Rabu, 30 Mei 2012

EURJPY - UPDATE VIEW


- Semua pivot-x ketika menaik telahpun di balas..
- Sekarang ada pivot-x yang menanti di bahagian atas..
- Better kecilkan semua short positions dan move sL pada atas kotak hijau
- Selamat makang karipap !

T- Bonds.. Warning Sign


T-Bond Daily..

- Adesss.. Euro jatuh lagi minggu ini.. maka makin berserabut kepala otak kita.. tapi... kita letak pulok gambo T-Bond harini.. dan... kita pernah bagitau tentang T-Bond ini pada posting di sini dan di sinun (klik)

- Adakah T-Bond ini akan mulai melorot ke bawah ketika begitu ramai orang membullishkan dollar?

- Pada pandangan kita yang semakin 'blur' nie.. mungkin T-Bond ini telah pun topped. Kalau belum topped pun dia mungkin akan buat satu spikes ke atas sebelum dia tumbang ke bawah. Apa makna-nya ini semua jika ianya berlaku ???

- Yen dan Dollar akan lemah.

- So kita xmo citer panjang-panjang tapi kita sarankan agar bersedia.. takut juga nak ubah apa-apa view buat masa ini.. oleh itu kita sebut begini sahaja dahulu... kita tunggu mid-June... baru sedap sket nak komen !


Sabtu, 26 Mei 2012

Dollar Index


Dollar Index - Daily

- Walaweeehhh.. dia dah totop gap.. tapi dia pun buat gap-gap kat bawah.. dan dia degil buat bodo terus menyondol ke atas. Maka terkial-kial lah kita sibuk men'counter' eu berkali-kali.. tapi masih di sondol-sondol oleh beruang-beruang.

- Kita masih hold short gu,au, nu, dan semua pair vs yen.. cuma gatal tangan mengcounter eu n ucf

- Selalunye kita tak akan jauh 'terpeleset' ( tu bahasa orang jawa bermaksud 'tergelincir') dari apa yang kita forecastkan.. tetapi jika membaca dari hari ke sehari eurozone makin teruk.. kali ni kita fikir kalu tak bounce jugak eu dari 1.2550.. kita fikir elok kita hedging short minggu depan.

- Sehingga lewat malam semalam.. kita masih simpan buy eu.. sell ucf.. mungkin ianya suatu tindakan yang bodo buat masa ni.. tapi sejarah memorex terdahulu jadi rekod bahawa ianya akan berhasil kemudian hari.

- Isnin ini US akan bercuti.. market dijangka relax sehari.. beruang mungkin sakit gigi.. sehinggalah NFP result keluar di penghujung minggu. Candlestick monthly May ini di jangka kekal tegap hitam legam untuk EURUSD..

Jumaat, 25 Mei 2012

EURUSD


4hr... petanda awal
Kita semua kenal pattern ini..
Kita semua pun dah tau sambungan cerita pattern ini bilamana ianya selesai bekerja.
Samaada di level sekarang ini... atau pun di level yang bawah sekali..
Apa yang kita semua hidu.. tak salah sama sekali..

TETAPI...

Jika tetap terjunan berlaku.. kita layan ajelah hedging dengan sell dulu
Jika bounce nyer bermula di sini.. elok ler kita diam-diam makan karipap


Greece to Exit Euro

 

Greece to Exit Euro, 

New Currency to Fall 60%: Citi

read more...

 

Khamis, 24 Mei 2012

EURUSD - Five 0

EURUSD 60min

- Warning !!!
- Bisa meneruskan junaman.. jika ianya berjaya memecahkan tahun ini punya -377seq (1.2550)
- Tetapi bentuk five zero ini menyatakan bahawa dia akan retrace melebihi kepalanya kembali.
- Kita masih memancing harga naik ke atas.. agak-gak tak jadi kaluuu... cabutttt lahhhh.
- Selamat memancing...

USDCHF - Double Wings

USDCHF - Daily

- Warning..!!!
- Jika harga berjaya menerobos tinggi... jangan di tahan.
- Double wings ini MUNGKIN juga boleh menerobos pula harga terendah tahun ini.
- Jika short ini berjaya.. kita akan cuba hold sehingga lobang gap berjaya di totop.
- Jika harga melonjak lagi tinggi .. kita stand-aside setelah SL di 0.9620 di Hits FM..
- Selamat berjaya mengawal emosi... :-p

Sabtu, 19 Mei 2012

Gold - Kwai Kwai II




________________________
Gold - Daily

Previous pattern yang telah ditempek kan ialah bullish crab
Sehingga harga melepasi paras kepala bullish crab kita tempek kan pula daily view
Triangle biasanya menjelma dalam keadaan yang boleh di sahkan dengan 

a) pembentukan 3 puncak dan 2 bottom untuk breakout arah ke bearish
b) pembentukan 3 bottom dan 2 puncak untuk berakout ke arah bullish

Oleh itu, next round  ini kita perlu berhati-hati kerana ini adalah last round sebelum harga benar-benar breakout ke salah satu arah yang jika kita lambat bertindak (jika berada dalam posisi yang salah) akan mengakibatkan kita boleh kekeringan modal.

Selamat berjaya !!!
__________________________

Khamis, 17 Mei 2012

Dollar - Leteh tunggu


Dollar 9:00 malam

- Adoiiiii.. terhegeh-hegeh dia nak menutup gap kat atas tu dengan body nyer.. maka terkantoi-kantoi scalp buy eu yang kita pegang.. semua orang begitu bullish dengan dollar ketika ini.. tetapi kita mengambil sikap sambil lewa dan tak berapa berkenan dengan keadaan gap 2minggu nye.

- Kita setakat ini percaya sama ada malam ni gak dollar reverse turun... atau esok pagi (setelah body dia cukup untuk menghalang lubang gap tu).. Current situasi trade kita ok.. gu short eu buy.. gu pun dah sentuh kotak pink malam nie.. so harus lah kita boleh mulai mengecilkan lots nye.

- Tapi kita akan biarkan gu tu masuk kotak pink.. sebab.. mungkin angkara EG melonjak naik kelak.. boleh menenggelamkan gu barang satu ratus hingga dua ratus pips lagi. 

- Apa-apa pun... daku hanyalah seorang forecaster cap ayam.

FOMC - Dovish Tone Again.

May 16 (Bloomberg) -- Several Federal Reserve policy makers said a loss of momentum in growth or increased risks to their economic outlook could warrant additional action to keep the recovery going, minutes of their last meeting showed.

watch report and read more... 

Rabu, 16 Mei 2012






BSKL 2:00ptg

- Kui3.. welcome to 1511.. zaman Melaka di ceroboh oleh Portugis.
- Apa-apa pun.. daku hanyalah seorang forecaster cap ayam.
- Tetapi sesekali ayam patuk biji mato.. bulih buto mato.. aiihhhhh..

[ Harap maklum... kita tak ada apa-apa posisi dalam mana-mana saham atau futures di sana.. tetapi kita berhasrat mulai tahun hadapan kita akan mulai beralih ke situ setelah semua kejatuhan yang di forecastkan sebelum ini selesai dan kita boleh jadi millionair setelah itu... Amiinnn Ya Rabb]


Selasa, 15 Mei 2012

Andai ku tahu ~







Homework minggu ini:- 

1) Tengok chart apakah yang telah berlaku setelah 8hb June 2004 kepada market. 
2) Cari apakah peristiwa besar yang telah berlaku setelah 8hb June 2004. 
3) Semua tu adalah sejarah yang telah berlaku.. dan sejarah sentiasa berulang-ulang. 

Kita ini manusia belaka.. sesaat ke hadapan pun.. kita tak tahu apa yang bakal berlaku.. tetapi.. sejarah itu biasanya menjadi bahan rujukan untuk manusia mengambil iktibar sebelum sesuatu terjadi. 


Isnin, 14 Mei 2012

EURUSD - Standby


Bullish Gartley 9:30mlm
Setakat ini kita tak ubah apa-apa view kita tentang gap eu dan dollar index
So kita masih percaya harga eu akan pullback ke atas
Kekadang .. cempedak boleh jadi nangka !!!
Hold buy for 2nd times in this month.

Gold... kwai-kwai

Monday 5:30ptg
Standby to counter
This is Bullish Crab
Stoploss @ 261.8% BC
Skodeng dulu... kui3x..

Sabtu, 12 Mei 2012

EURJPY - My Speculative View

EURJPY - Daily

- Pertama sekali kita mintak mahap sebab yang kita tulis ini adalah dari segi sudut pandangan spekulasi aje berdasarkan kepada teknikal view yang biasa kita lihat.

- Kita rujuk kepada pattern 5-0

- Istilah pattern 5-0 ialah tentang correction. Setelah correction terbentuk .. kemudiannya ialah decision untuk menukar trend. Itu semua oram tahu.. ngeee :-D

- Tetapi apakah akan berlaku andaikata correction tu adalah masalah ??? Contohnye macam EURJPY ni.. Kui3x... itu kena kajilah apa masalahnye.. dari sudut 'teknikal'.

- Maka saya tulis begini (berdasarkan kepada yang selalunya kita lihat).. Jika sesuatu pembentukan 5-0 (tak kiralah ianya bearish atau bullish) .. dari X AB.. dia boleh correct ke 161.8% atau ke 224%.. dia akan retrace kembali ke 50.0% BD.. tu kiraan normal.. 

- Tetapi.. (sila ingat neh..) JIKA dia 'ter'over ke 261.8% ATAU terkureng dari 161.8% ( ambil contoh ej ni dia retrace hanya ke 127.2% aje) MAKA kebiasaannya dia BOLEH gostan below B.. ok, faham yek?

- Oleh itu.. kita JANGKA.. ej ni boleh turun hingga ke level yang oram tak mahu percaya.. jadi buat masa ini... kita masih percaya itu lah yang sedang berlaku.. jadi kita cuma perlu tunggu dan lihat.. dan off-course lah ini hanya pandangan peribadi kita je.. view cam "ayam".

- Adios..

GBPUSD - Sabar je

GBPUSD - Daily

- Kita cuba renung balik benda-benda yang kita terlepas pandang

a) Gap weekly yang pernah kita tunjukkan dulu-dulu
b) Bentuknya sekarang 5-0 bullish
c) Berita semasa mengenai QE nya yang telah ditangguhkan (hold)

- maka kita ketika ini .. sebenornya dah tak tau ke manakah dia akan pergi. Nak kita projekkan ke bawah low 2012 pun.. dah macam kera sumbang je.. sebab bentuknya ketika ini ialah 5-0 bullish. KECUALI di sini atau di trendline nanti.. dia tak mahu turun.. dan.. dia naik ke 261.8% mengikut kiraan XAB...

- maka jika itu berlaku.. kita konfiden.. later on.. dia akan reverse seratus percent ke bawah lows 2012.

- Let say.. kita akan perhatikan reaction di trendline terlebih dahulu... bounce kaluuuu~... kita tunggu di above 261.8% XAB.. but sementara tu nanti boleh lah kita scalp buy jika dia bounce.

- Dan jika trendline patah dan harga terjun ke kotak warna pink.. bila harga tiba di sana.. better close semua short terlebih dahulu.. kita tunggu reaction.. (macam yang kita tradekan gold last week)

- Eermmm... duration agak panjang masanya.. so kita akan kurengkan update.. fokus kita sekarang ialah di trendline dan di kotak warna pink.. dan position kita ketika ini ialah short.

- Jika ada sebarang emergency secara tetiba..sila dail 999.. sendiri... kekeke!


Rabu, 9 Mei 2012

EURUSD - SCALP BUY

10:00 malam

- Scalping.. 2hari
- Buy at 100% 113% 127%
- Stoploss below 161.8%
- Target... above 0% or top channel


NZDJPY - Apo laeiiii..


NZDJPY - Daily

- 9:30 malam... 600 pips.. !!!
- Jangan segan jangan malu.. rejeki perlu ambil dahulu
- Tinggalkan sket yang paling atas.. untuk tutup gap yang paling bawah

Dollar - I don't like it..!

7:00 ptg
I'm not excited
Bukan juga kita kecewa kerana takde post eu
Tapi .. kita cuma tunjuk apa yang ada kita lihat dollar chart
2 gaps.. fuyoooooo.. wuhuuuuuuu~

Gold I Like it.. keh3x

Previous Forecast
Jam 7:00 ptg

Selasa, 8 Mei 2012

Dollar - Gap

Dollar Index

Jam 11 malam... kita masih lihat dollar index gap nye belum di tutup... jadi kita masih menunggu.
mungkin juge.. minggu depan baru selesa sikit
atau mungkin kita ketinggalan bas !! Kih3x

Gold .. Warning !!!



Gap.. tonite we closed all shorts.. tQ 10:30 :D:D


Bullish CraB

Isnin, 7 Mei 2012

EURUSD - Gap Monday

EURUSD 4hr

- Pagi ini kita buka chart dan kita nampak gap.. ada orang cakap gap ialah menunjukkan momentum sesuatu wave yang sedang dibawa.. tetapi kita tak pernah gagal untuk menafsirkan tentang gap dan pivot.. cerita dia serupa aje.. jika ada gap.. gapa akan di tutup kemudiannya.. begitu juga dengan pivot-x.

- Jadi kita usah cerita banyak sangat.. just wait until ada candle yang buat provokasi menghalang dengan body nya akan lubang yang terbentuk.. kemudian baru kita tengok peluang jika boleh mengeshortnya dalam adegan kejar mengejar antara pemberontak dengan kerajaan.

- Kah kah kah.. makan ler garam apabila 'gas pemedih mata' dilepaskan kelak.. anda pasti takjub dengan betapa kebalnya garam meneutralkan dengan cepat kesengsaraan dengan tiba-tiba.


Ahad, 6 Mei 2012

GBPUSD - Engulf Weekly Candle

GBPUSD - Daily Chart -

Kawan kita Tauke Jenahak memang tajam matanye.. dan dia ingat tentang posting kita terdahulu tentang gaps dan weekly pivot  yang terdapat dalam gbpusd dan kita semua telah cuba tradekan perkara tu dulu. Adusss.. sometimes kita memang terlupa. Maafkan daku.. aku hanya insan biasa.

Apakah GBPUSD akan terus menganas ke atas untuk minggu hadapan? Priiiiittt... prittttttt.. FRU dah tiupkan wisel.. klenting klenting klentingggggg.. loceng amaran telah dipalukan.. "Bersuraiiii dengan sendiriii... jika tidak kami akan guna paksaannnn  !!!" Ketua FRU dalam kereta kebal bagi arahan.

"Ahhhh... woooo... Bersihhh! Bersihhh! Bersihhh!" ..

Apakah FRU kali ini akan mulai menyemburkan 'air busuk'nya dan 'gas pemedih mata' ??? Waaa~ huuuu~ Kita tunggu aje episode yang seterusnya.. kerana nampaknya "barrier" telah dirempuh maka wajib juga para "pemberontak" disepak dan diterajang hingga ke depan bagunan Sogo.

Ahakkk.. kerana para 'pemberontak' bertujuan untuk 'menumbangkan kerajaan' yang sedia-ada.. kah kah kah.. tak cukup dengan itu.. kasi keluar lagi FATWA.. kah kah kah.. tak cukup juga lagi, nak buat perhimpunan kat Stadium Bukit Jalil.. kah kah kah.. tak cukup lagi.. ambil pulak statement bekas-bekas ketua polis negara.. kah kah kah.. tak cukup jugakkk , keluarkan gambar lucahhh.. kah kah kah..

Mereka lupa.. lanun mana 'merampas' kerajaan negeri Perak dulu ek ????? Oleh itu... segala FATWA dan STATEMENT bekas-bekas ketua polis negara adalah terpalit ke muka mereka sendiri !!!

~Desperate people will resort to desperate means~ Adiossss....


Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot