Ahad, 31 Julai 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Selamat Beribadah di bulan Ramadhan
Salam Sejahtera di bulan yang mulia

Saya mohon ampun atas segala

kesalahan coretan, pandangan
dan tulisan yang menguris rasa




Jumaat, 29 Julai 2011

Market View - 1st week August

USDCHF - 1440min

- Betol-betol giler.. dop tau nak cakap apo laei.. ntah dah beberapa kali kita cuba counter... apa yang kita cuma dapat ialah 2-3 pips atau pun stoploss kita kena hits... tak seronok lansung nak trade dia... tetapi kita tetap yakin... suatu ketika nanti pastinya semua stoploss kita akan recover balik kesemuanya. Apa yang penting kita tetap cuba dengan letak stoploss.

- Adakah dia akan bottom di sini ??? Mungkin jugalah jika dia tak lopas Gann grid dan Fibo expansion 261.8% tu. Tetapi MACD daily masih menurun. Belom ado tando dio nak reverse. So elok ler buat sementara ni.. kita skodeng aje dia.

- Stand-aside,,,, huhuhu~


GBPUSD - 240min

- Ehekkk... view ini kita beri awal sket... jam 12 tgh malam... sebab for the whole Sabtu dan Ahad.. kita kena attend satu seminar memorex di Port Dickson.. makan. minum, bilik semua orang support.. jadi kita pergi ke sana bawa teloq aje... kikiki...

- Ok.. dia melompat naik... tapi kita tak hairan pun sebab timeframe kecik memang ade divergence... ye tak? Sepanjang minggu ni kita dah pulon dio cukup-cukup... cukup ler untuk bekalan awal Ramadhan nanti.

- Tonite kita semua ada peluang lagi sekali... ehekkk... tapi malam minggu ni elok ler kita letak kecik-kecik dulu supaya kalau hari Isnin dia meroyan kita boleh senyum lagi. Ok.. kita tunggu setup ini menjadi sekali lagi... yeabedabeduUUuuu~


EURUSD -240min

- Sama macam GBPUSD... koreksen dia ni belom selesai. Lumayan jugak ketika kita melayan koreksen ke A... now dia di B... C ialah sama panjang dengan A (biasanya lah).. jangan gundah gulana... kita memorex bukan nak buang duit suka-suka... kita nak reward yang berpada dengan usaha kita aje.

- Sebab ini malam hujung minggu... kita semua tak perlu tergesa-gesa nak letak trade... minggu dopan ado laei masa... apa kata kita check balik mana pivot-X yang dia sengaja tinggalkan ketika dia membuat koreksen ke A tu terlebih dahulu.

- Ehekkk... lepas kita ni ingat nak anto withdrawal form.. next week ado gaji lagiiii ... yeabedabeduuUUuu

Khamis, 28 Julai 2011

Dollar Index Update

(Click to enlarge)
Current Hourly View


(Click to enlarge)
Current Daily View

Gold - Ending Diagonal or What ???

As seen at 1:45 ptg

1) Ado nampak tak bentuk W di penghujung trend ini?
2) Ado nampak tak Divergence pada MACD?
3) Ado nampak tak harga berada di monthly R3
4) Ado nampak tak Gap Isnin belum di tutup?
5) Ado nampak tak macam laluan tirus macam ending diagonal?

Bismillahi tawakkaltu a'lallah...
Short..! Stoploss atass 100%,,,target ke 50%
Berjaya kita semua.. InsyaAllah

USDCHF - Check b4 you follow


As seen at 12:45tghari
I don'y know what to comments
(hampir kering ideas)
I pejam mata order dan letak stoploss
Mudah-mudahan dapat bonus..!! InsyaAllah...

NZDUSD - Check b4 you follow


As seen at 12:30tghari
1) Semalam Daily Candle dia Doji
2) Bearish Divergence sejak mid- July
3) Di atas Channel Weekly
Macam best..! :-p.. Coba dulu, mana tau
rezeki melimpah-ruah... InsyaAllah!!

Rabu, 27 Julai 2011

Selasa, 26 Julai 2011

GBPUSD - Marking Fibo Level & Time


As seen at 6:00pm
"makang kacang sampai tumbuh jerawat"

Ahad, 24 Julai 2011

Market View - 25/29

Dollar Index - 60min

- Jeng jeng Jeng... last pattern bearish and now dia emerging something bullish, tapi belom sampai target dia lah... so kita jangan ler bullishkan dia terlalu awal... dia baru jer emerging dan kita tunggu dia bounce di level 72.60 or above that... tapi dia bukan senang mau terus naik... sebab pattern tu bila jadi pun dia akan retrace setakat X dan B aje dulu. Ehekkk

- Mungkin kemudiannya dia akan bikin Low lagi below 72.60... tapi kita dop tau lagi lah jauh mana atau kuat mana... tapi kalu 72.60 bertahan pada tekanan kali kedua.. bersama-sama lah kita melambungkan USDX ni ke paras yang tak boleh kita imiginasikan.

- Kita tak jangka ianya akan berlaku begitu cepat dan dalam masa terdekat ini... tapi idea mesti kena create dan plan terlebih dahulu..., jika sempat kita bagi warning dan letakkan dalam blog, kita akan lakukan... tetapi jika tak sempat letak apa-apa, sila lah perhatikan divergence pada EURUSD dan GBPUSD kelak pada timeframe yang besar sket.. eg. 1hr dan 4hr.

- Kendurkan dahulu semua otot-otot yang tegang... simpan margin lebih sikit dalam tempoh 2-3 minggu akan datang... jangan pula margin licin sebelum peluang menjelma... parah tu nanti.. hehe, dan akhirnya marilah sama-sama berdoa untuk trade tahun ini, kita semua dapat meluncur bersama-sama dengan selamat dan berjaya..!! Insya Allah...

- Ingat..! Kita tak kata ianya akan berlaku dalam masa terdekat... simpan dulu view dan idea ini bawah meja... sorokkan jangan kasi bini tengok... hehe... diam-diam sudah ekkkk !!!



USDJPY 240min

- Sukar jugak nak jangka dia ni... tapi rase-rasenya kiraan di atas tu dah kira cun lah... unless jika BOJ buat bodo pada minggu depan, harga pasti akan mengetest low waktu tsunami haritu. Agak mencurigakan bilamana DJI dan SP melonjak naik.., dia pulak terpeleot ke bawah.. hmm?

- Let follow game Jepun ni more closer minggu depan.

- Forecast minggu depan:- Harga akan berhadapan dengan resisten 78.8 yang kemudian nya akan di hentak ke bawah 78.00... yang kemudian nya akan melambung melepasi paras 79.20., insyaAllah.


USDCHF - Daily

- Kita masih menunggu dengan sabar untuk meletakkan counter trend trade jangka panjang untuk dia ni... Daily Bar MACD masih mencucuk ke bawah signal line nye. Kita belum rasa sesuai agaknye kita letak trade. Elok juga kita skodeng dari masa ke semasa.

- Forecat minggu depan :- akan mengestes harga 0.8080.., tapi kita ingat 0.8120 akan menahan pencerobohan berlaku lebih ke bawah... buy dip di atas harga 0.8120 (cari harga paling best contohnye 0.8121, 0.8134, 0.8155) stoploss 0.8080... cuba target kan ke max 0.8355, otherwise take profits every 55 or 89 or 144 pips ... ehekkk




GBPUSD 60min

- Yah.. yah yah..! Hehehe... berjaya kita akhirnya membawa dia ni menutup weekly gap dia seperti yang kita tunjukkan dahulu... heh..! Sudah gak ek nak melayan dia nie... hampir-hampir jugak kita nak give-up!

- Memang selalunye gitu lah... bila kita letak trade dan kita bertahan dengan view swing.., apa yang kita khuatiri ialah margin boleh jadi kurus kering sehingga kita pun boleh menghidap migrain jika duduk terus memandang market yang melawan kedudukan kita.

- Forecast minggu depan:- Fibo 100% dan 78.6% adalah support. Ada dua timing series yang berlainan warna yang kita letakkan.., yang warna kuning memforecastkan pusingan puncak-puncak harga.., dan yang warna putih tu memforecastkan pusingan bottom-bottom harga. Akan berlaku confluence di antara mereka berdua pada minggu hadapan.

- a) Jika harga terus melonjak naik hingga ke 161.8 dan bertembung dengan time series warna kuning ke 8.., maka selepas itu harga akan merudum jatuh ke support atau tergolek-golek lebih jauh kemudian pada penutup minggu

- b) Jika harga merudum jatuh ke support dan bertembung dengan time series warna putih ke 2.., mungkin secara tidak semena-mena harga akan melonjak naik ke 161.8 dan jika harga ketika naik itu tidak bertepatan bertembung dengan mana-mana level fibo retracement dan juga fibo time series warna kuning... i'm expected kita akan lihat dia ni lari manyak kuat lebih ke atas.


EURUSD 30min

- Ahhhh... leganya rasa hati bila dia memancut tinggi... hihihi... tatakala orang begitu konfiden... sekali lagi kita berjaya mematahkan semangat dan ego mereka... dan itu adalah pelajaran yang begitu berharga tatkala semua forecast tidak memihak kepada kita.

- Trade yang akan memasuki bulan Ogos adalah trade yang akan mencabar kerana Ogos bermakna 8... dan nombor itu membawa maksud samada ianya menambah menjadi 13 atau menurun menjadi 5.

- Kita tidak bertaruh atau betting apa-apa.. tetapi kita menjangkakan EURUSD ini akan buat "topping" di dalam bulan Ogos. Well..,, sebenornya kita tak tahu apa-apa pun. Tapi kita ada "feeling". Kemudian nanti kita lihat bagaimana lah ye... forecast feeling tu tak gerenti apa-apa pun... it's just "feeling" or "dreaming" sdn bhd aje... kiki

- Forecast minggu depan:- Level Fibo 100% dan 78.6% adalah support. InsyaAllah..., selepas retrace sedikit ke bawah kita akan bersama-sama bikin double top ke level 161.8% dan kemudiannya kita akan cuba short JIKA ada tanda divergence dan candlestick reversal pattern.

Jumaat, 22 Julai 2011

EURUSD - Warning Sign...!!


- Jumaat jam 10:45 pagi
- Currently... kita mendapat berita hangat ... kikiki
- Don't be gabrah... apa-apa posisi "BUY"... please "close ALL or close HALF"
- Kita fikir... next week aje lah kita layan pattern ini... (tgk keadaan nanti)
- Right now... relax, trailling the half and enjoy the other half profits... :D:D:D

# Biasanya... jika ada candle yang besar dan tegap (seperti semalam)... pattern W tu (yang baru keluar tu..,) tak akan berapa menjadi... take a look also at MACD... currently NO divergence..! #

Selasa, 19 Julai 2011

Dollar - Current View

Khamis jam 8:00mlm
-TIADA PERUBAHAN dgn view EURUSD & GBPUSD-
yg telah di beri terlebih dahulu



Selasa jam 7:30ptg
-Standby dgn view EURUSD & GBPUSD-
yg telah di beri terlebih dahulu

Ahad, 17 Julai 2011

Forex - Money Management

Salam hormat..,

- Minggu ini kita tidak berikan view market... tetapi minggu ini kita sekali lagi ingin membebel tentang satu topik yang dah banyak kali kita sebut dan dah banyak kali juga artikel mengenainya telah di tulis iaitu... Money Management atau dalam bahasa kita di sebut sebagai Pengurusan Kewangan.

- Kita berikan sekali link berikut untuk rujukan

a) Forex Risk & Money Management Calculator

- Sila klik link tersebut dan bookmark kan dia untuk kegunaan sentiasa. Kalau rajin buatlah satu fail khas dalam excel dan simpan sendiri atau sedekahkan pada sesiapa yang hendak.

- Berjayanya seseorang trader bukannya sebab dia terer memorex cara scalp, short-term atau long term view. Bukannya juga sebab dia dapat "diploma atau degree" memorex secara bogel atau tak guna akal main tembak aje... itu semuanya mengarut..!

- Orang berjaya memorex kerana dia dah kira awal-awal berapa kah risik0 yang account dia sendiri mampu nak tanggung. Untung tu memang boleh dijana mengikut citarasa dia sendiri. 10pips pun untung jua namanya tapi risikonya perlu di kira TERLEBIH DAHULU.

Gambar hiasan
( Handbag ini dikatakan berharga RM 1,000,000)

- Kita membebel nie sebab ade seorang hamba Allah tu... baru buka account... pump-in masuk USD 1,000... guna leverage 500:1... trade baru masuk tak lebih 13x... account dah hancur..! Apa silapnya? Datang mengadu... saya ikut view blog cigu... saya rugi semua dah wang saya... sekarang saya nak cigu bantu dapatkan balik duit saya !!! Errrkkk !!!???

- Terkedu gak mulanya... ok tak pe... saya top-upkan balik USD 1,500... dengan syarat buka website tadi tu.. dan setiap kali nak trade... tolong lah buat kira-kira di sana... dan follow blog saya macam biasa.

- Itu cerita 6 bulan sudah... di akhir suku kedua tahun ini... dia datang kembali dengan siap print-out statement untuk account dia... beri kepada saya laporan kewangan dia... wowee!!! Dari 1,500USD yang saya top-upkan... dia berjaya jadikan 4,000USD... !! Tapi.. statement tu tunjuk banyak betol senarai posisi yang (-ve)... heh..!?

- Saya tanya kenapa banyak posisi (-ve) dari (+ve)...? Dia cakap stoploss kena hits.. tapi money management tak pernah muram... bila trend yang di fokas menjadi... dia tak lepaskan pegang dan kerap menambah sampai selesai.. heh..!?

- Dan sebagai pesanan terakhir saya kepadanya ialah... orang berjaya memorex ialah kerana dia menjaga money management dia... bukannya sebab dia terer dalam satu (1) hari dapat kumpul 10, 100, 1000, 10,000 or even 100,000 ... !

Gambar hiasan
( Cincin ini dikatakan berharga USD 24,458,400)

- Orang-orang tua selalu pesan... " cepat dapat... cepat lesap". Maka sempena Nifsu Sya'aban harini... marilah kita semua bersama-sama meninggalkan cara memorex zaman jahiliyah yang mengabai pengawalan kewangan kita dan menembak semborono tak beringat-ingat berapakah butir peluru yang masih ada tinggal dalam saku. Ngeeee~





Sabtu, 16 Julai 2011

Jumaat, 15 Julai 2011

Khamis, 14 Julai 2011

USDCHF - Fikir-Fikir dahulu


Weekly Chart...
Belom ade idea di mana kah kita akan letak counter
Mari ler kita bersama-sama fikir dahulu

Selasa, 12 Julai 2011

EURJPY - Correction Finished ??


I think we can start buy these guy..!
Short Stoploss move to 112.90

EURGBP - Correction Finished ??


Update View 12:00tghari
The Time , The Fibo Level, The Pattern AB=CD
" Kita Closed Semua Short "
" Kita Swing New Buy "

EURUSD - Correction Finished ??

update view 5:30ptg
idea mengira kedudukan terkini
kita nampak idea ini masih valid kecuali
harga terus jatuh below 50%

Update View
July 12, 2011 - Jam 10pagi

Ahad, 10 Julai 2011

Market view 10-15 Julai

GBPUSD - 240min

- Ahakzz... chai yok ! Berjaya mencounter... dan kita semua tau ke manakah tujuannya. Peduli apa orang nak cakap itu ini pun... yang penting.. strategy retracement kita berjalan dengan baik. Peduli apa dengan news -ve tentang pound sementara ini. Peduli apa dengan juga dgn scalpers-scalpers yang mencuri tulang... Kenapa kita nak peduli dengan benda-benda tu semua ??

- Yang penting kita jalankan operasi kita seperti biasa.

- Oleh itu jangan toleh belakang... silap haribulan bentuk M ini yang terpampang didepan mata kita sekarang adalah petanda kedua-dua puncak di 0% dan 23% tu bisa di makan pak !!! Bisa kah??? Ehiksss!


EURUSD Daily

- Ngehhh... berjaya kita melayan turun.. dan walaupun dia terus turun Jumaat lepas.. kita dah berubah jadi bull.. opocot !! Kenapa kita berubah walhal selama ni kita yang paling bearish? Ek..?? Kekadang kita pun tak berapa faham lah mengapa.. tetapi selalunya sebab kita jumpa pattern emerging atau sebab-sebab fundamental lah.

- ECB menaikkan interest, IMF mulai mengepam wang ke Greece dan NFP pula lemah, nak harapkan FOMC ibarat menunggu kucing bertanduk.. maka dari segi risikonya kita pilih untuk melayan Euro ni retrace ataupun membuat new high untuk tahun ini.

- Dia dah create tringle sebegitu lama dan triangle ialah tempat lepak sementara sebelum kepala keretapi meneruskan perjalanannya yang terakhir. Mari ler kita follow kepala keretapi ini hingga ke destinasi terakhirnya. Kita beri dateline sehingga awal Ogos untuk dia cuba meneruskan perjalanan terakhirnya ke atas.

- Kita tengok siapa yang sampai dahulu... harga atau masa!



EURGBP - 240min

- Kita kena ingatkan bahawa jika kita semua terjumpa pattern M yang lengan kanannya terlebih tinggi dari X maka agak sukar harga nak lepas C dan A kemudiannya. Serupa juga macam pair EG ni.. walaupun weekly dia "bearish engulf".. kita setakat ini kurang yakin dia akan terus bearish.

- Memadailah jika kita forecastkan dia akan ranging sepanjang bulan ini pada level dan time seperti dalam gambar di atas. Di akhirnya nanti kita akan dapat melihat bentuk yang akan membawanya ke mana.



EURJPY - Daily

- Jika benar.. Swiss akan melemah.. Yen pun akan ikut sama..!

- Kita yakin di pertengahan level 50% dan 38% akan berlaku bounce hingga ke 61.8%. Mengikut fibo time series ini.. minggu hadapan, di garisan fibo time series warna hijau ini harga bounce up..

- Kemudian harga akan berdepan pula dengan garisan fibo time series warna purple yang jika benar ngam-ngam harga berhenti di bawah 61.8%... kita percaya later on... harga akan merudum ke 23.6% yang kemudian nya (maybe) lebih parah.

- TETAPI jika di minggu hadapan harga terus menggelunsur turun dan kemudian tersekat di fibo time series warna purple... Kita akan bersedia untuk membeli untuk long-term projection.




USDCHF - 60min

- Kita mulakan minggu dengan dengan slow motion.., kita akan memasuki fasa pembetulan untuk pair ini. Last Friday.. data NFP tak berapa bagus, tapi bukanlah terlalu teruk sangat al-maklumlah... ekonomi tengah gawat, camno nak create banyak kerja, ye tak?

- Minggu depan, rase-rasenyer takde byk kot news yang akan keluar dari Swiss. Kecuali hari Rabu Subuh ada news FOMC untuk US.

- Untuk counting USDCHF nie.. kita letakkan fibo dengan cara sebegitu warna biru sebab kita rase-rase kita nak counter dia... tetapi wajiblah kita bagitau bahawa counter sebegini memang bahaya... ini counter untuk retracement aje. Lagipun masa NFP dia ade bikin gap pada timeframe 15mins di harga 0.8488-0.8478.

- Di mana kita nak entry??? Well... bab tu mmg sukar sket nak jangka.. tetapi bentuk M kecik memang kita dah lihat berada di sana.. so let's say kita cakap pada zone "the last 21pips" dari low fibo 0%=0.8275 dan jangan sampai harga terlebih turun hingga ke 0.8255- 0.8221.

- Kat mana target kita??? Ekk.. yang ni pun payoh nak cakap.. tapi sebabgai guidelines... jika kita masuk trade untuk retracement kita boleh mamam pada setiap R1 daily or jika kita rasa-rasa momentum dan candle 4hr dan 1hr tu memang ada power.. cuba kita pegang sampai 161.8% lah.. sebab M yang tak lepas 100% atau M yang kakinya turun setakat 127.2%... potensi nya adalah melepasi kedua-dua puncak A dan C..

- Ada faham ??? Kikiki...

Khamis, 7 Julai 2011

EURUSD - Daily Trendline


Daily Chart...,

- Kita telah menutup semua posisi short minggu ini
- Kita percaya... dia akan bounce di trendline ini
- Khamis... July 7... 8:30mlm

- Let's enjoyed the profits..!!!! :) :) :)

Selasa, 5 Julai 2011

GBPUSD - HnS, Time & Divergence

Update Chart 15min
7hb Julai 2011 [1:30ptg
]

- Arahan harini ialah mengendap untuk membeli di zone 88.6% dan ke atas
- Harap maklum... counter trend ini amat berbahaya..

- Kira risk anda... stoploss pilihan kita ialah below 100.0% (adjust sendiri)
- Reward... jika mengikut pattern ini... above "kepala" ie.. tutup gap mingguan.




Update View -15min - 7:30 mlm

- Kita dop tau betul ke tidak... tapi semua buy position kita minggu lalu semuanya ter"closed". So kita cuba reverse position kepada SELL bermula jam 5:30ptg tadi.

- Sell pada garisan warna-warna purple... dan stoploss kan mereka di atas high hari Isnin.

- Head and shoulder pattern target ialah 200% pada fibo yang tertera.


Comparion Chart S&P vs Eu


EURUSD : Comparison Chart with S&P

- Comparion chart ini menunjukkan bahawa sesuatu akan berlaku. Perhatikan bila harga pada 23 May, 16-21 June, dan sekarang 4 July bertembung. Kita tak pasti apa yang akan berlaku seterusnya... but jauh di sudut hati kita telah mengeshort EURUSD di bawah palang daily doji dan stoploss berada pada harga teratas candle tersebut.

- Kita doakan semuanya selamat dan ada keuntungan yang boleh kita raih bersama-sama kemudian kelak... InsyaAllah.

Ahad, 3 Julai 2011

Trade Result Apr-June 2011


- Pesan orang tua-tua dahulu.. "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian." Ehekkk..! Trade result di atas ialah hasil yang kita perolehi bagi tempoh suku ke dua tahun ini.. Apr-Jun

- Walaupun orang cakap bertubi-tubi cakap blog kita ni cam blog "cartoon".. i dun care.. ehikss.. memang orang suka komplen banyak bila dia tak dapat "catch-up" apa yang kita cadangkan. Buat bising sana-sini buat ape? Duduk diam-diam kira guli lagi baik.. ehehe

- Kepada semua kekawan yang masih sudi berkawan... terimakasih kerana berkongsi idea dan memberi semangat ketika susah dan senang.. Enjoy semua hasil untuk suku kedua ini.. dan kita akan temui suku ketiga yang lebih mencabar bermula minggu hadapan.

- Gogo chaiyokkkkk !!!

Sabtu, 2 Julai 2011

Market View 4-8 July

EURJPY - H4

Scenario for the month
Crucial reversal point
Market should hold major support at 112.02 before rising towards 118.65 or even 120.48 limit.


- Wowweeee...!!! Ado pattern gak... ehehe... semuanya saling kait mengait... ado kawan kita cakap,,, trade guna pattern seolah-olah style budak tadika kena buat lukisan dan kena tandakan ABCD,,, uhukkk,,, dia suruh kita komen tentangnya.

- Buat bodo aje lah... tadika pun tadika lah... peduli lah orang nak cakap apa.. :-p

- Sebelum kita nak try short EJ nie... kita rasa elok ler kita tunggu dan lihat terlebih dahulu.. ehehe... bukan apa,,, now days Yen ini nampak macam nak melemah.. buktinya kita boleh semak USDJPY tu terlebih dahulu... dia tu nampak macam nak keluar dari triangle di H4 chart.

- Jika ade peluang.. dan jika X tak pecah... rasa-rasanya kita boleh short dalam kawasan D untuk ke target level B terlebih dahulu.



Dollar Index - H4

- Ahakkzz.. kita teruja bila melihat dollar index pun muncul pattern.. ini yang buat bulu ketiak boleh meremang nie.. trade minggu depan bisa berhadapan dengan perlawanan yang hebat.. alangkah seronoknye kerana dia boleh melawan.

- Ini yang kita maukan... dollar ade pattern dan euro pun ade pattern... dan kedua-dua pattern mereka bisa extended lebih jauh (jika berjaya melepasi paras X).. bounce pun ok.. nak teruskan pun kita ok... apa yang pasti... sebab yang ini pattern M kontot.. maka jika dia dapat bertahan.. for sure dia terbang atas kepala A dan C... lagipun daily pivot-x tarak di bahagian bawah ni.

- Siap sedia minggu depan dengan view USDX ini.. Kita bullish untuk USDX terutamanya perlawanan dia menentang Euro.


USDCHF - 60min

Scenario for the month
Crucial reversal point
Structure is bearish to 0.8340 or 0.8270 limit but slowing momentum suggests a correction first to 0.8478 or 0.8686 zone.


- Swiss menerima kesan apabila diumumkan bahawa Parlimen Greece meluluskan cadangan Pengurangan Belanjawan. In mean time, Greece terselamat sementara dari "dibungkus dan dihumban ke laut"... maka ramai ler para pelabur "kunun-kunun"nya akan mulai menarik dana mereka keluar dari Swiss secara perlahan-lahan dan menumpukan kembali pelaburan mereka kepada Euro...

- But.. I don't even think so. This pattern tell us price will only retrace until "celah kangkang" X atau pun B. Tidak kelihatan bentuk M kecik.

- Stand-aside... as kita mentioned before... break level warna purple tu, petanda dia akan terjun lagi jauh... kecuali lah nanti kita dapat lihat ade M kecik terbentuk... buat masa ini kita "terlihat" W kecik.. so ini masih dalam phase retracement... ehekkkk~


GBPUSD - 4HR

Scenario for the month
Flat correction down 1.5936
One more dip to 1.5983 is likely followed by a grind higher to 1.6395. After which it can resume its downtrend.


- Pehhh.. tatkala Eu gagah mendaki.. Gu semput menongkah arus. Apo bulih buek.. ramai yang mengeshort dia termasuklah pendokong-pendokong EG.. Tetapi berpantang ajal sebelum mati.. di akhir dagangan bullish jua yang menang... kuang3x.

- Kita percaya ramai yang tak berapa perasan bahawa Gu ini pun ado weekly gap dia... hmmm... actually mereka dop tau pung ado gap... ehikss... kes-kes sebegini dan kes-kes pivot tak salam, mana ada orang nak ambil "pot"! Oleh itu agak mudah kita nak "take advantage" peluang yang ada... orang menjual, kita membeli.. kira fair and square lah,,, ye tak?

- Untuk GBPUSD.. minggu depan kita projekkan dia akan tiba ke tempat yang di tuju dan bertahan di atasnya sekurang-kurangnya sehingga awal minggu hadapan yang lagi satu. Of course lah seller tegar akan mengeshortnya bermati-matian.

- Kita tetap menumpu kepada arah daily pivot-x yang ada..,,, sebelum kita menerima arahan tentang daily pivot-x lain yang muncul kelak.. ehekkk..!


EURUSD - Daily

Scenario for the month
Correction zigzag 1.4570
It should test 1.4733 area after which a sell off down to 1.4152 or extended to 1.3801 area is expected.


- Yeh yeh...!!! "Gap" dah tutup... dan kita harap semua orang enjoyed dengan taktikal yang telah kita terangkan sejak 2-3 minggu terdahulu... dan kita percaya sedikit sebanyak dapat ler kita semua meraih keuntungan tatkala ramai trader "pening lalats" tunggu euro ni cam tunggu durian jatuh dari dahannya... kih3x

- Now kita ado dalam daily view bentuk W.. ado triangle lagi.. huh? Short pertama kita dah hampir pupus di telan bayu... huhuhu... biasalah... hero biasanya memang kena tinju dulu kat biji mata... short kedua topat-topat kita letak kat line fibo 23% warna ungu... huh... dop tau laei boleh survive atau tidak minggu dopanz..

- Sayugia kita perlu ingatkan bahawa.. dia ni boleh naik mengikut target-target yang telah di lakarkan... kita TIDAK menolak dia boleh pergi setinggi 1.4650-1.4850 ( target warna putih).. kerana triangle ialah tempat trend berehat sementara.. walaupun begitu kita memang prefer dia mulai jatuh di zone sekarang... ketika ini Fib Time, Fib Level, Fib Pattern dan RSI setakat ini menyokong pendapat kita.

- Otherwise jika market mengambil arah yang bertentangan dengan kehendak kita.. jangan lawan dia... don't keras kepala sebab kita semua faham W ada 3 jenis... jika bukan yang ini tentulah jenis yang lagi 2... ehehe.. buatpe nak pening kepala... layannn... sehingga kita nampak pivot daily banyak hari dia tinggalkan... mano laei dio nak lari kemudiannya ???

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot