Khamis, 18 November 2010

Sokongan Permintaan vs Halangan Bekalan

Contoh Ringkasan

Salam Raya Haji hari kedua..,

- Seorang kawan kita agak kebingungan tentang support dan resistence, sehinggakan dia tak berani nak letak entry, bimbang dia salah buat entry dan pelbagai kemusykilan yang lain. Tapi dia banyak bertanya soalan yang memang logik, cuma dia tak faham mengapa adanya support dan resistence; mengapa pula kita perlu menggunakannya?

- Untuk bagi faham... kita sertakan gambar dan ringkasan di bawah ini sebagai rujukan ringkas aje... dan yang paling penting kena faham ialah support dan resistence terhasil daripada supply dan demand. Serupa macam niaga durian kat kaki lima jalanraya juga... masa durian tu sikit, harga dia bukan main mahal lagi.., tapi bila durian tu dah dilonggok berbakul-bakul... durian tu jadi tak berapa bernilai.

- Konsep mudahnya ialah bila permintaan tinggi, bekalan pula kurang, harga tawaran melambunglah naik, begitu juga sebaliknya jika bekalan tinggi, permintaan kurang, harga tawaran menjunamlah turun.

- Oleh itu.., level support dan resisten adalah harga tawaran bagi sesuatu urusniaga berdasarkan kepada permintaan dan bekalan yang ada. Off course lah yang berniaga tu manusia, itu sebab kita boleh lihat harga naik-turun sepanjang masa. You suka you boleh beli, you tak suka you boleh jual. Nothing to confuse about that..!


Apa itu Support and Resistance?

-------

Support dalam bahasa kita ialah sokongan.

Resistance dalam bahasa kita ialah halangan.

-------

Apa itu Demand and Supply?

------

Demand dalam bahasa kita ialah permintaan.

Supply dalam bahasa kita ialah bekalan.

-------

Support level adalah tahap sokongan yang terjadi ketika harga yang sedang bergerak turun dapat dipantulkan ke atas ketika harga tiba di sesuatu tahap sokongan harga yang tertentu.

------

Resistence level adalah tahap halangan yang terjadi ketika harga yang sedang bergerak naik dapat dipantulkan ke bawah ketika harga tiba di sesuatu tahap halangan harga yang tertentu.

------

Apa itu Demand and Supply?

------

Demand dalam bahasa kita ialah permintaan.

Supply dalam bahasa kita ialah bekalan.

------

Kekukuhan sesuatu tahap sokongan dan tahap halangan bergantung kepada jumlah permintaan dan jumlah bekalan yang terdapat pada sesuatu tahap-tahap tersebut.

------

Jika permintaan banyak, tetapi bekalan pula kurang, harga akan meningkat tinggi sehinggalah bekalan melebihi permintaan.

Jika bekalan banyak, tetapi permintaan pula kurang, harga akan menurun rendah sehinggalah permintaan melebihi bekalan.


Ringkasan Mudah.

1) Kekukuhan sesuatu Tahap Sokongan harga tertakluk kepada Permintaan semasa yang melebihi daripada Bekalan.

2) Kekukuhan sesuatu Tahap Halangan harga tertakluk kepada Bekalan semasa yang melebihi daripada Permintaan.



Ringkasan yang lagi Mudah
.

1) Jual ketika harga berada di Resistence dan Oscilator anda telah “overbought”

2) Beli ketika harga berada di Support dan Oscilator anda telah “oversold”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot