Rabu, 29 Jun 2011

EURUSD - Bearish Divergence


Update view
3:00am
30-June-2011

SELL below 1.4465
Target 1.4400-1.4350-1.4250
(expected dia akan ranging dalam triangle)



Selasa, 28 Jun 2011

EURGBP - Divergence

Update 12:30 tghari

- Beware of last Spikes Up !
- Kita nampak bentuk W dalam uptrend
- Agaknye nak start "korner"... layann

Isnin, 27 Jun 2011

GBPUSD - Divergence


Update Isnin 9:30mlm

- Kekadang... kita nak buat lain
- Tapi kita jumpa lain
- Layan ajelah....

Sabtu, 25 Jun 2011

Market view 27Jun - 01 July

USDJPY -240min

- Pullback..! Now we saw the emerging pattern.. it's likely to be an M pattern..

- Kuang3x... Try short dia di zone sekarang untuk mendapatkan habuannya di FE 100.0% dan FE 161.8%... warna purple. Stoploss above 81.25

- That's it. No futher comments.

GBPUSD - Daily

- Jatuh..! Standby aje jika ada pullback.

- Al-hamdullilah... dapek kito semuo memorex dengan berjayo. Tatkala ni ramai yang cubo counter... tapi den tak berapa nak tolong komen... tergelincir dari trendline memang boleh membawa padah..! Dan sememangnya itu yang kita tunggu-tunggu pun..!

- Forecast minggu depan :- "Inside candle" pada hari Jumaat adalah bermaksud yang meng'adjust'kan candle jadi sebegitu cuba membuat satu loncatan harga ke atas fibo 50% dan FE 61.8 !! , Jika gagal meloncat, harga boleh terbabas turun sampai ke fibo 61.8% dan FE 100.0%.

- Severe break down dari confluence fibo 61.8% dan FE 100.0%... boleh menyebabkan market menekan butang panic..!!! U U U ~lalalala~


EURUSD - Weekly

- Gap masih belum di tutup... perghhh..! Tapi kita berjaya mengeshort dan dapat hensem profit juga.. hehehe... jangan komplen bebanyak makan aje... elok juga lah sebab dapat gaji awal. Buat maso ini... itu ajelah yang boleh kita buat.

- Minggu depan sila perhatikan taktikal dia yang lopeh, sebab taktikal yang lopeh, genap 3 candle down.. dia akan naik tutup gap. Assuming pada awal minggu dia akan jatuh hingga ke 1.4050/20... kita jangka dia lepas tu akan naik tutup gap di 1.4350-80

- Forecast minggu depan :- Ado chance dia terus jatuh hingga 1.4150-1.4050... kemudian itu dia akan naik semula ke 1.4300-1.4350/80... Tetapi jika jatuh terus ke below Fibo 100.0% .. itu akan menyebabkan market jadi panic..! U U U... lalalala~



USDCHF - 60mins

- Tiada kata secantik lukisan... tetapi keadaannya adalah berbeza jika ungkapan tersebut kita berikan kepanda USDCHF. Kita percaya dia sedang di "carry" oleh "kutu-kutu matawang"... kikiki... dan kita percaya lambat-laun mesti SNB akan mulai keresahan.

- Kita fikir jika harga menerobos paras 0.83 minggu hadapan... harga akan terus di carry hingga ke paras harga 0.78-0.72 in future. Kita percaya "para kutu-kutu" sangat berhajat ke situ.. biarkan lah sahaja... kita tak berhajat nak lawan trend.

- Forecast untuk minggu depan: - Jika 0.83 dapat bertahan... dia akan naik mengetest 0.836 - 0.857.. otherwise jika takde sesiapa yang kacau daun... break below 0.83 akan membuka peluang jatuh seribu pips lagi ke bawah pada minggu-minggu yang akan datang.

Khamis, 23 Jun 2011

EURUSD - Masih boleh hold..

9:00 mlm
Apa yang patut di bank-in.. sila lah bank-in
Ado balen laeiii kot???

GBPUSD - Time Ambil Gaji

9:00 mlm
"Bismillah... Al-hamdullillah"
"Ado kojo.. ado gaji"... Tahniah...!!!

Rabu, 22 Jun 2011

USDX - Bisa kah?





(Klik untuk mendengar pesanan penaja.. kih3x)

Selasa, 21 Jun 2011

UCHF - Update


Untuk Jenahak...,

- Currently... memang ade emerging bullish pattern
- Tapi.. time dia belum berapa due.. ) semak time tu
- Walau begitu.. kita rasa dia sedang akan bikin M kecik
- Yang akan selesai pada time atau level fibo yang kita tunjukkan
- Terus terbang ke atas puncak A dan C adalah matlamat pattern ini.

Isnin, 20 Jun 2011

EURUSD - Update

Update view Selasa 4:30pm

- Kekadang... lain yang kita tunggu.. lain pulak yang menjelma.
- Kita layan dulu retracement ini mungkin sehingga 100.0%- 161.8%-261.8%
- Ado kojo.. Ado gaji.. Al-hamdullilah...



Isnin 8:20am

- Kita dah mentioned about this... we should now focus to buy dips this week.
- Sementara itu... sila setkan any divergence setup for this week.
- Kita cari bullish divergence.
- Sabar.. sama ada hari ini atau esok.
- InsyaAllah... kita kan dapat entry setup

Sabtu, 18 Jun 2011

Market View 20/24


EURUSD - Weekly Chart

- Market masih lagi terkial-kial untuk menutup "gap"nye. Sementara forecaster sibuk forecastkan ke sini dan ke sana. Break aje sesuatu level.. ooo... dia nak pergi atas or bawah... adesss... bertenang kekawan.. seperti yang kita dah bagitau hari Selasa bahawa market perlukan satu (1) body candle yang perlu menutup ruang gap tu.. setakat body daily tu menutupnya .. itu belum cukup syarat bahawa lubang gap tu telah di hadang.

- Berdasarkan "taktik" lama EURUSD ini... dan berdasarkan example yang kita berikan dalam gambar di atas... orang yang sengaja buat gap ini sedang merancang untuk me"rally"kan harga naik ke atas. Ye.. baca betul-betul... dia merancang nak membawa harga naik ke atas. Are you clear with this message..???

- Rancangan dia hanya akan gagal JIKA.. harga pada awal dagangan minggu depan melompat naik ke atas 1.4345.. ehekkk... jika berlaku sebegitu, maka peluang kita merembat turun adalah tinggi... dengan alasan pivot-x, tutup ruang gap dan juga bentuk W kontot semasa uptrend.

- Tetapi jika harga tercampak turun ke bawah 1.4301.. Kita boleh suggest bahawa tidak lama kemudianya harga akan mengikut rancangan yang telah di atur iaitu mengetest level 1.47 dan of course lah hingga ke 1.5 boleh di terima pakai.

- Nasihat kita... jangan keras kepala... ambil sahaja peluang yang menjelma. Sebabnya.., kita bekerja dengan setiap gerakan teknikal dan taktikal market.. ado kojo, ado gaji... eeeehiksss.



GBPUSD - 240min

- Ianya masih dalam progress yang kita percaya akan berakhir dengan spikes di zone trendline sebelah atas. Walaupun kebiasaanya M jenis macam ini akan melepasi puncak kedua-dua "kepala"nya... tetapi buat masa ini biar ler kita anggap sampai trendline aje dulu.. kang kalu over-confident "naya" plak kita semua.

- Minggu depan... perhatikan jika dia buat gap harga open naik ke atas... lepas tu kita akan tengok weekly chart samada kita ado peluang untuk merembatnya turun hanya setelah kerja dia ni selesai... jangan pening kepala... follow dulu mana dia nak pergi... ado kojo.., ado gaji... ehikkkss.

- Boleh gunakan teknik yang kita dah tunjukkan untuk intraday... cuma perlu sabar je.. dan jangan terburu-buru nak trade setiap hari... Dapat letak 2 post dalam seminggu pun dah ok... jangan masuk market ketika fikiran kita stress, terburu-buru, bukak laptop aje nak tekan F9.. apara cara macam tu... tu cara jahiliyah... ehehehe

- Tinggalkan semua cara sebegitu... trade smart... letak post time volatility rendah.. tengok jam sebelum entry... baru ler profit pun hensem... kalu rugi pun dalam "unjuran" yang sempit... kikiki



USDJPY - 240min

- Kita selalu memandang Yen sebagai barometer untuk index market eg. DJI dan SP500.. dalam banyak situasi Yen ini beri gambaran awal.. dan untuk minggu lepas di akhir dagangan Yen ini menguat.. apakah "clue" nya?? Sila semak di sini (klik untuk membaca).. Reuters

- Kita akan lihat Yen ini akan berjaya melepasi paras FE 161.8 kerana Shikibara menganggarkan ianya akan menguat sekitar 75... ~uhhuhuhu.. (klik untuk membaca).. Bloomberg

- Yang menjadi persoalan sekarang adakah dengan terbitnya kedua-dua berita tersebut akan menyebabkan index market akan terjun? Well... I really dunno. Lebih elok jika bersikap berhati-hati dalam menangani hal sebegini..

- Sayugia kita ingatkan bahawa penguatan Yen juga adalah salahsatu tanda market semua akan terjun... sejarah terdahulu telah merekodkan beberapa kejadian situasi sebegini.




Khamis, 16 Jun 2011

GBPUSD - Another Round


View 11 malam
View 08 pagi - move sL ke entry (breakeven trade)

Selasa, 14 Jun 2011

EU .. Ngendap


sapa ade wang lebey.. ehemmm.. pepandai ler kontrol ek... :-p

GBPUSD - Camne nak entry..

UPDATE VIEW 5:30 ptg (Rabu)

Penjelasan :-

- Seperti yang kita lihat sekarang, market telah membawanya turun sehingga ke daily S2 , weekly pivot dan fibo 161.8%.. dan sayugia kita ingatkan bahawa harga tak buat pembalikkan ke pivot daily harini...

- Reward kita sangat bagus... more then 3:3... pada peringkat ini... di syorkan menutup separuh dari posisi short yang ade... dan kemudiannya mengalihkan stoploss semalam (bagi baki separuh posisi yang tinggal) kepada kedudukan +100pips dari harga entry kita semalam.

- Follow the trend until it's bend.. ikut trend sehingga bengkok.. letak SMA 21 sebagai panduan.

Sekian, wassalammm

Nota : kita dah tunjukkan step by step as requested by "Tiada Nama"... how we start trade, set stoploss, using pattern, cara melihat pivot, support, resisten... I hope semua enjoyed this session... dan boleh praktiskan cara yang sama di lain masa dan ketika.... Alhamdullilah...


UPDATE VIEW 8:00 pagi (Rabu)

Penjelasan :-

- Seperti yang kita lihat sekarang, kita fikir "top-in-place" malam tadi.. Dengan "W" kontot sebagai tanda kita bahawa new trend akan berlansung. Open below pivot harini serta daily candlestick shooting star..., menguatkan lagi pandangan itu. InsyaAllah... harini kita akan tunggu hasilnya.


UPDATE VIEW 8:00 mlm

Penjelasan :-

- Now kita akan berhadapan dengan soalan adakah market akan membawa dia ini turun atau tidak... berdasarkan kepada divergence yang kita lihat siang tadi dan sekarang kita akan melihat samaada "W" ini ialah jenis kontot. Dan jika ya... maka top siang tadi are in place omputih cakap.


======================================



Langkah 1.. 12:30tghari

- Penjelasan... bilamana sesuatu trend itu akan "korner"... ada tanda-tanda yang boleh kita lihat, salah-satu cara yang berkesan ialah melihat kepada tanda "divergence". Divergence membentuk sekurang-kurang dua (2) "bonggol".. atau di sebut orang sebagai dua (2) "puncak".. bila salah satu bonggol itu senget... barulah boleh di sebut sebagai "divergence"...

Langkah 2.. 2:00 ptg

- Penjelasan... Semasa kita nak mengeshort... sila pastikan terlebih dahulu... di manakah kita sekarang?.. Di zone Support kah... atau di zone Resisten? Ini penting kerana untuk trade yang di namakan "trade-counter-trend"... ianya adalah bahaya. Dan Jika kita ambil keputusan untuk memulakan short di sini... kita boleh gunakan nilai ATR semasa di kali kan dengan 3... untuk di gunakan sebagai stoploss kita.

- ATR ialah petunjuk volatility.. semakin dia menunjukkan nilai volatile yang rendah.. semakin bagus peluang kita untuk meletakkan entry dengan nilai stoplos pips yang lebih rendah.




Langkah 3.. 2:30 ptg

- Penjelasan.. bilamana telah sah ijab dan kabul MACD moving averagenya bersetuju mengcrosskan dirinya di atas palang-palang bar nya.. maka kerja kita ialah mengira timing nak entry... kira lah bar itu cukup 3.. dan masih di bawah moving average merah tu.

- Maka ucapkan "Bismillah.. tiada daya dan kuasa, melainkan dengan pertolonganmu Ya Allah.."
enter lah.. dan lepas tu kita cuba-cuba buat kerja lain... sambil jeling-jeling... :-p


-----------------------------------------
Sila ambil perhatian:-

Ini adalah view timeframe 15min = intraday view
Risk / Reward biasanya sekitar = 1:2 atau 1:3
Jika situasi tidak menyebelahi kita = 1:1 (breakeven)
------------------------------------------

Gap - Camne nak handle ??



- Selalu kita semua jumpa "gap" bila market open pada hari Isnin.
- 2 gambar kat atas menunjukkan apa akan berlaku bila ade "gap".

- Apa akan kita buat bila kita jumpa "gap" semasa downtrend?
- Kita patut tunggu pullback (retracement)

- Taktikalnya patutkah kita masuk short pada masa ini?
- Tidak!.. Jangan short jika gap yang jenis open below last week closing price

- Kenapa pula tak boleh short?
- Sebab kita kena tunggu dua tf body candlestick yang akan hadang "gap" tu.

- Tf ? Tf ape?
- Daily dan Weekly..

- Jadi nak buat apa nie?
- Tak buat apa-apa... hanya pada Khamis atau Jumaat baru boleh short

- Kenapa lama sangat tuuu?
- Sebab kalau short open hujung minggu,,, body weekly dah siap hadang "gap" tu

- Lerr.. camtu rupanyerr...!!!

Ahad, 12 Jun 2011

See what I do.. eh, what I did.. :-p

Pengurusan Kewangan

Risiko dan Ganjaran


Kebelakangan ini ramai orang-orang kita terjun ke dalam perniagaan forex ini. Tak tahu pula mengapa.., tapi majority nya kerana telah menghadapi masalah kewangan.., mungkin sebab hutang keliling pinggang atau mungkin kerana telah terlalu banyak wang.., maka mereka pun terjunlah memorex.


Saya memorex kerana saya seorang penggangur. Takde kerja.. omputih cakap.. jobless. Islam melarang kita menggangur…, maka kerja yang bersesuaian dengan saya ketika saya meninjau-ninjau peluang kerja selepas saya di terajang dari kantor ialah online forex trading.


Setelah bertanyakan pendapat beberapa orang kenalan dan juga mentor, tahun 2003 saya pun memulakan langkah untuk ikut terjun. Pada awalnya.. saya hanya berbekalkan teknikal tentang Moving Average dan Trendline sahaja. Kantoi adalah perkara biasa. Saya kantoi berkali-kali.. tak silap saya setiap 6-8 bulan mesti ada kantoi sekali waktu itu dalam tempoh 3 tahun.


Dan kantoi yang terbesar ialah pada kejatuhan market pada 2008. Ahhhh…! Waktu tu jika berjalan pun terasa bagai berjalan di atas sampan. Terumbang-ambing. Hampir hilang semua modal. Untung isteri saya seorang yang cerdas dan open-minded. Beliau-lah penawar hati di kala sebegitu.


Tatkala saya termenung dan diam sahaja, dia lah pembuka bicara dengan gelak ketawanya. Semasa saya kebuntuan idea dan keluh kesah, beliau jugalah yang menawarkan jalan keluar bagi sesuatu masalah.

Sebagai peniaga jatuh-bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa. Secara semulajadi contohnya semasa kita bayi kita akan selalu jatuh sewaktu mula belajar berjalan… esok-lusa kita boleh pandai berlari pula.


Apa silapnya jika kita kantoi ???


Faktor utama.. ianya adalah kerana tiadanya pengurusan kewangan yang cekap serta gagal mengawal risiko.


1) Tak hirau tentang berapa baki modal, margin dan leverage

2) Tak hirau tentang berapa stoploss dan profit yang perlu di ambil

3) Tak pasti nak trade ala intraday atau ala short-term


Semuanya itu adalah faktor yang saya kesan untuk diri saya bilamana saya kantoi. Perkara yang serupa berlaku berulang-ulang kali. Ianya adalah pusingan yang akan datang menjengah saya tatkala perasaan TERLALU YAKIN menguasai diri.


Hasil dari beberapa check-list yang saya lakukan untuk diri saya sendiri, saya temui dua (2) cara untuk menyelamatkan diri saya dari terjerumus kembali ke dalam masalah yang serupa iaitu:-


1) JANGAN memulakan trade ketika rasa terlalu yakin menjelma

2) JANGAN ubah-ubah timeframe jika kita telah melihat sesuatu trade setup.


Hasil-nya.. saya dapat menumpukan perhatian kepada trade yang telah saya lakukan. Sama ada trade itu akan berjaya atau tidak… saya akan mempastikan sejumlah nilai pips untuk stoploss sebagai risikonya . Dan sejumlah pips juga untuk profit sebagai ganjarannya.


Sebelum trade, saya akan melihat


1) Pivot – Daily, Weekly, Monthly

2) Fibo – Retracement dan Expansion

3) Fibo – Pattern dan Timeframe

4) Oscilator – Momentum dan Divergence

5) News dan Opinion


Semasa AKAN entry mana-mana trade.. saya akan melihat


1) Average True Range (ATR) sebagai panduan Risiko dan Ganjaran

2) Mengira modal, bilangan lots dan margin yang sesuai


Setelah Entry saya lakukan


1) Buat kerja lain… eg… tidur, berbual dengan kekawan kat forum

2) Keluar rumah… eg… pergi ke kolam pancing ikan (tgk2 aje) dan warung

3) Layan famili… eg… borak dengan isteri atau kacau anak buat kerja sekolah

4) Lepak surau… eg… ikut aje lah apa-apa kuliah atau kelas yang berlangsung


Saya selalu mengingatkan diri saya bahawa kita akan berjaya jika kita selalu ikut disiplin. Jika kita rugi pun.. sekurang-kurangnya kita telah berjaya mendisiplinkan diri kita mengikut sistem perniagaan yang sebenar… iaitu untung dan rugi.


Ketika untung di raih.. usahlah pula terlalu gembira, supaya dikala rugi melanda kita tidak akan terasa begitu kecewa.


Sekian, wassalam.


Sabtu, 11 Jun 2011

Market view 13/17

EURGBP - Weekly

- Ok.. pair ini mungkin lepas nie kita offkan view dia.. kerana pada pandangan kita.. masih dalam proses correction yang mengambil masa yang agak panjang. Berdasarkan kepada structurenya ketika ini... kita setakat ini percaya dia akan membuat "MUNGKIN" correction terakhirnya dalam tempoh 10 minggu akan datang.

- Our bias for longer term dia = BULLISH.. but now still = CORRECTION

- Dalam tempoh sepuloh minggu ke hadapan ini... sila layan CORRECTION ke bawah. Nanti bila dah sampai kotak biru yang kita tandakan itu..., kita akan lihat peluang membeli semula.


NZDJPY - 240min

- Yang ini pair yang tak pernah kita letak kat sini... tapi secara individu memang ler pair ini kita kerap juga trade... kita bedal apa-apa pun jika ada setup atau ada "tips" dari kekawan yang lain. Dan kali ni seorang kenalan kita yang bagi tips... dia ni famous dengan Gann dia dan ketepatan forecastnye...

- Sebagai menghormati teknik Gann dia.. kita cuba tunjukkan dalam kiraan Gann mengapa pair ini perlu di short.. Kita cuma lukis bentuk 2 pattern yang menjelma ketika ini... dop tau lah pulak level Gann tu betul ker tidak... kih3x..

- Sesiapa yang suka nak mencuba... apo salahnye.. stoploss ikut ATR level tu. Profit semua orang dah tau kot ikut aje kotak-kotak target tu.. Ok.. selamat duduk diam-diam macam pengantin ye... ehikkkkss..!!


EURUSD -240min

- Minggu yang mengecutkan telo sebenornya bagi kita... dengan ECB dan Uncle Trichet yang sinonim dengan huruf "V" dia.. siapa lah kita ketika itu ?? Yang kita jumpa ialah huruf "W".. nak sebut pun payah.. berbelit lidah.

- Syukur... selamat kita membedal hingga ke 50% (fibo warna purple).. now ramai yang masih terpinga-pinga.. kenapa Uncle Trichet sebut "V" tapi market turun gak? Uhuhu~... pada kita... mereka semua sebenornya terperangkap dengan rumours... bila fakta mari... mereka tak sempat nak lari... tapi tak mengapalah juga... kerana mereka pun sebenornya dah dapat berguni-guni.

- Orait... trend bergerak mengikut anggaran kita pada minggu lepas.., dan RSI menunjukkan tekanan yang kuat ke bawah dan kita sekarang boleh berkira-kira yang jatuh hingga Jumaat itu ialah mungkin apa yang orang Elliotwave cakap Wave ke-3.. wave ni panjang dan kita jangka harga akan tembus 1.39 dalam jangkamasa sequence fibo time series yang kita lukiskan.

- Sebarang pullback hendaklah di lihat sebagai peluang untuk mengeshort. So... kerja kita minggu depan ialah mengendap senyap-senyap di sebalik pokok pisang.. Ehhhikkkkssss..!



GBPUSD - 240min

- BingOoO..!!! Desyummm... "W" kontot 30min membawanya turun melepasi paras A dan C.. and now kita lihat emerging "M" pattern pula sedang berlaku... ehekkkk..!

- Berhati-hati aje lah... "M" ade 3 jenis... pertama "M" kontot tak lepas 100%... kedua "M" senget yang setakat 127.2% dan yang ketiga ialah "M" yang kaki dia panjang yang boleh sampai 161.8% or even ke 361.8%..!!!

- Kita suspek... dia nak buat "M" yang kaki boleh cecah 361.8%... ehekkkk..! Tapiii.. itu kan angan-angan kita aje... tapi kaluuUuu menjadi... Lu pikir sendiri lah beb..! Pivot bulan Febuari tu kosong lagiiii... eeeeeeehiksss... uhukkk..!

- Stay short..! Dalam gerakan gelombang satu, dua dan tiga... W kontot 30min tu dulu mungkin menunjukkan petanda bermulanya gelombang ketiga.




USDCHF - 240min

- Takde power..!!! Huhhh...! Susah nak cakap dia ni.., bentuk sekarang macam inverted HnS kecik kat bawah tu... dan pivot daily yang dia tak salam tu masih menunggu... banyak tu ek!? Lumayan juge.. lagi pun ado untung sket EU dan GU ni.. agaknye boleh ler kita cover-cover sket rugi terdahulu... ehehe

- Tapi kita ingek nak buat buy breakout kat 76.4% tu dan stoploss kat 88.6% tu. Beli dengan momentum... profit 2x nilai stoploss... amik sket-sket ok kot sebelum dia mencecah pivot-pivot tu... so buat sementara ni itu je lah idea kita..

- Tak nampak pulak ada "M" kontot... so mungkin downtrend nie masih belum selesai..!

Selasa, 7 Jun 2011

GBPUSD - Now What ??

GBPUSD 30min..

- di suruh jadi AB=CD.. dia tak mau
- now the risk ialah below 1.60.. dengan syarat X tak tembus
- cari entry yang bagus... kita short dia sampai lebam..!

EURUSD - Topping ???

at 6:00pm


EURUSD -60min

- Semasa Uptrend... dan mungkin uptrend tu nampak macam melebih-lebih... kemudian kita nampak bentuk W seperti gambar kat atas tu... itu MUNGKIN petanda gostan.

- Short dia.. tetapi kita tak tahu adakah ini tanda meneruskan trend sebelum ini atau tidak... tetapi kita anggap dia boleh turun sehingga 50% dari low di bawah tu... stoploss atas D warna kuning..

GBPUSD - Emerging AB=CD



GBPUSD 60min

- Seperti yang kita gambarkan dalam view mingguan... kita tak pasti lagi samaada dia ni sedang menukar trendnya atau tidak.. sehingga setakat pagi ini kita hanya dapat gambaran sekilas lalu aje dan jika ianya berlaku, kita jangka dalam kawasan yang kita bulatkan.

- Sila berhati-hati semasa di dalam kawasan tersebut. Jika ianya betul AB=CD.. harga akan melepasi paras A dan... kemudiannya nanti kita akan nampak pula bentuk W... ehehe... alopak agogo...! Itu kemudian cerita lah ye...

- Selamat memorex.

Isnin, 6 Jun 2011

CHFJPY - Peluang Besar..???

Mari kita lihat.. boleh ker tak boleh?

Kita akan check bersama-sama supaya semua orang faham,
bagaimana kita boleh trade cun.. guna pattern.

Reward biasanya cantik...
tapi off-course lah semua cara trade ada Risk.
It's part of semua jenis system.
Tak pernah den tengok orang trade takdo Risk.

Berikut adalah step-step nya.. buat pelan-pelan..



1) Daily View.. ado pattern.. huhuhu~

2) Checklist pattern = Bearish Gartley


3) Checklist AB=CD (correction siap)


4) Checklist Time AB= Time CD


Haa... ok dah settle semua model serta petunjuk. yang tak masuk dalam gambau chart tu ialah pivot monthly, weekly dan daily... itu kena semak sendiri lah ye. Sayugia kita ingatkan bahawa walaupun fibo dah tunjuk level... kita senantiasa mestilah "hormat dan respect" pada harga-harga support dan resisten monthly, weekly dan daily.. Jangan lihat fibo level aje... most cases harga selalunya akan selesaikan matlamat dia di ke situ dahulu (support or resisten) sebelum dia bertindak mengikut level fibo...

That why orang keciwa guna fibo sebab "tak ambil pot" support dan resisten.. dan kemudian give-up .. walhal kalau dia sabar... dan ada money management yang sehat... rewardnya memang lebat dan hebat...

Ok. untuk tradekan pair ini... silalah sesiapa yang sudi nak cuba... buat homework dulu... rewardnya biasanya ke B (first target)... itu ajelah yang boleh kita rekemen... jika makin jauh ke bawah maknanya dia akan cuba break C dan A kemudiannya... Oleh kerana ini timeframe daily... usahlah harap harini entry esok boleh sampai target... Mungkin duration nya nak samapai ke B pun makan masa satu atau dua bulan gitu-gitu lah gamaknya...


Sekian, Wassalam..

Suatu Kisah....

Suatu ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W .. ketika Baginda S.A.W berjalan sekelliling Madinah, terlihat oleh Baginda S.A.W sekumpulan petani sedang mengahwinkan pokok kurma ( bunga kurma jantan dikahwinkan dengan bunga kurma betina)... Baginda S.A.W menegur perbuatan mereka itu dengan alasan bahawa kalau tak di kahwinkan pokok-pokok kurma tu.. pokok-pokok tu akan berbuah jua.

Para petani itu pun taat dan patuh dengan teguran Baginda S.A.W

Selang beberapa bulan musim buah pun tiba. Para petani itu mendapati pokok-pokok kurma mereka tidak berbuah. Mereka mengeluh kerana Baginda S.A.W telah menegur perbuatan mereka mengahwinkan pokok-pokok kurma dahulu menyebabkan sekarang pokok-pokok kurma itu tidak berbuah dan mereka tiada hasil untuk musim itu.

Para petani mengadukan perkara itu kembali kepada Baginda S.A.W

Akhirnya Baginda S.A.W berkata, “Kamu lebih tahu urusan duniamu.”

Sabtu, 4 Jun 2011

Market View 6-10

USDCHF - 240min

- Rasa-rasanya dia ni tak akan berhenti di level yang di tunjukkan. Samada dia ni akan mengenapkan nilai pips dia jadi 610 atau terus terjun menjadi 987 pip, kita pun dah tak kesah... last week kita asyik fikir halal-haram-halal-haram... itu aje... lagi pun kita pun dah abess idea nak counter cara macam mana lagi.... wakaka.

- Mati lar kalau kita bertahan dengan situasi sekarang.., last week kita lepaskan buy kita.. tak boleh tahan..! Mungkin komen IMF tempohari membuatkan Swiss become more stronger in future.

- Jika pun dia ni bounce.. estimate tak akan lebih dari B.. unless kemudian dia bikin M kontot.. itu lain cerita.



GBPUSD 60min

- Adakah yang bounce hari Jumaat lepas merupakan suatu gerakan trend yang baharu??? Kerana ianya bounce di 50%... dan kita semua tahu expectation nya jika ianya bounce di atas level 50%... yang mana ianya akan mencari 161.8%.

- Itu pun jika ianya melepasi paras 100% lewww... otherwise dia masih dalam range 1.65-1.60 lagi untuk entah berapa lama lagi... Kita ambil keputusan untuk stand-aside untuk pair ini. Lagi pun mood memorex memang tengah tak dop...

- Khas untuk memahami tentang leverage dalam forex... elok lah bagi sapa-sapa yang tak pernah baca mengenai pandangan syariah tentang leverage ini mendownloadnya di sini JAKIM ianya lebih mudah kita fahami serta ada 2 pandangan mengenai-nya.

- Leverage ialah loan yang tak dikenakan interest. So.. jika trade dalam non-interest account... isu rollover interest dan swap selesai sebegitu aje. Cumanya leverage diberi kepada pelanggan dengan bersyarat... bahawa kita mesti trade under pihak yang menawarkan leverage tu sahaja.. contohnya jika open account under broker A dan dapat leverage 100:1.. kita tak boleh bawak keluar leverage yang kita dapat tu untuk pergi sesuka hati trade kat broker B.

- Yang itu lah jadi tak boleh.. tak cukup syarat dari sudut syariah.. Kita agree dengan hujah tu.. Tapi semua broker syaratnya pun serupa macam tu juga.. semua broker memang tawarkan leverage yang serupa... yang jadi tak berapa faham ialah kalau dah semuanya memang tawarkan benda yang serupa... apa pula masalahnya dengan leverage???

- Kita pandang leverage ini ialah perkara yang memudahkan urusan perniagaan para trader. Leverage hanya kita dapat lihat apabila entry kita lakukan.. takde entry takde lah leverage.. Semua tempat menawarkan leverage 100:1 or 200:1... kenapa kita nak susah payah bawak leverage tu keluar nak pergi trade tempat lain??? Soal broker akan dapat untung begitu or begini sebab kita guna kemudahan leverage kat tempat dia tu... itu kan adalah urusan dan hal para broker... bukan nya hal kita.

- Kenapa babitkan kita dengan segala kerja dan urusan broker ?? Patutnya broker lah kena tanggung akibat semua syarat dan tindakan mereka... Kita semua jenis lurus bendul, soal broker nak korner lipat begitu begini, itu adalah di luar tugas kita. Tugas kita cuma trade and earned.

- Walaupun begitu cara selamat dan penutup cerita leverage ini (jika tak mau guna) ialah dengan menukarkan nya kepada 1:1 ... ahakkk..! Senangkan? Tapi tak seronok lah sebab untung trade porex tu bebetul ciput..! Tapi bila kita semua punyai modal yang mantap... dengan leverage 1:1... rupa-rupanya dunia forex ini terasa begitu aman-damai... ~Kikikiki ...!!!!

- Akhir kalam... sila baca berita ini.. Bernama..


USDJPY - 240min

- As kita mentioned b4.. dia ada divergence... then pada awal minggu lalu di naik ke atas then lepas tu dia turun... as we can see... harga sekarang masih berada dalam golden fibo... dan sila awasi dia ini sesangat kerana below 38.2% ialah kawasan di mana BOJ buat intervention sebelum ini... should double bottom menjadik.. lambung manyak kuat wooo !!!

- Quote :- "Tetapi dalam perdagangan forex online, broker tidak akan mengkreditkan serta-merta matawang yang anda beli ke dalam akaun anda. Jadi, anda yang membuka posisi membeli instrumen EUR/USD tidak akan selama-lamanya dapat membuat qabd terhadap matawang EUR yang anda beli..."

- Qabd ( قبض ) adalah kata terbitan daripada perkataan Bahasa Arab qabada– yaqbidu yang bermaksud dengan mengambil, menggenggam, memegang, menguasai dan yang seumpamanya.

- Kita keliru ke.., atau mereka yang tak check bebetol? Jika kita lihat sample chart di atas.., mesti anda pening... kenapa aku jual USDJPY tapi nilai Profit dia ribu-riban? Jawapannya ialah begini... di column Profit MT4 tu anda boleh pilih untuk melihat Profit anda tu berdasarkan 3 kaedah... 1) as Point (nilai pips) 2) as Deposit Currency ( nilai currency ikut dulu kita deposit guna apa...USD, EUR, POUND etc) 3) as Term Currency ( nilai currency yang sedang kita dagangkan)

- Dalam contoh di atas... nilai profit yang anda sedang lihat ialah nilai Yen. Para pengkaji main tembak aje cakap broker tak kreditkan serta-merta currency yang kita beli dalam akaun trading kita. Jadi mereka cakap pemilikan (qabd) tidak berlaku... sebab tak nampak pun duit Yen ke apa ke yang dia trade tu masuk ke dalam akaun dia, malah gatal mulut cakap trader tak tau berapakah nilai currency yang sedang dia jual dan beli tu..

- Ada betoi ka???
Tak berape faham lagi??? Sila rujuk sini... Youtube



EURUSD 60min

- As expected dia meluru naik dan tetiba semua orang cakap "bearish end, bull comes back".. ehhh.., sebiji ayat mereka macam "pasukan pengkaji"... tengok gitu-gitu aje lepas tu bagi ulasan. Pasukan pengkaji ni sewajarnya kita gelar mereka "para spekulator".

- Quote : "Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka. Pasaran ini mengandungi pihak-pihak yang menspekulasikan harga untuk meraih manfaat bagi mereka dan memudaratkan orang lain."

- Adakah chart yang kita lihat di atas dengan segala maklumat yang kita pelajari dan kenali ini pun mereka kata perjudian? Dah terang dan jelas dengan maklumat pun judi juga ke? Itu yang buat aku pusing kepala pikirkan tentang bagaimana "pasukan pengkaji" tu mengaji.. Statement tu lebih condong kepada main agak-agak aje... faktanya mana?

- Bukan tujuan kita menolak mentah-mentah semua hasil kajian para pengkaji itu... bukan pula kita menolak tentang nas-nas dan dalil-dalil yang diberikan... tapi jika kita baca berulang-ulang kali hasil nukilan mereka tu.., hmmm... tu yang payah nak cakap... dan dalam masyarakat kita agak payah kita nak dengar dan lihat rugutan orang awam jika seseorang Tok Imam tu bagi arahan begitu dan begini.

- Tapi bila ramai orang berani bising-bising pasal arahan Tok Imam... mestilah ada something wrong dengan Tok Imam tu sendiri... ye tak?



EURGBP 60min

- Meleret naik... kita open short pada malam Khamis... hari Jumaat kantoi stoploss kita... nak open short malam Jumaat... semangat dah goyang. Otak kita asyik fikir pasal leverage...! Kita baca lagi apa yang kertas kerja tu laporkan...

- Quote... "Untuk melihat secara jelas praktis semasa pelaburan melalui forex, pasukan pengkaji melakukan pemerhatian tidak terlibat (non participation observation) dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan pertanyaan ketika pelabur melakukan transaksi tersebut."

- Baca lagi sekali... dan baca lagi sekali dan lagi dan lagi... ahhhhh..! Rupa-rupa pasukan pengkaji tu hanya buat window shopping aje??? Kalu begitu kita pun boleh jadi doktor falsafah..! Tengok aje dari luar.. lepas tu komen. Bukannya susah.. buat rumusan kemudiannya ikut rujukan buku-buku lain.

- Macam lebih kurang kita tengok chart kat atas tu lah... kita tengok harga ketika ini kat sempadan channel sebelah atas... kemudian kita rujuk contoh-contoh pattern dalam buku... apa buku tu ulas??? Jika begitu dia jadi begini, jika begini dia jadi begitu. Rumusan nya ialah jika naik ke atas kita beli dan jika turun ke bawah kita jual. Satu halal satu lagi haram.

- Senang ek.., nak rumusan..!?? Ke mana hilangnya ilmu para ilmuan agamawan kita sekarang?

Jumaat, 3 Jun 2011

Penyelesaian... Habis Cerita


1- Isu Haram Forex Online membuatkan kita tak boleh tidur... semangat pun hampir luntur... setelah kita berulang-ulang kali membaca kesimpulannya... maka terdapat jalan penyelesaian yang mungkin menghindarkan kita semua dari terjerumus ke dalam lembah yang kita memang tak mahu mendiaminya.

2- Isu Leverage adalah asas dan intipati pembentangan kertas kerja tersebut. Maka kita selesaikan dengan cara yang agak mudah... tukarkan leverage yang kita guna sekarrang kepada leverage 1:1... kuang3x

3. Baru test demo kat Broco... belum tanya support pun... kalau benar boleh guna 1:1 di situ dengan swap free account serta free dari roll overnight interest ... transfer akan di lakukan dengan secepat mungkin... maka selepas ini tiada masalah lagi lewww... !!!

Wassalam...

Khamis, 2 Jun 2011

Bulan Rejab dah mai...



Rejab dah mai... malam ini start lerr 1hb Rejab bagi tahun ini... dan macam biasa, kita semua akan memasuki zone beramal-ibadah dengan tekun.., setekun macam kita memorex. Setepat itu jua sekarang sedang beredar dalam hasil kertas kerja suatu muzakarah yang telah di anjurkan oleh JAKIM berhubung dengan "Forex Online Trading."

Sila dapatkan salinan kertas-kerja tersebut di laman sesawang Ustaz Zaharuddin dot net tanpa edit. Hmmm... elok ler kita semua cool-down dulu... baca dulu..., tenang..., dan berfikir dengan semasak-masaknya sebelum kita ambil apa-apa keputusan mengenai hasil kertas kerja yang telah di bentangkan.

Sayugia kita ingatkan bahawa sebelum kita cepat-cepat menyanggah pendapat mereka..., elok lah kita letak cermin besar-besar di hadapan diri kita berkeseorangan dalam bilik... lihat dulu kat cermin tu... adakah kita layak ke nak menyanggah hujah-hujah bertulis mereka?

Jika jawapan anda ialah YA! Maka eloklah buat satu hujah yang menyanggah kertas kerja mereka.. bagi diri saya pula.., saya berpendapat bahawa saya merujuk kepada FATWA JAKIM di sinun ------> SATU dan DUA

1) Saya tak mau korek dalam-dalam atau lebih details macam kertas kerja tu buat..

2) As we know... if everything we korek-korek... kita akan jumpa semuanya tak boleh lah...

3) The truth is... as long Majlis Fatwa dan Syariah kata boleh.. i follow www www


Melainkan jika di masa hadapan Majlis Fatwa dan Syariah kata stop... I stop lah..


Sekian, Wassalam
Selamat Beramal-Soleh-Sepanjang-Hayat.

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot