- Minggu ini kita tidak berikan view market... tetapi minggu ini kita sekali lagi ingin membebel tentang satu topik yang dah banyak kali kita sebut dan dah banyak kali juga artikel mengenainya telah di tulis iaitu... Money Management atau dalam bahasa kita di sebut sebagai Pengurusan Kewangan.
- Kita berikan sekali link berikut untuk rujukan
a) Forex Risk & Money Management Calculator
- Sila klik link tersebut dan bookmark kan dia untuk kegunaan sentiasa. Kalau rajin buatlah satu fail khas dalam excel dan simpan sendiri atau sedekahkan pada sesiapa yang hendak.
- Berjayanya seseorang trader bukannya sebab dia terer memorex cara scalp, short-term atau long term view. Bukannya juga sebab dia dapat "diploma atau degree" memorex secara bogel atau tak guna akal main tembak aje... itu semuanya mengarut..!
- Orang berjaya memorex kerana dia dah kira awal-awal berapa kah risik0 yang account dia sendiri mampu nak tanggung. Untung tu memang boleh dijana mengikut citarasa dia sendiri. 10pips pun untung jua namanya tapi risikonya perlu di kira TERLEBIH DAHULU.
- Kita membebel nie sebab ade seorang hamba Allah tu... baru buka account... pump-in masuk USD 1,000... guna leverage 500:1... trade baru masuk tak lebih 13x... account dah hancur..! Apa silapnya? Datang mengadu... saya ikut view blog cigu... saya rugi semua dah wang saya... sekarang saya nak cigu bantu dapatkan balik duit saya !!! Errrkkk !!!???
- Terkedu gak mulanya... ok tak pe... saya top-upkan balik USD 1,500... dengan syarat buka website tadi tu.. dan setiap kali nak trade... tolong lah buat kira-kira di sana... dan follow blog saya macam biasa.
- Itu cerita 6 bulan sudah... di akhir suku kedua tahun ini... dia datang kembali dengan siap print-out statement untuk account dia... beri kepada saya laporan kewangan dia... wowee!!! Dari 1,500USD yang saya top-upkan... dia berjaya jadikan 4,000USD... !! Tapi.. statement tu tunjuk banyak betol senarai posisi yang (-ve)... heh..!?
- Saya tanya kenapa banyak posisi (-ve) dari (+ve)...? Dia cakap stoploss kena hits.. tapi money management tak pernah muram... bila trend yang di fokas menjadi... dia tak lepaskan pegang dan kerap menambah sampai selesai.. heh..!?
- Dan sebagai pesanan terakhir saya kepadanya ialah... orang berjaya memorex ialah kerana dia menjaga money management dia... bukannya sebab dia terer dalam satu (1) hari dapat kumpul 10, 100, 1000, 10,000 or even 100,000 ... !
- Orang-orang tua selalu pesan... " cepat dapat... cepat lesap". Maka sempena Nifsu Sya'aban harini... marilah kita semua bersama-sama meninggalkan cara memorex zaman jahiliyah yang mengabai pengawalan kewangan kita dan menembak semborono tak beringat-ingat berapakah butir peluru yang masih ada tinggal dalam saku. Ngeeee~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan