Ahad, 30 Januari 2011

Hasil Q4 2010

Salam hormat..,

- Minggu ni.., kita tak de bagi apa-apa view yang baru. View minggu lepas sedang 'develop' maka eloklah kita tunggu sehingga gerakan yang kita forecast itu selesai dan lepas tu kita lepak tepi dahulu untuk memerhatikan bentuk-bentuk pattern yang kita tunggu-tunggu.

- Baik.., untuk mengisi masa lapang, mari kita sembang sedikit tentang hasil memorex kita bagi suku tahun yang lalu. Alhamdullillah... kita masih mengekalkan gaya lemah-gemalai swing trade kita iaitu dengan menggunakan leverage 200:1 dan penggunaan lot per trade 0.01

- Hasilnya adalah seperti gambar di bawah:-

- Seperti biasa pada setiap permulaan suku-suku tahun, kita akan buka account baru, modal kasi letak USD 3,000 dan kita akan bergerak trade dengan slow and steady serta doa dan harapan agar kita boleh generate risk:reward, 1:1 atau 1:2

- Jika kita semak balik rekod-rekod terdahulu, dengan modal pusingan USD 3,000 dalam setahun kita boleh generate secara puratanya kita dapat pulangan 1 : 1.3, jadi kalau kita campurkan semua keuntungan pada setiap suku tahun itu kita dapat USD 12,000 secara kasar.

- Memang "kureng" jika dibandingkan dengan trader-trader pro lain, tetapi adalah sesuatu yang amat kita senangi jika kita dapat tidur lena dan lepak tepi kolam ikan melihat rakan-rakan memancing setiap minggu... hehehe

- Baru-baru ini, tersebar berita tentang kehebatan sebuah "pooling account" yang di kenali sebagai RoyaltyFX.., kita ada bagi komen tentang ia dalam suatu forum, tetapi kita kena "bedal" hidup-hidup kerana menyokong RoyaltyFX tu, mereka kata ianya adalah sebuah syarikat "scammer"...

- Well..., last berita yang kita baca ianya benar-benar ditutup dan dipercayai membawa lari kesemua wang pendepositnya. So.., kita minta maaflah banyak-banyak sebab menyokong idea RoyaltyFX tu, tetapi... kita "admire" cara dia handle MM, cumanya dia guna EA dan at last dia announce "pooling account" tu lingkup sebab "teknikal error" EA tu.

- Ada juga yang tuduh kita bersekongkol dan termasuk salah seorang yang terlibat dengan RoyaltyFX. Heh...!? Dan paling sakit hati dia cop kita sebagai "beruk mak-nyeh" RoyaltyFX. Hmm... tabiat manusia ni di mana-mana pun sama sahaja. Dia tak boleh senang tengok orang lain berjaya dari dia. Padahal dia selalu jadi pencacai angkat najis aje selama ni.., habuk pun tarak!



- Iktibar yang boleh kita ambil dari kes RoyaltyFX itu ialah:-
  • jika kita nak melabur, sila dapatkan butir-butir peribadi pengelola yang lengkap terlebih dahulu dan jika boleh lawati tempat / pejabat; jangan lupa ambil gambar muka dan badan dia hidup-hidup... keh keh keh
  • minta pendapat 4 individu tertentu yang anda kenali mengenai hasrat kita tu, supaya kalau ada apa-apa perkara yang berlaku kemudian, kita boleh mengadu nasib, mana lah tau mereka boleh bantu buat apa-apa yang patut... kih kih kih
  • jangan labur besar-besar.., test lah satu atau dua lot dahulu, yang agak-agak kalau pengelola tu lingkup, kita tak tepuk dahi... he he he
  • pertama-pertama sekali yang kita nak ambil keluarkan ialah modal asal, bukannya untung mingguan atau bulanan, sebab untung atas angin tu boleh kita pusing balik untuk gantikan modal awal tu...
- Apa-apa pun... tradekan modal sendiri adalah yang lebih bagus, cuma yang perlu kita ubah ialah mind-set dan sifat tamak-haloba kita aje... RoyaltyFX tu cuma mensasarkan 20pips sewaktu London Open dan 20pips sewaktu London Close...!

- Kenapa pula kita perlu rasa "PhD" pada orang yang lebih bijak dari kita ??? Dan ingatlah sentiasa bahawa.., orang yang banyak sangat komplen dan kondem orang lain, itu tak betul, ini tak betul, tapi dia aje yang betul.., itu memang petanda paling nyata bahawa dia adalah orang yang sentiasa dan banyak kali gagal dalam hidupnya.


Sekian, Wassalam.

Khamis, 27 Januari 2011

EURUSD - SWING SHORT ACTIVATED

Corrective dip to 1.3365 is favored while below 1.3744 .
Stop Loss above 1.3874 limit.

Sabtu, 22 Januari 2011

Market View - End of January

USDJPY - 240min

- Minggu lepas komen kita ialah :- Sementara ianya berada di bawah paras 61.8%... ianya dijangka mengelirukan keadaan dengan seolah-olah bergerak ke arah 38.2% dan 23.6% dengan taktikal untuk membuat libasan ke atas 50.0% dan 61.8% dan 76.4% kembali.

- Minggu depan komen kita ialah :- Akan mengetest level 61.8% sekali lagi sebelum dia-nya dijual dengan segala stable lumba kuda-nya ke below 50.0% dan 38.2%.., mungkin juga ianya akan terlebeh-lebeh hingga ke below 23.6%.

- Perjalanan minggu hadapan akan membentuk pattern W, samaada ianya berhenti di 38.2% atau 23.6% atau 0.0%... ianya tetap berbentuk W. Kita sarankan SELL dahulu..., sebelum kita dapati ade bounce yang kuek cam superman di ketiga-tiga level tersebut..

- Jika awal minggu depan dia terus-terusan mendaki... follow www zzz buy setop above bentuk diamond... (kita tak fikir ini akan berlaku... tapi... dalam forex apa-apa pun bisa berlaku di luar dugaan).


GBPJPY - 240min

- Level 23.6% adalah kubu "sementara" beruang bertahan atas asakan seladang pound yang meluru naik di awal sessi Q1. Mengikut forecast table sebelah kanan blog ini.., harga akan berlegar di sekitar 131.00 untuk Q1 sebelum melompat naik ke 134.00 di Q2.

- Oleh itu kita setakat ini percaya dia ni akan bearish di bulan Febuari ke below 50% - 76.4%, sebelum dia memulakan kempen pendakiannya ke harga 131.00 di penghujung Febuari atau awal March dan bertahan di paras itu yang kemudiannya terus mendaki ke 143.00 and above.

- Untuk minggu depan kita menjangka satu lagi correction arah ke bawah akan berlaku, tetapi suka juga kita ingatkan bahawa yang turun itu kelak ialah retracement semata-mata, oleh itu kita sarankan supaya setiap short posisi yang di ambil hendaklah di tutup mengikut kaedah intraday setiap hari.

- Dan sila perhatikan bentuk "V" setiap kali sebelum berlakunya penurunan harga.. yang pada ketika ini terbentuk sekali lagi di zone sebelah atas ini... berhati-hati dan sila jangan "ober-ober konpiden"... just ready to take action..!


GBPUSD - 240min

- Komen kita minggu lepas ialah "Sementara masih berada di atas level 50.0%... dia masih suka nak saiko harga 1.6000... kita rasa hasrat dia akan tercapai, dengan tajuk cerita ini ialah jika dia touch 1.6000 pada awal gerakan dia minggu hadapan... kita rasa di penghujung minggu dia akan turun ke 1.58-1.55"

- Komen kita untuk minggu hadapan ialah " Stoploss untuk mengeshort berada di paras 1.6200, dan dia sekarang dalam posisi yang baik untuk di swing Short sehingga kembali paras 3 golden ratios or even more..." Siapa sangka cempedak boleh jadi nangka? Ehekkk... plan kan profit di setiap level one by one arah ke bawah... InsyaAllah, berjaya."


EURGBP - 240min

- Semasa berada di atas level FE 61.8%, Kita menjangkakan dia boleh menuju ke FE 127.2%. Buat ketika ini kita rasa dia tak boleh ke FE 161.8%... tetapi market boleh pada bila-bila masa akan mengambil keputusan yang berbeza...

- Oleh kerana kita telah mengeshortnya pada permulaan tahun ini, maka kita akan follow view "beruang" untuk sekurang-kurangnya sehingga end of this Q1, jadi kita makang kacang dulu dan kalau sesiapa teringin nak follow dia retrace ni, silakanlah...

- Den lebih suko nak handle semuo euro ni bearish... takut den nak main retrace, takut tak terjago nanti janggg ooiii...!!


EURJPY - 240min

- Short kita kantoi minggu lepas, setelah dia tetiba breakout ke atas. Untuk minggu hadapan, kita ingat dia memang boleh try level fibo 23.6% kerana dia telah mendapat sokongan di level 76.4% dan 50.0%.

- Fibo jenis senget ni kebiasaannya akan menuju juga fibo level yang senget juga. Contoh yang kita lihat EURJPY ini 76.4% pergi 50.0% nanti ke 23.6%. Tajuk bicara dia yang lebih luas ialah dari 23.6% kita boleh anggarkan dia JIKA gagal menembusi 0.00%... jawapan bagi segitiga ini ialah ke 127.6%...!!

- Stand-aside, terlebih dahulu... bentuk W spekulasi ini memerlukan margin dan equity yang besar jika mencounternya. Kita akan cuba melihat tanda reversal di dalam range 23.6% dan 38.2% terlebih dahulu, sebelum kita rembat short sekali lagi... ~miyahaha~.. uhukkk..!!!



EURUSD - 240min

- Komen kita minggu lalu ialah "sementara harga masih berada di atas 76.4%, dia agak pasti akan cuba untuk menceroboh sekurang-kurangnya ke dalam golden ratio 61.8% dan 50.0%"

-
Komen kita untuk minggu depan ialah " harga akan cuba untuk menceroboh 38.2% dan jika harga daily close gagal bertahan di atas 38.2% setelah ia berjaya ditanduk atau ianya gagal mencecah level 38.2%, maka InsyaAllah dia akan dijual seluruhnya termasuklah segala stable lumba kudanya"

- Short minggu lalu gagal dan kita takde post swing hingga ke ahir dagangan minggu lalu dan kita akan standby short sekali lagi pada bila-bila masa di antara level 50.0% ke 38.2%.


Rabu, 19 Januari 2011

EURJPY - Standby Short

2:30pm

Membentuk W yang kita semua recognise sebagai W spekulasi.. nampak macam belum abess perjalanan lengan kanan nya... tetapi mereka memforecast dia ni akan kecundang ke below 104 kelak. Semalam dia open below pivot... jika dia "tidak stabil" di zone FE 161.8, kita akan tunggu peluang short apabila dia berpatah balik ke below pivot harini. Harga S1 dan S2 jadi target kita.

Sila perhatikan jika ada bentuk M tatkala dia berada di antara R1 dan Pivot di timeframe yang lebih kecil.

GBPJPY - Standby Short

2:00pm

Dia open price below pivot harini... dan retracement dia telahpun tiba ke level 23%... Kita rasa ada peluang mengeshort dia barang sehari dua ke level 50%... Dengan peringatan bahawa jika dia meluru naik melepasi paras R3 harini, view bearish ini akan invalid.

Take Profit berperingkat yek!

Selasa, 18 Januari 2011

GBPUSD - Standby Short

6:00pm

R3, Pivot X dan level saiko 1.6
Short dan targetkan pada level-level warna kuning
Stoploss..?? Ermm... letak ler tak lebey dari 100pips
Boley kot?...

EURUSD - Standby Short

5:30pm

Kita lihat banyak pivot X, harini dia open bawah pivot, even dia naik ke R1 or R2, kita tetap syak dia akan tetiba gostan... ambil posisi di level yang kita tandakan merah, stoploss di level yang kita tandakan warna putih... ambil profit level by level, mungkin kita terpaksa mengheret posisi ini hingga ke akhir bulan.

Motto kita ialah "Jual di resisten"
Letak stoploss dan target... jangan lupa tau... dangerous!

Sabtu, 15 Januari 2011

Market View - Mid Jan

USDJPY - 240min

Sementara ianya berada di bawah paras 61.8%... ianya dijangka mengelirukan keadaan dengan seolah-olah bergerak ke arah 38.2% dan 23.6% dengan taktikal untuk membuat libasan ke atas 50.0% dan 61.8% dan 76.4% kembali.

Short dan Long... ketika ini kita tiada berhajat untuk memegangnya dalam tempoh yang lama, kita mencadangkan harga 83.00 pada Q1 ini sebagai penanda aras untuk dia bergerak lebih ke atas berdasarkan forecast yang kita pamerkan di sebelah kanan blog ini.

Apa-apa pun... harga di bawah 38.2% dan 23.6% memang mengiurkan untuk di perhatikan, kerana kita menjangka di situ ialah last leg untuk terbentuknya pattern W...!!! Hehe hehe... huhu huhu.... sabarrrrr....



GBPUSD - 240min

Sementara masih berada di atas level 50.0%... dia masih suka nak saiko harga 1.6000... kita rasa hasrat dia akan tercapai, dengan tajuk cerita ini ialah jika dia touch 1.6000 pada awal gerakan dia minggu hadapan... kita rasa di penghujung minggu dia akan turun ke 1.58-1.55

Buat ketika ini kita takde posisi untuk dia ni sebab last try kita short tak menjadi.. so... kita lepak tepi dulu tengok apa bentuk ni... hmmm... ni bentuk inverted head n shoulder... so becareful dengan taktikal ini.

Jika dia turun terlebih dahulu minggu depan, maknanya kita kena berjaga-jaga jika dia tak lepas 1.5550 - 1.5000... kita rasa situ ialah "bahu kanan"... just precaution je, otherwise, jika candles yang turun tu besau-besau dan tegap-tegap... i follow www www zzz


USDCHF - 240min

Kita prefer dia correction ke bawah terlebih dahulu ke level 76.4%... it's means kita mintak dia test level pertengahan 76.4% dan 61.8% untuk memastikan level tu kukuh untuk membawanya naik menanduk dengan penuh bergaya kesemua golden ratios... even ke level 23.6%.

Break below 76.4% akan men"damage"kan view ini dan akan menjadikan USDCHF bertambah merudum ke bawah 100.0%... huhu... sila perhatikan SMA 21 dan 55 sebagai kepastian gerakan trend... dan jadikan level 50.0% untuk view bullish dan 76.4% untuk view bearish.

Nasihat kita ialah ambil profit level by level... tak kira lah ketika short atau long... our bias ialah long for Q1 ... uhukk !


EURUSD - 240min

Sementara harga masih berada di atas 76.4%, dia agak pasti akan cuba untuk menceroboh sekurang-kurangnya ke dalam golden ratio 61.8% dan 50.0%... Sila berhati-hati dengan pattern yang terbentuk sekarang, secara mata kasar kita melihat dia sedang membentuk W spekulasi.

Dan seperti yang kita semua maklum, jenis W sebegini akan me"rally" sesuatu trend kadangkala sehingga boleh mengeringkan margin dan equity jika kita bertindak meng"counter"nya dengan kaedah swing muing sampai fening... miyahaha~

Oleh itu, sila ambil perhatian! Stoploss activatekan apabila bertindak mengeshortnya, jangan target jauh-jauh buat sementara waktu ini ambil profit sekadar 55, 89, 144 pips jika bersempatan. Otherwise selagi harga tak jatuh below SMA21 dalam mana-mana timeframe yang anda ikuti, follow ajelah trend semasa.

Awal-awal tahun begini, follow trend yang terbentuk dalam tf 15m dan 30m adalah memadai buat sementara waktu ini, kalau dia korner, kita pun ikut sama korner lah sampai bengkok... huhu huhu~ misi awal tahun ini ialah kita nak collect banyak-banyak pips.

Chart di atas tu, kita gunakan method 3 bulan punya high and low, so dengan cara tu kita boleh lihat dan buat projection hingga bulan Mac kelak. Kita "marking" 50% sebagai pivot, maka below 61.8% is bearish view, above 38.2% is bullish view.

Rabu, 12 Januari 2011

USDx - Corrections

Sabar...
Papa will come back
after this commercial break
...
:-P

Isnin, 10 Januari 2011

GBPUSD - Short Term View


It is likely to fall to 100% or below 127.2% in extension

while 23.6% and 0.00% area offer resistance.

*Above 0.00% the outlook could turn bullish.
*



Ahad, 9 Januari 2011

AUDUSD - Daily View

It should try higher up once again to 1.0180.
Entry point 0.9858 or 0.9745.
After this rise, we looking for mid-term correction.

Jumaat, 7 Januari 2011

EURUSD - BEFORE NFP

Friday 8:30 malam
(sila rujuk komen terdahulu)

Sabtu, 1 Januari 2011

2011 - Yen Gigantic Spikes...!!!

Japanese Yen Indeks

Salam Tahun Baru... 2011

- Ini adalah gambar paling "cool" akan bakal menjadi fokus utama kita di sepanjang 2011 dan entah sampai di mana hujungnya tidak lah kita ketahui lagi. Ye... kita sedang menyaksikan tanda-tanda Yen akan lemah... dan ini adalah bukti "bawah tilam" yang sengaja kita simpan sejak mid of Nov 2010.

- Khas untuk pengunjung blog ini SAHAJA... Sila download gambar ini dan sorok bawah tilam. Entry ini kita akan padam tepat seminggu dari tarikh ianya kita siarkan.

- Fokus kita ketika ini ialah "menduga akal" di manakah kita akan MEMBELI xxx/yen kelak. Jadi sementara masa masih ada dan kita lihat sekarang xxx/yen sedang mengundur ke belakang, kita pada ketika ini percaya "pengunduran" yang berlaku ketika ini hanya ibarat "lastik yang sedang mengumpul momentum" sebelum getahnya di lepaskan dari genggaman.

- Be patient...! Selamat Berjaya, Selamat Berjaya dan Selamat Berjaya...! INSYA-ALLAH !!!

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot