia ni untuk retrace dalam skala yang lebih besar pada beberapa minggu akan datang, kita tinggalkan sket untuk harini nya setup.
  • Jika dia berjaya pecahkan R1 (76.4%)... next week kita rasa dia akan terus naik... walaupun... mungkin ada amaran bahawa stock market akan jatuh... jadi kita perlu berhati-hati dengan yen crossing ni buat masa ni,,,,
  • Projection intraday harini ialah ke R2.. maybe juga ke R3 untuk buat double top dan kemudian orang akan smash di situ... kita tengok kemudian... boleh tak kita angkat drop shot tu di akhir dagangan...

Sekian, wassalam.

UCAD - 3rd Week Mac

Salam untuk "hehehe"...
  • As your requested... UCAD
  • Sepertimana yang kita semua maklum, sebaik sahaja kita beli dia pun jatuh ;p... so be patient... seperti yang kita lihat sekarang, dia sedang membentuk pattern "cup n handle"
  • Jika kita semua ada rezeki.., jika bentuk ini menjadi... target projection intraday harini ialah di R2... so boleh tutup lah kalau dah rasa panas.... ;p
Sekian, wassalam.

EG - Trade Setup

Salam jam 8am Jumaat..,
  • Peh... abess semua short ter"close" dengan sendirinya... ~miyahaha~... so minggu ni ada gaji yang boley di bawa balik,,, uhuhu.... dan kat atas tu trade setup yang kita jangka akan berlarutan hingga minggu depan...,
  • USDx masih belum mau turun lagi nampaknya... so sila ambil perhatian dengan GU pada sebelah Maghrib dan Isyak... nampak gaya jika EG ni betul-betul naik seperti gambar di atas tu... alamatnya GU tu memang tak selamat...
  • Walaupun ketika ini GU tertahan di monthly support 1.. tetapi kita tak nak nafikan dia memang boleh bocor sehingga ke monthly support 2 dalam masa sehari aje...
  • Bukan kah hari ini hari Jumaat..?
Sekian, wassalam...

Khamis, 25 Mac 2010

EURGBP - ALERT....!!!

_____________________
ALERT...!!!
KHAMIS 5ptg
3x try ... tapi tak tembus gaksss.
Move Semua Short Stoploss pada high semalam
______________________________

GOLD - Ooohh.. tidak...!!!

" Well, right here is where the GOLD PRICE will test your betting blood. If gold has been forming an upside-down head and shoulder since December, then today should have formed the bottom of the right shoulder and the gold price is readying back for another crack at $1,132.

If gold is not forming that upside-down H&S, then it will drop lower, testing $1,050 and even $970." ...

~Uwaaa...
uwaaa...uwaaa... uwaaaaa~

AUD/USD - Decisions

Salam KHAMIS 12:30tghri..,
  • Setelah dia jatuh dari 0.9250... kini hanya tinggal beberapa puluh pips aje untuk dia menggagahkan diri mendaki bukit setelah kita tetap mengeshort dia walaupun dia tetap naik... pehhhh...,
  • Antara beza AUD, EU n GU.., AUD ni sekarang berada zone sebelah di atas, sementara GU dan EU sedang berada di zone sebelah bawah..., so jangan "confuse" dengan situasi mereka bertiga...,
  • Harini... jika di pivot ini dia start jatuh, kita rasa itu dah kira oversold di S1 @ 261.8% dan of course lah dia boleh melorot ke S2 @ 333.0%
  • Dari situ dia boleh naik balik ke... R1 sebagai retracement.
  • Tetapi jika dia harini dia tak gostan di pivot tetapi terus naik ke R1 dan bertenggek di zone atas 23.6%... jangan tekejutz jika pada minggu-minggu ke hadapan... dia boleh pecahkan zone 0.9300 dan of course lah dia akan jadikan harga 1.000 AUD per dollar sebagai target dia dalam Q2 nanti..

Sekian, Wassalam...
Jual di resistence, Beli di support

GBP/USD - Milik Siapakah Gadis ini..?

----------------------------
Update Jumaat 10mlm
Sila rujuk Dinapoli Setting
Untuk Entry
----------------------------



Update Jumaat 10:00am

- kita tak berani labelkan yang paling bawah itu ialah sebagai no. 5 (merah) dan no. 2 (hijau).. apa yang kita boleh bagitau ialah... JIKA benar yang paling bawah tu dah siap.... kita akan dapat lihat GU akan tetiba melompat naik merentas benteng level B kaler hijau...

- tetapi buat masa ini... kita masih menunggu pemecahan 1.4800 berlaku, dan jika ianya berlaku, maka monthly support no.2 akan menjadi idaman beruang...


Salam KHAMIS, jam 11:30am.

  • Semalam... EUR/USD kena belasah kaw-kaw..., harini giliran GBP/USD pula. Begitulah resam dunia.., semalam dia.. mungkin harini kita pula...
  • Penerobosan yang kuat hingga memecahkan benteng 1.4800 pasti akan membuka laluan beruang menghapuskan candlestick bias weekly 2 minggu lalu untuk GBP/USD mara ke hadapan..., pandangan ini di sokong dengan kekuatan USD sehingga penutup semalam...
  • Tetapi... jika GBP/USD berjaya melompat secara tetiba dan memecahkan benteng 1.5050 pastinya.. jalan ceritanya lain pula. Apa-apa pun yang bakal berlaku pada hari ini pasti akan memberi kesan pada minggu-minggu hadapan.
  • Stand-aside bagi perahu-perahu kecil... dan bagi yang kapalnya agak besar... berwaspada lah ketika mengambil penumpang-penumpang.., terlebih muatan boleh menyebabkan kapal tu karam... ~miyahahaha..
  • Uhuksss...

Sekian, wassalam..,
Beli di Support, Jual di Resistence

USDX - Hati Goyang Jiwa Kacau

Jumaat 11:30am - Soft landing

Salam KHAMIS 8am...,
  • Seperti yang kita maklumkan terlebih dahulu.., mengcounter minggu terakhir di hujung bulan adalah sangat merbahaya.... terutamanya bagi perahu-perahu kecil. Tetapi....
  • Mengeshort di kala orang lain begitu optimis dengannya ketika ini..., adalah satu tindakan yang di anggap dan di lihat ganjil dan bodoh...
  • Sama lah keadaaan nya ketika ianya berada di ABC dahulu... "orang menjual, kita membeli"... oleh itu... "jangan biarkan... hidup anda, di selubungi oleh..... misteri...."
Sekian, Wassalam.
Jual di resistence, Beli di support.

Rabu, 24 Mac 2010

UJ - Check Point

-------------------------------------
Update Khamis 8am
Breaking buy target 1 archieved
Short (retracement) Target 1= 91.60
Short (retracement) Target 2= 91.20
-------------------------------------



- Waiting to short.... jika ada entry pada malam nie... :D:D:D:D

EURUSD - my idea (2)

Salam jam 8mlm..,
  • Daily chart EU Mac 2009 - Mac 2010
  • Hati goyang... Jiwa kacau... i just hold semua buy dari below level 1.350...Greece vs German... now Greece macam Mafia... boleh peras-ugut... wakaka..."Kalau u tak bagi i wang bailout.., i pegi cari IMF" Greece cakap...
  • Betul ke dia pegi cari IMF...? Atau....Klik sini untuk cerita selanjutnya..
Sekian, wassalam...

Ahad, 21 Mac 2010

AUD/USD - Khas Untuk Farid... :P

------------------------
Selasa 23/03/2010
An update Chart

- indecision view-
------------------------




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Salam larut malam minggu..,

  • Sebenornya.., kita dah bagi view tentang AUD/USD ni minggu lalu, tapi sebab Mr. Farid mungkin terlepas pandang atau mungkin dia risau sebab pair ni tak gerak macam yang kita semua hendak, maka lagi baik kita bagi view kenapa dan mengapa kita perlu short dia neh... dari segi teknikal.

Weekly view
  • Ini gambar dia dari end 2007 hingga minggu lepas.
  • Sila perhatikan trendline dia tu, both inner dan outer, dan kedudukan harga sekarang, kemudian perhatikan lokasi dia breakout dari bawah bulan Feb 2009 setelah berjaya bikin bentuk W... dan perhatikan pula nilai dan target yang dia dah archived.
  • Untuk informasi, bila kita jumpa W atau inverse head n shoulder, normal target ialah 100% jugak dari puncak tengah ke bottom W tu... maknanya... 200% total dia naik dari bottom. Kalo tak faham gak tengok gambo tu, kat situ ada tunjuk dari mana bottom dia dan mana puncak tengah dia...
  • Tapi dia tak korner di situ (205.8%).. Why? Sebab Aussie naikkan interest. So dia rally extanded ke 261.8%... Persoalannya kenapa di atas level 205.8% nie Aussie naikkan interest 4x dah.. tapi harga tetap berpusing-pusing turun naik 261.8% ke 205.8%?
  • Ini mungkin menandakan ada fundamental dia yang "fatal-error" di kemudian hari. You cakap ekonomi you sangat bagus.. tapi I nak tanya you kenapa sejak naikkan interest harga duit you macam tak di appreciate? Why?
  • Semak balik posting terdahulu pasal dia naikkan interest... kita dah tulis benda ni bulan lepas kot?...

Daily view
  • Macam kita cakap dalam last posting pasal dia neh.. dia bikin bentuk W kat daily, yelah bikin W mesti lah kita pun risau sebab kalau menjadi W ni.., boleh hangus semua short position kita... tapi...
  • Cuba kira berapa kali dia dah try test cuba bocorkan bumbung dia tu? 5x try masih gagal..!!! yang latest ni tak tau lagi ler... itu kira tanda soal. Berapa kali pulak dia test pecahkan lantai bawah dia? Baru 2x beb..!! Kalo kita totalkan semua try-try tu.. semua ada 7x try (5+2=7)...
  • JIKA yang last try ni juga gagal maka yang ini kita kira 8x try... maka yang nomo 9 (kat bawah tu) tidak syak lagi akan bocor. Ini kita panggil gerakan "King-Crown".. ini teknik lama, orang dah tak pakai istilah ni... so perkara try and failure ni satu bab lah dari segi teknikal...
  • Satu lagi hal ialah tentang W... kita selalu ingatkan.. JANGAN beli W di kawasan yang kita maklum sebagai resisten.. kenapa? Sebab kaki last dia tu selalunya kurang dalam... bila kurang dalam.., kejap aje dia sampai level ext 261.8% dan 423.6%. (Lihat fibo kaler kelabu tu)... memanglah dia boleh terobos lagi tinggi... tapi itu kenalah add lagi level 685.4%.. tapi itu sangat jarang berlaku.
  • Sila tonton video di sini for more ideas. (klik ayat tu)..

RBA vs AUDUSD
  • Baik..., itu semua kat atas tu dari segi teknikal.., yang ini pulak data bank pusat Australia sendiri mengenai pegangan dia dalam AUDUSD. Tengok betul-betul sebab gambar ini kita akan delete... anytime!
  • Data tu dengan jelas menunjukkan bank pusat mereka menjual duit nya sendiri ketika ini. Ingat ayat ni... "Bank Pusat mereka jual duit mereka sendiri." Haa.. simpan memori tu..
  • Seperti tahun 2008, mereka jual, kemudian bila harga jatuh, mereka beli kembali... now mereka buat sekali lagi, dan mengikut laporan terkini adalah dipercayai mereka di bulan Mac ini menjual dalam jumlah yang lebih banyak daripada bulan Jan dan Feb yang lalu..
  • Jadi... kalo bank mereka sendiri pegi jual, nko nak beli ke? Banyak duit ek? Kikiki....
KESIMPULAN
  • Bila kita memorex... pertama-tama sekali ialah untuk menyelesaikan masalah kita sendiri, ye... ramai dari kita memorex sebab kita ada banyak masalah ... ehem... xyah sebut.
  • Tapi ada juga yang memorex sebagai karier dia, so maybe karier untuk diri dia sendiri sahaja ataupun dapat buat rekod supaya di lain masa... mungkin boleh cari "client".
  • Walau apa sebab pun kita memorex, kita sesekali jangan lupa, buat tu, mesti berpada-pada asal tidak menghampakan diri sendiri atau "client" mereka.
  • Jika kita memegang amanah orang, jika boleh, kita trade cara selamat, jika trend melawan trade kita.., get-out..! Jangan swing.., takut-takut semua amanah orang lebur begitu aje, kasihani lah mereka.
  • Dalam kes AUDUSD, saya guna wang sendiri, saya tak ada "client".. so saya "risk" kan duit saya sendiri... jika hangus, saya kena tanggung sendiri.., itu "fair" bagi diri saya..
  • Tapi... jika amanah orang... apa kita nak jawab?
  • So.., Mr. Farid. Harap berpuas hati dengan jawapan di atas tu semua. Keep up hardworking. Dan JANGAN berputus-asa, jika memang rezeki kita pada tahun ini, AUDUSD akan jatuh jua seperti yang kita harap. Amiiiinnnnn....!

Sekian, Wassalam..,
Jual di resisten, Beli di support

Sabtu, 20 Mac 2010

GBPCHF - Trade Setup

Salam malam minggu...
  • Rujuk posting kita pada penghujung Jan lalu... ~TADAAA~... ehehe... hansem cam tembikai segar... bulat-bulat... ehehe
  • Kita tak tau... ada tak yang trade pair eksotik cam buah betik neh!? Agaknya takde kot?.. So takpelah... kita letak gak kat sini... saja buat steam sendiri.. kikiki
  • Divergence di 4hr... tapi belum abesss tekan lagi... dia buat triple bottom now, and i assume dia akan dapat landing dengan baik di monthly support @ 161.8 dalam kiraan menyenget...
  • Sila beri dia masa cium puas-puas monthly support tu, lepas tu baru kita angkat naik 100% ke level 61.8% kembali... eeee.. di situ nanti ade trendline sebelah atas akan menunggunya...
  • Bagi sapa2 yang tak minat atau tak pernah trade pair ini, sila abaikan posting ini, sebab ianya ganas macam GJ agak, takut2 terkantoi view amatur nie... kes naya plak nanti.
  • Orait itu aje untuk minggu ini... kita tunggu semua setup yang kita berikan menjadi,,, dan becareful... sebab semua view yang telah kita beri untuk minggu depan adalah view counter...
  • Sila ambil perhatian, meng"counter" di penghujung minggu dalam sesuatu bulan adalah merbahaya... dan kita dapati hampir ke semua berita menyatakan USDX akan terus melonjak naik... but... nevertheless... perspektif kita adalah berdasarkan pivot...
  • Dalam keghairahan orang bersorak menyuruh monyet terus memanjat pokok kelapa... di situlah kita lastik monyet tu dengan buah guli... jika kena topat kat kepala dia... nescaya monyet tu terjun jatuh tanpa bayang-bayang...
Sekian, Wassalam....
Beli di support, Jual di resisten

EURJPY - Trade Setup

Salam Sabtu Senjakala..,
  • 5 wave up... kita syak dia buat correction aje ke bawah nie... lagi pun dia ade tinggalkan pivot hari Khamis... kita akan bullkan dia minggu depan. Nak tengok sampai mana dia boleh lari naik... dan biasanya dia memang kuat mendaki bukit yang curam.. ehehe
  • Buat trenline kat bentuk W 4hr high bulan Oct ke Dec... kita rasa dia nak try test cuba tanduk trendline tu... jika kita ambil round figure harga 121... dia mungkin akan try sampai 134... uhukkksss... just my imiginasi
  • Jadi jika sampai sana nanti.. kita boleh bikin round figure harga ke bawah pula 134,121,113, 108... miyahahaha~... uhuhu... jangan percaya sangat, kita ini memang ade sewel sket... :p
  • Let's do it... zone 121 to 128 (kat trendline yang kita bagitau tu)... bahagikan dengan 5 wave up sekali lagi... nanti kalo ade extended kita akan bagitau.

Sekian, Wassalam..
Beli di support, Jual di resisten

EURUSD - Trade Setup

----------------------------
Rabu 5:00pm
An Update Chart 1m
W sign at Daily support
Entry !!!
----------------------------


----------------------------
Rabu 4:30pm
An Update Chart 15m
W sign at Daily support
Check Entry
----------------------------


+++++++++++++++++++++++++++++++++


Salam bahagia...,
  • Sekali beruang henjut... peww... bertaburan semua lembu-lembu luka parah... kekeke... lari semua lalat tak sanggup nak bagi ulasan... so kita ajelah jadi pengulas sukan yang seterusnya....
  • Buat masa ini.., bulu tangkis belum mencecah base line. Tapi... Lee Chong Wei dengan tenang masih terkelip-kelip memandang lampu di atas tu... uhuhuhu... tak salam pivot 2 hari... yeabedabeduu...
  • Biarkan dia meluru dulu terus ke baseline... kemudian baru dikilas bulu tangkis tu terus tinggi ke atas net... ehehe... tu Lee Chong Wei bagitau lah... :p
  • Watch-out Fibo Fan... kita akan cuba membeli di level 205.8% kaler coklat... dan kita kira ini sebagai 100% menghapuskan bentuk M di bahagian atas tu... sila ambil profit setiap level 100%... (beli di 205.8%... makan di 100% kemudian 0% fibo kaler coklat.)
  • Itu aje buat masa neh... nak cerita lebih-lebih nanti takut tak jadi pulak..

Sekian, Wassalam...,
Beli di support, Jual di resistence

GBPJPY - Trade Setup

Salam petang Sabtu..,
  • Swing-muing.., itu lah gambaran kita tentang pair ini... berdasarkan kepada fibo fan kaler merah dan di tahan oleh fibo fan kaler ijau... kita jangka corrections ke atas... belum lagi selesai...
  • Kita kena juga lah jadi maskot bertanduk jika view di atas benar... :p... maximum target ialah di zone 140-143.. sila cari last pivot x yang dia masih hutang di bahagian bawah ini, untuk menjangka counter level berada di mana..
  • Let's do it... sementara dia masih dalam mode retracement... dan kita akan review lagi sekali selepas mid-Apr, untuk memprojectkan dia kembali ke below 130.
Sekian, wassalam....
Beli di support, jual di resistence

GOLD - Trade Setup

--------------------------------------------
RABU 23/03/2010
2:30PM 15M Chart
An Update Chart
Counter LeveL with StopLoss LeveL
---------------------------------------------



--------------------------------------------
SELASA 23/03/2010
8:30AM Daily Chart
An Update Chart
One more dips to 1090 then rally up to 1150
---------------------------------------------


++++++++++++++++++++++++++++++++++++


-----------------
Isnin 10:30mlm
-----------------

Dukacita kita maklumkan bahawa oleh kerana dia terus TURUN hari ini, maka view yang kita beri ini adalah INVALID... Oleh itu, kita sekarang nampak GOLD akan NAIK lebih TINGGI dari harga 1150 dlm beberapa minggu akan datang.

Kita stand-aside dahulu, view bullish setup akan kita beri sehari dua lagi.


Salam tghari Sabtu...
  • Kedekuk2x... hehe... setelah kecut telo kita kerana dia retrace sampai 23.6%... akhirnya Allah kurniakan kita rezeki lagi sekali dengan tindakan tetap mengeshort dia neh, walaupun semua pedagang/pelombong emas tak suka dengan view kita...
  • Now... siapakah penyimpan "interest" gold? Mereka kah atau kita kah? Tentulah mereka, sebab mereka suka simpan gold lama-lama supaya mereka dapat makan interest. Mereka kata dalam keadaan ekonomi sekarang, beli gold lagi untung.. dapat interest..
  • Itu pendekatan mereka.. kita xmo lawan cakap, sebab kita pun sekolah tak tinggi, yang kita pasti, dalam ekonomi sekarang.. carry trade tak akan untung banyak seperti cycle 10-20 tahun lalu... keadaan sudah berubah
  • Tidakkah mereka sedar, orang pompuan pun ada datang haid setiap bulan? Market pun camtu jugak lah... oopss! Sorry... sensitip.. zap3x..
  • Ok.. berbalik pada chart di atas.., hmmm... kita kena tunggu satu lagi pullback ke atas, sebelum kita mengeshort kembali..., lembu-lembu gold mesti panas hati sebab tetiba aje dia turun... zrapppp... abesss semua posisi long mereka.., mereka pasti membalas balik minggu hadapan...

Sekian, wassalam..
Jual di resistence, beli di support

EURGBP - Trade Setup

4hr view

15min view

Salam hari Sabtu...

  • Fantastic... bombastic... ! Hehehe... dia terjun minggu lalu menghijaukan bumi kita yang kegersangan sejak akhir Febuari... perghhh... marvelleous..!
  • Dia pullback semalam setelah mengambil pivot x awal mac dan menutup gap, sekaligus membayar cash pivot hari Khamis... ini adalah bola tanggung..! Lee Chong Wei sedang menanti peluang...
  • Smashkan dia di zone FE 61.8 untuk target FE 127.2, FE 161.8 dan kemudian FE 261.8, untuk bersama-sama meraih Piala Juara All England..
  • InsyaAllah..., kejayaan adalah milik kita semua... :D:D:D

Sekian, Wassalam..
Jual di resistence, beli di support

Jumaat, 19 Mac 2010

USDX - tonite

-------------------------------------------------
Rabu 5:00pm
An Update Chart lagiiii... eeeehiksss
Breaking Upper trendline
Chasing Weekly Upper Range
Finished..!??!
Note: Gap at 81.20 at open price today
USD totap akan jatuh,,, keyakinan bertambah..
--------------------------------------------------


-------------------------------------------------
Rabu 2:30pm
An Update Chart
Breaking Upper trendline
Chasing Weekly Upper Range
Fade momentum ???
Note: Gap at 81.20 at open price today
Kita tak ubah view... USD totap akan jatuh
--------------------------------------------------






------------------------------------

Selasa 9:30am
An Update Chart
One more try to 81 then down to 80
------------------------------------


======================================
An Update
Isnin 2ptg
Kita akan lihat Crown Formation ini menjadi atau tidak..
tunggu.. uu..u ... jangan tak tunggu.. uu.. u

Setup One

Setup two

====================================

Salam jam 11:30 mlm...
  • Before it happen... kita bagitau dulu...
  • Dia akan gostan...!!!
  • Why...? See the pivot lah... 2days not salam...
  • I think you better watch-out now if you short EU n GU...
  • ehehehe... selamat memorex... :D:D:D:D
Sekian, wassalam.

Gold... my idea

Gold 11:30mlm...
- yeeehaaaaaa~ kedekuk2x...
- untung gold boleh buat cover modal beli GU... :D:D:D

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot