Jumaat, 24 Disember 2010

Pengumuman

Jumaat 12:00 tengahari

Kita ambil cuti rehat di penghujung tahun 2010 ini
sehingga minggu kedua 2011.


Kita akan mulai menyemak semula kedudukan
kita dan market setelah itu.


Kita juga ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Dengan Doa dan Harapan

Semoga Kita Semua akan

BERJAYA SEKALI LAGI...!!!!

InsyaAllah




My Favorites Song (Click to hear)
Yeahhh...!! Cool....




Nota :
Ingati motto trading kita iatu:
"Beli di support dan Jual di resisten"
"Kita akan berjaya..!!! InsyaAllah"


Rabu, 22 Disember 2010

GBPJPY - Booking Ur Profits


~Yeehaaaa~
Bullish Crab Emerging
Control our risk... booking our profit


USDCHF - Best Offers



-Tawaran Terhad-
-Tembus 161.8%... akan menyebabkan bullish view invalid-
Buy above 161.8%... Stoploss below 0.9500
- Mid-term target 1.0200 - 1.0500-

Selasa, 14 Disember 2010

EURUSD - Berhati-hati

EURUSD - 240min View

- Walaupun dia naik seperti yang kita gambarkan dalam posting sebelum ini.., tetapi kita masih tak selera nak bullkan dia... maksudnya bukankah kita dah layan pullback sebelum ini?... Dan view kita untuk retracement dia hanya setakat itu dahulu.

- Mari ler kita tengok EURUSD ni seterusnya yang setakat jam 1.00 tghari ini tertahan di top bolinger line 50... breakout kalu atas line bolinger 50 tu... kita akan anggap dia berhasrat ke top bolinger line 200...!!!

- Short dalam 3 line fibo tu dengan tight SL... i.e short di 50% SL di 66.6% and so on... Swing trader should wait target as suggested but intraday trader should booked profit base on S1 dan S2 on daily pivot lines.

USDX - Wave 3


Tuesday 14 Dec 6:30am

- Walaupun USD kena tibai malam semalam... tetapi view dia masih tiada perubahan, kita masih dapat lihat setakat sesubuh shafiee nie... makin dia ke atas ada ler,,, bukan ke bawah... :p

- Oleh itu kita TIDAK mengubah apa-apa view untuk semua kedudukan kita setakat harini... kita still view more bearish untuk Pound, Euro, Swiss, Aud dan Nzd... kecuali Yen

- Hanya apabila USDx dropped below 77.80 akan men"damaged"kan view bullish kita ini.

Isnin, 13 Disember 2010

EURGBP - Trade Closed

Dec 13, 10:30mlm
~Hensem profit closed~


Sabtu, 11 Disember 2010

Market View - Mid December


EURJPY - 60min

- Akan berjaya kah ianya breakout ke atas dengan pattern inverse HnS nye? I dun know... kita ada mencuba sell di 50.0% minggu lalu dan kita lari cepat-cepat setelah melihat dia pullback naik balik ke 61.8%... kui3x

- Minggu depan... kita akan try sekali lagi sell JIKA dia jatuh below 61.8% dan moving average 21 itu... errmm... boley ke tak boley? I dun know... I just try... target pun x perlu jauh-jauh, asal dapat jatuh setakuk level fibo tu jadi ler...

- Ikut view sekarang neh... dia 50/50 nak jadi ke atau tak jadi ke, inverse HnS nye tu ; kita tunggu aje dia failed... sebab kita memang suka short dia... belum berminat lagi nak jadi bull... :p




GBPJPY - 60min


- Kita baca isyarat dia serupa macam USDJPY... mau breakout..! Which way? Kita tetap prefer ke bawah... tapi... serupalah situasi dia, harapkan trendline besar tu ajelah.. kalau tembus ke atas dan weekly jadi 'marubuzo'... bye-bye bears... tahun depan kita main bullish jek.

- Sell bilamana moving average 21 patah untuk target ke 50% dan 23.6% terlebih dahulu. Selagi moving average tu tak patah... let's it go..! Break upper trendline mungkin dia akan meluru ke 135.50-138.80... jika itu berlaku kita stand-aside.

- Tapi JIKA failure atau false break di upper trendline tu, kita hentak dia kaw-kaw..! Sebab trendline tu datang dari high July 2007 dan high July 2008... :p




USDJPY - 240min


- Dia akan buat decisions... breakout..! Which way? Kita harap dia ke bawah... tapi mungkin juga harapan akan hanya tinggal harapan kerana dari sehari ke sehari dia memang menunjukkan dia akan meluru naik... adesss!

-Break monthly R1 akan lebih bullish, tetapi kita rasa dia akan failure dari sini hingga ke 127.2% dan 161.8%. Activate kan stoploss semua swing short yang di buat sejak bulan lalu above monthly R1 dan mulai close posisi tersebut semasa dia bergerak turun satu persatu...




GBPUSD - 240min

- Apa yang kita bimbangkan.. MUNGKIN akan berlaku..! Bilamana harga memasuki level 3 golden ratio fibo (38.2% , 50.0%, 61.8%)... ianya akan menarik banyak semut api datang mengerumuninya seolah-olah kat situ ada banyak gula... kui3x

- Market mungkin akan bergerak seperti arah di dalam chart di atas tu.... Kita akan stand-aside jika dia bergerak ke atas... kita letih nak layan semut-api.. TETAPI jika dia jatuh below trendline warna merah, memang aku rembat dia cukup-cukup kali ni... eeee... geramnye aku..!




EURUSD - 60min


- Short kita menjadi... 3x shorts semua berhasil... walaupun taklah begitu besar hasilnya, tetapi apa yang kita mau ialah setiap kali kita cuba.. ada hasil yang boleh kita bank-in... ramai trader dah amik cuti sehingga awal tahun depan... jadi kita kena faham bahawa market ketika ini sedang bergerak dengan perlahan dan ada ketikanya kita akan terperangkap dalam situasi sideways..

- EURUSD sedang membuat decisions akan ke mana. View ini kita tak ubah. Kita masih prefer more bearish. Dengan amaran bahawa jika dia berjaya naik ke atas 61.8% itu adalah petanda dia akan berusaha memecahkan pivot bulan ini sekali lagi dan akan menjadikan moving average 200 itu sebagai supportnya.




USDCHF -240min


- Sebaik sahaja kita keluarkan view dia mengikut kiraan scanner.. dia merajuk turun... kekeke... nyampah !!! Macam tu lah selalunya... pemalu betul lah dia nie... :p

- Tapi tak mengapa.., dia turun pun bagus gak.., boleh kita take profit dan lepak tepi dahulu sebelum kita masuk beraksi kembali. Nah... sekarang kita semua ada peluang !!!

- Dengan amaran bahawa JIKA dia break below fibo 38.2% akan men"damaged"kan view ini. Kita akan follow trend naik hingga dia patah sendiri... sila letakkan SMA21 sebagai guide untuk entry dan follow trend ye..!


Rabu, 8 Disember 2010

EURGBP - Counter ???


- "Nampak" macam nak meroket ke atas
GBPUSD + GBPJPY = Down

Long entered at 0.8370,
Swing Target: 0.8500-0.8800,
Stop: 0.8330

Selasa, 7 Disember 2010

GBPUSD - Failed to Break Channel

GBPUSD - 30min
Dec 7, 11:45 malam

Short at 100% (Level A)
Stoploss at above 127.2% (Level C)
Propose target at EVERY 50% Level

EURUSD - HnS... Short Setup

EURUSD - 30min
Dec 7, 10:15 malam

Short at +76.4%, +61.8%
Stoploss at above +100%
Propose target if TRUE this is Hns at -200%

Sabtu, 4 Disember 2010

Market View in December

Jadual Reversal atau Breakout Days in December 2010



IsninJumaatKhamisRabuRabu
6,Dec10,Dec16,Dec22,Dec29,Dec



EURGBP - 240min

- Berjaya melepasi trendline Oct-Nov... dan setakat ini kita semua boleh nampak bentuk "kepala" yang kita baca sebagai "isyarat" awal dia nak ubah haluan setelah isu krisis kewangan Ireland menghambat dia turun hingga ke sinun...

- Dia ada 2 pilihan ketika ini yang kita gambarkan seperti dalam gambar di atas.

- Which way? I dunno... tapi ikut fikiran kita, "kepala" ni takde "bahu kanan". Kan lebih cun jika dia amik side turun terlebih dahulu sebelum dia meletus naik macam roket? Kita suggest minggu depan kita stand-aside... Ehehehe.... uhukkk...




GBPJPY - 240min

- Dia sedang pullback ke bawah setelah dia break trendline Apr-Sep.. dan dia juga sedang membentuk pattern yang "mungkin" akan membawanya naik pada tahun hadapan.

- Buat masa ini.., kita tak mahu tukar view dia. Proses nak jadi "W" ini mungkin akan mengambil masa ... itu pun kena lihat jugak "W" double bottom ke atau spekulasi...

- Dalam daerah ini kita jadikan 76.4% sebagai resisten dan 23.6% sebagai support. Kita rasa dia tidak akan bergerak banyak dalam Disember ini dan dia akan stay dalam range tersebut. Scalpers akan untung besar..!


EURJPY - 240min

- Jualan hebat di bulan Nov.., hehe..., dan sekarang kita berada dalam bulan Disember 2010... dan sedarkah kita bahawa sejak 10 tahun yang lalu.., setiap kali bulan Disember EURJPY akan menutup candle nya dengan BULLISH ??? Hanya sekali sahaja dia bearish iaitu pada Disember 2005... kikiki... amazing kan?

- Jadi... jangan terkejutz jika pada tahun ini dia meneruskan tabiat dia tu sekali lagi. Gambar dia di atas menunjukkan bentuk yang tak asing lagi bagi kita semua iaitu inverse head and shoulder dan target yang kita jangka dia akan sampai.

- Break below 76.4% dan 100% akan menjadikan view ini invalid.. next downside target should be 127.2% dan 161.8%... Wowww...!!!


USDx - 240min

- Desyum..! Tergolek gak dia di tengah-tengah kehebatan dia sedang gagah mendaki bukit. Let say... kita tak hairan pun... walaupun bunyi ayat tu macam orang eksen... tapi jika kita selalu menyemak pivot-x.., mana-mana trend yang nampak begitu beria-ia mengejar impian yang tak pasti..., akhirnya akan terseleput tak tentu pasal.

- Ada pandangan bahawa USDx TETAP akan ke bawah.., omputih cakap "making a new low".., dan kita dah awal-awal lagi bagi tau kenapa dan mengapa... cuma buat masa ini biarlah kita "follow the trend" .... sehinggalah kita dapat lihat suatu bentuk pattern yang beritahu kita ini lah dia yang kita tunggu-tunggu.

- Buat masa ni.., tak ada pattern yang sahih nak rembat dia ke bawah.., pattern kat gambar tu beritahu dia nak naik lagiiiii tinggiiiii... tapi itu pun jika dia dapat bertahan di kawasan "D" dan kemudian memecahkan kepala "C"... yang akan menjadikan gelombang "D ke E" nanti sama panjang dan sama nilai pips-nya dengan gelombang "B ke C"...

- Jom kita lihat episod seterusnya....



USDJPY - 240min

- Rally dia naik bulan lepas membuatkan kita terhegeh-hegeh menahan sengsara kerana mengeshortnya... malam semalam baru nampak tanda-tanda padi akan dapat dituai kemungkinannya dalam seminggu-dua lagi.

- Please be advised... Jika dia berpatah balik ke atas dengan tidak memecahkan support 1 bagi bulan ini... bermakna harga terendah telahpun berada di tempatnya bagi tahun ini dan juga untuk tahun hadapan.

- MUNGKIN... kita akan ubah view dia jadi bullish kemudiannya kelak.


GBPUSD 240min

- Heh..!? Kita tutup kedai awal malam semalam sebab ada urusan "emergency"... sampai jugok dia ke 1.5750... kui3x... tapi tidak mengapa, kerana semasa retracement kita tak perlu ikut dia hingga ke lubang cacing.. jika achieved pada beberapa bahagian tertentu... itu sudah memadai..

- Baik... adakah masih ada harapan untuk ke bawah? Huh...! Kita baca dia bounce dari monthly S2 bulan lepas... so dapat pullback ke monthly pivot bulan yang baru... it's ok dah. Tapi biasanya dia ada lebeh sikit naik lagi... ikut batang purple tu, dia akan test trendline dan jangan terkejut jika dia boleh hits 1.6000 kembali..!!

- Bagi agresif trader level fibo 38.2 , 50.0 , 61.8 adalah tempat mereka bergelumang mencari mangsa..., sementara yang bijak laksana Sang Kancil hanya menunggu di tepian fibo 76.4, 50.0, 23.6 sambil merangka plan terlebeh dahulu...





EURUSD - 240min

- Kui3x... dia pullback setelah dibelasah dengan teruk... JANGAN PANIK..!!! Setakat ini kita masih melihat dia ini ada potensi lagi ke bawah dan MUNGKIN lebih teruk daripada pusingan pertama dahulu...

- Hanya intraday yang nampak macam trend telah berubah tetapi hakikatnya di level lebih besar kita dah nampak dia tembus trendline support 2010. Memang ler jika sesuatu trendline tu patah, amalan biasanya harga akan test trendline tu balik. Itu normal..

- Swing Short telah di letakkan pada monthly pivot... sementara intraday trader akan mengejar harga 1.3680-1.3850 untuk melumpuhkan gerakan beruang... sesiapa ada sindrom dada cepat berdegup kencang dan cepat benor nak pitam... sila jauhkan diri dari market.

Khamis, 2 Disember 2010

Pound - Intraday view

--------------------------------
127.2% archieved
~Trade Closed~
10:30 malam
---------------------------------


--------------------------------
TRADING IN PROGRESS
Update view, Friday 12:45tghari
---------------------------------



Khamis 1:15 ptg

- Currently... nampak "macam" nak lari kuat-kuat ke atas.
- Kita tunggu dia turun ke 61.8% dulu dan lihat situasi dia nanti...
- Jika harga tak tembus 76.4%... itu MUNGKIN petanda 1.5480 dapat bertahan..
- Projection kan setakat 1.57-1.58 terlebih dahulu ler kalo macam tu...
- Itu pun jika 1.5520 (76.4%) tu keras macam batu..,
- Otherwise 1.52 adalah next target down masih menanti.. huhu~

Euro - Intraday view


Khamis 12:30 tghari, Stoploss below 1.3018, Entries while pullback 1.3055-1.3075
Entry breakout above 1.3135, Targets at Fib 100% and 127.2%
-------------------------
TARGET ARCHIEVED,
STAND-ASIDE
-------------------------

Isnin, 29 November 2010

Pound Oversold


- GBPUSD 4hr.., berdasarkan kepada kedudukan RSI ketika ini... nyata sekali dia oversold. Tetapi bukanlah bermaksud dia tak boleh jatuh lagi ke bawah.., kita percaya dia masih ada ruang lagi untuk sekurang-kurangnya mencecah ke monthly S2.

- Kita rasa ada sesuatu yang kurang di sini dari segi bentuk dia nak teruskan terjunan... bahu kiri dah ada... kepala dah ada... bahu kanan yang tak ada...!

- Sama ada dia akan mencecah FE 127.2 atau terus ke FE 161.8... pada pandangan kita.., dia selepas itu akan pullback ke atas dahulu untuk membentuk bahu kanan di sama level dengan zone label A ...

- InsyaAllah.. buat masa ini masih bearish... sehinggalah dia jumpa support yang boleh menyokong dia bounce ke atas.

Europe bails out Ireland


Salam hujung bulan...,

- Ada perkembangan yang berlaku di Europe sehinggakan mereka terpaksa sekali lagi berpakat sesama sendiri memberikan bantuan kecemasan tahap CPR kepada salah sebuah negara dalam gugusan mereka iaitu Ireland.

- Rujuk chart di atas... berpandukan sejarah bail-out Greece, kita dapati selepas pengumuman dibuat, market jatuh 1,200pips..! Wowweoo... ianya sungguh laju kerana ia berlaku dalam tempoh sebulan.

- Akan jahanam kah terus duit euro ini ??? I dun know lah... kalau market decide nak kuburkan dia terus.., kita boleh buat apa ??? Nasihat kita ialah follow the trend lah.... i followww....!!!

Khamis, 25 November 2010

USDCHF - Mission Impossible


- Sila rujuk komen terdahulu mengenai dia ni... kita tak bercadang nak tambah komen apa-apa... cuma kerana malam ini dia telah menanduk harga parity = 1.0000.., jadi rally selanjutnya ialah seperti forecast gambar di atas.... InsyaAllah


Rabu, 24 November 2010

EURUSD - Bearish or Bullish..??








Salam petang Rabu; 4pm

- ngee... harini kita beri dua keping gambar yang salah-satu nya akan menjadi panduan buat kita semua di masa hadapan. Adakah ianya bertambah bearish atau pun bullish ???

- my point of view... berdasarkan "spikes" yang kita jumpa tempohari dalam USDx.. kita prefer view bullish... uhukkk... maybe saya akan salah dengan pilihan ini...,

- kita menjangkakan bahawa USDx akan hanya benar-benar bersedia bullish samaada dalam end of Q1 or end of Q2 iaitu bilamana QE dia akan mature...,

- tetapi... apa-apa pun bisa berlaku ketika ini... bersedia aje lah, samada mulai bearish yang panjang ke 1.0100 atau bullish correction yang kepenatan akhirnya di 1.5500..

Sekian, wassalam.


EURUSD - Diagonal


1) Diagonal... biasanya dirujuk sebagai tanda-tanda trend nak abess... dalam gambar di atas jika kita letak kiraan 1 hingga 4 pada tiap-tiap sudut turun naik ke trendline tu... maka yang turun sekarang ini ialah nombor 5...

2) Berhati-hati ketika mengcounter di bahagian support..!!! Berjaya bouncing di trendline bawah dan monthly support ke-2 bulan ini .. projection mission imposible nya ialah memecahkan trendline sebelah atas..

3) Mungkin ada perubahan struktur kiraan yang besar di daily chart JIKA dia bottom di monthly support ke-2 pada bulan ini... siapa tau ek, cempedak betul-betul menjadi nangka?

GBPUSD - Warning.. !!!



1) Walaupun... dia break trendline bawah.. tak bermakna dia akan terus bearish... kerana biasanya jika dah break trendline... dia pasti pullback untuk test balik trendline itu untuk pastikan bahawa trendline tu memang dah tak mahu support dia lagi...

2) Pastikan semua short posisi telah di bank-in... otherwise close half dahulu, and trailing the other half.

Ahad, 21 November 2010

USDx - Test Support


1- Seperti yang kita maklum.. dia dah lepas halangan pertama dia di zone harga 78.50.. maka memang biasalah berlaku bila resistence berjaya di sondol, harga akan berpatah balik mencari di manakah support yang kuat sangat tu.

2- Ini macam kes pukul belakang ler..., berani baling batu dari belakang..., nah... sekarang samseng Kg. Dusun dah datang... bersiap-sedia ajelah... ehehehe... haaa.., jangan lari..!! Mari kita lihat apakah potensi nya samseng sekor neh..

3- Ia kelihatannya seperti head n shoulder di bonggol atas tu... tapi tak berapa clear sangat bentuk dia, mungkin kalau dia jatuh ke 61.8% baru nampak jelas. Dia pun skrg berada di bawah SMA55, RSI(14) below 50 level.

4- Semua tanda-tanda tu menunjukkan dia akan bearish, maka jika kita ambil bentuk HnS sebagai sebab dia nak terjun ni... targetnya adalah ke 38.2%... itu pun jika dia berjaya tembus channel line bawah tu ler..

5- Banyak juga kes HnS tak berapa menjadi.. dan jika itu berlaku kita akan dapat lihat bentuk W akan terbentuk di zone 61.8% - 76.4%... time tu jangan fikir lama sangat... ikut aje dia naik ke atas.. mesti berdezup punye... ehehe

6- Tapi buat masa ni... ini aje view yang ada... let's wait confirmation HnS failure (JIKA ADA)... kalau takde apa-apa perubahan kita kira HnS ini menjadi lerrr... uhukkkk!!!

SP500 - Head & Shoulder


1- Sp500... ciri-ciri nak jatuh membuatkan kita teruja kerana kita memang tunggu "peristiwa" kejatuhan dia ni berdasarkan kepada faktor kekerapan dia nie menguasai sentiment pasaran terutamanya yang berkaitan dengan xxx/yen.

2- Kita telahpun memberikan view xxx/yen yang akan roboh dalam masa terdekat nie dan jika SP500 nie boleh jatuh gak ikut teknikal view kita ini, maka itu mungkin "rejeki" kita untuk kita semua... tapi janganlah konfiden 100%... anything could happen.

3- Apapun yang kita mesti jaga ialah MM.. contohnya, jika kita ada $10,000 dan kemudian kita dah tetapkan akan hanya gunakan $500 (5%) sahaja dalam minggu tu... seboleh-bolehnya kita rolling aje $500 tu sedaya-upaya untuk jana keuntungan dan tanggung kerugian... perlu kita sedar bahawa dengan leverage 200:1; 1pips=$1... maka kita masih ada "had nafas" nak tanggung kerugian sehingga (-ve)500 pips dalam minggu tu..!! Banyakkk tu beb..!!!

4- Janganlah sesekali mengikut kata hati, konon-konon baki akaun banyak lagi, nanti boleh cover. Jika kita biarkan kerugian merebak ke baki akaun, akibatnya nahas yang menanti kita. Trade biarlah ada displin yang ketat sikit. Jika kita hanya dapat untung $10 aje dalam minggu tu, bersyukur ajelah..., kerana kita berjaya meningkatkan akaun kita menjadi $10,010...!!!

5- Ehehehehe..... orait...; gogo chaiyok..!

Sabtu, 20 November 2010

GBPUSD - New ABCD


- Serupa macam EURUSD..., bila kena trendline dia seperti kena kejutan elektrik... zertttt-zerttt... dan dia melompat sehingga terpantul kembali ke top channel.

- Agak membosankan dia ni dalam Nov ni... lebih membosankan kerana dia ni kita kahwin kan dengan EURGBP... lagi ler terlalu bosan bila kita kahwinkan sekali dengan GBPJPY... serba serbi membosankan... pehhh!!!

- Bentuk dan gaya lenggang-lengguknya dia ni memberi isyarat "d" warna purple tu akan berada di ATAS channel... dan jika dah berada di situ bermakna "a dan b" warna kelabu tu bisa di "try-test-cuba" untuk di pecahkan... itu pun jika channel ini dibaca sebagai "bullish flag"

- Walaupun begitu buat sementara waktu ni... jika EURGBP mulai bullish... dan GBPJPY mulai bearish kembali... dia ni boleh menghadapi serangan jantung secara tiba-tiba ke below 76.4 setelah trendline warna putih broken. So.. watch-out!!!

EURUSD - Head n Shoulder..??


1- Toinggg...!!! dia memantul dari trendline yang kita tunjukkan dalam timeframe 4hr.. Kita harap ramai yang dapat selamatkan diri sebelum kejadian tu berlaku.

2- Hasil pantulan itu pula... kini dia membentuk inverse head and shoulder yang boleh membawanya naik ke permukaan semula untuk mengambil nafas ... yang kita percaya selepas itu menyelam terus tak timbul-timbul...

3- Apakah yang kita sedang startegykan ini?... Well... kita masih menunggu candlestick monthly memberi arahan untuk meletakkan sell. 2 minggu terakhir ini, kita harap harga tertinggi tu tak pecah dan harga bulan ini close di bawah harga 1.40.

4- Kita dah bagitau dia ada pivot-x di atas sana... dan baru-baru ini dia pun ada pivot-x di bawah ini (yang latest ni kita reservekan untuk jadi reason dia jatuh kemudian). Kita suka jika dia ikut bentuk inverse head and shoulder yang sedang berlaku ini, berbanding dari dia terus menggelunsur terus tak tentu pasal.

5- Next reversal atau breakout day ialah pada Selasa Nov, 23.

Jumaat, 19 November 2010

GBPJPY - Short View


- Pattern AB=CD menghampiri targetnya di 161.8%
- Kiraan lenggang-lengguk 1 - 5 menghampiri targetnya di 127.2%
- Oleh itu, kita perlu melihat jika ada reversal pada kedua-dua level tersebut.
- Dengan syarat 135.50 dan 137.80 bertahan;
- gerakan seterusnya adalah ke 126 dan 122.

- Planning kan profit anda secara berperingkat... InsyaAllah.

USDJPY - Short View


- Berbentuk W juga dan dengan cemerlang telah menerobos beberapa sekatan.

- Agak bahaya sebenarnya nak mengeshort di kawasan bulatan tu, tetapi dengan syarat adanya candlestick reversal confirmation pattern kelak... kita boleh mencuba.

- Stoploss di +76.4%.... target down ke 50.0% dan 38.2% buat sementara waktu.

Khamis, 18 November 2010

EURJPY - Short View


1- Ini adalah W spekulasi. Dan kita setakat ini percaya dia memang boleh naik melebihi paras Fibo warna biru +100%...

2- Tetapi dia MUNGKIN akan menghadapi masalah untuk melepasi "3 Fibo Confluence" di zone pivot-x kelak... dan sementara itu kelak RSI akan "overbought".

3- Stoploss adalah di Fibo biru +100%... Short upon candlestick reversal pattern confirmation di zone pivot-x = 3 Fibo Confluence... target adalah balik ke dalam Fibo warna biru 61.8%, 50.0%, 38.2%... sebelum kita melihat di jatuh melebihi paras 23.6% kelak... InsyaAllah


Sokongan Permintaan vs Halangan Bekalan

Contoh Ringkasan

Salam Raya Haji hari kedua..,

- Seorang kawan kita agak kebingungan tentang support dan resistence, sehinggakan dia tak berani nak letak entry, bimbang dia salah buat entry dan pelbagai kemusykilan yang lain. Tapi dia banyak bertanya soalan yang memang logik, cuma dia tak faham mengapa adanya support dan resistence; mengapa pula kita perlu menggunakannya?

- Untuk bagi faham... kita sertakan gambar dan ringkasan di bawah ini sebagai rujukan ringkas aje... dan yang paling penting kena faham ialah support dan resistence terhasil daripada supply dan demand. Serupa macam niaga durian kat kaki lima jalanraya juga... masa durian tu sikit, harga dia bukan main mahal lagi.., tapi bila durian tu dah dilonggok berbakul-bakul... durian tu jadi tak berapa bernilai.

- Konsep mudahnya ialah bila permintaan tinggi, bekalan pula kurang, harga tawaran melambunglah naik, begitu juga sebaliknya jika bekalan tinggi, permintaan kurang, harga tawaran menjunamlah turun.

- Oleh itu.., level support dan resisten adalah harga tawaran bagi sesuatu urusniaga berdasarkan kepada permintaan dan bekalan yang ada. Off course lah yang berniaga tu manusia, itu sebab kita boleh lihat harga naik-turun sepanjang masa. You suka you boleh beli, you tak suka you boleh jual. Nothing to confuse about that..!


Apa itu Support and Resistance?

-------

Support dalam bahasa kita ialah sokongan.

Resistance dalam bahasa kita ialah halangan.

-------

Apa itu Demand and Supply?

------

Demand dalam bahasa kita ialah permintaan.

Supply dalam bahasa kita ialah bekalan.

-------

Support level adalah tahap sokongan yang terjadi ketika harga yang sedang bergerak turun dapat dipantulkan ke atas ketika harga tiba di sesuatu tahap sokongan harga yang tertentu.

------

Resistence level adalah tahap halangan yang terjadi ketika harga yang sedang bergerak naik dapat dipantulkan ke bawah ketika harga tiba di sesuatu tahap halangan harga yang tertentu.

------

Apa itu Demand and Supply?

------

Demand dalam bahasa kita ialah permintaan.

Supply dalam bahasa kita ialah bekalan.

------

Kekukuhan sesuatu tahap sokongan dan tahap halangan bergantung kepada jumlah permintaan dan jumlah bekalan yang terdapat pada sesuatu tahap-tahap tersebut.

------

Jika permintaan banyak, tetapi bekalan pula kurang, harga akan meningkat tinggi sehinggalah bekalan melebihi permintaan.

Jika bekalan banyak, tetapi permintaan pula kurang, harga akan menurun rendah sehinggalah permintaan melebihi bekalan.


Ringkasan Mudah.

1) Kekukuhan sesuatu Tahap Sokongan harga tertakluk kepada Permintaan semasa yang melebihi daripada Bekalan.

2) Kekukuhan sesuatu Tahap Halangan harga tertakluk kepada Bekalan semasa yang melebihi daripada Permintaan.



Ringkasan yang lagi Mudah
.

1) Jual ketika harga berada di Resistence dan Oscilator anda telah “overbought”

2) Beli ketika harga berada di Support dan Oscilator anda telah “oversold”



Rabu, 17 November 2010

GBPUSD - Continuation?

GBPUSD - 4hr

- Terkurung di dalam symetrical triangle... dan triangle ialah kesinambungan trend. Terdapat trendline di sini.

- Kita tidak rasa ada masalah dia break triangle tu, tetapi di sebabkan ada trenline mungkin kita perlu fikir 3x dulu... ehehe

- Bounce up atau pun break below... kita kena tunggu dengan sabar. Kita prefer short... next target kita ialah FE 161.8...

EURUSD - Warning..!

EURUSD 4hr

1- Terdapat kelibat sejenis pattern yang biasanya terbentuk jika pattern W gagal menembusi resisten. Ramai pengkaji bentuk menamakannya "Pennant Pattern".

2- Kita tak faham makna "Pennant"... sebab yang kita selalu dengo ialah suku kaum Penan di Sarawak sana... tapi bila kita cari google translate makna pennant ialah "Panji".. ehehe

3- Sebab bentuk nie mungkin melambangkan panji-panji kebesaran Euro, sementelahan pula harini ialah hari reversal day... kita syorkan supaya kita bank-in 3/4 hasil yang ada.

4- Amaran peringkat "Kuning-merah" dikeluarkan untuk harini bahawa... jika daily candlestick harini berupa doji atau inverted hammer (setelah FE 261.8 gagal di cumbu-rayu) akan mengakibatkan tendangan kilat kuda belang ke FE 61.8 kembali.

5- Sila berhati-hati ye... dan Selamat Hariraya Aidil-Adha...

Ahad, 14 November 2010

UCHF - Which Way


- Sekarang terdapat 2 gerakan yang akan "meletus"... sedikit masa lagi. Jadi sebelum nak letak trade untuk dia ni sila berhati-hati. Misi musthail kita ialah membullishkan dia.

- Last candlestick dia bulan lepas ialah doji.

- Minggu depan lihat dulu dia pullback ke bawah, sebab kita rasa EURUSD tu naik pullback ke atas. For limited of time... Kita rasa lah.

- Rabu atau Khamis... Kita bersedia untuk counter pullback mereka berdua. Apa-apa hal pun sila jaga SL...

Income Forex Tipu atau Tertipu?

Gambar Hiasan


1. Seringkali kita terbaca atau kita diadukan dengan masalah ini. Betulkah forex ini menipu atau adakah kita tertipu dengan kesilapan kita sendiri? Mari kita cerita sedikit tentang masalah ini.

2. Ramai terjun dalam bidang ini dengan harapan nak bayar hutang, nak tambah side income, nak lebih kaya dan bergaya; dan seribu satu keperluan yang lain. Maka berlumba-lumbalah kita mencari "sistem trading" yang terunggul, mahsyur dan menjanjikan pulangan yang lumayan.

3. Setelah bersedia dengan modal, kita pun mula bertrading. Dan pendek cerita, melalui kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 95% daripada mereka akan terkubur tanpa batu nesan. Hanya 5% aje yang survive... itu pun boleh dipecahkan lagi kepada beberapa kategori yang bebeza.

4. Maka bermulalah setelah kerugian itu., episod menyalahkan itu dan ini, sana dan sini, orang itu dan orang ini... padahal yang gagal adalah diri sendiri.

5. Nasihat kita ialah bila berlaku kerugian (total loss)..; cuba check balik semua post yang rugi tu..; di situ mesti ada tunjukkan mengapa, bagaimana dan dimanakah kesilapan dilakukan. Dan sudah tentunya yang paling menonjol ialah tentang kegagalan mengawal risiko..!

6. Itu adalah faktor utama account trading boleh hangus..! Saya pernah mengalami kejadian sebegitu 2007-2008 ketika market jatuh.., ketika itu saya fikir account saya TAK AKAN senget! Tapi... Allah tu Maha Kaya, Lagi Maha Bijaksana.., Dia nak beri saya pelajaran yang berguna., dengan izin-Nya.., account trading saya benar-benar jadi senget sampai nak terjungkit..!

7. Ketika itu saya cuma terbayang kapal Titanic nak tenggelam. Tapi mujurlah saya tak panik.., saya cut losses semua position saya dan hari tu saya pandang wajah isteri dan anak-anak saya dengan rasa penuh sayu... saya rugi banyakkkk; sehingga hari ni saya malu nak ingat.

8. Nak salahkan siapa? Saya sendiri yang bersalah... tak letak stoploss, swing gila-babi, MM tak tengok langsung, keras kepala, dah untung nak lebih-lebih untung.... arrrghhhh...!!! Itu semua silap sendiri..! Kenapa lah saya begitu bengong?

9. Setelah dari kejadian itu, saya cuba ikut trade kembali dengan MM dan disiplin. Di setiap trade yang saya forecast contohnya akan bergerak 100pips, saya akan ambil profit separuh dari rally itu dahulu. Sedikit demi sedikit keuntungan yang saya kumpul kini bertambah mekar.

10. Itu adalah cerita pengalaman saya sendiri..; dan saya dari masa ke semasa sentiasa ingatkan tentang betapa PENTING money-management untuk mengawal risk dan reward kita. Jika dulu saya tak rugi besar... mungkin saya tak dapat ceritakan apa-apa manafaat dan kesan dari mengabaikannya.

11. Dan..; yang paling penting ialah jika dahulu dah silap, tak kan nak ulangi kesilapan sekali lagi?


Sila rujuk dan layari

Forex Risk & Money Management Calculator

Forex Profit Calculator



Sabtu, 13 November 2010

USDx - W- Sign


Sejarah lalu menunjukkan bahawa USDx akan berada dalam range untuk beberapa ketika sebelum dia menjunam ke bawah setelah QE dilaksanakan.

Tetapi QE kali ini mendapat tentangan beberapa negara kerana mereka tahu mereka akan sengsara contohnye ialah negara kita sendiri. Apa gunanya nilai duit begitu kuat berbanding dengan USD tetapi kuasa membeli jadi menurun?

Nyata sekali... semua akan terperangkap dengan QE "toilet paper" ini. Jika semua seronok nak lihat dollar ini jatuh lagi.., bermakna semuanya akan termasuk "jamban" yang memang "sengaja" di pasang untuk menghumbankan kita semua ke dalam longgokan tahi dan najis mereka.

Jika dollar melambung naik... maka perangkap QE kali ini TIDAK menjadi...! Bermakna juga tak ada siapa lagi yang mahu duduk dalam tong taik bersama-sama dengan toilet paper. Maknanya semua negara dah faham QE Amerika tu apa ke bendanya.

Dulu tak tau.., sekarang dah tau..! Biorkan aje orang Amerika yang duduk dalam jamban tu sendiri... kita nak ikut buat apa? Bau manyak kuat wooo...!

Khamis, 11 November 2010

GBPUSD - Further Down?

Update 13/11/2010
ABCD on both sides view
but still in wedge channel


Khamis 11:00am

- AB = CD bergerak lebih pantas dari masa... tetapi nilainya tetap sama, dan kita menjangkakan harga akan terhempas ke bumi berikutan dengan letusan asap yang berlaku lebih awal dari yang dijangkakan.

- Short here... stoploss jangan lebih dari 50% atau 38.2% fibo di atas... target ke 100%, 161.8% atau even more ke 261.8%. Dengan amaran bahawa jika label C tembus... dia boleh buat double top ke 1.6300 kembali.. atau lebih lagi.

- Berhati-hati dan sL jangan lupa.

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot