Sabtu, 15 Mei 2010

Market View 17-21 May

VIX, Wednesday 2:15pm MYT

- Daily chart... Kita tandakan pada anak panah tu ruang-ruang gapnya... ehehe... walaupun dia naik semalam tapi masih tersekat ke"bullish"an dia... andaikata Vix "vapper-rub" ni reda... kita jangka dia akan melorot turun sampai ke bumi...

- Dan share market akan naik lew... saja kita letak gambar VIX ni... supaya kita dapat fahamkan beberapa reaksi market tentang situasi terkini yang digembar-gemburkan oleh media terkini dan hiburan sensasi "mereka"...

- Makan dulu kacang beb... biarpun kolestrol tinggi, tapi vitamin dia tinggi... kikiki


GOLD, Wednesday 12:15pm MYT
- Four Hournya chart... kita letak Dinapoli level target Length 6... letak gak dengan Fibo dan Garpu "Picthfork".. tambah channel dan RSI... tengok pulak Berita kat TV... fuyooo... berebut-rebut kat negara China orang membeli "emas" fizikal... berebut-rebut macam lah "emas" tu murah sangat...

- Ini semua taktik orang yang dulu-dulu dia dah borong emas bertan-tan.. sekarang dia sebarkan berita emas nak naik lagi tinggi... peh..! Kita tak salahkan pedagang emas... sebab orang berdagang mestilah ade taktik dan teknik dan masa yang benar-benar "peak" untuk habiskan semua stock yang ada... barulah dapat untung puluhan ribu percent..!

- Emas telah break "high" Nov 2009... semua kalut cakap emas now "as a new currency".. bila matawang euro jatuh xde plak kita dengo orang kata emas patut jatuh... padahal masa euro naik bertahun-tahun merekalah yang bagitau emas follow trend euro... keh3x... now dia naik ikut dollar naik...? kah3x.. lagilah kelakau...

- Berdasarkan simpton kejatuhan market 2008... kita yakin... harga semua asset dan komoditi akan jatuh terlebih awal, sebelum share market dan currencies akan benar-benar membuat terjunan gaya bebas... time tu... jangan malu-malu beli emas ni... sebab dia akan berada pada paras paling rendah berbanding pada harga sekarang... :D:D:D

-Break down line kaler merah Dinapoli 1205.57 tu... Kita forecastkan Gold akan jatuh ke target yang telah kita tunjukkan sebelum ini... Selamat bertrading~


AUDUSD, Wednesday 11:30am MYT
- YeabedabeduUUuu... pagi ini dia selamat mem"breaking" lowest NoV-Feb... fuhhh... selamat sudah semua balance short kita yang dulu-dulu... Kikikiki... and now mereka full strength short KangaroOoo neh... but as I said b4 this... our method were different.. petanda-petanda nak naik balik tu semua dari kita dah nampak... so kita takyah terangkan lagi...

- Biarkan aje speculator yang takde "telo" tu amik peluang balance-balance neh... kikiki.. sekarang adalah masanya kita "honeymoon" dengan semua hasil short kita... pair ini akan retrace ke atas lagi sekali... kita dah lukis cantek2 kat atas tu... so untuk beberapa minggu akan datang... kita akan monitor "LeveL C" kita untuk target seterusnya below 0.80...

- Tahniah kita ucapkan pada semua yang berjaya menahan "keperitan" dan tekanan "psikologi" bersama kita semasa mengeshort pair ini... kejayaan bertahan dengan dugaan adalah petanda yang paling bagus untuk kejayaan di masa hadapan... Adios Amigos..!


Yen Index, Wednesday 10:30am MYT
- Setelah kita lihat DJI... maka kita rujuk pulak chart Yen Index apa cerita dia pulak... ahaa~.. Pivot X... Kikiki... So Yen tak akan ke mana-mana lah buat sementara waktu ni.. sebab dia asyik sibuk nak betulkan kedudukan "bullish" dia... ehehe

- Kedudukan dia sekarang tak lah se"bullish" dollar... tapi sebenornya dia ni lagi kuat dari dollar... jadi pada pandangan kita yang dhoif nie, simptom dia ni sekarang sama dengan simptom yang ada pada UCAD... ahaaa~... ini memang betol2 menarik..

- Ini adalah simptom ranging... yang akhirnya akan breakout untuk short-term.... fuyooo~ jangan lepaskan peluang... ini betul2 best ni... sebab orang tengah kemaruk beli dollar dan yen... sementara kita masih menunggu harga dan waktu terbaik untuk meletakkan posisi..

- Syor kita ialah... relax, kunyah kacang dulu.. next trade setup ialah JUAL dollar dan yen for short term...


DJIA 1440, Wednesday 8:00am MYT
- Kita lihat DJI pada penutup harini sambil makang karipap... sebab kita takde posisi mengeshort crossing JPY minggu nie... jadi kita memang ada banyak masa meninjau-ninjau beberapa market.. supaya kita dapat membaca dan melihat gerakan seterusnya untuk crossing yen sebab dia memang bergerak ikut sentimen pasaran saham...

- Now... kita tau... beruang "maybe" akan kena tendang dengan lembu tersangkut di celah pucuk pokok pisang... tatkala ini kita lihat ramai yang mengeshort saham, membeli dollar dan yen dan memborong emas bertan-tan..! Kita sarankan... wait..! Don't panic macam mereka... makan kacang dulu.... eeehehe...

- Kita cakap... mereka dah terlambat... ! Mereka dah terjerumus dalam perangkap spekulator... tunggu dan lihat beberapa hari lagi... kali nie spekulator akan cuba cipta lirik baru untuk market... tak caya?... Huh..? Tak megapa... Makan kacang dulu...~~~ ;p


EURGBP 30min, Tuesday 2pm MYT
- EG dalam triangle dan channel...
- Dia akan breakout... which way, i dunno... posisi kita ialah membeli...
- JIKA dia breakout ke bawah... pastikan stoploss di aktif kan...
- Apapun yang bakal berlaku harini... kesannya adalah untuk sepanjang minggu ini...


Dollar Index 240min
- Sila semak kedudukan chart dollar index setting terdahulu yang telah kita pamerkan untuk rujukan kita semua di masa akan datang... dan ini pula ialah "scanning" terbaru dia yang bagitau kita semua bahawa... "steam" dia belum habis... yaks..! Ada 3 lagi level yang dia boleh sampai yang telah kita tandakan harganya dalam chart tersebut...

- Walaupun begitu, sila ambil perhatian bahawa... "time" dia dah habis dan dalam chart MT4 yang kita setup tu pun menunjukkan last price yang dia hits pada Jumaat dari gerakan "B-C" atau dalam chart kat atas tu gerakan dari "1-2"...

- Dalam kaedah Fibonacci yang kita faham bahawa "bila harga bertembung dengan masa" kemungkinan yang agak besar akan berlaku ialah "turning point"... bayangan yang boleh kita ambil sebagai contoh ialah "bila bola bertembung dengan dinding... lantunan akan berlaku"... itu cara mudah nak ingat ler...

- Anggarkan... "kelajuan" bola itu bila jumpa "dinding"... agak-agaknya lantunan dia camne ek?

- Tapi itu kaedah Fibonacci ler... yang di scan ni guna kaedah Elliot Wave... yang kita faham juga bahawa mereka guna teknik "breaking level" sebagai kiraan gelombang seterusnya... kalo nak senang faham ialah mereka mengira gelombang 1,2,3,4,5 sebagai "trend" dan A,B,C sebagai "correction"... itu aje nak senang ingat... bukan susah mana pun...

- Baik lah... kesimpulan buat sementara waktu ini ialah...

1) Ikut pandangan Fibonacci dan Time Analisis... gerakan dari 82.50-80.14... baru aje selesai di level 261.8% = 86.80

2) Ikut pandangan Elliot Wave... berdasarkan kepada gerakan momentum ketika ini ke lima-lima gelombang tsunami ini masih bergerak ke atas dengan target mereka seterusnya adalah 87.52 dan 88.47... malah ianya juga boleh mencapai klimaks ke 91.47...

- Antara kedua-dua pandangan di atas..., kita pilih pandangan Fibonacci... TETAPI kita tak tolak pandangan Elliot Wave tu sebab "fibo expansion" masih boleh berlaku JIKA emosi traders menguasai pasaran...

- Ya..!! Bila lembu-lembu "panic"... tembok batu yang tebal pun boleh di rempuhnya... :p


GBPJPY 240min
- Bukan senang nak jadi senang.., dan bukannya mudah sangat nak jadi bangkrap... jika kita mengamalkan menjual di support dan dan membeli di resisten itu adalah salah satu tanda dia trade cara buta kayu...


- Jika harga dah sampai ke support paling bawah.. tak kiralah ianya daily/weekly/monthly... jangan mengong pegi tambah posisi short... closed aje posisi short yang ada, jangan tamak haloba tak tentu pasal akibatnya boleh merana badan...

- GJ ni pada pandangan kita boleh retrace ke atas lagi sekali, cuba check chart 15, 30, 60min... dia macam ade buat W senget spekulasi... itu kalo menjadi... 140-141 memang jadi taruhan boleh sampai... follow intraday momentum arah ke atas (jika ada) dan jangan hold posisi buy.. just eat n run... saje buat isi duit poket... 50-80pips is enough for each trade..


EURJPY 240min

- Berbeza dengan USDJPY... gap dia ni dah di tutup, maka kemungkinan dia pullback ke atas monthly support 2 tidak boleh kita nafikan..., lebih-lebih lagi JIKA EURUSD dan EURGBP dapat menyepak semua beruang yang sedang menekannya.... fuyoo ni ler yang best JIKA berlaku...

- Tetapi... malangnya kita tak rasa dia akan terus bullish, malahan kita tak mahu pun ubah view dia nie yang dia akan terus menjunam ke bawah 110 samaada dengan tiba-tiba atau pun secara slow n steady. Sila letakkan fibo anda arah ke bawah jika ingin melihat di manakah letaknya 161.8...

- Jika ECB boleh lesap sekelip mata sebahagian €750B yang di sediakan untuk menahan kejatuhan Euro, kita takde keyakinan bahawa BOJ dapat bertahan dengan beberapa trillion yen nya bagi tujuan yang sama.


USDJPY 1440min
-Gap masih belum sempurna di tutup... takde sebatang body candlestick pun yang cover lubang kat bawah tu, maka short masih menguasai pasaran... kecuali jika pembukaan hari Isnin ini dia bikin gap ke bawah lagi, maka jangan terpedaya nak terus short dia... guna taktik sket...

- JIKA dia buat gap ke bawah pada minggu depan... kita agak pasti dia akan buat satu full body bullish untuk menutup lubang-lubang tu semua... jadi maknanya minggu depan dia akan jadi lebih bullish jika senario itu berlaku...

- Otherwise jika dia mengong buat gap sebelah atas pula..., jangan malu-malu kucing... short dia untuk 3 sebab iaitu 1) untuk buat bearish candlestick yang akan menutup lubang-lubang gap tu.., 2) untuk "tolong" dia test trendline colour purple tu..., 3) manalah tau... terjerumus below FE 76.4 makanya kita ada harapan untuk test kembali level FE 127.7 dan FE 161.8

USDCHF - 10,080min
- Bertahan di retracement 50% bermakna dia akan mengambil posisi ke 76.4% untuk next target... Kita tak mahu ubah view kita buat masa ini... mungkin dia boleh juga pecahkan 1.17-1.18 kerana kita ada terbaca bahawa SNB tak bercadang untuk "kacau-daun"...


- Kita akan short dia lagi sekali... even kita tau dia akan menuju destinasinya... kenapa kita harus takut dengan situasi sekarang, walhal kita jua membelinya sewaktu dia hampir kehilangan maruah di bahagian bawah sana...

- Pesan kita tetap sama sepanjang masa... "beli sewaktu di support, jual sewaktu di resisten" ... tunggu dia gagal di zone 1.15, kerana risiko gostan di 76.4% ialah ke 23.6% kembali... sama-sama kita tunggu ye...


GBPUSD 240min

- Pada pandangan kita, masih berbaloi untuk mengeshort dia... cuma sekarang dia ada tanda-tanda divergence untuk RSI dan harga telahpun "terkurung" di zone FE 161.8.. "Breakout" ke atas akan menyaksikan dia menge"test" monthly support 2...

- Berbanding dengan EURUSD... dia ni takde "simptom" untuk retrace dalam skala besar kerana dia belum pun sampai level paling bawah tahun 2008 dan pertumbuhan ekonominya untuk tahun 2010 dilaporkan tidak bergerak = "stagnate"

- BNB Paribas meramalkan kemungkinan Britain akan kehilangan status AAA untuk credit ratingnya kerana goverment yang baru terbentuk mungkin tidak berupaya menangani dengan cekap masalah ekonominya ketika ini.

- Untuk Pound... kita stay short the pullback until trendnya bengkok...!



EURUSD 10,080min

- Fuhhh... Market meng'abai'kan amaran 'intervention' menteri kewangan Eropah dengan menekan EURUSD makin jauh ke bawah. Percubaan kita membeli berjaya pada awalnya, tetapi ter'selepot' di paras 1.3000.. Kemudian kita membeli lagi sekali tetapi gagal juga akhirnya di cucuk jarum 'gatal' di lowest minggu sebelumnya...

- RSI oversold... pertahanan terakhir sedang di ancam untuk dicerobohi... pemecahan benteng terakhir ini bermakna EURUSD dan berhadapan dengan 'cycle' kejatuhan ke bawah level 1.0000 untuk beberapa tahun akan datang... huhuhu...

- Pemecahan level paling last nie hanyalah confirmation bahawa pembetulan harga di paras 1.53 telahpun selesai... of course dia akan pullback kembali... kita tetap pegang kaedah "apa akan jadi selepas 5?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot