Ahad, 27 Februari 2011

USDCAD - Oil naik...?

Oil - end of Febuary 2011
Petrobras CFO: Oil surge may lose steam
Click to read more about this


USDCAD 240min

- Baru-baru ini minyak naik harga secara mendadak akibat daripada pergolakan yang berlaku di kawasan Arab sana. Iyelah... akibat tamak berkuasa ramai lah pemimpin dunia Arab tu terlupa agaknya yang mereka tu manusia biasa aje... 30 atau 40 tahun memerintah biasanya kita akan melihat perubahan akan berlaku... mengapa?

- Dalam pusingan dan rentetan fibonacci sequence number..., 34 adalah tahap kekukuhan sesuatu trend yang develop... jika bertahan di 34..., next level ialah 55 dan 89..., jadi tak hairan lah jika kita baca berita Mubarak dan Gaddafi boleh berundur... itu adalah had rejim mereka...

- Baik..., mari kita olah cerita pasal USDCAD pulak... dalam chart yang kita tunjukkan, sekali imbas pandang dia macam nak terus terjunam kaw-kaw... ehekk...! Tapi cuba kita sekali imbas pandang dan kira... dari 1.068 ke 0.97 bukan ke nilai pips dia hampir kepada 1,000pips ???

- Of course lah kita semua maklum... dia akan sampai ke 0.68 suatu masa kelak jika harga minyak terus meningkat... tetapi sebelum ke situ, dari kejatuhan 1,000pips itu dia mesti retrace sekejap... why? Sebab nilai seribu tu sebenornya ada HAD... jika nak terus jadi 1,597 pips... dia mesti masuk pit stop macam kereta lumba F1 gak... ehehe

- So..., sekarang dia mesti masuk pits stop dulu, tukar tayar, tambah minyak, bersihkan viper etc sebelum dia larat nak teruskan perlumbaan. Jika tidak..., of course kereta akan rosak atau terbakar di pertengahan jalan... wakaka~...

- Untuk UCAD ni.. kita cadangkan BELI pada level yang kita tandakan dalam chart di atas tu... untuk target sebanyak 144pips , 233pips dan 377pips... atau kemudiannya mungkin ke 610pips..!!! WowWWwweee !!! Alopak agogogo

Sabtu, 26 Februari 2011

Buai Laju-laju Sampai Cucur Atap...

USDJPY- 30min

- Relax.... target short kita dah archieved... sekarang adalah time kita bersedia untuk melihat bentuk pattern dalam timeframe yang lebih kecil untuk menerbangkan dia ke atas 85-86.. kih kih kih... senyap-senyap je..! Jangan bgtau oreng lain..!

- Ada 2 choice di sini... pertama teruskan short ke double bottom.., yang keduanya buat bodo counter trend ini sebab kita dah nampak pivot-x..., yang paling baik ialah duduk tepi dulu, sebab dia kalau nak korner pun makan masa seminggu-dua lagi... ehehehe

- Untuk minggu depan... forecast kita ialah... support di 81.20 di jangka bertahan..! Di jangka akan kembali melonjak ke 83.80 ( jika 81.20 bertahan )... pair ini di akan terumbang-ambing di zone ini ( 83.80-81.20 ) sebelum membuat breakout yang "kita harap" akan mengikuti forecast kita sebelum ini... go go chaiiyokkk..!!!

USDCHF - 30min

- Waduhhh.. duh duh... kita ingatkan kete mercedes boleh kuar cepat, kalau pair ni dah breaking low lagi... apa citer? Hmmm... breaking low dengan volume yang tetiba hilang? Apo maknonyo tu?.. Huk huk huk... Profit taking lah maksudnya... ehehehe

- Banyak tanda pivot-x dalam chart kat atas tu.., perlukah kita menerangkan maksudnya berkali-kali lagi ???

- Untuk 2 minggu depan sebagai panduan... follow view pivot-x... BUY BREAK ikut style mid level antara Pivot dan R1 (daily).



EURUSD -15min

- Kali ni..., kita kecik kan timeframe supaya kita sama-sama dapat beberapa pattern yang menanti untuk pair ini yang di beritakan bahawa speculator sedang menambah pegangan belian mereka... yang kita "baca" sebagai gerakan terakhir mereka sebelum melepaskan pegangan tersebut...

- Volume bertambah ketika di resisten bukan petanda harga akan meningkat naik..!

- InsyaAllah... kita semua akan faham "gejala speculator" ini supaya di lain kali dan di lain masa semua daripada kita "kenali taktikal" mereka tanpa panik.. untuk minggu depan forecast kita ialah "kelihatan nya ia masih bernafsu ke FE 100 dan FE 161.8 warna hijau.. yang kemudian nya daripada itu InsyaAllah akan jatuh ke FE 61.8, FE 100 dan juga mungkin akan extra turun ke FE 161.8 warna merah"

- Penerobosan terus ke atas harga FE 161.8 warna biru akan menyebabkan view FE warna merah INVALID..!!



GBPUSD - Daily Chart

- Yeehaaa...! This week kita baca berita yang kita nanti-nantikan... yes, minggu lepas kita ada paste satu hal tentangnya dalam chat-box.., tapi tak tau ler ade orang terbacanya atau tidak.. but today kita link kan beritanya yang terbaru, terkini dan sensasi...

- Sila pergi sini >> Speculators trim bets against US dollar-CFTC

- Baca tentang apa berita tu cakap pasal Sterling... kemudian tengok gambar kat atas tu... huhuhu... macam sepadan tak berita tu? Jika pada pandangan anda ianya sepadan maka elok lah kita semua duduk deam-deam... sebab dah berminggu-minggu kita forecaste kan arah tuju GBPUSD ini ...

- Apa-apa pun.., jika ada "hantu" lain yang datang kacau-daun... kita cabuttttt..!!!

Sabtu, 19 Februari 2011

Market View - 21 to 25 Feb

Dollar Index - Weekly

- Spikes-spikes-spikes...!!! Uhuhuhu~.... Minggu lepas dia turun... jadi kita tak boleh harap dia akan otomatik reversal up... cuma kita harap dia boleh bikin jarum spikes di zone ini... yang demikian itu akan membolehkan dia meluru naik kemudiannya.

- Mengikut kalendar reversal days.., tarikh-tarikh yang dijangka berlaku pembalikan bagi baki Q1 2011 ini ialah pada 25/02, 3/03, 9/03, 15/03, 21/03, 25/03, 31/03 dan 6/04

- Sesuatu yang kita perasan ialah deretan tarikh-tarikh itu ialah nombor-nombor ganjil. Nombor turutan fibo pula ialah pada 3 dan 21 haribulan

- Kita tak kata "gerenti"... tapi kita cakap cuba lihat nanti pada tarikh 25/02 hingga 25/03 untuk melihat reaksi ganjil market ini berlaku... Kita seronok nak lihat, sebab manalah tau ek... kita semua ada peluang besar... kuh kuh kuh


EURJPY - 240min

- Zohor time... nanti sambung~

- Alamak... Lupa nak sambung... Sori... takde idea... tapi jika melihat kiraan pada gambar di atas... Kita rasa semua orang dah faham... naik lagi lah kasi seronok para pembeli... uhukkkk

- Bias kita ialah short... sila refer forecast kat kotak sebelah tu... hmm... kalau jadik memang best..!



GBPJPY - 240min

- Ini dia... pair paling "sengal"... xmo turun-turun... ntah apa di cari kat atas tu, kita pun xtau. Nyata sekali "W" spekulasi... tu yang letih jika kita layan... silap haribulan account kita boleh junam maut. Oleh itu berhati-hati lah... agak-agak x boleh tahan... cabut lari je dulu...

- Setinggi-tinggi punai melayang, akhirnya ke tanah jua mencari sarangnya.

- Jika failured tembus FE 300.0%... Kita masuk short guna standard lot. Forecast minggu depan ialah dia akan try test FE 300.0%... Yang kemudian nya daripada itu jika ianya gagal bertahan di atasnya (bagi maksud terus ke FE 423.6%)... gerakan ini akan di reset kembali ke FE 161.8%..


USDJPY - 240min

- Cerah masa depan...! Kikiki... Kita suka jika apa yang kita forecastkan sedang dalam perjalanan, it's means idea kita sedang develope berbunga-bunga.., hanya cepat atau lambat aje sampai atau jadinya... dan jika market ikut cakap kita maka kita boleh bagi idea mana next move mereka.

- Tapi kalau market degil-degil xmo dengo cakap kita..., itu yang buat tension sampai sakit pinggang... aduhhhh..., bila umoq dah masuk ke era "retro" semua sakit-sakit badan pun datang sedikit demi sedikit... bila duduk sorang-sorang waktu malam seram gak bulu roma. Agaknya tinggal masa berapa lama lagi kita "singgah" kat dunia ni...!?

Forecast minggu depan ialah dia akan try test bulatan biru tu lagi sekali..., adesss..., sekarang kat atas tu takde bentuk "M" kecik.., so selepas dia create M kecik... ade potensi kita ke Fibo 50%... tapi kalau dia nak terjun terus pun ada salahnyer... kuh kuh kuh... Future move ialah mengikut abjad-abjad yang kita letak dalam chart tu. Let's wait and see dia develope...!!!


USDCHF - 240min

Benci larrr... dia turun laju... abess semua trailing stop kita kena hits..., baru angan-angan nak beli kete mercedes.., camni tak payah lah.. :p

Ikut kiraan kita... dia ni hampir nak kata pasti tu tidaklah... tapi mirip-mirip dia ni... bottom long term telah berlaku. Tetapi adakah yang turun laju mcam bullet tren minggu lepas ni akan selesai di bulatan yang kita tandakan itu? Allah jua yang Maha Mengetahui perkara ini.

Forecast minggu depan ialah dia akan try making lower low ke 0.9300..., I don't think it will succesfull... Takdirnya 0.9300 tak pecah.., kita akan consider sekali lagi bahawa bottom telah pun direkodkan pada penghujung Dec 2010 yang lalu dan market akan berpatah balik ke atas fibo 50%.

Mari kita sama-sama tunggu dan lihat... jika benar, kita boleh simpan angan-angan sekali lagi untuk beli kete mercedes-benz.... kuh.. kuh.. kuh.


GBPUSD - 240min

As mentioned before.., bigger pattern "inverse head and shoulder" sedang develope. Adakah ianya akan berjaya??? Jika berjaya pattern ini developed... for sure 1.70 akan jadi next station... adusss.., betul-betul masak!

Pada ketika ini, kita berdoa semoga pattern ini tak berjaya... Takdirnya jika dia terus meningkat tinggi minggu depan.., maka kita kena lepak tepi ajelah dulu... adusss..!

Forecast minggu depan ialah dia akan try making higher ke 1.4500..., lepas tu kita ingat dia akan retrace ke zone di antara FE61.8% dan FE 38.2% terlebih dahulu...., sebelum kita akan melihat mana satu jalan yang dia akan pilih..., adakah akan ke below Fibo retracement 23.6% kah atau meluru naik ke above Fib retracement 0.00% kembali.



EURUSD -240min

As we recognise before... dia mau bikin "W" spekulasi... uhuhuhu~ "W" biasanya TIDAK AKAN selesai di FE 161.8%... nama pun spekulasi, dia biasanya akan selesai di FE 261.8% atau FE 300.0%... tetapi BUKAN semua pattern akan berjaya...

Pada ketika ini, kita berdoa semoga pattern ini tak berjaya... Takdirnya jika dia terus meningkat tinggi minggu depan.., maka kita kena lepak tepi ajelah dulu... adusss..!

Forecast minggu depan ialah dia akan try making higher ke 1.3800..., lepas tu kita ingat dia akan retrace ke zone di antara FE161.8% dan FE 100.0% terlebih dahulu...., sebelum kita akan melihat mana satu jalan yang dia akan pilih..., adakah akan ke Fibo retracement 23.6% kah atau ke below Fib retracement 50%.


Khamis, 17 Februari 2011

Gold - Retrace


- Gold daily view
- Tunggu candlestick ESOK (18-Feb-2011)
- Jika ada tanda reversal... kita akan short... hingga 25-Feb / 3-Mac
- Sampai bulatan warna biru... lepas tu ...
- Mungkin dia akan mulai naik untuk tahun 2011 nie..

Rabu, 16 Februari 2011

Jangan Bersedih...

Down Jones - Check Pivot-X


Salam Bahagia...,

Harini kita attached kan 2 keping gambo iaitu DowJones dan SP500, yang ketika ini masih merangkak naik tetapi semakin membongkok. Tujuan kita meletakkan mereka berdua adalah kerana menunjukkan bagaimana "sentimen" Pivot X mungkin akan mempengaruhi market tidak berapa lama lagi....

Sepertimana kita semua maklum (terutamanya yang dah lama mengikuti forecast di sini) faktor Pivot X (daily, weekly, monthly) adalah pilihan utama kita untuk mem forecast setiap gerakan market hinggakan selalunya kita ter"over" dan ter"excited" untuk mengcounter sesuatu gerakan trend. Itu ler yang berlaku sekarang... adussssss.

Oleh itu, jika pada minggu ini semua yang kita forecastkan masih tak berapa nak jalan dengan baik.., mungkin kita akan lepak tepi dahulu.., tetapi kita tak berhajat nak tukar apa-apa view pun, even GBPJPY telah melompat keluar dari garisan terakhir resisten Q4 2010 ketika ini.



SP500 - Check Pivot-X


Kita masih hold Swing Short minggu lepas yang telah kita tunjukkan dalam gambar sebelum ini, dan kita masih bertahan. Andaikata DowJones dan SP500 terjun sedikit hari nanti, kita tak menjangka market yang lain akan selamat... kecuali Gold.

Buek maso nie... elok lah kita duduk diam-diam..


Sekian, wassalam.

Isnin, 14 Februari 2011

Operasi Ngap Sayot

EURGBP - 30min

- Ini adalah operasi khas minggu ini...
- Subjek dijangka menuju ke zone D...
- Stoploss berada di 0.8377...
- Tunggu sehingga ada tanda reversal candles di 1hr dan 4hr... by today
- Target kita ialah ke 0.8610... tapi sila tutup position mengikut intraday basis.



GBPCHF - 240min

- Ini adalah operasi khas minggu ini...
- Subjek dijangka kantoi di zone D...
- Misi kita ialah tunggu "spike" di zone D or daily candlestik reversal sign di zone itu,
- First target ialah 38.2%... kemudian bounce sket... kita short balik
- Second target ialah 50.0%... more break maybe boleh sampai 61.8%...
- Dangerous..! It could fly to sky if 1.5550-1.5450 gagal di pecahkan (setelah kita short kali kedua nanti)


Ahad, 13 Februari 2011

Market View 14-18 Feb 2011

USDJPY - 240min

- Current rise seems to be over at FE 161.8 or FE 127.2 untuk retrace kembali ke paras 61.8% atau 50.0% kembali. Jika kita semak kembali.., dia nie naik dari level 23%. Mengikut ratio fibo senget... 23% kawan dia ialah 50%, kawan kepada 50% ialah 76%...

- Dari situ biasanya harga akan neutral kembali ke 50%. Tetapi jika dia ni takmo berhenti di 76.4 dengan maksud dia bouncing back di 61.8%... next projection dia ialah ke 127.2%...

- Kita dah short dia pada Jumaat di paras 61.8% dan 76.4% dengan maksud untuk dapat swing kembali ke below 38.2%... jika minggu depan dia melonjak naik ke above 100.0% semua swing short itu kita akan kerat dengan kerugian.



USDCHF - 240min

- Pattern W spekulasi dalam pattern W biasa... buek maso ne... jangan ubah view...! Cuba dengo bunyi harga dia sekarang... 0.9731... ek..! Makna nya next nombor turutan fibo dia 0.9987... so mana plak support terhampir dia sekarang?... 0.9610..

- Round nombor turutan fibo boleh kita jadi panduan kita memorex, takyah tengok chart pun tak pe, sebab jika dia ambil range 1,000pips... kita boleh jadikan 3 angka terkebelakang tu sebagai manifesti mana satu support dan mana satu resisten.

- Dalam USDCHF nie... dia naik dari nombor turutan fibo 0.9377, next resisten dia ialah 0.9610.. next resisten lagi ialah 0.9987 ... cuba tolong campurkan nanti selepas 0.9987 jadi berape???... ehehe... Oppss! merepek pulok doh... adesss

- Ok , pendekkan cerita, next uptrend target ialah ke 23%, support now kat 50% dan 61.8%, view minggu lepas target archieved..., terimakasih atas kesabaran anda semua melayan idea giler kentang USDCHF


GBPUSD - 240min

- Ada gak bau hangit kat pair nie... dia boleh pada Isnin melonjak naik ke zone biru sebelah atas kerana tatkala ini dia telah pun tiba di tompek retrace dia yang pertama untuk pattern di atas. Walau begitu jika dia naik dia akan jadi M pulok.... kiki lala~...

- Kita bagi dia nak buat apa pun minggu depan.., kita tak kisah..! Kita cuma nak short aje dia sepanjang tahun ni..., kecuali... dia break level Q4 tahun lepas..! BOE tak akan berani naikkan interest rate dia walaupun inflasi dia melambung tinggi...

- Pilihan yang dia ada untuk tahun ni ialah.... "print more money..." Huh..! Jika benar itu berlaku, sila semak apokobondonyo bila USD bikin QE... ada baguska USD after that? Ini idea kita lah, yang for sure bukan idea seorang pakar ekonomi... ehehehe



EURUSD-240min

- Kita 'bau' danger untuk minggu depan... sila perhatikan amaran tentang pattern yang sedang dibentuk... M jenis ini ( A dia lagi tinggi dari C ) boleh bikin W spekulasi selepas D siap develop!! Makna W spekulasi ialah kaki kanan dia (now is D?) nanti lebih jauh ke bawah dari kaki kiri yang ade sekarang ne (now is B?)..

- Tetapi jika dia boleh terus terjun ke below X dengan candlestick bearish yang tegap macam body kita ni (kah3x...) yakni dia break level 61.8% dan 76.4% dengan sebatang candle yang cun, tegap dan giler.., maka kita boleh hepi sket lah... So... pada minggu depan seller perlu berhati-hati.

- Dari segi fundamental news yang perlu kita berhati-heti ialah FOMC news yang mungkin "akan menyebut" tentang Quantity Easing.., jika ada bunyi tentang nak tambah QE pada meeting yang akan datang... for sure EU akan terbang melayang...! Gulp.. gulp... gulp..!

- FOMC news ialah pada 16hb Febuari.., hari Khamis jam 3:00 pagi waktu Malaysia.., oleh itu sediakan payung sebelum hujan, manalah tahu ek, ku harap pagar.., pagar yang makan padi.., Pak Bernanke bukan species yang buleh diharap..!

Jumaat, 11 Februari 2011

GBPJPY - Watch Out...!!!

"Our" machine analysis


This is my prefer counts and view...

Sabtu, 5 Februari 2011

Market View Mid Febuari

AUDUSD - 240min

- Pehhh...! Memang haus kalau kita short dia ni untuk pegang lama-lama, sebab dia tetap naik walau apa pun yang melanda negaranya... banjir pun dia buat dunno aje, harga tetap naik. Tapi fitrah alam... jika muka yang kerepot di suntik botox untuk kekal muda, lama kelamaan kulit muka tu pun kematu jua... kih kih kih.

- Baik...!!! Mari kita TRY TEST CUBA short dia ni di zone C untuk sampai ke target D1 terlebih dahulu. Sekarang dia nak try pecahkan high Q4 2010, kita cuba senyap-senyap jolok position ikut daily resisten minggu depan. Sila jolok pada harga yang agak2 best... contohnya kat harga yang bunyi dia macam nombor fibo .. 1.0144, 1.0233.... 1.0089, 1.0055

- Cuba aje lah, kalau dapat kat nombor-nombor tu, kalau dapat nombor lain pun OK juga. Jika short ini menjadi sila block profit +55pips bila dia archieve 144pips, kita suspek dia boleh pegi 377pips or 610pips later on. Apa-apa hal... sila contact 999 jika rasa panas-panas badan... kah kah kah.... eeeee



USDCHF - 240min

- It's W... wuuu huuu...! Akhirnya yang kita tunggu menjelma jua... tapi jangan ober konfiden ! Apa-apa pun bisa berlaku pak... mungkin dia boleh terus membuat pecutan ke atas... atau mungkin juga dia bisa gostan tak tentu fasal.,, :p

- Melihat fasa pembentukan UJ... kita mungkin perlu bersedia untuk melihat potensi dia di jatuh kan kembali ke below 76.4%... tetapi barang di ingat pak... UCHF selalunya beraksi terlebeh dahulu melewati kepantasan pair yang lain, baik ketika USD mahu melemah atau USD mahu menguat. Pokoknya... dia yang lari duluan...

- Buat minggu depan, harapan kita ialah supaya dia bisa tembus level 38.2% TANPA meninggalkan mana-mana satu pivot daily agar trend nya naik cantikk... Jika pivot daily "bolong"... aduhhh pak... bisa gawat..!!




USDJPY - 240min

- Semua short berjaya di tutup.. yes! yes! yes!... Sekarang dia akan cuba mengetest ke harga 83.00 tetapi kita nampak ini bukan time dia untuk di counter once in a life. Oleh itu kita akan cuba short sekali lagi dia tatkala dia ada rupa gagal di zone 83.00.

- Dengan amaran peringkat kuning bahawa berhati-hati tatkala harga sampai ke double bottom, kita suspek harga akan melantun tinggi dari sana... berjaga-jaga ketika harga tiba di monthly S1. Bounce di situ.., bermakna di penghujung bulan Febuari nanti harga akan berada di atas paras monthly R1.



GBPJPY - 240min

- Tiada perubahan. View kita sejak end of January masih valid. Kecuali pada minggu-minggu yang akan datang jika zero fibo level broken... view bearish untuk retracement ke below 50.0% dan 76.4% akan jadi invalid.

- Buek maso den totap suko jiko dio turun gedebak-gebeduk ke 50.0% dan 76.4% dulu sebolum kito semuo kasi angkat ramai-ramai dan simpan lame-lame... kuh kuh kuh...


EURJPY - 240min

- Semua short telah di tutup... Yah yah yah..

- Sekarang dia dalam triangle, dia akan breakout, sila jadikan line 38.2% dan 61.8% sebagai next entry kita dan kotak biru sebagai target profit. Jika mengikut pusingan arah jam... dia akan jatuh dan itu memang ler kita harap-harapkan..!!

- Tetapi... kita takut dia ikut UJ naik, oleh itu lebeh baik kita neutral dahulu. Siapa keluar dari triangle... itu ler yang kita follow www zzz...


EURGBP - 240min

- Hmm... dalam sesibuk kita meng"handle" EU dan GU... tup-tup.. EG sampai ke tempat retrace yang kita aimed kan... he he he hu hu hu... masyukkk !!! Untuk minggu depanz... kita STAND - ASIDE buat sementara... kenapa?

- Jom kita tengok dulu magik kat kawasan yang kita tandakan bulat biru tu. Ada 3 line situ yang kita warnakan ijau, meroh, putih.. break line putih kita ucap bye2x pada bulls, break line ijau kita ucap bye2x plak pada bears... line merah ialah decision line.

- Kita tunggu dia dalam kawasan tu.. apa-apa pun bisa berlaku pak.. breaking up or down, resultnya pasti lumayan... view kita ialah UP..! Biar GU n GJ bisa jatuh gedebuk-gedebab..!!!




EURUSD - 240min

- Minggu lepas dia tak gerak banyak... faktor tahun baru cina mungkin salah satu sebabnya. Kita masih tak ubah view bearish ni, even dia menanduk line 38.2% tetapi dia masih dalam kawasan diamond.

- Tetapi untuk minggu hadapan atau minggu satu lagi, sila beri perhatian tatkala ianya menyentuh 61.8% atau 76.4%, kerana jika ianya berjaya melantun ke atas, mungkin line 50.0% dan 23.6% akan menjadi target dan trend baharu dia.

- Ini adalah kerana high bulan Januari telahpun di pecahkan, now bull very konfiden untuk menakluki zone 1.40. Becareful....!!!





GBPUSD 240min

- Lonjakan minggu lalu mungkin telah selesai untuk kembali retrace ke zone yang kita tandakan. Walaupun begitu, sila berhati-hati dengan pre-mature ejaculation sekali lagi (kah kah kah) jika ada ke level monthly R1 kerana dia mungkin boleh terlebeh ke zone 1.633..

- Jika high Q4 2010 di pecahkan.., nampaknya kita kena tukar view untuk ke zone 1.7 for next forecast lah... but for a mean time, mari ler kita berdoa bersama-sama semoga dia nie sampai dulu ke retracement zone.

- Jika pada minggu depan dan minggu lagi satu tak sampai ke zone retracement tu, bersedia ajelah untuk "mengerat" swing short kita, kerana... pattern yang sedang terbentuk ini ialah "inverted head n shoulder"... yang kita semua maklum, jika berlaku... boleh bikin margin kita senget sebelah..., Becareful....!!!

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot