Isnin, 6 Jun 2011

Suatu Kisah....

Suatu ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W .. ketika Baginda S.A.W berjalan sekelliling Madinah, terlihat oleh Baginda S.A.W sekumpulan petani sedang mengahwinkan pokok kurma ( bunga kurma jantan dikahwinkan dengan bunga kurma betina)... Baginda S.A.W menegur perbuatan mereka itu dengan alasan bahawa kalau tak di kahwinkan pokok-pokok kurma tu.. pokok-pokok tu akan berbuah jua.

Para petani itu pun taat dan patuh dengan teguran Baginda S.A.W

Selang beberapa bulan musim buah pun tiba. Para petani itu mendapati pokok-pokok kurma mereka tidak berbuah. Mereka mengeluh kerana Baginda S.A.W telah menegur perbuatan mereka mengahwinkan pokok-pokok kurma dahulu menyebabkan sekarang pokok-pokok kurma itu tidak berbuah dan mereka tiada hasil untuk musim itu.

Para petani mengadukan perkara itu kembali kepada Baginda S.A.W

Akhirnya Baginda S.A.W berkata, “Kamu lebih tahu urusan duniamu.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot