Isnin, 28 Disember 2009

GU - Support Zone

Salam Isnin..,
  • Sila adjust fibo ret kita, as kita dapat confirmation rally ke 1.6870 dah siap , so mission kita untuk beberapa minggu ke hadapan ialah melayan pullback ke golden lines.. TETAPI buat masa ini kita agak konfius sket tentang kedudukan dia sekarang nie...
  • Kita seakan-akan terbayang dia TIDAK MAHU berhenti di sini... :p ... Ada semacam tak sedap di hati melihat kedudukan dia sekarang ini. Last week dia tak kuat nak naik... weekly candlestick dia bearish..
  • Adakah mungkin dia menjunam terus??? Waa.. waa.. waa... atau dia akan membuat double bottom di 100%...??? Jika ke situ, maknanya dia mau bikin bentuk mangkuk besar, then bounce up ke 50% bikin mangkuk kecik plak?
  • Err... err... Kita blank kejap... blup..! blup..! Stoploss activated below 22/12/2009 lower low... jika dia tak berani naik atas 23%... it's means 100% jadi tujuan bears minggu nie.

Sekian, Wassalam..

EU - Retrace or Breakdown

Salam Isnin...,
  • Sila adjust fibo ret dan fibo channel kita.., kita akan berada dalam fasa pembetulan harga untuk beberapa ketika ie.. beberapa minggu ke hadapan. Setakat minggu lepas dia telah turun memecahkan low bulan Nov & Oktober.
  • Please take note, jika minggu ini dia jatuh lagi dan low bulan Sept pecah... Kita ucapkan "MasyaAllah"... dan jika itulah yang bakal berlaku, tidak syak lagi dia akan turun dengan lebih laju dan lebih jauh dari yang kita sangkakan.
  • Sila berhati-hati di zone golden lines dan seperti yang kita nyatakan berulang-kali, dalam zone golden lines, volatility adalah tinggi, ianya tidak semestinya melibatkan volume yang besar untuk mengerakkan harga.
  • Acapkali ketika market rendah volumenya (spt sekarang ini), harga boleh bergerak jauh tanpa diduga. Sila berjaga-jaga, jika dia gagal melepasi paras 138%... kita mungkin boleh melihat "henjutan" harga hingga ke paras 200% dalam tempoh yang sangat singkat..!!!
Sekian, Wassalam...

UCHF - Relax dulu....

Salam Isnin..,

  • Ini update chart UCHF daily..., sila adjustkan fibo ret dan fibo channel kita untuk melihat perkembangan pair ini ketika musim cuti-cuti hujung tahun ini. Please take note that dia dah tanduk terbang high bulan Nov & Oct...
  • Seperti yang kita tuliskan, kita memang harap dia gostan dulu, sama cam EU gak kita memang harap dia gostan dulu sebelum meneruskan matlamat mereka untuk sepanjang tahun hadapan iaitu EU jatuh dan UCHF naik... uhuks...
  • Bila dia gostan nie, apa yang kita perlu amati ialah "renjatan" di level golden lines. Sebelum kita mencounter kembali dia nie sila pastikan RSI berada dalam kedudukan 'oversold' atau mungkin juga dia berada di atas paras 50 line tengah.
  • Buat masa ini... kita jangka dia pullback paling minima ke 76% dan maksima 23%... jangkamasa mungkin dalam tempoh 2 minggu... jika ada peluang dan momentum.. hit n run, jangan simpan.

Sekian, Wassalam

Khamis, 24 Disember 2009

AUD/USD - Pullback atau Gedebab


Salam pukul 10:30mlm Jumaat...

  • Satu lagi projek jangka-panjang kita ialah AUD/USD..., kita dah bagi komen tentang pair ini kalo tak silap dalam bulan Oktober yang lalu..., dan bulan ni dia telahpun melepasi paras 23%... (Kita steady short di level 12%)
  • Ngeee... now dia nak pullback untuk test resisten atas tu (as kita expecting dollar akan gostan kejap).., dan kita mempunyai peluang lagik sekali untuk merembat di paras tersebut.., kali nie kita target pulak kat 38%...
  • TETAPI... jika selepas market buka kembali selepas cuti-cuti hujung tahun nie, dan dia masih tidak berganjak dari kedudukannya sekarang, kita akan terus order sell setop di bawah daily low semalam..,
  • Bior dia terjunz kaw-kaw, sebab RSI pun masih belom 'overbought'.. eh, silap... 'oversold'

Sekian, Wassalam...
"Jual kat resisten, ambil untung kat support"

EG - Last Round

Salam 12tghari Khamis...,

  • Gambar di atas adalah EUR/GBP dan seperti yang kita semua maklum, kita sedang dalam process menghabiskan round dia ke bawah, sebelum dia rally up untuk sepanjang tahun hadapan.... yang kita jangka bermula samada penghujung Januari atau pun awal March 2010....
  • Perlu kita ingatkan sekali lagi bahawa projection dia ke atas (selepas dia selesaikan round kat bawah ini) ialah melepasi paras tertinggi tahun 2008....
  • Tetapi dengan kenaikan EUR/GBP kelak, kita menjangkakan bahawa EU,GU,EJ,GJ akan menuju ke bawah melepasi paras terendah mereka dalam tahun 2009 ini.
  • Serentak dengan kenaikan EUR/GBP nanti, anda boleh membeli emas samada dalam bentuk simpanan buku di bank (cthnye MBB or PBB sila rujuk bahagian pelaburan emas di website bank-bank tersebut) untuk jangkamasa tempoh 5 tahun.
  • InsyaAllah..., berkat doa dan kesabaran, kita semua akan berjaya.

Wassalam..,
"Jual kat resistence, Beli kat support"

Rabu, 23 Disember 2009

Kambing Kejo Pokok Krismas

USD INDEX UPDATE CHART
  • Rally tergesa-gesa... akibatnya nanti boleh merana... just wait... tak usah buang duit... ini semua ada faedahnya bagi kita semua... tak caya?... tengok gold, sekarang apa dah jadi...? sama gak cam dollar neh... aikkk... sudah lebey nie... ehehehe... watch-out babeh..!!!

Selasa, 22 Disember 2009

I'm Alive.... Syukran

Salam 10:30pagi...,

  • Syukur Al-hamdullillah..., berjaya kita menyelamatkan account dari terus padam... miyahahaha... dengan izin Tuhan, kita berjaya menutup semua posisi 1.0 lot kerana market open semalam dengan sedikit ruang gap untuk ej dan gj dan itu sudah cukup untuk mengurangkan kerugian yang terjadi..,
  • Kikiki..., tak dapat kita ceritanya betapa gembiranye rasa di hati... masih rugi jugak, tapi at least boleh titun malam dengan lena selepas itu. Cuma uj aje yang xmo bagi gap... so uj kita close gitu-gitu aje. Lantaklah... rugi pun rugi lah, janji boleh hidup..!
  • Now... kita back as normal..., leverage 200:1... tetap dengan default 0.1 lot each position, cuma account tu cedera aje, nampak gaya kena keje kuat sket lepas musafir lalu di musim Krismas nanti.
  • Terimakasih kepada semua kawan-kawan yang mendoakan... jasamu tetap ku kenang.
  • InsyaAllah.... Kita akan teruskan dengan agenda kita untuk tahun hadapan... iaitu RM2juta adalah target kita untuk 2010... ianya bukan angan-angan kosong, tapi itu adalah usaha dan doa kita setiap hari.
  • Siapakah yang boleh menghalang jika Allah nak tunaikan???
Sekian, wassalam...

Sabtu, 19 Disember 2009

Trouble Trojan

Sabtu 1:30ptg...

Pewww.. Kita berjaya mem'format'kan dan me'restore'kan sebahagian daripada isi-perut PC kita pagi ini, setelah bersengkang-mata sejak malam tadi... banyak lagi yang perlu diperbetulkan sehinggalah trading platform kita menghadapi masalah yang agak kritikal kerana ada beberapa 'standing position' telah ter'activate' dengan sendiri dan yang menjadi masalah besar ialah daripada order 0.1 lot semuanya bertukar kepada 1.0 lot..!!

Uwaaaa...uwaaa.. uwaaa... Kalaulah semuanye hijau sejuk jugak hati, tapi dengan serius ianya mengubah 'puan marginah' kita. Setakat message ini ditulis, kita tak boleh buat apa-apa lagi, nak cancel position pun broker akan hanya beroperasi hari Isnin. Perghhh... tak tau ler pulak macam mana benda ni boleh berlaku kerana tetiba aje PC ni hanging dan kemudian shutdown.

I'm blank now.. harap-harap tak black-out terus.

Itu aje kita nak bagitau, so anda teruskan dengan usaha memorex seperti biasa minggu depan, sementara kita akan cuba menyelesaikan masalah bertukarnya posisi lot ini dengan broker... ermm kalo dapat reverse takpe lah, kalo tak, kita rasa kita akan 'sakit' untuk beberapa ketika kerana kebanyakkannya adalah untuk uj,gj n ej.. i'm shorting them.. and as u know dia reversal up..

Jika selalunya dengan 0.1 lot benda ini tak akan jadi masalah, tetapi ber'tukar'nya kepada 1.0 lot itu memang masalah besar kerana memang biasanya kita standing dengan 5-10 posisi untuk each pair.

Kita doakan anda semua berjaya dan selamat.., mudah-mudahan kita dapat berjumpa semula pada minggu-minggu hadapan.

Wasalam..,
"Short di resisten, Long di support"

Khamis, 17 Disember 2009

EG & USDX & EU - Warning...!!

EUR/USD - Gambo ni kita click jam 12.30tghari nie... ehehehe... oeleh kerana dia dah tembus zero percent, so hala fibo kena tukau ler pulok sebagai update view... so wut happen next???... As usual, bila dia break camnie banyak lar lalat masuk bagi komen macam-macam... kikiki.. be cool brader..., kita ulang lagi sekali... bila harga cecah channel fibo 161.8%... risiko pembalikan ialah sehingga channel fibo 61.8% or 0.00%... kita dah lakarkan perjalanannye... InsyaAllah.., Percayalah... "La hawla wa la quwwata illa billah..." Tiada daya (untuk menolak) dan tiada kekuatan (untuk berbuat sesuatu) melainkan (dengan kehendak) dari Allah.

USDX - Ini gambo update pukul 11:30... InsyaAllah..., kita lakarkan gerakan yang mungkin terjadi Dec-Jan-Feb-Mac... So man-man brader, take ur time jangan terburu nafsu, nanti lesu... ehehehe... kita expecting dia korner lipats di bahagian ini sehingga pertengahan Jan sebelum dia rally naik sehingga bulan Mac 2010...

EG - Ini gambo kita snap pukul 11:15am 17 Dec... Walaupun kita suka dia jatuh gedebak-gebebuk, tetapi kita perlu jugak bagitau tentang potensi di korner lipat berdasarkan kepada keadaan semasa serta wujudnya pivot-x di bahagian atas tu... Oleh itu sila rancang untuk mengalihkan stoploss anda (jika ada) pada waktu ini kerana "malang memang tak berbau" sewaktu kita berherbanasi ni.... ehehehehe...

Rabu, 16 Disember 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Rabu 8mlm... Tahun demi tahun berlalu, kali ni dia datang lagi... Hijrah... Berapa banyak amalan yang telah diserah.., berapa banyak pula amalan yang telah dilangkah?

Sejauh mana usaha kita, sedalam mana pula kegagalan yang kita cipta? Umur tak seberapa, takut-takut kalau yang dicari tak jumpa, yang digengam bertambah baranya. Akhirnya semua berlepas begitu sahaja....

Tahun Hijrah sepatutnya di kita "celebrate" lebih meriah dari parti 'New Year'.., tapi bukan dengan nyanyi2 atau menari2 cam "ngok-ngok" tu semua... kikiki...

Tapi kita celebrate dengan tahlil dan doa.
Bikin kenduri sikit dalam rumah sendiri bersama isteri dan anak-anak, lepas tahlil bacakan doa, baca ajelah kalo tak tau baca tulisan jawi dan bahasa arab, sebut aje apa yang terlintas kat kepala time tu dalam bahasa kita.

Mintalah doa diampunkan semua dosa-dosa, bertambah iman dan taqwa, panjang umur, mewah rezeki, sihat tubuh badan... dll...


Mutakhir ini amalan membaca doa dan yasin di surau-surau atau masjid-masjid sempena Awal Muharam telah dihukumkan tak boleh oleh segolongan tukang karut yang melambak-lambak buat website melabelkan salah itu, salah ini dalam amalan orang-orang dalam nusantara ini yang alim dan ulama yang terdahulu.

Nowdays... baca selawat Munjiyah tak boleh, baca selawat Tafrijiyah pun tak boleh, baca selawat Tibin-Qulub pun tak boleh... nak buat Maulud Nabi pun tak boleh.., nak buat majlis tahlil baca Yaasin ramai-ramai tiap malam Jumaat pun tak boleh..., semua diorang bedal tu tak boleh. Malah Dr. Harun Din dan Mufti Perak pun diorang cakap tak betOl.. wakakaka.. betol-lah diorang tu mengong tak bertempat.

Salah sorang yang terlibat ialah seorang yang baru-baru ni ditangkap Jais... ehehe... Baru kena tahan nak kecoh satu negara... nape nak kecoh? memang waktu tu takde tauliah dari Jais kan?

Lepas tu jawab kat mahkamah... "Saya tidak mengaku bersalah"... wakakaka kelakau... agak-agak tu bohong sunat ke bohong wajib? Kikikiki...

Pro and kontra... ada yang sokong dan ade yang bangkang... tapi aku sokong 100%... why??? Aku pun tak tau... tapi naluri aku cakap bagus juga dia kena tahan, sebab aku pernah tengok kat youtube dia condemnkan orang yang selalu baca selawat Tibin-Qulub sebagai doa amalan untuk kesembuhan dan kesihatan.

Waktu tu aku terus jadi konfius dengan dia ini... :p

Aku ingat tu kifarah untuk dia agaknya... kalau kita ikuti rentetan kes dia tu, memang ade logiknya... 1st dia letak jawatan sebab tak tahan orang kacau dia kat negeri dia sendiri, 2nd nie dia kena tahan tak tentu pasal kat negeri orang... nanti apa pulak lagi?? Aku yakin ade lagi yang akan menyusul.., sapa tau kan?

Cuma harap-harap dia cooled down lah sket, kalo nak berdakwah tu pelan-pelan kayuh, muda lagi buatpe nak jadi celebriti, kan elok cengitu... iye tak?

Alamakkkk... melalut plak aku neh.... ehehehehehe... sorry pak! Ok lah, kepada semua muslimin dan muslimat kita doakan semoga tahun hijrah yang lagi satu ini akan membawa barakah dan rahmat kepada kita semua... dengan doa jua semoga tahun depan kita semua menjana RM2juta dalam niaga porex nie...,

Akhir kata... "Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431"... dan jangan lupa motto trading kita.., " beli kat support, jual kat resisten.."

Wassalam

Isnin, 14 Disember 2009

Liqudity Sentiment Index


Ada soklan yang ditanya dalam shoutbox tentang benda alah kat sebelah kanan blog ini iaitu "liqudity sentiment index - consumer" ------->>>> Tengok Sebelah..



Apakah benda tu sebenornya? Indeks ini adalah berdasarkan kepada jumlah kecairan yang dipadukan dengan jumlah transaksi intraday yang menunjukkan nisbah belian dan jualan bagi sesuatu pasangan matawang oleh pelanggan dan pembekal bagi tempoh setiap 30minit.

Pelanggan ialah kita, pihak brokers, pihak syarikat investment dan hedge funds.

Pembekal ialah pusat pasaran iaitu pihak bank-bank serata dunia

Nisbah yang diperolehi berlawanan antara satu sama lain. Ini adalah kerana terdapat dua hala transaksi yang berbeza dalam dagangan. Iaitu satu pihak membeli dan satu pihak pula menjual.

Index sentiment tu sebenornya boleh dibaca sebagai "filter" untuk signal yang kita terima. Contohnya jika signal di platform 30minit kita menunjukkan tanda "buy" tetapi di index ini menunjukkan tanda "overbought" (contohnye telah sampai kepada paras 80%-70% membeli), kita kalo boleh jangan ikut signal yang kita ada, kecuali harga dan signal ketika itu berada di zone pivot ataupun support intraday.

Gitu jugak ler kalo nak menjual... lepaskan aje signal kita, jika index ni dah tunjuk tanda "oversold"... jangan bimbang mesti ado pullback dan ade signal lagi satu... ehekkk...

Jadi bilakah masanya kita boleh guna panduan index nie ek?... Kikiki.. best time ialah ketika market tenang. Index tu dalam lingkungan bawah 50%-35% membeli, harga berada di pivot atau support dan kita ada signal "buy", masa tu ler kita boleh anggap signal kita tu cun macam Siti dotdot... kekeke

Tak caya???... U try seminggu, then u know lah... :D:D:D:D

Latihan: Pukul 6ptg Isnin... GBP/USD... tu tanda oversold 81% orang jual... ade "sell" signal untuk harini kat 30min... Kita anggap sekarang singal tu "invalid" sebab index tu tunjuk "oversold" ..., tengok nanti kalo ado "buy" singal dan perhatikan index ni gaks... fuyooooo... kalo menjadi... lumayan beb... sampai resisten pun boleh beli... :P

Sabtu, 12 Disember 2009

USDx & Vix




Bandingkan 2 gambo di atas.
----------------------------------
- RSI Dollar index mencacak naik
- RSI Volatility index slightly bearish
----------------------------------
- Candle Dollar index xde gap
- Candle Volatility index ade gap
----------------------------------
DIVERGENCE
Kita rasa bull belum ready sangat for more USD bullish

tunggu lepas Krismas... amacam...???

An Update Charts

USD/JPY - Stand aside... Last week, 3 hari jatuh, 2 hari naik... Kita masih syak dia akan jatuh kuat-kuat ke bawah cuma timing aje... bila? Dari segi teknikal jika dia kukuh di atas 38.2% maka boleh ler kita cakap dia akan meneruskan pendakian ini.., otherwise kita tak buat apa-apa buat masa sekarang.., TETAPI... short akan dilakukan jika dia jatuh kembali dalam zone trendline pada level 100%....


GBP/JPY - Stand-aside... triangle kaki rata... biasanya triangle jenis ni boleh jatuh gedebuk-gedebab... Conservative trader akan melihat keadaan ini dengan cool and steady. Tapi bagi kita yang jenis gopoh gapah nie... kita beli dia untuk tutup gap di level 100%... miyahaha... xpe.. setakat Jumaat beberapa posisi telah di closed dengan +200pips each... dan masih ade baki yang sedang menunggu dengan sL telah di naikkan ke level 121.4%... ngeee

Cuba perhatikan next week jika dia buat u-turn di level 100%... jika itu berlaku, maka kita tau ler dia takmo ke atas lagi... dan dia akan siapkan bentuk "cup n handle" terlangkup neh... ehehehe.. next target ialah 161.8%...

TETAPI... jika dia tak buat u-turn dan pecahkan resisten 149.70 tu... maka next target ialah di 61.8%.... ngeeee


EUR/JPY - Stand-aside. Currently kita takde position swing. Walaupun kita ade beli dia di paras 76.4% tetapi kita cabOt lari kuat-kuat bila dia sampai ke 61.8%... Ngeee.... Setakat ini kita lihat tiada arah yang pasti... tapi nampak ade gap kecik kat 50% tu... RSI di paras -ve, jadi kalo nak beli sila berhati-hati... Next week jika dia tembus balik 61.8% kita nak try masuk lagi sekali untuk target ke 50%... ngeee..

TETAPI... tembus kembali dengan keras di paras 129.30 memang ada potensi ke 121.4% or even ke 138.2% (sebab dia u-turn dari 38.2%, did you see that..?)



GBP/USD - Short kita terclose di 1.6300, dan sebagai alternative kita buy tapi not successfull. And currently kita takde posisi untuk pair ini... :( ... Bentuk dia untuk 3 hari terakhir trade ialah triangle.. Seperti yang kita maklum triangle ialah kesinambungan sesuatu trend... dalam case ini trend dia sedang jatuh dari 76.4%, maka sayugia kita follow dia jatuh terus ke 23.6% - 12.1%.... :D:D:D

TETAPI... perlu kita ingatkan bahawa jangan di lupa ada pivot X dan juga RSI yang berbentuk takal sedang menanti pair ini.. kita percaya jika takal ini di activatekan.. lambungan dia sangat tinggi dan pantas...

Apa yang perlu kita buat... kita akan jadikan level support warna biru tu.., harga marking kita untuk minggu depan. >1.6280< Buy jika dia u-turn ke atas, Sell jika dia u-turn ke bawah.. Kita jadi orang yang pegang raket untuk pukul lalat aje... kekeke.. hit and run setiap 13-133 pips adalah sungguh bernilai... jangan tunggu lama-lama kecuali dia "buzz"




USD/CHF - BingOo... kuang3x... Setakat hari Jumaat... 13 posisi buy kita tidak terjejas, dia semakin naik tapi kita dah buat short circuit pada level 61.8% dan 38.2% //:P... Sebenornye kita nampak bearish divergence di H4 dan H1 time tu... adesss

Setakat ni.. kita tak nampak ade support kat bawah ni... eee.. ngeriiii... semua yang dia nak pecahkan ialah resisten bahagian atas tu yang kemudian boleh dirujuk sebagai "resisten cum support"... Bentuk W senget seperti ini adalah lebih bahaya dari bentuk W samarata.., jika tangan yang dihulur ini berjaya tembus paras ini dan di fibo channel 161.8%, maka tidak syak lagi dia akan semua 3 resisten di bahagian atas tu akan di makan sekali lalu aje... :P

Kita harap ini hanya akan berlaku selepas Krismas... err, err, err.. kalo tak mano lah den nak break even short tu haa... :/P




EUR/USD - Well..., Tahniah kepada semua pengeshort EU.. kuang3x... kita try counter but not successfull... tapi... cuba lihat chart tu... bingO... semua golden level dia makang... :D:D:D... walaupun posisi EU ni kita telah tutup awal.., kita tak rasa ralat sangat sebab kita tutup dia pada 50% setelah konsisten mengeshortnye dari level 161.%... ngeeee... not bad resultkan?? .. So apa akan berlaku seterusnya?...

Well.., RSI menjunam.. channel fibo 100% dan support biru pasti akan kena terjah... kita boleh kata minggu depan harga akan sampai ke fibo level 0% dan channel fibo 161.8%... ngeee... tapi berhati-hati lah... bila harga sampai ke fibo channel 161.8% kebiasaannya dia memang boleh bounce sampai fibo channel 0.0% - 61.8% Watch-out babeh..!!!

Khamis, 10 Disember 2009

EU - An Idea

11 DEC 11mlm .. EU break down... Sorry geng... xde bonus.. sL stop out dengan +10pips aje... eeeehikss...


Salam EU jam 3:00pagi..,

Ini adalah gambaran kita tentang EU..., expected skrg W.., lakaran kita memang bahaya.. kuang3x... ye, kalo menjadi... ini kira bonus... kalo tak jadi... letak sL kat below 1.4550. As usual.. sapa berani boleh counter, kalo tak berani duduk tepi dulu, makan kacang.

Kita nampak $VIX semalam ada "gap", tengah steam dia naik tersangkut pulok kat SMA50 daily.., hampeh.. so you know lah, terpaksa view bullish USD di"hold"kan buat seketika... tapi kita rasa ramai yang dah kenyang dengan EU nie... perghhhh 500pips beb... lumayan... kekeke

Next round... kita dah lukis dalam chart tu.., so pepandai ler bawak diri.., kita dah bagitau mana target Citibank, so sabau aje lah dulu... T/Kasih kepada semua kawan-kawan..., harap-harap untung yang telah kita sama-sama janakan digunakan dengan tujuan kebaikan dan kebajikan.


Sekian, wassalam
Beli kat Support, jual kat resisten

Rabu, 9 Disember 2009

GBP/USD- Do u See What I Saw

11 DEC 11mlm .. Sama macam EU.., dia pun break down... just collect +10pips... muahahaha.. takpe next round ado laei..


Rabu 09-Dec.., 5:30ptg

Kita lakarkan gambo dia yang lawo ni untuk pelajaran bagi masa-masa akan datang, let see what will gu do untuk seminggu-dua akan datang..., i say... up... yess... up dalam erti kata consolidation, first of all kita mesti tau tentang fibo channel... yess dia bounce di channel 261.8%, it's means more downward akan hadir ke channel 423.8% in future.. but please becareful... dalam fibo bila harga bouncing di channel 61.8%, 161.8% dan 261.8%, dia akan patah balik ke "zero line channel"...!!!!

Haa... macam cerita dongeng kan? Berapa cepat dia jatuh ni, masa yang dia ambil untuk retrace naik akan serupa... ngeeee, ada nampak ka vertical line Fibo Timeszone tu... "5"... kat situ nanti dia jatuh balik... ngeee... dari situ tu nanti jarak nak ke Fibo Timeszone "8" agak lama....

So kita rase ok dengan trade yang telah kita jalankan sejak pertengahan Nov... nevertheless... kita sangat bersyukur dengan kejayaan ini... ngeee... jadi ... let's do it again... kasi up plak kali ni... sementara waktu masih ade... sebelum kita membearishkan kembali gu nie.... EEEeeee....

Wasalam
Beli kat Support, Jual kat Resisten




Sabtu, 5 Disember 2009

An Update Charts

NZD/USD - Dec 8.. jam 2pagi dia retrace up sket... tapi RSI bearish, bentuk macam nak bikin W lah pulok... ni yang leceh ni... :-D... tapi.. kita letak satu (1) pending sell below 100%, sementara jika dia lagi naik ke atas, kita tunggu dia pecahkan trendline tu biar dia steam sendiri ....tapi... kita diam-diam ekori dia dari belakang + adding sell setop kat tiap-tiap level... uhuks...

AUD/USD - Dec 8..., Pewhh... gambo ni kita amik jam 2pagi Isnin... Setelah jatuh dari 21% dia bounce di 76.4%... Eeee... mesti dia nak tanduk 50.0% tu... after that what will happen?... Kebabommms lah apalagi.... hehehe.... Standby sell babehhh... letak inai dijari banyak sket, then duduk diam-diam lepas tu...

EUR/GBP - Heh.., dia masuk kembali dalam zone golden level, sebelum kita cakap banyak, kita nak bagitau awal-awal bahawa ending pair ini ialah UPSIDE, ye... UPSIDE.., tapi kita layan pullback dia ni dulu betol-betol... jadi kita bearishkan dulu, lenggok yang kita pilih ialah yang warna Aqua ABCD tu... target di 23%... pelan-pelan kayuh... bouncing dijangka pada pertengahan Januari 2010

USD/CHF - yESSss... seperti yang kita harapkan pada minggu lepas, dia mencacak naik tapi... dia masih tak lepas level 100.0%... :-p... hanya RSI saje yang terlepas dari kurungan setelah dia divergence sejak bulan Sept... Adakah dia akan terus mencacak tinggi???... Ermm.., why not kan? Harga 1.0350 menjadi idaman kalbu kita jika dia berjaya melepasi paras 100.0%. Status : Mode masih jadi seladang

GBP/USD - RSI nampak macam tak berapa selera nak turun, mungkin sebab lain-lain crossing GBP kuat minggu lepas, minggu depan nampaknya kita kena scalp lagi up and down.. ranging ini boleh melorot turun ke 1.6220-1.6000 tapi bukan secara tiba-tiba... pelan-pelan kayuh... whatever yang bakal berlaku, ikut timeframe intraday... short or buy... whateverlah. Status : Scalping up or down sebab dia ranging..

EUR/USD - BingO... Zap-zap-zip-zip.., seperti yang kita komen minggu lepas, lalat banyak sangat dalam market.. so strateqy membiarkan lalat-lalat merayau-rayau melayau-layau adalah strategy yang baguz.. kuang3x.. level 100% ini telah berkali-kali di test tapi masih tak lepas... dan jangan terkejutz jika minggu depan pun masih tak lepas... //:P... tetapi RSI tu menjunam,,, jika harga jatuh below 100%... next golden level adalah idaman kalbu.. Status : Mode masih jadi beruang..

USD/JPY - RSI mencanak naik, tapi ini bukan bullish divergence!!!... Kuang3x... kita masih syak dia akan terjerumus ke lembah yang lagi jauh dari 85... xpO, sabau dulu.., bagus jugek dia naik, ada gak pair lain yang boleh kita tumpukan... kita tunggu dia buat u-turn di 23.6% - 0.00% level untuk test 121.4 level di sebelah bawah tu kembali.., status : lepak tepi

EUR/JPY - RSI mencanak naik, counter pertama kita hangus begitu sahaja.. ~uwaawawa~, xpO.. selagi 135 bertahan, sementara dia buat u-turn masuk dalam golden level, kita buat keje lain dulu... status : lepak tepi until dia buat u-turn.

GBP/JPY - RSI mencanak naik, dia akan terus naik ambil pivot x dia di level 150 tu.., tapi kita semua tau, dia ada pivot x kat bawah juga.., lagipun kita nampak ini false breakout dari triangle, untuk minggu hadapan, sekali lagi level 153.00 dan 146.60 jadi rebutan, apa yang kita takutkan ialah pemecahan 153 akan melengkapkan view ini jadi W... ~uwawawawa~until dia terhantuk kat bumbung status kita : lepak tepi

Khamis, 3 Disember 2009

GJ - An Idea

Khamis 2:00pm
  • Kita short pada pivot yang tanda wright... or even nanti dia touch R2
  • Please be cautions.., BOJ sedang perhatikan Yen movement...
  • Wajib letak stoploss, unless duit anda lebih banyak dari 3 triilion yen... wakakaka... uhuks..!!!!!

GBP/USD - An idea

Khamis, 2:30am
  • Kita naikkan semua sL buy ke 1.6620...
  • Kita amik satu (1) short pada level di tanda...
Esok kita tengok macam mana...

Khamis, 1:30pm
  • Kita naikkan semua sL buy ke 1.6650...
  • No additonal short ...

Rabu, 2 Disember 2009

Al-Humazah - Pengumpat

Tatkala dirundung malang, bisnis tak menjadi, duit takde, pakaian pun selekeh, nak beli makanan pun susah, orang sekeliling akan pandang hina kita macam kucing kurap, mengumpat sesuka hati sambil ketawakan nasib kita. Macamlah mereka tu bagus sangat.

Tidak mengapa, jangan bersedih, jangan pula kita menyondol-nyondol mereka meminta bantuan, bersabarlah, berusahalah sambil berdoa sentiasa. Amalkan membaca Surah Al-Humazah banyak-banyak seperti di bawah ini tatkala duduk bersendirian selepas solat fardhu ataupun solat sunat di tengah malam sambil mengadu untung nasib kita ke hadrat Allah.





InsyaAllah, jika kita selalu mengamalkannya Allah akan mewahkan rezeki kita, serta diberi harta yang melimpah-ruah. Amalkanlah, InsyaAllah barokah.


GBP/CHF

Counter Trend

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot