Sabtu, 19 Disember 2009

Trouble Trojan

Sabtu 1:30ptg...

Pewww.. Kita berjaya mem'format'kan dan me'restore'kan sebahagian daripada isi-perut PC kita pagi ini, setelah bersengkang-mata sejak malam tadi... banyak lagi yang perlu diperbetulkan sehinggalah trading platform kita menghadapi masalah yang agak kritikal kerana ada beberapa 'standing position' telah ter'activate' dengan sendiri dan yang menjadi masalah besar ialah daripada order 0.1 lot semuanya bertukar kepada 1.0 lot..!!

Uwaaaa...uwaaa.. uwaaa... Kalaulah semuanye hijau sejuk jugak hati, tapi dengan serius ianya mengubah 'puan marginah' kita. Setakat message ini ditulis, kita tak boleh buat apa-apa lagi, nak cancel position pun broker akan hanya beroperasi hari Isnin. Perghhh... tak tau ler pulak macam mana benda ni boleh berlaku kerana tetiba aje PC ni hanging dan kemudian shutdown.

I'm blank now.. harap-harap tak black-out terus.

Itu aje kita nak bagitau, so anda teruskan dengan usaha memorex seperti biasa minggu depan, sementara kita akan cuba menyelesaikan masalah bertukarnya posisi lot ini dengan broker... ermm kalo dapat reverse takpe lah, kalo tak, kita rasa kita akan 'sakit' untuk beberapa ketika kerana kebanyakkannya adalah untuk uj,gj n ej.. i'm shorting them.. and as u know dia reversal up..

Jika selalunya dengan 0.1 lot benda ini tak akan jadi masalah, tetapi ber'tukar'nya kepada 1.0 lot itu memang masalah besar kerana memang biasanya kita standing dengan 5-10 posisi untuk each pair.

Kita doakan anda semua berjaya dan selamat.., mudah-mudahan kita dapat berjumpa semula pada minggu-minggu hadapan.

Wasalam..,
"Short di resisten, Long di support"

1 ulasan:

  1. adess......cikgu mudah mudahan selamat hijau la post tu. masalah virus yg cikgu klik kat ym kot,tak pun kat email...lately byk sgt spam masuk ikut ym ngan email.

    BalasPadam

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot