1. Seringkali kita terbaca atau kita diadukan dengan masalah ini. Betulkah forex ini menipu atau adakah kita tertipu dengan kesilapan kita sendiri? Mari kita cerita sedikit tentang masalah ini.
2. Ramai terjun dalam bidang ini dengan harapan nak bayar hutang, nak tambah side income, nak lebih kaya dan bergaya; dan seribu satu keperluan yang lain. Maka berlumba-lumbalah kita mencari "sistem trading" yang terunggul, mahsyur dan menjanjikan pulangan yang lumayan.
3. Setelah bersedia dengan modal, kita pun mula bertrading. Dan pendek cerita, melalui kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 95% daripada mereka akan terkubur tanpa batu nesan. Hanya 5% aje yang survive... itu pun boleh dipecahkan lagi kepada beberapa kategori yang bebeza.
4. Maka bermulalah setelah kerugian itu., episod menyalahkan itu dan ini, sana dan sini, orang itu dan orang ini... padahal yang gagal adalah diri sendiri.
5. Nasihat kita ialah bila berlaku kerugian (total loss)..; cuba check balik semua post yang rugi tu..; di situ mesti ada tunjukkan mengapa, bagaimana dan dimanakah kesilapan dilakukan. Dan sudah tentunya yang paling menonjol ialah tentang kegagalan mengawal risiko..!
6. Itu adalah faktor utama account trading boleh hangus..! Saya pernah mengalami kejadian sebegitu 2007-2008 ketika market jatuh.., ketika itu saya fikir account saya TAK AKAN senget! Tapi... Allah tu Maha Kaya, Lagi Maha Bijaksana.., Dia nak beri saya pelajaran yang berguna., dengan izin-Nya.., account trading saya benar-benar jadi senget sampai nak terjungkit..!
7. Ketika itu saya cuma terbayang kapal Titanic nak tenggelam. Tapi mujurlah saya tak panik.., saya cut losses semua position saya dan hari tu saya pandang wajah isteri dan anak-anak saya dengan rasa penuh sayu... saya rugi banyakkkk; sehingga hari ni saya malu nak ingat.
8. Nak salahkan siapa? Saya sendiri yang bersalah... tak letak stoploss, swing gila-babi, MM tak tengok langsung, keras kepala, dah untung nak lebih-lebih untung.... arrrghhhh...!!! Itu semua silap sendiri..! Kenapa lah saya begitu bengong?
9. Setelah dari kejadian itu, saya cuba ikut trade kembali dengan MM dan disiplin. Di setiap trade yang saya forecast contohnya akan bergerak 100pips, saya akan ambil profit separuh dari rally itu dahulu. Sedikit demi sedikit keuntungan yang saya kumpul kini bertambah mekar.
10. Itu adalah cerita pengalaman saya sendiri..; dan saya dari masa ke semasa sentiasa ingatkan tentang betapa PENTING money-management untuk mengawal risk dan reward kita. Jika dulu saya tak rugi besar... mungkin saya tak dapat ceritakan apa-apa manafaat dan kesan dari mengabaikannya.
11. Dan..; yang paling penting ialah jika dahulu dah silap, tak kan nak ulangi kesilapan sekali lagi?
Sila rujuk dan layari
Forex Risk & Money Management Calculator
Forex Profit Calculator
kalau menurut saya trading forex itu halal sepanjang kita melakukan trading dengan tidak melakukannya sebagi judi namun dengan melakukan analisa yang tepat serta menggunakan akun free swap yang seperti saya gunakan di broker octafx
BalasPadamPerkembangan bisnis trading forex memang sangat pesat sekali, lihat dan teliti setiap broker, tak terkecuali alpari forex , yang telah teregulasi dengan baik berskala internasional.
BalasPadamBisnis trading forex ini memang bersih dari unsur tipu menipu, terkecuali jika kita memilih broker lokal (yang secara rahasia umum disebut sebagai mafia). Bisa kita ujicoba di Forex Tester ini...
BalasPadamForex x menipu. Ada akat jual belinya. Bila diterangkan dalam tnc bagitau tentang forex sebelum bertrading. Lepastukan korang akad setuju dgn button accept.tiap kali entry pun korang kene ok utk setuju dengan entry yg dilakukan. Jadi judi bila xda ilmu. Sama macam nak niaga nasi lemak. Xda ilmu. Baru start dah nak niaga 1000;bungkus. Harga plak mahal. Last2 rugi. Kan memperjudikan nasib.
BalasPadam