Sabtu, 29 Mei 2010

Market View 31 May - 4 June

USDCAD 30min
- Minggu lepas... dia terjun gaya bebas... eeee.... setakat hari Jumaat dia baru bayor 1 pivot x... dia ada 2 lagi kat bawah... SMA warna hijau tu ialah SMA 133.. jika kita selak tf daily SMA yang sama sedang berada di pivot ke 2...

- Selak pulak tf weekly... harga terpantul ke bawah sebab SMA ini buat 'hurdle' kat harga puncak... Jika kita ambil pandangan menteri yang suruh kerat subsidi petrol rakyat Malaysia.. dia cakap minyak akan terus naik di hingga tahun depan... maka pair ini setakat itu ajelah tinggi nya buat masa ini dan akan terus bermain di bahagian bawah ni untuk ntah bape lama lagi...

-Apa benarkah menteri tu cakap tentang minyak??? Kita tunggu dan lihat sahaja... lagipun ~aku hanyalah sekor serangga~ dan ingatlah... orang-orang kat atas tu dah pernah salah baca arah minyak satu ketika dahulu... dan yang terima bahana ialah kita semua...

- UCAD ni kita forecastkan naik... setelah correction 1-2-3 ini siap... ;p



GOLD 30min
- Minggu lepas... dia tak terus terjun..., tetapi retrace dan dia telahpun sampai ke tempat di mana selalunya kita tunggu dalam gerakan ABC untuk ke projections ke D (161.8%)... tetapi berita tentang kredit rating Spain boleh membawa kepada perubahan 'sentiment' terhadap gold nie...

- Gold akan menerobos ke atas dengan 'eksen'nya JIKA level 38.2% tu pecah... dan akan menjadi kan level 23.8% tu sebagai batu loncatan ke 1,251 dan seterusnya ke 1,300.. itu adalah gambaran yang bakal berlaku jikalau market gold suka dengan berita sensasi tu...

- Activate kan stoploss untuk semua posisi 'short'... jika dia melonjak naik gigit stoploss kita,,, tak mengapa... lain masa boleh try short lagi... eeeeehiksss..



GBPUSD 240min
- Tak ke mana-mana dia pada minggu lepas... tapi dia bikin 2 jenis count... satu boleh bikin bullish (ikut 'tak' suka hati kita)... dan satu bikin lebih bearish (ikut main trend)... now... adakah trend tu kawan kita atau lawan kita?...

- Kita keberatan nak bullishkan dia..., tapi jika kita semak EG yang nak junam (??) dan USDX yang nak retrace... kita sebenornya takde pilihan sangat... jadi kita pom ikutler jadi lembu kejap-kejap... lagi pom dia below support3 bulan Mei dan di support3 bulan April...

- Kita menghad kan kenaikan dia di sekitar 1.5 aje.. kalo terlebey-lebey pom apa salahnye (ehehehe...) tapi... lari ler kuat2 tak yah pakai selipar kalo nombor 2 dalam kurungan warna merah tu poei pocahkan lower lows tawun neh... time tu kita boleh seronok dengan pegangan kita kat EG lewww...

USDCHF 240min
- Sama macam USDX... Gelombang ke 5 mungkin dah siap... tapi masih "steam naik"... peh... sometimes perkara-perkara begini boleh bikin kita lelah dan lemah jantung di buatnya.. begitu jugalah diri kita ini sejak beberapa sessi yang lalu .., yang di ibaratkan oleh Karam Singh Walia "laksana katak diharung ular"..... ehehe.. hep! Uhukss...

- Jika dia terus naik bermakna dia akan bikin satu round lagi gelombang kecik-kecik yang dikenali orang sebagai "5 dalam 5".. part itu sebut juga sebagai "mengetest tahap saikoloji" kita... Andai kata ianya berlaku... jangan terus pandang ke atas...

- Sila toleh sebelah kiri kejap... kita kini sekarang berada di atas monthly resisten ke 3 bulan Feb,Mac, Apr dan May... dan lepas tu pandang ke bawah sekejap... di manakah letak pivot bulan Feb dan May... hmmm... lumayan neh... :p

- Bias kita tetap short.. sebab short memang di lakukan di resisten... peh..!!! Tapi.. lari ler dulu kejap cam pepatah kat atas tu, kalo high (no. 5..??) tu kena baham lagi sekali... ehehehe... nanti boleh try jual lagi kat atas..


EURUSD 60min
- SMA 133 dan SMA 244 telah bersilang... tapi tak lama lepas tu kena bedal, sebab kredit rating Spain diturunkan dari AAA kepada +AA... jadi itu lebih menjadi petanda bahawa dia ni mungkin berjaya memecahkan 2.150 yang akan membuka peluang below 2.000...

- Berjaga-jaga di sepanjang bulan June nanti... volume di jangka berkurangan, di kala itu pasti ramai sepkulator akan buat overtime... anda bukannya tak tahu, semasa 2008 market runtuh ketika "thin volume"... ibarat kata Karam Singh Walia " bila kucing tak ada gigi, tikus akan menari-nari.." ... :-p

- Pattern nie cam bentuk head n shoulder... jika price break below neckline... target ke bawah ialah 205% .. cuba adjust fibo anda dari high 1.2670 to low 1.2150 hala ke bawah, nanti kita boleh lihat 205% tu harganya di mana.... fuyoooOOOoo...!!

- Activate kan semua stoploss untuk posisi "Long".... ~sobsobsob~... ~uwaa...uwaaa~



USDJPY 60min
- SMA 133 dan SMA 55 telah bersilang... jika kita attached kan SMA 244, sikit jam lagi semua akan crossing cun-cun punya... ehehe

- Semua pivot bahagian bawah ni baik-baik belaka... maka pivot x sebelah atas tu ada banyak maknanya... jika tembus 93.80... pasti kita terlihat kelibat harga 100,,,, cuma sampai atau tidak itu kita lihat kemudian....

- Siapa tau ek... cempedak boleh jadi nangka???




GBPJPY 30min
- JIKA SMA 133 bertahan harga akan memecut ke zone 135 n above zone.

- Perhatikan di 4hr nanti ada gak SMA 133 yang akan menunggu nya di situ... agak-agak bahaya kita lari ler cepat-cepat...

- Next Step... kita tunggu SMA 133 dan 244 bersilang di timeframe 60min... jika itu berlaku... kita ada chance "mencabar" harga di zone 140-145 untuk minggu-minggu yang akan datang... :-D ... Standby beli lagi nanti...

- Dan seperti biasa.., batalkan view ini jika harga jatuh below SMA 133 n 244 di timeframe 60min... kita ade banyak masa lagi... dun wori...



EURJPY 30min
- Mempunyai struktur dan ciri-ciri yang kita kehendaki... dan SMA 133 n 244 sedang berusaha untuk merealisasikan impian kita semua...

- Hadkan dahulu kenaikan dia hingga ke 115.35.. tetapi kalau dia terus pecut jangan terkojutz...

- Dan seperti biasa.., batalkan view ini jika harga jatuh below SMA 133 n 244 di timeframe 60min... kita ade banyak masa lagi... dun wori...

Jumaat, 28 Mei 2010

2019 - Malaysia Bangkrap Sebab Subsidi...??



Salam Jumaat...,

- Salam juga 1Malaysia... huhu... ini suatu berita yang buat tercekik urat leher jika kita baca dalam suratkhabar hari ini >>> baca sini

- Jangan gelabah... baca dulu.. baca point-point dia dulu.., sebab kalau kita terus melenting nanti lama-lama kita boleh "fening"... dia kata ''Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia telah diagihkan kepada setiap rakyat di negara ini meliputi soal pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak serta elaun kebajikan,"

- Salam lagi 1Malaysia... dia persoalkan sebab subsidi diberi untuk pelajaran, perubatan, nak isi "perut rakyat" dan bantuan untuk orang "susah dan miskin"... huh???

- Kekadang..., eh silap... SELALUNYA orang-orang yang dah "berperut besar" suka nak tuding jari pada orang-orang yang "berperut kecil"... ada saja akal dia nak bikin "lagi susah" bagi "orang-orang yang sedang kesusahan"... dan kalau boleh dia memang suka nak pijak-pijak sampai 'penyek' perut orang-orang tu semua...

- Kita rasa... (walaupun dia ni terkenal kerana kejayaan dia membantu masalah Bangladesh suatu masa dulu)... idea dia ni adalah yang paling "bangang" yang pernah di utarakan oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri...

- Kita syorkan dia ni pergi kursus dahulu 6 tahun..
1) jadi petani atau nelayan kat pedalaman ;
2) jadi kerani atau peon dan duduk kat rumah-rumah setinggan kat dalam bandar ;
3) jadi peniaga kecil-kecilan runcit, pasar malam/tani atau peniaga tepi jalan ;

- Balik dari kursus tu semua.., sila lah buat repot jujur pada PM, perlu atau tidak semua subsidi tu di kerat sebab takut Malaysia "bangkrap"... sebenarnya ada banyak perkara yang boleh dibuat supaya Malaysia ni tak bangkrap tau... bangang punya menteri...!!!

1) Allah Taala kurniakan kat Tanah Melayu ini hasil bumi yang TIADA kat bumi lain... contohnya minyak, kelapa sawit, getah, bijih timah, air. dll.. soalnya... ke mana pergi semua hasil-hasil tu? Hilang cam tu aje ke...?

2) Allah Taala kurniakan kat Tanah Melayu ini penduduk yang berbilang kaum dan agama.. soalnya.. KEKAYAAN negara tu sebenarnya di monopoli oleh siapa? Kenapa nak tatang mereka macam minyak yang penuh?

3) Allah Taala kurniakan kat Tanah Melayu ini KUASA politik dan sistem kerajaan yang agak efisien.., tak kan semua jentera-jentera tu bengap cam cicak tertelan kapur nak uruskan tentang semua "hutang-hutang" yang dijangka meningkat 11% setiap tahun?.. Tak cukup sekolah kot..??

- Last sekali... kalau dah tak mampu nak tadbir negara ini..., dah tak ada idea.., saja nak susahkan rakyat yang memang dah susah sekarang nie... serahkan aje kerajaan tu pada "orang - orang " yang berminat... habis cerita..!!! Buat apa nak sibuk jadi gomen kalau tak mau bantu rakyatnya ???

- Pigi jalan daaa... aku memang "anti" orang yang nak kerat subsidi tepung..., sebab nanti harga segala jenis roti dan terutamanya roti canai naik... apa pula orang yang miskin nak makan lepas ni..? Bangang punya menteri...!!!


Nota :
Orang Kaya tak makan roti canai... sebab... takut "kolestrol"... nanti pendek nyawa..!


Result Trade - Apr to May


Salam Jumaat 11:15am

- Akaun ini hampir lumpuh setelah mencatat keuntungan dalam Feb-Mac .. ~uwaa~uwaa... TETAPI berpantang mati sebelum ajal... kita tetap bersabar dan akhirnya hari ni kita closing untuk trading Apr dan May dengan lonjakkan seekor 'cicak kobeng...' ehehe

- Dengan jatuhnya GJ, EJ, UJ, AU, NU, GU dan UCAD naik... kita berjaya dengan cemerlang dalam Apr dan May ini... tapi semua posisi Euro terpaksa kita kerat banyak post sebab 'spekulator' jual semua Euro dalam 2 bulan ni... especially bulan May nie...

- Macam biasa... disiplin trade mesti 0.01 lot each position.. lama-lama benda yang nampak macam sampah.., akhirnya akan jadi "emas" juga akhirnya... ~jangan biarkan hidup anda di selubungi oleh... misteriiii ~

- Huhuhuhu....~


Sekian, Wassalam...
"beli kat support, jual kat resisten"

EG - Menuju Ke 0.8000..??

Salam Jumaat 10:30am...

- Kita sedey... semalam EG break lower lows lagi sekali... banyak stoploss kena hits... tapi masih ada lagi posisi baru yang kita buat kembali... even kita tahu risiko dia adalah sungguh tinggi untuk dia terus jatuh dan bermain di bawah paras 0.8000 mungkin untuk sepanjang tahun ini..

- Kita cuba semak dengan view forecaster lain... dan hasilnya memang takde yang cakap dia nak naik... ~uwaaaaa~... itu ler benda yang paling sedey pagi ni... mood untuk terus jatuh memang tak boleh di tahan lagi.... jadi kita pun takde rasa mood jugak.. ;p

- TETAPI... base kepada kiraan kita yang memang tak ikut standard international... buat masa yang genting ini kita tetap percaya... sekurang-kurangnya dia akan tutup gap kecik tu dulu dan bayar balik pivox yang dia tinggalkan di paras FE 261.8, sebelum dia terjun ke below 0.8000 (mengikut perkiraan forecaster lain)...

- Buat masa yang genting ini juga... kita xmo tukar view bullish ke above 0.9000 in future... but terjun below dan closing daily/weekly price below FE 423.6 ... kita akan duduk nangess sorang2 dulu.... ~uwaaa...uwaaa~... maafkanlah daku geng..!


Sekian, wassalam...
"Beli di Support, Jual di Resisten"

Rabu, 26 Mei 2010

Gold Counter Lagi

Gold 60min...

- Dia pullback lagi setelah dia amik semua pivot-x yang dia tinggalkan dahulu dan sekaligus dia bayar pivot minggu lepas yang dia tinggalkan... tapi dia bikin pivot-x yang baharu pula... :D:D:D.

- Kita terbaca beberapa komen tentang gold ni dan xde setakat neh yang agree dengan counting kita bahawa dia ni nak jatuh gedebab... ye xde... :( ... tapi kita x agree gak dengan view mereka terutamanya sebab gold ni telahpun membuat bearish engulfing candle kat weekly chart..

- Tatkala nie... kita bercadang menambah short (bahagian bawah tu dah siap sedia kita isi) di resisten harini... apa-apa pun yang bakal berlaku... stoploss jangan lupa :-D

Wassalam..,

UCAD - Jawab

Salam kpd Aliff...,

- Tenkiu sebab "concern" dengan view kita tentang UCAD... now is 12:30 tghari... baru ter"perasan" soklan dalam chat box tu... sorry sebab lambat balas... ;p

- Sebab kita bagi view daily... so kamu soal ikut weekly view... kita jawab balik ikut 4hr lah bior senang nampak... basically kita akan kira berapa wave dah siap untuk kita start cakap boleh counter... dan seperti yang kita maklum... "trend" ada 5 gelombang...

- Dan dalam kaedah kita yang tak ikut standard international... setiap trend yang melonjak atau menhempas turun tu kita akan tau trend tu akan gostan dengan men"detect"nya dengan pivot harian yang harganya tak pullback ke situ... so kita dari situ kita tau kita ade peluang lain...

- Berkenaan dengan harga yang kamu cakap tu... ok ler.. kita pun xde nak tolak apa-apa cadangan jika dia boleh ke situ... pada kita itu normal kalo dia lonjak-lonjak sebab trend memang tengah naik... dia mesti lah nak kekalkan trend dia tu...

- Apa yang selalu kita buat bila nak counter apa-apa trend ialah kita "count" dulu wave tu.. kalo siap 5 wave... kita boleh congak-congak nak counter di mana... dalam kaedah pivot-x... jika harini dia tak pullback ke pivot.., esoknya di R2 kita boleh tunggu untuk counter... selain dari itu kita boleh jugak ler ikut fibo.. kalo tak berhenti di 161.8 maka di 261.8 kita akan start counter lah...

- Normally.. kita tak ikut scale "ketepatan" pada harga, sebab kita lebih fokus pada "zone"... jika ianya berada dalam zone menjual... kita akan buat jualan ajelah, tapi kita masuk harga ikut leverage dan lot yang terkawal lah... contohnya jika leverage kita 200:1... kita cuma letak 0.01 lot ajelah...

- Pada kita... winning every trade bukan sebab tepat letak pada harga tertentu... tapi setiap urusniaga tu kita kawal money management kita dengan mempastikan harga ketika itu berada di resisten ataupun support... lagipun apa yang kita faham ialah forex ini ialah "sejenis pelaburan".. risikonya tinggi maka tu sebab kita "drag" keuntungan kita untuk suatu tempoh masa yang tertentu... contohnya 2-3weeks or months... "every quarter"lah orang cakap...

- Dengan cara 0.01 lot tu... kita akan tambah-tambah posisi yang kemudiannya nanti kedudukan trading kita begitu teguh seperti gak orang yang letak 0.5 atau 1.0 pada setiap trading dia sementara trend lain pula akan terbentuk.... jadi hasilnya lebih kurang samalah... cuma tak nampak besar aje.. tido malam tak ler ngigau sorang-sorang buka pc tengok market.. sebab takut-takut margin kena gigit... hehehe

- Jika ada yang trade forex dan cari untung segera /banyak / nak cepat kaya... kita rasa itu dia membahayakan "ekonomi" dia.. cam negara Greece lah.. buat pinjaman banyak keliling pinggang, lepas tu hidup bermewah-mewah.. tapi margin account sentiasa -ve... ibarat orang kita cakap "biar papa asal bergaya"... sekarang cuba lihat... betapa hinanya Greece sampai minta bantuan jiran-jiran sebelah...

- Begitu jugalah kita, jika amalkan kaedah Greece... adakah kita mahu menyusahkan jiran tetangga kita kelak? Minta garam, pinjam beras..?? Itu sebab selalu kita ingatkan... bahawa "beli kat support, jual kat resisten"... sikit-sikit lama-lama kot-kot boleh jadi 10k usd... ~wakaka~ uhukkkk..... ( tu dalam jangka masa setahun-dua larrrr...)


Sekian, wassalam

Sabtu, 22 Mei 2010

Market View 24-28 May

EURGBP 60min Wednesday 10:45am

- Agak penat gak nak layan pair nie sekarang... dah pegang-pegang buy tapi dia masih jatuh gak... adesss... ni ler yang kekadang buat bulu roma boleh meremang... kalo susah sangat nanti aku short dia baru dia tau..! Hehehe...

- Anyway... 0.8750 masih menjadi halangan utama dia nak pegi tanya kekawan dia kat 0.9000 betul ke mereka takmo kawan lagi dengan dia neh... dan untuk last bentuk pattern yang kita lukiskan dalam chart tu... (rasanya semua dah kenal bentuk tu... yes3x... )... dia akan test sekali lagi zone 0.8700 tu... Standby..!


Oil (Click to enlarge)
USDCAD 1440min Tuesday 9:00pm

- Apa yang berlaku pada pair ini ialah ianya berkaitan dengan "terjunan" harga minyak sejak awal bulan May ini... jadi tu ler sebab pair ni pun "naik minyak" gak... ~wakaka... uhukkk... tapi kita cuma maklumkan aje lah situasi minyak terkini bahawa.. mungkin pada malam ini dia akan tertahan channel dan mungkin juga melambung naik kembali... dan...

- UCAD ade potensi untuk kita short pada harga 1.0850..

- Buat masa ini kita tak dapat pastikan minyak ni nanti retrace aje ke atau terus naik... tetapi jika minyak terus meluru naik selepas ini.. kita jangka di akan pecahkan harga 95-100-120 dan itu bermakna UCAD akan pasti di bawah tekanan 0.8000 kerana channel yang dia pecahkan ini akan di kira sebagai "false break"...

- TETAPI jika minyak terus jatuh di bawah 64 dollar ... jangan di tahan lembu UCAD neh...


Dollar Index 240min , Tuesday 1:50pm

- Tatkala ini..., semua kaki dan tangan kita terasa sejuk dan dada kita berdebar-debar kerana seram meletakkan posisi yang berlawanan dengan arus gerakan market... pehhhh... adakah anda berasa begitu??? Huhuhu...

- At this moment kita dah counter semua pair yang berkaitan dengan dollar dan yen.. semoga semua trade kali ini akan berjaya dengan cemerlang juga seperti trade setup kita Ogos-Sept 2009 yang lalu... dan secara kebetulan juga retracement ini dijangka siap pada bulan yang sama pada tahun 2010 ini... ek ???

-Apa-apa pun... ingatlah ini semua kuasa Allah, kita hanya boleh merancang, berjaya atau tidak itu adalah kehendakNya jua.... Semoga kejayaan milik kita semua bersama.... Amiiinnn...


EURJPY 60min

- Sama macam GJ... Jika kita semak HiLo 10 tahun pada weekly chart di berada di support 23% tapi... belum lagi ler sampai 23% tu ade siiikit aje nak sampai... tapi sekarang dia memang berada dalam zone support untuk 10 tahun...

- Normally orang akan kata itu keje giler pegi tengok support 10 tahun kenapa.. kah3x... ye.., kita memang giler sket... so sebab tu kita selalu dapat banyak pips... even nilai pips tu tak besar kalo convert dengan duit.. tapi kepuasan hati tu lagi besar ertinya untuk trader miskin cam kita nie.. hikhik...

- Beli dia ini ikut "condition" macam GJ... yeabedabeduuUuuu~


GBPUSD 60min,

- Dia ni bukan kuat mana pun.. tapi kita beli dia sebab kita xmo lah giler kentang cakap dia akan tambah turun walhal dollar sedang retrace ke bawah jadi kita ambil kesempatan aje sikit-sikit... manalah tau lama-lama boleh jadi gunung... itu pun jika last week candlestick weekly diguna pakai... kat daily rata je... so kita biaskan ikut weekly lah... ada gak nampak macam ada harapan sket-sket naik. Dapat 2-3minggu pegang dia jadiler.. hehe

- Kita hadkan kenaikan dia setakat monthly S1 or S2 bulan ni, sebelum dia jumpa trendline atas yang datang dari bulan Dec 2009 -Apr 2010... retracement aje... berat gak dia nak naik... dia ade chance naik bila EG ranging/pullback aje nanti...


EURUSD 60min..,

- Aha ha ha... beruang kena terajang sampai tersangkut kat pokok pisang... kah3x... semua persatuan beruang-beruang sedunia berasa tak puas hati dengan tindakan ECB membuat "intervention" last week... keh3x..

- Kekadang kita fikir... apakah bendanya yang beruang-beruang nie beria-ia sangat nak runtuhkan Euro? Nak kata Euro tak bailout Greece... dah kuar dah statement rasmi dari Euro nak bantu Greece? Apo laei yang diorang mau?... kiki3x..

- Ingatlah... bila "fundamental" beraksi... teknikal dan emosi boleh tolak ke tepi... guna akal sket... beli euro tatkala ini kerana ada "kerajaan" yang menjaganya... jangan ikut spekulator... kerana mereka takde apa-apa "kerajaan"... ~wakakaka.. uhuksss!!~


Gold 1440min

- Bertambah menarik untuk di short...!!! Tetapi ramai yang tak mahu jual gold sebab mereka fikir gold akan naik, naik, naik dan naik... ehehe xpe... mungkin mereka tak pernah tengok kat tv bahawa roket yangmembawa manusia ke bulan akan digugurkan jua ke bumi bila tangki minyaknya dah abess.. ;p

- Di kala ini... kita xmo cakap banyak lagi... gugur below 76.4.., 61.8 akan menanti sebagai support... dan gugur lagi below 61.8.. free fall akan berlaku ke 38.2 atau extended ke 23.6 iaitu tempat target kita seperti yang forecastkan


GBPJPY 60min

- Sangat menarik...!!! Kita sekarang berada di level 23% base on HiL0 2009-2010 dan ada beberapa kiraan jangka panjang yang menunjukkan bahawa dia boleh terbang melepasi semua ketaksuban nafsu serakah yang menguasai market ketika ini... be patient babeh...!

- Perlu kita ingatkan bahawa minggu hadapan adalah minggu terakhir bulan May... agak pasti beruang akan berhabisan tenaga cuba memecahkan level FE 261.8 untuk ke FE 333.3

- Arahan kita ialah

1) "beli" JIKA beruang gagal pecahkan level FE 261.8 tu, untuk target ke FE127.2 dan FE 23.8 dalam bulan June... atau

2) "buy breakout" di atas FE 205.4 untuk ke FE 161.8 dan FE 127.2

Batalkan view ini jika market buat gap hari Isnin dan naik ke paras FE 161.8.... sebaliknya kita standby SELL di antara paras FE 127.2 dan FE 76.4 untuk ke target FE 423 dalam bulan June....

Jumaat, 21 Mei 2010

GJ - Download dan Save






GBPJPY
- Terima Kasih... Jangan terburu nafsu -
...Kita tunggu dan lihat gerakan dia dahulu
Insya Allah.., kita ada masa yang secukupnya untuk melayari bahtera seterusnya...
Jumaat 12:30tghari

Rabu, 19 Mei 2010

Market View - Intraday



20/05/2010 5pm
Dollar Index... Daily Chart

- Kita nampak dari pagi tadi... ini tanda reversal... dan ini juga mungkin akan menepati forecast kita sejak 2-3 minggu yang lalu bahawa dollar ni nak retrace... i mean BIG retracement...

- INSYA ALLAH ianya tetap berlaku... INSYA ALLAH 33x


GBPUSD 30mins, Wed 11pm

- Semua swing short position sejak minggu lalu mesti di tutup malam nie... Triple bottom telah berlaku dan kita tak tahu samada itu petanda reversal atau bukan... tetapi dia dah terjojol keluar dari channel dan... ade banyak pivot-x.... ~wakakkaka... kedekuk3x...

- Bullish kan dia esok JIKA dia OPEN atas PIVOT harini... ~alopak-agogo~

USDJPY 60mins, Wed 9pm


- Sama macam EJ dan GJ... Sebenornya boleh counter dah kat weekly bottom range tu..., tapi untuk cantek kan lagi taktikal kita semua... lebih baik kita tunggu harini nya body daily cs cover betul2 gaps minggu lepas...

- Hari ni German mengeluarkan arahan melarang "short selling" dan malam ni pulak SEC bercadang mengimplikasikan cadangan "short circuit" jika market Dow Jones jatuh 10% dalam tempoh 5min dagangan.... ~wakaka

- Esok-esok pasti kita akan membaca berita2 tentang arahan yang serupa untuk market seluruh dunia..! ~miyahaha~... hidup tambah bahagia tanpa spekulator... berlawan dengan speculator itu aje ubat nya...

- Tidak ke kita pelik... Malaysia dah pernah buat dahulu, tahniah Tun Dr. Mahathir..! Selepas 13 tahun kejadian tersebut baru ler mat saleh tu perasan camne nak handle perkara-perkara sebegini... ini bermakna orang Malaysia 13 tahun "celik" ke hadapan dalam bidang ni... hikhikhiks..

- Walaupun begitu... Cancel plan ini jika dia terus ke bawah... ehehe

GBPJPY 60mins, Wed 7pm

- Sama macam EJ... Lihat dulu gerakan yang 'bakal' di lakukan oleh GJ ni... jika dia boleh lonjak atas trendline dan menanduk R1 harini... Kita akan sambut beli dia time pullback...

- Cancel plan ini jika dia terus ke bawah... ehehe

EURJPY 60mins, Wed 7pm

- Lihat dulu gerakan yang 'bakal' di lakukan oleh EJ ni... jika dia boleh lonjak atas trendline dan menanduk R1 harini... Kita akan sambut beli dia time pullback...

- Cancel plan ini jika dia terus ke bawah... ehehe


USDCAD 60mins, Wed 7pm

- Last nite Long should be closed today... ehehe... malam tadi kita cuba interaksi dengan orang yang ade dalam blog nie... tapi agaknya orang 'kita' takde time tu... jadi kita trade sorang-sorang lah... ramai gak yang datang jengok blog nie ek... tak sangka i... kui3x.. orang Nicaragua pun ade.. tu heran sket tuh... kikiki..

- Orait... biarkan steam dia abesss dulu... Kemudian baru kita counter short amik balik ke salah satu pivot -x yang dia tinggalkan... fuyooo... banyak pips neh... ;p

Standby Counter

EURUSD
Order : Buy Limit
Levarage : 1:200
Lots : 0.05 each post (add if you wish to)
Zone : This Week Bottom Range
Price : 1.1985
Type : Swing Position
Target : 1.2820
Durations : 1 or 3 weeks

Sabtu, 15 Mei 2010

Market View 17-21 May

VIX, Wednesday 2:15pm MYT

- Daily chart... Kita tandakan pada anak panah tu ruang-ruang gapnya... ehehe... walaupun dia naik semalam tapi masih tersekat ke"bullish"an dia... andaikata Vix "vapper-rub" ni reda... kita jangka dia akan melorot turun sampai ke bumi...

- Dan share market akan naik lew... saja kita letak gambar VIX ni... supaya kita dapat fahamkan beberapa reaksi market tentang situasi terkini yang digembar-gemburkan oleh media terkini dan hiburan sensasi "mereka"...

- Makan dulu kacang beb... biarpun kolestrol tinggi, tapi vitamin dia tinggi... kikiki


GOLD, Wednesday 12:15pm MYT
- Four Hournya chart... kita letak Dinapoli level target Length 6... letak gak dengan Fibo dan Garpu "Picthfork".. tambah channel dan RSI... tengok pulak Berita kat TV... fuyooo... berebut-rebut kat negara China orang membeli "emas" fizikal... berebut-rebut macam lah "emas" tu murah sangat...

- Ini semua taktik orang yang dulu-dulu dia dah borong emas bertan-tan.. sekarang dia sebarkan berita emas nak naik lagi tinggi... peh..! Kita tak salahkan pedagang emas... sebab orang berdagang mestilah ade taktik dan teknik dan masa yang benar-benar "peak" untuk habiskan semua stock yang ada... barulah dapat untung puluhan ribu percent..!

- Emas telah break "high" Nov 2009... semua kalut cakap emas now "as a new currency".. bila matawang euro jatuh xde plak kita dengo orang kata emas patut jatuh... padahal masa euro naik bertahun-tahun merekalah yang bagitau emas follow trend euro... keh3x... now dia naik ikut dollar naik...? kah3x.. lagilah kelakau...

- Berdasarkan simpton kejatuhan market 2008... kita yakin... harga semua asset dan komoditi akan jatuh terlebih awal, sebelum share market dan currencies akan benar-benar membuat terjunan gaya bebas... time tu... jangan malu-malu beli emas ni... sebab dia akan berada pada paras paling rendah berbanding pada harga sekarang... :D:D:D

-Break down line kaler merah Dinapoli 1205.57 tu... Kita forecastkan Gold akan jatuh ke target yang telah kita tunjukkan sebelum ini... Selamat bertrading~


AUDUSD, Wednesday 11:30am MYT
- YeabedabeduUUuu... pagi ini dia selamat mem"breaking" lowest NoV-Feb... fuhhh... selamat sudah semua balance short kita yang dulu-dulu... Kikikiki... and now mereka full strength short KangaroOoo neh... but as I said b4 this... our method were different.. petanda-petanda nak naik balik tu semua dari kita dah nampak... so kita takyah terangkan lagi...

- Biarkan aje speculator yang takde "telo" tu amik peluang balance-balance neh... kikiki.. sekarang adalah masanya kita "honeymoon" dengan semua hasil short kita... pair ini akan retrace ke atas lagi sekali... kita dah lukis cantek2 kat atas tu... so untuk beberapa minggu akan datang... kita akan monitor "LeveL C" kita untuk target seterusnya below 0.80...

- Tahniah kita ucapkan pada semua yang berjaya menahan "keperitan" dan tekanan "psikologi" bersama kita semasa mengeshort pair ini... kejayaan bertahan dengan dugaan adalah petanda yang paling bagus untuk kejayaan di masa hadapan... Adios Amigos..!


Yen Index, Wednesday 10:30am MYT
- Setelah kita lihat DJI... maka kita rujuk pulak chart Yen Index apa cerita dia pulak... ahaa~.. Pivot X... Kikiki... So Yen tak akan ke mana-mana lah buat sementara waktu ni.. sebab dia asyik sibuk nak betulkan kedudukan "bullish" dia... ehehe

- Kedudukan dia sekarang tak lah se"bullish" dollar... tapi sebenornya dia ni lagi kuat dari dollar... jadi pada pandangan kita yang dhoif nie, simptom dia ni sekarang sama dengan simptom yang ada pada UCAD... ahaaa~... ini memang betol2 menarik..

- Ini adalah simptom ranging... yang akhirnya akan breakout untuk short-term.... fuyooo~ jangan lepaskan peluang... ini betul2 best ni... sebab orang tengah kemaruk beli dollar dan yen... sementara kita masih menunggu harga dan waktu terbaik untuk meletakkan posisi..

- Syor kita ialah... relax, kunyah kacang dulu.. next trade setup ialah JUAL dollar dan yen for short term...


DJIA 1440, Wednesday 8:00am MYT
- Kita lihat DJI pada penutup harini sambil makang karipap... sebab kita takde posisi mengeshort crossing JPY minggu nie... jadi kita memang ada banyak masa meninjau-ninjau beberapa market.. supaya kita dapat membaca dan melihat gerakan seterusnya untuk crossing yen sebab dia memang bergerak ikut sentimen pasaran saham...

- Now... kita tau... beruang "maybe" akan kena tendang dengan lembu tersangkut di celah pucuk pokok pisang... tatkala ini kita lihat ramai yang mengeshort saham, membeli dollar dan yen dan memborong emas bertan-tan..! Kita sarankan... wait..! Don't panic macam mereka... makan kacang dulu.... eeehehe...

- Kita cakap... mereka dah terlambat... ! Mereka dah terjerumus dalam perangkap spekulator... tunggu dan lihat beberapa hari lagi... kali nie spekulator akan cuba cipta lirik baru untuk market... tak caya?... Huh..? Tak megapa... Makan kacang dulu...~~~ ;p


EURGBP 30min, Tuesday 2pm MYT
- EG dalam triangle dan channel...
- Dia akan breakout... which way, i dunno... posisi kita ialah membeli...
- JIKA dia breakout ke bawah... pastikan stoploss di aktif kan...
- Apapun yang bakal berlaku harini... kesannya adalah untuk sepanjang minggu ini...


Dollar Index 240min
- Sila semak kedudukan chart dollar index setting terdahulu yang telah kita pamerkan untuk rujukan kita semua di masa akan datang... dan ini pula ialah "scanning" terbaru dia yang bagitau kita semua bahawa... "steam" dia belum habis... yaks..! Ada 3 lagi level yang dia boleh sampai yang telah kita tandakan harganya dalam chart tersebut...

- Walaupun begitu, sila ambil perhatian bahawa... "time" dia dah habis dan dalam chart MT4 yang kita setup tu pun menunjukkan last price yang dia hits pada Jumaat dari gerakan "B-C" atau dalam chart kat atas tu gerakan dari "1-2"...

- Dalam kaedah Fibonacci yang kita faham bahawa "bila harga bertembung dengan masa" kemungkinan yang agak besar akan berlaku ialah "turning point"... bayangan yang boleh kita ambil sebagai contoh ialah "bila bola bertembung dengan dinding... lantunan akan berlaku"... itu cara mudah nak ingat ler...

- Anggarkan... "kelajuan" bola itu bila jumpa "dinding"... agak-agaknya lantunan dia camne ek?

- Tapi itu kaedah Fibonacci ler... yang di scan ni guna kaedah Elliot Wave... yang kita faham juga bahawa mereka guna teknik "breaking level" sebagai kiraan gelombang seterusnya... kalo nak senang faham ialah mereka mengira gelombang 1,2,3,4,5 sebagai "trend" dan A,B,C sebagai "correction"... itu aje nak senang ingat... bukan susah mana pun...

- Baik lah... kesimpulan buat sementara waktu ini ialah...

1) Ikut pandangan Fibonacci dan Time Analisis... gerakan dari 82.50-80.14... baru aje selesai di level 261.8% = 86.80

2) Ikut pandangan Elliot Wave... berdasarkan kepada gerakan momentum ketika ini ke lima-lima gelombang tsunami ini masih bergerak ke atas dengan target mereka seterusnya adalah 87.52 dan 88.47... malah ianya juga boleh mencapai klimaks ke 91.47...

- Antara kedua-dua pandangan di atas..., kita pilih pandangan Fibonacci... TETAPI kita tak tolak pandangan Elliot Wave tu sebab "fibo expansion" masih boleh berlaku JIKA emosi traders menguasai pasaran...

- Ya..!! Bila lembu-lembu "panic"... tembok batu yang tebal pun boleh di rempuhnya... :p


GBPJPY 240min
- Bukan senang nak jadi senang.., dan bukannya mudah sangat nak jadi bangkrap... jika kita mengamalkan menjual di support dan dan membeli di resisten itu adalah salah satu tanda dia trade cara buta kayu...


- Jika harga dah sampai ke support paling bawah.. tak kiralah ianya daily/weekly/monthly... jangan mengong pegi tambah posisi short... closed aje posisi short yang ada, jangan tamak haloba tak tentu pasal akibatnya boleh merana badan...

- GJ ni pada pandangan kita boleh retrace ke atas lagi sekali, cuba check chart 15, 30, 60min... dia macam ade buat W senget spekulasi... itu kalo menjadi... 140-141 memang jadi taruhan boleh sampai... follow intraday momentum arah ke atas (jika ada) dan jangan hold posisi buy.. just eat n run... saje buat isi duit poket... 50-80pips is enough for each trade..


EURJPY 240min

- Berbeza dengan USDJPY... gap dia ni dah di tutup, maka kemungkinan dia pullback ke atas monthly support 2 tidak boleh kita nafikan..., lebih-lebih lagi JIKA EURUSD dan EURGBP dapat menyepak semua beruang yang sedang menekannya.... fuyoo ni ler yang best JIKA berlaku...

- Tetapi... malangnya kita tak rasa dia akan terus bullish, malahan kita tak mahu pun ubah view dia nie yang dia akan terus menjunam ke bawah 110 samaada dengan tiba-tiba atau pun secara slow n steady. Sila letakkan fibo anda arah ke bawah jika ingin melihat di manakah letaknya 161.8...

- Jika ECB boleh lesap sekelip mata sebahagian €750B yang di sediakan untuk menahan kejatuhan Euro, kita takde keyakinan bahawa BOJ dapat bertahan dengan beberapa trillion yen nya bagi tujuan yang sama.


USDJPY 1440min
-Gap masih belum sempurna di tutup... takde sebatang body candlestick pun yang cover lubang kat bawah tu, maka short masih menguasai pasaran... kecuali jika pembukaan hari Isnin ini dia bikin gap ke bawah lagi, maka jangan terpedaya nak terus short dia... guna taktik sket...

- JIKA dia buat gap ke bawah pada minggu depan... kita agak pasti dia akan buat satu full body bullish untuk menutup lubang-lubang tu semua... jadi maknanya minggu depan dia akan jadi lebih bullish jika senario itu berlaku...

- Otherwise jika dia mengong buat gap sebelah atas pula..., jangan malu-malu kucing... short dia untuk 3 sebab iaitu 1) untuk buat bearish candlestick yang akan menutup lubang-lubang gap tu.., 2) untuk "tolong" dia test trendline colour purple tu..., 3) manalah tau... terjerumus below FE 76.4 makanya kita ada harapan untuk test kembali level FE 127.7 dan FE 161.8

USDCHF - 10,080min
- Bertahan di retracement 50% bermakna dia akan mengambil posisi ke 76.4% untuk next target... Kita tak mahu ubah view kita buat masa ini... mungkin dia boleh juga pecahkan 1.17-1.18 kerana kita ada terbaca bahawa SNB tak bercadang untuk "kacau-daun"...


- Kita akan short dia lagi sekali... even kita tau dia akan menuju destinasinya... kenapa kita harus takut dengan situasi sekarang, walhal kita jua membelinya sewaktu dia hampir kehilangan maruah di bahagian bawah sana...

- Pesan kita tetap sama sepanjang masa... "beli sewaktu di support, jual sewaktu di resisten" ... tunggu dia gagal di zone 1.15, kerana risiko gostan di 76.4% ialah ke 23.6% kembali... sama-sama kita tunggu ye...


GBPUSD 240min

- Pada pandangan kita, masih berbaloi untuk mengeshort dia... cuma sekarang dia ada tanda-tanda divergence untuk RSI dan harga telahpun "terkurung" di zone FE 161.8.. "Breakout" ke atas akan menyaksikan dia menge"test" monthly support 2...

- Berbanding dengan EURUSD... dia ni takde "simptom" untuk retrace dalam skala besar kerana dia belum pun sampai level paling bawah tahun 2008 dan pertumbuhan ekonominya untuk tahun 2010 dilaporkan tidak bergerak = "stagnate"

- BNB Paribas meramalkan kemungkinan Britain akan kehilangan status AAA untuk credit ratingnya kerana goverment yang baru terbentuk mungkin tidak berupaya menangani dengan cekap masalah ekonominya ketika ini.

- Untuk Pound... kita stay short the pullback until trendnya bengkok...!



EURUSD 10,080min

- Fuhhh... Market meng'abai'kan amaran 'intervention' menteri kewangan Eropah dengan menekan EURUSD makin jauh ke bawah. Percubaan kita membeli berjaya pada awalnya, tetapi ter'selepot' di paras 1.3000.. Kemudian kita membeli lagi sekali tetapi gagal juga akhirnya di cucuk jarum 'gatal' di lowest minggu sebelumnya...

- RSI oversold... pertahanan terakhir sedang di ancam untuk dicerobohi... pemecahan benteng terakhir ini bermakna EURUSD dan berhadapan dengan 'cycle' kejatuhan ke bawah level 1.0000 untuk beberapa tahun akan datang... huhuhu...

- Pemecahan level paling last nie hanyalah confirmation bahawa pembetulan harga di paras 1.53 telahpun selesai... of course dia akan pullback kembali... kita tetap pegang kaedah "apa akan jadi selepas 5?"

Jumaat, 14 Mei 2010

Hampa... Gas

EG 240min - 10:30am
-Buy signal still valid..
-Adding 1 for next target.. RSI above 55.. bullish momentum

GU 15min - 10:30am
-Buy signal
-Now... tinggalkan satu (1) post aje

EU 15min - 10:30am
-Adesss stoploss kita kena makang
-Now... kita stand aside

Rabu, 12 Mei 2010

EG & GU in BIG Question

EURUSD 11:45am

GBPUSD 11:30am

EURGBP 11:00am

Gold... Standby Short

14 MAY 11:15am
Bearish Harami
Daily Candlestick

7:00pm MYT
Check Your Entry/Exit/Target

Salam Rabu 8:30am...,
  • Seperti yang kita maklumkan tempohari..., kita akan short GOLD... ye... harini dia dah jolok highest Nov 2009, bukan setakat jolok aje tapi siap bullish candle lagi... normally price akan terus ke atas.. but
  • Petunjuk kita menyatakan dia akan retrace dalam skala yang besar...
  • Arahan kita ialah... di larang menggunakan lot yang besar... short guna ciput-ciput dulu, slow and steady babeh... pelan-pelan kita kayuh ke bawah... guna upper daily range untuk ambil harga yang munasabah...
  • InsyaAllah.... semuanya akan ada hasil dan berjaya.
Sekian, wassalam..

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot