Sabtu, 30 April 2011

Market View May, 2-6

AUDUSD - 15min

- Topping..? Maybe... but maybe not..!

- Dia menghampiri round figure 1.1000.. kita agak dia mesti makan figure tu dengan selamba.. kalau nak short pun kena tunggu 1.1250.. paling selamat kita tunggu dia jatuh below 138.2%.. candle monthly dan weekly dia tegap.. takde tanda nak gostan.

- May forecast :- Subjek momentum kuat ke tidak... dia akan pergi ke fibo 261.8%. Yang kemudian daripada itu dia boleh gostan buat koreksion ke fibo 100.0% dan 61.8%

- Next week forecast :- Subjek momentum kuat ke tidak.. dia favor untuk melepasi fibo 161.8%.., tapi kalau momentum tetiba hilang.. dia akan terus jatuh ke fibo 100.0%

- Intraday taktikal :- tunggu sehingga bentuk W di bahagian atas ini siap untuk mengetest short nya... dapek barang 55,89,144 pips jadi lerrrr...


GBPUSD - 240min

- Dari sini kita boleh nampak sempadan harga 1.7000..

- Minggu depan dia ada news interest rate. Kita rasa dia boleh terus meluru ke sana sebelum news tu keluar. Jika nak short... tunggu kat 161.8%... tengok dulu keadaan sebelum merembat. Takut-takut kena sondol dengan lembu.. nayaa~.

- Otherwise.. scalp buy upon break new high.. :-D




EURGBP - Daily view

- Bikin 3Triple Top di bawah harga 0.8940... So, letak kan stoploss above 0.8950, jika takde aral melintang, kita boleh pegang short kita dengan bergaya sehingga medium target.

- Sebelum ini kita dah tunjukkan bentuk W nye.. now kita tunjukkan pula rangka kerja dia nak jadi M.. so jika benarlah dia ni turun sehingga medium target.. bentuk M ini dah kira "emerging". Cuma kelak kita kena pastikan bahawa M tu nanti jenis kaki kontot or acceralated.

- Lama lagi kot nak sampai situ.. lebih kurang dia amik lajak masa yang sama panjang dengan semasa dia naik tu hari. Apa-apa pun.. stoploss iangan lupo letak dan mulai minggu depan, kita simpan dia ni dalam peti ais dan kita akan jenguk dia ni kembali setelah dia tiba di separuh perjalanan nya. InsyaAllah..



EURUSD 60min

- Euro buat lawak... dia naik lagi.. dan dia akan naik lagi ke 261.8% jika dia tak turun ke 610 sequence pips... dia nak tambah jadi 987 sequence pips untuk rally ini. Style Euro memang kita faham benor...

- Bulan May punya forecast ialah :- Dia akan continue rally ke fibo 261.8% jika dalam tempoh 2 minggu yang awal bulan May ini fibo 100% masih dapat bertahan. Hanya selepas itu kita boleh tengok dia jatuh mengestes fibo 100% dan fibo 61.8%

- Minggu depan punya forecast ialah :- dia memang konfiden boleh test dan melepasi fibo 200.0% untuk bertenggek ke fibo 261.8%... tapi biasanya orang over-konfiden ni akan lupa jerat dia... tergelincir ke bawah fibo 161.8% dan menyebabkan dia terhumban ke below 132.8% dalam sekelip mata.

- Arahan kita ialah :- Open Short jika ada bentuk W yang lengan kanan dia tak lepas paras X... tetapi berjaga-jaga dengan kedua-dua bentuk M yang nampak jelas, terutama nya yang dapat lepas paras X tetapi kaki dia kontot..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot