Sabtu, 30 April 2011

Market View May, 2-6

AUDUSD - 15min

- Topping..? Maybe... but maybe not..!

- Dia menghampiri round figure 1.1000.. kita agak dia mesti makan figure tu dengan selamba.. kalau nak short pun kena tunggu 1.1250.. paling selamat kita tunggu dia jatuh below 138.2%.. candle monthly dan weekly dia tegap.. takde tanda nak gostan.

- May forecast :- Subjek momentum kuat ke tidak... dia akan pergi ke fibo 261.8%. Yang kemudian daripada itu dia boleh gostan buat koreksion ke fibo 100.0% dan 61.8%

- Next week forecast :- Subjek momentum kuat ke tidak.. dia favor untuk melepasi fibo 161.8%.., tapi kalau momentum tetiba hilang.. dia akan terus jatuh ke fibo 100.0%

- Intraday taktikal :- tunggu sehingga bentuk W di bahagian atas ini siap untuk mengetest short nya... dapek barang 55,89,144 pips jadi lerrrr...


GBPUSD - 240min

- Dari sini kita boleh nampak sempadan harga 1.7000..

- Minggu depan dia ada news interest rate. Kita rasa dia boleh terus meluru ke sana sebelum news tu keluar. Jika nak short... tunggu kat 161.8%... tengok dulu keadaan sebelum merembat. Takut-takut kena sondol dengan lembu.. nayaa~.

- Otherwise.. scalp buy upon break new high.. :-D




EURGBP - Daily view

- Bikin 3Triple Top di bawah harga 0.8940... So, letak kan stoploss above 0.8950, jika takde aral melintang, kita boleh pegang short kita dengan bergaya sehingga medium target.

- Sebelum ini kita dah tunjukkan bentuk W nye.. now kita tunjukkan pula rangka kerja dia nak jadi M.. so jika benarlah dia ni turun sehingga medium target.. bentuk M ini dah kira "emerging". Cuma kelak kita kena pastikan bahawa M tu nanti jenis kaki kontot or acceralated.

- Lama lagi kot nak sampai situ.. lebih kurang dia amik lajak masa yang sama panjang dengan semasa dia naik tu hari. Apa-apa pun.. stoploss iangan lupo letak dan mulai minggu depan, kita simpan dia ni dalam peti ais dan kita akan jenguk dia ni kembali setelah dia tiba di separuh perjalanan nya. InsyaAllah..



EURUSD 60min

- Euro buat lawak... dia naik lagi.. dan dia akan naik lagi ke 261.8% jika dia tak turun ke 610 sequence pips... dia nak tambah jadi 987 sequence pips untuk rally ini. Style Euro memang kita faham benor...

- Bulan May punya forecast ialah :- Dia akan continue rally ke fibo 261.8% jika dalam tempoh 2 minggu yang awal bulan May ini fibo 100% masih dapat bertahan. Hanya selepas itu kita boleh tengok dia jatuh mengestes fibo 100% dan fibo 61.8%

- Minggu depan punya forecast ialah :- dia memang konfiden boleh test dan melepasi fibo 200.0% untuk bertenggek ke fibo 261.8%... tapi biasanya orang over-konfiden ni akan lupa jerat dia... tergelincir ke bawah fibo 161.8% dan menyebabkan dia terhumban ke below 132.8% dalam sekelip mata.

- Arahan kita ialah :- Open Short jika ada bentuk W yang lengan kanan dia tak lepas paras X... tetapi berjaga-jaga dengan kedua-dua bentuk M yang nampak jelas, terutama nya yang dapat lepas paras X tetapi kaki dia kontot..!

Jumaat, 29 April 2011

USDX - Are U ReaDy ?

23 Oktober 2010
Baca posting kita (Klik)


31 Oktober 2010
Baca posting kita (klik)


29 April 2011

Kita yakin dengan semua posting kita yang terdahulu dan yang terkini bahawa KINI USDX bersedia untuk menongkah arus. Hanya menanti masa M ni siap aje.. sabor aje lerrr.. jika tidak pada harini.. InsyaAllah minggu depan.

Khamis, 28 April 2011

USDJPY - BUY SETUP

2:00PM

Kita ini kita percaya bahawa USDJPY bersedia untuk memulakan siri kenaikannya sepertimana yang pernah kita gambarkan suatu ketika terdahulu. Kita order di paras yang kita tunjukkan untuk tempoh 24jam.

AUDUSD - SHORT SETUP


8:00AM

Ketika ini kita percaya AUDUSD sedang menghampiri kemuncaknya untuk mulai retrace ke bawah. Kita akan tunggu hingga dia tiba ke garisan 127.2% sebelum kita akan mulai melihat bentuk W failure ( lengan kanan nya pendek) seperti yang telah kita gambarkan dalam posting yang lalu.

EURUSD - SHORT SETUP


8:00AM
Kita setakat ini percaya bahawa throw away telah pun selesai dilakukan pada malam tadi untuk bentuk diagonal EURUSD ni. And now Kita percaya dia akan start gostan. Be prepared to short upon dia jatuh kembali below Fibo 127.2% today.

Rabu, 27 April 2011

GBPUSD - SHORT SETUP


1) Kita Open Short pulak GBPUSD.. stoploss atas A
2) Kita Closed Long GBPUSD.. Close short half EURGBP..
3) Alihkan stoploss pada entry.

10:30mlm

Selasa, 26 April 2011

EURGBP - SHORT SETUP



1) Kita Closed Short GBPUSD
2) Kita Open Short EURGBP
3) Kita Open Buy GBPUSD

Sabtu, 23 April 2011

Market View 25-29

USDCHF - Daily

- Cantekkk tak??... Kih3x... banyak benor ler masa kita amik nak kasi dia cantekkk.. tapi tak apa, kalau lepas make-up dia cantekkk2... dia mau dengo cakap kita. Kalau tidak.. sia-sia buang masa aje lah... sebab buat masa ni.. kita rasa semua kiraan dia dah agak lengkap.. untuk sekurang-kurangnya dia retrace makan semua wave no. 4 tu.. sebelum kita boleh berani cakap dia pergi shopping ke tanda X paling atas tu.

- Apa-apa pun boleh berlaku next week... FOMC ialah pada hari Rabu, nak harap Bernanke sokong dollar... kira jauh panggang dari api lah biasanya statement dia "dovish"... oleh tu berjago-jago ajelah dengan view bullish kek chart atas tu. Kita trade base on teknikal... fundamental datang kemudian. Jika teknikal ini di sokong oleh suara fundamental.. yes! Kita boleh sukses... if not.. lari lah apo laei... ehiksss...


AUDUSD - 60min

- Minggu lopeh kita amik scalp boli dio.. sajo lah untuk cover-cover rugi-rugi terdahulu... boring jugak asyik short kantoi je.. lagipun kito dah tunjuk dio mungkin ke atas lagi sket... Minggu dopan nak tengok pulok setup ni ok ker tak ok.. kita tunggu short pulak.

- Apo-apo trade pun kita tak perlu suspen sampai terlondeh seluar. Jika kita forecast and predict dio betol ikut jalan yang walaupun kito tak suko.. kita boleh get-out.., lepas tu get-in balik... ibarat orang tuo-tuo posan... bilo sosat jalan, patah balik jo..

- Ado sorang mamat tu, dio tanyo den.. ado tak bagi signal sms bilo nak masuk trade? Ehhh.h., tak sonang den nak buek gitu.. nak trade buek sendiri larr... den bukannya robot... ehehe... blog nie den bokak free.. den tak charge dan register apo-apo... buek apo den nak charge?.. baco ajelah.. free... amik guide jo.. dapek untung seratus-dua ratus pips, sekali entry... kira ok ler kan???

- Den amik untung tak banyak... last quater den cuma dapek 7,521 pip jo.. bukannya banyak, orang lain tu buek untung berbelas-belas ribu pips seminggu..., tapi cukuplah buat den beli-beli sarapan dan tengok orang mancing ikan kek kolam... den tak "guarentee" apo-apo pun dongan setup den.. tapi kalau den masuk entry untuk jangka-panjang den tunjuk dengan chart weekly..

- Contohnyo EURUSD & USDCAD tu.. tu den lotak short & buy last week untuk jangka panjang lah.. berapa panjang pulak tu den dop tau lah... tengok jo lah nanti... ado rezeki kito kira jo lasss.. ehehe.. kalau takdop rezeki gak... den surrender lahhh... buek apo nak poning nak bagi "guarantee-guarantee"??

- Benda ni niaga.. untung dan rugi.. itu memang adatnye..! Yang tu memang ada GUARANTEE eee!!! eeeeee... EHIKSSS...!!!


USDCAD - Weekly Chart

- Arab Saudi mengeluarkan statement bahawa mereka telah mengurangkan pengeluaran minyak mereka minggu lalu kerana terdapat lebihan bekalan di pasaran. Soalan kita ialah berapa yang terlebih tu?.. Hehehe

- Semenjak kejatuhan minyak dahulu dibawah paras $50 setong.. Peniaga dah tau minyak akan meningkat semula kemudiannya. Jadi mereka sedut minyak banyak-banyak dan simpan.. lepas tu keluarkan statement... "minyak tak ada! harga murah.. tak mampu nak sedut!"

- Sekarang.. statement tu kena ubah sikit lah, harga pun dah ok.. untung pun hensem. Kontrak belian dan penghantaran dah sign.. apa lagi mau? At least untuk 2-3 tahun depan perniagaan terjamin lorr...

- CAD akan menerima kesan sementara. Duit dia mahal berbanding dengan lain-lain negara. Dalam tempoh 2001 hingga 2011 duit dia berbanding USD telah menguat ke 0.90 per dollar. Tentulah Amerika senyum.., sebab dia tak perlu buat apa-apa.. semuanya free belako.. minyak pun bayor ikut harga USD.. kalau kureng dalam pasaran print je... lepas tu bagi kat orang... wakaka..

- Now duit CAD kuat.. bila kuat tentulah nafsu pun kuat..., jadi banyaklah barang-barang import menderu-deru masuk, tak lama lagi inflasi pun meningkat.., interest pun mau kasi taruk lah kuat-kuat.., nanti penduduk manyak bising lorr.., kos sara diri pun meningkat, pembangkang akan ambil kesempatan politik.., nak eksport barang tak berapa nak laku... akhirnya semua mampus dihempap barang sendiri yang berat-berat.

- Pusingan 10 tahun untuk dollar Canada telah tiba. Suka ke tak suka mereka kena terima juga.



GBPJPY - 240min

- Tak ada movement minggu lalu... bias kita still bearish.. or... more bearish dari yang kita jangkakan. Cumanya kita kena duduk diam-diam dulu.. dia dalam triangle ketika ini, ada pattern tapi tak berapa nak menjadi... ini kalau dia break either side... sure kuek punyo.

- Kita jadi tukang sambung ajelah bila dia breakout nanti. Ehehehe


Gold - Daily Chart.

- Kita tak perlu rasa malu atau menganggap trade kita selalu gagal jika kita selalu salah letak trade or even 10x trade... tapi yang pernah dapat untung hanya 1x aje... Apa yang penting ialah apa yang telah lihat atas chart dan kita trade kan dia. Stoploss kena hits... dalam forex market itu adalah biasa !!!

- Gold terbang lagi.. membawa pisang-pisang kita sekali lagi.. ehehe. kita tak pernah rasa malu nak short gold. Stop kena hits.. itu perkara biasa je.. apa yang penting ialah setup chart yang kita lihat ada padanya.. bukan apa yang kaum pemodal mahu.

- Gold melambung kerana diberitakan bahawa inflasi seluruh dunia sedang meningkat. Semua mata sedang tertumpu kepada China.., sebab mereka ada banyakkk wang hasil investment mereka beberapa tahun yang lalu dan mulai menerima faedah nya sekarang.., tapi dia tak tau mana mau buang itu wang semua...

- Inflasi berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya ialah kos pengeluaran yang tinggi, peningkatan kos sara hidup, pengimportan barangan dan perkhidmatan, kecairan wang yang tinggi dalam sesebuah negara.

- Langkah untuk mengawal inflasi salah-satunya ialah dengan menaikkan kadar bunga (riba).. pehhh... itu lah China buat sejak 4 bulan lalu.. asal inflasi report keluar aje dia naikkan kadar bunga... ahhh... itu semua kaedah zaman jahiliyah.. rakyat akan makin susah.., orang kayo akan berrtambah kayo... you tarak wang... you get out..!!

- And then... Gold bertambah naik..! Itu lah yang kaum pemodal suka... you knowlah kaum pemodal tu siapa.. they create the story first.. then you follow them... lopeih tu... bai 2x...!! Nanti orang bising gi tanya sana-sini.. mengapa jadi begini? Mereka cuma menjawab.. "aiseyman.. you dop tau ker I nie spekulator ?..."

Khamis, 21 April 2011

Rabu, 20 April 2011

EURUSD - Sekali Lagi....

EURUSD - Weekly View
Update 7mlm - 21 April 2011
"Mulakan dengan Bismillahirahmanirahim...."


EURUSD 30min.. 10:30pm MY

- Belum rezeki kita.. kita ada try tapi failed.. bentuk ini akan extended.. dan kita updatekan sequence dia terlebih dahulu.

- Next round kita akan cuba lagi...



EURUSD 30min.. 9:30am MY

- Sekali lagi... dan kita rasa ini peluang yang tak boleh kita lepaskan... SHORT di kawasan yang kita tandakan... SETELAH kelihatan tanda candlestick reversal di mana-mana timeframe.

- Stoploss loss above 1.4520. Target Open.. to be determined later.

- Jangan lupo... istighfar, selawat dan nawaitu masing-masing.. mudah-mudahan berjayo..!

Ahad, 17 April 2011

USDX - EOW 15 Apr

USDX - 10080mins

- Minggu lepas USDX menutup candle weekly nya dengan doji. Tapi mengikut undeng-undeng candle pattern.. doji tu hanya salah-satu isyarat trend akan berubah JIKA dia ada kawan seperti yang kita attachkan dalam chart di atas.

- Yang kita harapkan ialah dia dapat kawan yang warna dia bullish.. more over dalam banyak kiraan kita guna Fibonacci menunjukkan dia memang berada dalam zone support. Tentunya harapanggg~ kita akan musnah jika dia dapek kawan warna hitam dan kawan dia pulak lebih jahat turun ke bawah... alamatnya kita mungkin akan "tergolek-dog"

- Jadi minggu depan.. elok lah kita berdoa banyak-banyak agar di hujung minggu depan dapatlah kita semua melihat doji minggu ini dapat kawan warna putih yang tegap dan hensem... yang kemudian daripada itu... InsyaAllah, forecast kita mengenai USD akan mengukuh ,berlaku...

- Bersiap-sedia lah akan semua kemungkinan... biasanya Pelanduk tu selalu lupakan jerat..


Sabtu, 16 April 2011

Market View 18-22 April

AUDUSD - 240min

- Kita masih mengambil sikap tengok dulu untuk dia ni.. kiraan fibo sequence minggu lalu masih valid... maknanya dia akan habiskan dulu 987 pips sebelum kita boleh counter. Gostan sedikit minggu lalu membuka pattern W untuk develop.

- Standby minggu depan... bilamana pattern W ini siap, kita percaya dia akan retrace ke bawah. Nyum-nyum.... auwwww OOoooOO...



NZDUSD - 240mins

- Memang dia nak naik.. apo boleh kita buek? Nengok ajelah macam pungguk rindukan bulan. Dalam kiraan pips dia sedang menuju ke 987 pips iaitu sequence yang seterusnya dalam kiraan fibonacci.

- Perhatikan cara dia naik ini... lurus bendul betul... kuh3x.. samada ini wave 2 atau wave 1 mengikut perspektif elliot wave, kita pun tatau.. yang kita pasti ialah jangan di tahan jika jumpa wave sebegini... mampuh kerah kita nanti.

- Biarkan dahulu dia ni... sehingga kita jumpa tanda reversal nya pada mana-mana timframe kelak. Jika ada peluang nanti... pasti kita akan bengkok-bengkok dan patah-patahkan paruhnya yang tirus tu... eeeeeeeeEEE .. tensen betol tengok dia nie...!!!



USDJPY - 240min
- Di hari-hari terakhir minggu lalu... kita mula dengar semula suara orang-orang Jepun mintak tolong... help..! help..! sebabnya Yen mula menguat kembali walaupun telah di counter oleh semua anggota G7 secara serentak setelah tragedi tsunami yang lalu.

- Tetapi tak nampak lah pula berita campurtangan telah di lakukan sekali lagi.

- Ehehe... jika ingin bermain short dengan semua crossing Yen.., kita perlu peka dengan berita campurtangan BOJ.. itu bank sebiji macam pondan.. sikit-sikit nak interven.. cuba lah duduk diam-diam tak payah campurtangan lah.. ha ha ha

- Level "biru" yang kita tandakan adalah level kritikal.. dari situ hingga ke bawah adalah level campurtangan yang lalu... bila harga tiba di sana, elok lah kita CLOSE semua short crossing yen. Kita relax tunggu emak beruang pecahkan level 38.2% tu... ehehe... kita anak-anak beruang duduk jauh-jauh tengok... ehehe

- Kita "serbu" jika tak ada tanda candle reversal di level tersebut dan berita tentang BOJ nak interven atau bagi apa-apa warning... auwww ooOOoo...~




USDCHF 60mins


- Adusss... semua indicators meter menunjukkan ianya sedang "gila-baban" terjun tiruk.! Tapi kiraan kita menunjukkan lain pula ceritanya. Ianya telah memecahkan sekali lagi low untuk tahun ini... oleh sebab itu semua orang sangat "cintakan" Swissy ketika ini.

- Ketika semua orang begitu cintakan dia.. kita peduli apa dengan itu semua.. :p.., idea kita ialah selagi dia rembat USD... kita hentak "balak" dia si GBP & EUR .. ehehe... more downward USD it's means more money kita bank-in hasil short GBPCHF & EURCHF.. kah3x.

- Next week..., USDCHF jika jatuh lagi ke bawah daripada ini.. kita tak syak bahawa GBPCHF & EURCHF akan boleh pecahkan juga lower low tahun ini... jadi kita akan gunakan taktikal yang serupa... umpan beli USDCHF sebab teknikal view dia cakap beli... jika dia tetap jatuh sebab "kecintaan trader terhadap Swissy"... kita short GBPCHF & EURCHF.



GBPUSD - 240min


- Ianya bergerak seperti yang kita gambarkan last week... tetapi kelewatan dia menonjolkan kaki dia menyebabkan rupa dia dah jadi lain. Mungkin dia ingek dia begitu fancy nak buat curve-curve sana-sini.. kiki

- Kita rasa view head n shoulder ini (buat masa ini) masih valid.. cuma tak berapa seronok sebab 1st short kita terkantoi kerana dia buat spikes... aduhhh..! Minggu depan kita cuba sekali lagi short as 2nd short telahpun kita mamam untuk cover 1st losses.

- Ready untuk 3rd short..! Target nya sama seperti post kita sebelum ini.



EURUSD - 60mins

- Dalam kiraan kita... sudah ad0 9 (sombilan) gerakan zigzag yang dah terbontuk untuk dio ni. Agak jarang berlaku.. jika ianya berlaku kita perlulah sangat berhati-hati kerana jika yang ditandakan 9 itu pocah... boleh kita katakan bahawa kita tak boleh predict dia akan ke mana.. maksudnya jika yang ke 9 itu pocah.. harga akan melambung ontah ke mana.

- Minggu lopas dio berjayo cucuk low yang kito tandakan sebagai 8.. mungkin juga kito ado sikit harapan terus pocahkan pula high ke 5 dalam kemudian nya kito boleh lepak di low ke 6 dalam minggu dopan.. sobab meter canggih kat sebolah tu warna merah belako kecuali daily jo.

- Forecast minggu dopan... masih bernafsu untuk try sekali lagi ke 1.4520.. jika berjaya lepas ke atas level itu kita akan jumpa 1.4650... tetapi jika terus merudum ke bawah dio akan cari channel trendline dio yang kat sebelah bawah tu.

Khamis, 14 April 2011

UCHF - pOp..!


USDCHF - 15min

- Adakah anda mengenali setting pattern ini..?
- BELI di zone C
- Stoploss di below A
- Target ke D1 even ke D2 dan D3... sila check pivot-X

GBPUSD - Head n Shoulder


GBPUSD - 4hr

- SELL at 3 fibo golden lines
- Stop loss above RS
- Target di kotak biru...
- Biasanya head n shoulder projection dia ialah ke 200%.

EURUSD - Intraday


EURUSD - 15min... 2ptg

- SELL pada harga di paras 88.6%
- Stoploss above 1.4520 (+13pips + spread)
- Dangerous... hanya yang berminat sahaja..
- Look for reversal candle sebelum meletakkan posisi adalah di galakkan.

Sabtu, 9 April 2011

Market View 11-15 Apr

USDX - 1440mins

- Dollar Index... ini adalah gambaran "recount" setelah ia pada Jumaat yang lalu melepasi low 22 March.. mungkin juga dia boleh extended lebih ke bawah dari gambaran ini sebab kita pernah tunjukkan satu spikes misteri dia ni di sekitar bulan October 2010 yang lalu... sila rujuk sini dan di sinun

- Kita anggarkan ketika itu ianya akan ke 72.70

- Jika ikut ukuran spikes asal itu... harga akan berhenti di sekitar 74.80.. tetapi mengikut sejarah terdahulu (spikes yang sebelumnya) ianya akan jadi double ukurannya. Ketika ini perlulah kita berjago-jago tentang kemungkinan itu.

- Bila teringat benda ni.. kita terasa nak hantuk aje kepala kat dinding..! ~Uwaaaaaa~



USDCAD - 15min


- Susah nak cakap... dari satu segi macam nak terus jatuh... tengok segi lain pulak ada harapan nak naik.. tengok candlestick weekly, memang takde tanda nak naik.. adusss... fening~...

- Oil melonjak naik ... sure tak lama lagi RON 97 naik lagi... silap haribulan RON 95 pun ikut sama naik... lama-lama kita semua mati dihempap kos sara hidup yang semakin tinggi... nak harapkan gomen... menteri semua sibuk berkaraoke dan menari poco-poco.. opocot..!!

- Forecast minggu depan... Jika A (ada 2 A di situ) kecik bertahan.., penghujung minggu kita boleh jumpa D kecik (ada 2 D di sana) kat bahagian atas tu.. otherwise A besar akan jumpa D besar di bawah lewww...

NZDUSD - 240min

- Kiwi dengan muncungnye yang tirus diam-diam meningkat naik... tapi last session nampak macam dia buat double top. Kita fikir dia akan gostan sikit... sebelum dia meletus naik.. atau dia meletus dulu.. kemudian dia gostan juga ke situ.

- Jika dia bertindak seperti KangaroOOo.. better sewaktu dia retrace nanti kita closed semua short positions... tak menang tangan kalau kita tahan dia kerana yang dulu dia turun tu ialah sewaktu earth-quake.. now after that.. kita jangka dia ni dah start di carry oleh bank-bank dia.

- Walaupun takde annoucement.. tapi dari cara dia straight naik tanpa melengkung, itu petanda bahawa dia ni mungkin sedang di carry... forecast minggu depan adalah seperti gambar di atas.., cuma dia mungkin meletus sket dahulu ke atas bikin spike cukupkan wave 3 but correction ke wave 4 tidak dapat di tolak begitu sahaja.


AUDUSD - 1440min

- KangaroOOo masuk kebun... abess dah semua tanaman kita... pisang, ubi, nenas semua ditelannya... ranap dah pagar yang kita bina... uwaaa~ rugi-rugi..!!

- Terpaksa lah kita pandang aje kangaroOOo nie... nak ditembak senapang takde lah pulak... yang tinggal hanya kalkulator untuk mengira jumlah semua kerugian yang berlaku. Hasil kira-kira tu itu lah yang kita paparkan dalam chart.. ada balance lagi dia nak ranapkan semua pagar-pagar tu...

- Ok... xpe.. ada ubi ada batas, lain hari kita boleh balas... forecast untuk minggu depan ialah dia akan ranapkan semua pagar-pagar tinggal tu... yang kemudian nya semua kangaroOOo tu cabut lari keluar untuk rehat dan relax kat bawah pagar pertama warna orange tu... caiitttt..syuh-syuh..!!


USDCHF - 60min

- Hooeee Leowww... baru call kedai tayar... dia tambah jatuh las minute... betol-betol hoe leow.., dengan Obama yang bertambah bengkok badannya tu... kita tak boleh elak nak cakap pair ini macam tak boleh bertahan di zone A kaler biru...

- Kecuali dia boleh bounce di 0.9020 dan tanduk telo "b" purple tu... itu lain cerita, tapi buat masa ni lebih mirip nak mengheret terussss ke bawah lagi... adoooiiiyaa..

- Bias kita ialah buy. Tapi kalau dia nak lebih turun... siapa yang boleh tahan??? Hedging dia ni kembali dengan short GBPCHF (kita dah buat dah) boleh bikin badan kita kembali bertenaga cam lepas minum Red-Bull...


EURGBP - 60min

- Betol-betol hoe leow gak... view ini boleh dibandingkan dengan view terdahulu yang kita buat untuk daily charts... so... takde beza... jika ini bentuk W... yang dulu pun bentuk dia W... cerita dia sama... bila pattern dia siap... kita short sampai lantai...

- Jika kita combinekan view EURGBP ini dengan EURUSD sekarang... cerita dia memang matching... combine lagi dengan view GBPUSD... lagi lah matching cun giler... Both pair jalan cerita dia EURGBP yang create.. tak ler bersangkut kuat sangat dengan USDX.

- Maknanya Euro dan Pound saling mengatasi satu sama lain untuk mendominasi dunia matawang. Apa yang berlaku di USA di akhir dagangan Jumaat menjadi tandatanya.., Obama terpaksa menunggu hingga jam terakhir untuk mendapat sokong ahli kongress meluluskan budget. Situasi genting sebegitu boleh menyebabkan kira-kira 800,000 kakitangan kerajaan hilang pekerjaan dan banyak sektor perkhidmatan mereka lumpuh.

- Kebimbangan ini pasti menyebabkan USDX diheret jauh kebawah sehinggalah perkara budget itu dapat diselesaikan. Nie yang buat tension nie.... eeeeeeee



GBPUSD - 240min

- Betol-betol hoe leow juga..., cuma paung nie now kita take it easy... bull pun kita makang... bear pung kita makang... dia masih berlegar-legar dalam zone 0%-100% neh.. penat dah nak tunggu turun... tapi tak turun-turun gok... :p

- Mervyn King.. on hold for hike interest rate.. sesuatu yang memang telah dijangka.. dan of courselah rumours akan terus tersebar untuk dia menaikkan interest. Selagi interest tak naik selagi itulah paung akan bertahan tak mau jatuh..

- Secara perlahan-lahan kita jangka GBPUSD nie akan sampai juga ke 1.700 sekitar bulan Ogos., tetapi kita rasa dia tak naik mendadak.. dia akan naik-turun-naik-turun macam ni kecuali betol-betol dia jatuh below 1.6000 secara mendadak.

- Forecast minggu depan : Seperti yang kita berikan dalam gambar di atas tu ler... ikut model gambo kocik tu...


EURUSD - 1440min

- Betol-betol hoe leow... dia melepasi garisan pada hari Jumaat... so kita perlulah lepak's tepi's untuk's minggu's depan's dan's juga's mungkin's juga's untuk's beberapa's minggu's ke hadapan's.

- Trichet's naikkan interest... tapi tak berani kompomkan bahawa ada interest hike lagi di masa akan datang... mengikut perspektif kita.. 1.25% bukan lah angka yang investor nak dengar, itu memang sudah diwarwarkan sejak Januari lalu...

- Forecast untuk minggu depan's ialah :- harga akan melepasi paras 161.8% dalam gambar tu.., of courselah sebab trader ketika ini begitu ghairah... tetapi jangkaan kita ialah harga di atas paras 161.8% itu TIDAK akan bertahan lama... kita cuma tunggu waktunya aje.

- Kita akan updatekan view EURUSD ini dalam timeframe yang lebih kecil jika ada peluang kita nak buat short hit and run.. buat masa neh.. biarkan lembu-lembu ini terbang makan gas banyak-banyak...

Isnin, 4 April 2011

USDCAD - Cuba lagi sekali


- Rujuk posting terdahulu...
- Ketiadaan candlestick reversal pada posting terdahulu membawa dia turun lebih ke bawah.
- Sekarang kita percaya bahawa dia menghampiri bottom
- Long dia pada level 138.2% , 150.0% dan 161.8%
- Kita mencari reward/target ianya kembali ke 100% dan kemudiannya ke 0.0%.

Sabtu, 2 April 2011

Market View 4-8 April

USDCHF- 60min

- Ngeee... ada gaya nampoknye... 2 biji tayar kete mercedez boleh dibooking.. gambar di atas ialah hasil kerjakeras mesin pemerosesan yang begitu setia mengesan setiap gerakan market.. mesin nie kerja dia khas untuk mesin pattern Elliot Wave..

- Mengikut Rules EW.. wave 4 tak boleh masuk sempadan wave 1.. cuba check tengok dalam chart masing-masing.. ada tak wave 4 yang kita tandakan tu telah memasuki sempadan wave 1 dan i yang juga kita tandakan sebagai rujukan... malangnye kita tak berapa faham apo nak jadi kalau ini berlaku... kah kah kah... kuang3...

- Soalan yang berlegar di kepala kita sekarang ialah adakah keseluruhan perjalanan dan kiraan EW ini akan di rombak semula??? Nie ler yang bikin fenin... adoiiiiiyaaa..!!! Dan tidak kah senario ini juga suatu petanda akan berlaku pada keseluruhan market???


EURUSD - 60min

- Last Friday dia tak lepas kaki C dan A... it's means bentuk ini akan extended ke 261.8%. Kita harap dia tak lari lagi kuat ke atas. Tetapi sayugia kita ingatkan bahawa dia nie selalu failure naik tatkala anak bulan hijrah muncul.

- Next week forecast :- Dia akan cuba ke Fib 261.8%... yang kemudian daripada itu... ataupun jika dia gagal ke situ... InsyaAllah dia akan terjun ke zone 1.4080 - 1.3920


GBPUSD - 30min

- Nak suruh dia terus terjun pun tak boleh jugak... sebab ade pivot-x... moreover pula dia ade related dengan EURGBP. Lagi pulak speculator masih cucuk jarum pasal kenaikan interest rate. Kekadang Y*h*d* nie memang bodo + bahalul, suka nak naikkan interest... dia ingek naikkan interest boleh kukuhkan ekonomi..

- Sama gak bodo cam Malaysia.. walhal kalu kita amik contoh kebelakang... Jepun tu rate dia tu ciput aje... tapi duit dio kuek cam ahli gusti sumo. Cuma baru-baru sebelum earth-quake Jepun memang ada ura-ura nak naikkan interest... dan hasilnya duit dia mulai lemah-longlai.. tidak ke kita hairan? Bila interest takde duit tu kuat, bila add interest duit tu jadi biskut lemau?

- Next decade.. semua teori riba ni pasti akan berkubur. Why..? Sebab riba tu sistem yang "menekan" semua orang.. teori-teori riba ni serupa macam anai-anai... di luar bangunan tu nampok cantek.. tapi di dalamnya abess semua di makan nya... tunggu masa aje bangunan tu nak roboh... akhirnya mati katak lah semua yang duduk dalam bangunan tu..

- Alamak... banyak songeh ler aku nim... kih3... wokeh... next week forecast :- Akan naik membayar pivot-X nya yang ketiga (3)... Sila jangan short dulu jika sampai target... relax isap rokok.. Kita takut tangan W tu extended jika EG gedebab.. KECUALI jika ada tanda reversal candlestick pada timeframe daily dan 4hr... kita boleh try rembat dia ke 1.6-1.58... uhukkk!!


NZDUSD - 240min

- Secara idealnya retracement dia ni should end around here. Tetapi market bukan mau dengo cakap sesiapa... selagi masih ada orang membelinya trend tetap akan bergerak ke depan. Kita tak perlu komplen bebanyak..., sebab kita cuma "ambil peluang" pada tahap-tahap tertentu dalam fibonanci..

- Jika pada kiraan kita dia ni dah tinggi.. kita jual lah..; begitu juga sebaliknya.

- Forecast minggu depan :- Akan spikes ke 0.7750 (88.6% fibo warna purple) ataupun dia terus korner lipats... InsyaAllah lepas tu pelan-pelan dia turun ke 61.8 dan 50.0 (fibo warna purple)

AUDUSD - 240mins

- Dia tetap naik... tapi cuma +89pips aje... ada orang kata dia akan ke 1.05-1.07.. tapi kita buat dunno aje.. pada kita 610pips naik adalah memadai untuk dia menyondol trendline serong multiyears sebelah atas... next fibo sequence jika dia nak betul-betul nak naik... dia perlu rally naik jadi 1,597pips.. buat masa ni kita fikir itu betul-betul gila kentang... kah kah kah..

- Ketawa..., ketawa juga.., tapi buat masa ni.., banyak buah rambutan tergantung-gantung di ranting-ranting pokok kangarooOoo nie.. Soon not later.., kita InsyaAllah dapat semula pulangan yang kita harap-harapkan..

- Forecast minggu depan :- InsyaAllah... spikes ke 1.0450 (Fibo 423.6 Orange - Fibo 161.8 Purple).., akan membawanya turun ke 1.0150 (Fibo Orange 361.8 dan 261.8)

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot