Sabtu, 6 Mac 2010

Oil... Jeng2x...

Salam Sabtu...,

Di atas tu chart OIL... head n shoulder pattern and bearish gartley dalam pembikinan... So even dia boleh lepas bahu ni... tentu ada tangan "ghaib" yang akan tarik dia berdentum jatuh.. ! Dan lagi sekali nanti, orang akan marah kat kita sebab forecastkan dia jatuh... serupa cam kita forecastkan dia naik semasa dia tengah jatuh dahulu... kui3x.

Dalam tv dan suratkhabar, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan untuk memBATALkan kajian penstrukturan semula subsidi minyak untuk kita semua... Kita rasa itu memang TEPAT, dan kita sokong tindakan tu..., kerana minyak AKAN ranging sekitar 80-50 dollar satu TONG untuk jangka masa yang agak lama.

Kita ULANG sekali lagi... bahawa pedagang EMAS dan OIL akan kecewa dengan keadaan ini. Mereka tu dah rancang sekian lama untuk mem"spekulasi"kan harga-harga mereka ke paras yang lebih tinggi melebihi awan... tapi... mereka tu selalu lupa, kat atas awan tu sebenornya oxigen makin nipis... ~miayahaha...

Tindakan mereka tu semua hanyalah berdasarkan nafsu serakah mereka semata-mata, jika emas dan minyak terus naik.., yang menderita ialah berbillion-billion manusia,... yang bahagia, senang lenang, hidup kenyang tu cuma pedagang dan peniaga emas dan minyak aje..!

Manusia ni kalo dah tamak, biasanya dia boleh jadi jahat. Serupa macam kita gak lah, berduit sket aje dah sombong... kuang3x.. jadi kita tak mahu jadi macam mereka tu... jangan tamak haloba... cukup time, semua yang kita miliki tu, kita kena kitar semula...ingatlah pesan Allah tentang kisah anak Nabi Adam A.S ... Habil dan Qabil... Habil korbankan ternakannya yang "high grade", sedangkan Qabil korbankan tanamannya yang "low grade"...

Bila korbannya di"reject", si Qabil pergi bunuh si Habil... ni setan ler punya angkara ni suruh bunuh.. dah bunuh dia ucap "bye-bye" ler Habil, you uruskan sendiri ler, aku tak tau apa-apa, nko yang bunuh, bukan aku..! Kerja setan memang "menghasut" manusia, bila kita ikut dia, nanti dia ucapkan "bye-bye"... Kan celaka namanya tu !??

Oleh tu, jika anda sekarang ada simpan tabiat skodeng betina atau suka tengok betina atau kaki bela betina atau suka lah melayan borak-borak betina, padehal anda dah pun kahwin dan dah ade anak bini... elok benorlah buang tabiat buruk tu. Kenapa?

Sebab Qabil tu syok kat bini Habil.., itu sebab dia pergi bunuh adiknya sendiri..!!! Dan ingat ler setan tu selalu ucapkan "bye-bye" bila misi dia berjaya... dan anda nanti terkontang-kanting sendirian menangung semua sengsara...

Maka berdoalah kita sentiasa kepadaNYA...

"Ya Allah. Ya Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di kalangan jin, syaitan, binatang dan manusia. Sesungguhnya Engkaulah yang mengawasi ubun-ubun mereka . Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar. "


Sekian, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot