Selasa, 20 Mac 2012

T-BOND - Bullish Crab

T-Bond Daily

- Pagi ini kita lihat dollar jatuh lagi.. nevermind.. semua posisi swing kita ialah tanpa leverage. Oleh itu tiada apa yang perlu di risaukan sangat. Setakat pagi ini...kita masih yakin swing kita akan menjadi.. ehekkk.

- Kita letakkan gambar T-Bond malam tadi.. dan kita rasa benda alah ini akan naik. Gambar kat atas tu beri 2 view.. pattern yang kita nampak ialah 5-0 (bearish) dan juga Crab (bullish). Sejak online forex diharamkan oleh MFK, kita cuba selongkar benda lain untuk ditrade ie.stock market dan kita jumpa banyak barang yang kita tak pernah cuba.

- Tetapi malangnya.., hampir kesemua broker menawarkan CFD's. Sepakat kata ulama menyatakan bahawa Contract of Difference tak boleh trade. So.. kita abaikan semua yang berkaitan dengan CFD's dan Future.. termasuklah Forex CFD. Kita layan Spot guna cash or intraday sahaja.

- Mana-mana yang kita rasa nak swing.. kita guna cash.. dan mana-mana yang kita rasa nak layan intraday kita tutup posisi setakat jumlah untung yang kita perlu sahaja ie below 89pip. Ada banyak beza pendapatan terkini berbanding dahulu. Pendek cerita.. terlalu kurang!

- Tetapi setiap satu masalah mesti ada jalan penyelesaian-nya. Pengumuman MFK itu kita ambil berat. Kita ambil pendekatan dengan cara:-

a) berniaga dengan seberapa banyak duit yang kita ada sahaja, atau
b) mengambil
pinjaman (leverage) dari broker dengan syarat bahawa
i) broker
tidak menerima sebarang interest atas pinjaman.

ii) broker tidak mengenakan sebarang interest atas pinjaman.
iii) posisi akan di tutup sebelum tempoh 48jam.

- Dengan cara sedemikian kita boleh trade cara swing (a) dan trade secara intraday (b)

- T-Bond walaupun mungkin pada dasarnya akan hanya buat correction jika dipandang dari segi pattern 5-0.. tetapi ianya juga tertakluk kepada kekuatan pattern Crab nanti. Dan seperti yang kita maklum... Crab biasanya akan makan kedua-dua kepala A dan C nye.

- Jom kita lihat next episode... tatkala orang lain begitu optimis dan konfiden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot