Sabtu, 4 Jun 2011

Market View 6-10

USDCHF - 240min

- Rasa-rasanya dia ni tak akan berhenti di level yang di tunjukkan. Samada dia ni akan mengenapkan nilai pips dia jadi 610 atau terus terjun menjadi 987 pip, kita pun dah tak kesah... last week kita asyik fikir halal-haram-halal-haram... itu aje... lagi pun kita pun dah abess idea nak counter cara macam mana lagi.... wakaka.

- Mati lar kalau kita bertahan dengan situasi sekarang.., last week kita lepaskan buy kita.. tak boleh tahan..! Mungkin komen IMF tempohari membuatkan Swiss become more stronger in future.

- Jika pun dia ni bounce.. estimate tak akan lebih dari B.. unless kemudian dia bikin M kontot.. itu lain cerita.



GBPUSD 60min

- Adakah yang bounce hari Jumaat lepas merupakan suatu gerakan trend yang baharu??? Kerana ianya bounce di 50%... dan kita semua tahu expectation nya jika ianya bounce di atas level 50%... yang mana ianya akan mencari 161.8%.

- Itu pun jika ianya melepasi paras 100% lewww... otherwise dia masih dalam range 1.65-1.60 lagi untuk entah berapa lama lagi... Kita ambil keputusan untuk stand-aside untuk pair ini. Lagi pun mood memorex memang tengah tak dop...

- Khas untuk memahami tentang leverage dalam forex... elok lah bagi sapa-sapa yang tak pernah baca mengenai pandangan syariah tentang leverage ini mendownloadnya di sini JAKIM ianya lebih mudah kita fahami serta ada 2 pandangan mengenai-nya.

- Leverage ialah loan yang tak dikenakan interest. So.. jika trade dalam non-interest account... isu rollover interest dan swap selesai sebegitu aje. Cumanya leverage diberi kepada pelanggan dengan bersyarat... bahawa kita mesti trade under pihak yang menawarkan leverage tu sahaja.. contohnya jika open account under broker A dan dapat leverage 100:1.. kita tak boleh bawak keluar leverage yang kita dapat tu untuk pergi sesuka hati trade kat broker B.

- Yang itu lah jadi tak boleh.. tak cukup syarat dari sudut syariah.. Kita agree dengan hujah tu.. Tapi semua broker syaratnya pun serupa macam tu juga.. semua broker memang tawarkan leverage yang serupa... yang jadi tak berapa faham ialah kalau dah semuanya memang tawarkan benda yang serupa... apa pula masalahnya dengan leverage???

- Kita pandang leverage ini ialah perkara yang memudahkan urusan perniagaan para trader. Leverage hanya kita dapat lihat apabila entry kita lakukan.. takde entry takde lah leverage.. Semua tempat menawarkan leverage 100:1 or 200:1... kenapa kita nak susah payah bawak leverage tu keluar nak pergi trade tempat lain??? Soal broker akan dapat untung begitu or begini sebab kita guna kemudahan leverage kat tempat dia tu... itu kan adalah urusan dan hal para broker... bukan nya hal kita.

- Kenapa babitkan kita dengan segala kerja dan urusan broker ?? Patutnya broker lah kena tanggung akibat semua syarat dan tindakan mereka... Kita semua jenis lurus bendul, soal broker nak korner lipat begitu begini, itu adalah di luar tugas kita. Tugas kita cuma trade and earned.

- Walaupun begitu cara selamat dan penutup cerita leverage ini (jika tak mau guna) ialah dengan menukarkan nya kepada 1:1 ... ahakkk..! Senangkan? Tapi tak seronok lah sebab untung trade porex tu bebetul ciput..! Tapi bila kita semua punyai modal yang mantap... dengan leverage 1:1... rupa-rupanya dunia forex ini terasa begitu aman-damai... ~Kikikiki ...!!!!

- Akhir kalam... sila baca berita ini.. Bernama..


USDJPY - 240min

- As kita mentioned b4.. dia ada divergence... then pada awal minggu lalu di naik ke atas then lepas tu dia turun... as we can see... harga sekarang masih berada dalam golden fibo... dan sila awasi dia ini sesangat kerana below 38.2% ialah kawasan di mana BOJ buat intervention sebelum ini... should double bottom menjadik.. lambung manyak kuat wooo !!!

- Quote :- "Tetapi dalam perdagangan forex online, broker tidak akan mengkreditkan serta-merta matawang yang anda beli ke dalam akaun anda. Jadi, anda yang membuka posisi membeli instrumen EUR/USD tidak akan selama-lamanya dapat membuat qabd terhadap matawang EUR yang anda beli..."

- Qabd ( قبض ) adalah kata terbitan daripada perkataan Bahasa Arab qabada– yaqbidu yang bermaksud dengan mengambil, menggenggam, memegang, menguasai dan yang seumpamanya.

- Kita keliru ke.., atau mereka yang tak check bebetol? Jika kita lihat sample chart di atas.., mesti anda pening... kenapa aku jual USDJPY tapi nilai Profit dia ribu-riban? Jawapannya ialah begini... di column Profit MT4 tu anda boleh pilih untuk melihat Profit anda tu berdasarkan 3 kaedah... 1) as Point (nilai pips) 2) as Deposit Currency ( nilai currency ikut dulu kita deposit guna apa...USD, EUR, POUND etc) 3) as Term Currency ( nilai currency yang sedang kita dagangkan)

- Dalam contoh di atas... nilai profit yang anda sedang lihat ialah nilai Yen. Para pengkaji main tembak aje cakap broker tak kreditkan serta-merta currency yang kita beli dalam akaun trading kita. Jadi mereka cakap pemilikan (qabd) tidak berlaku... sebab tak nampak pun duit Yen ke apa ke yang dia trade tu masuk ke dalam akaun dia, malah gatal mulut cakap trader tak tau berapakah nilai currency yang sedang dia jual dan beli tu..

- Ada betoi ka???
Tak berape faham lagi??? Sila rujuk sini... Youtube



EURUSD 60min

- As expected dia meluru naik dan tetiba semua orang cakap "bearish end, bull comes back".. ehhh.., sebiji ayat mereka macam "pasukan pengkaji"... tengok gitu-gitu aje lepas tu bagi ulasan. Pasukan pengkaji ni sewajarnya kita gelar mereka "para spekulator".

- Quote : "Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka. Pasaran ini mengandungi pihak-pihak yang menspekulasikan harga untuk meraih manfaat bagi mereka dan memudaratkan orang lain."

- Adakah chart yang kita lihat di atas dengan segala maklumat yang kita pelajari dan kenali ini pun mereka kata perjudian? Dah terang dan jelas dengan maklumat pun judi juga ke? Itu yang buat aku pusing kepala pikirkan tentang bagaimana "pasukan pengkaji" tu mengaji.. Statement tu lebih condong kepada main agak-agak aje... faktanya mana?

- Bukan tujuan kita menolak mentah-mentah semua hasil kajian para pengkaji itu... bukan pula kita menolak tentang nas-nas dan dalil-dalil yang diberikan... tapi jika kita baca berulang-ulang kali hasil nukilan mereka tu.., hmmm... tu yang payah nak cakap... dan dalam masyarakat kita agak payah kita nak dengar dan lihat rugutan orang awam jika seseorang Tok Imam tu bagi arahan begitu dan begini.

- Tapi bila ramai orang berani bising-bising pasal arahan Tok Imam... mestilah ada something wrong dengan Tok Imam tu sendiri... ye tak?



EURGBP 60min

- Meleret naik... kita open short pada malam Khamis... hari Jumaat kantoi stoploss kita... nak open short malam Jumaat... semangat dah goyang. Otak kita asyik fikir pasal leverage...! Kita baca lagi apa yang kertas kerja tu laporkan...

- Quote... "Untuk melihat secara jelas praktis semasa pelaburan melalui forex, pasukan pengkaji melakukan pemerhatian tidak terlibat (non participation observation) dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan pertanyaan ketika pelabur melakukan transaksi tersebut."

- Baca lagi sekali... dan baca lagi sekali dan lagi dan lagi... ahhhhh..! Rupa-rupa pasukan pengkaji tu hanya buat window shopping aje??? Kalu begitu kita pun boleh jadi doktor falsafah..! Tengok aje dari luar.. lepas tu komen. Bukannya susah.. buat rumusan kemudiannya ikut rujukan buku-buku lain.

- Macam lebih kurang kita tengok chart kat atas tu lah... kita tengok harga ketika ini kat sempadan channel sebelah atas... kemudian kita rujuk contoh-contoh pattern dalam buku... apa buku tu ulas??? Jika begitu dia jadi begini, jika begini dia jadi begitu. Rumusan nya ialah jika naik ke atas kita beli dan jika turun ke bawah kita jual. Satu halal satu lagi haram.

- Senang ek.., nak rumusan..!?? Ke mana hilangnya ilmu para ilmuan agamawan kita sekarang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot