Sabtu, 22 Mei 2010

Market View 24-28 May

EURGBP 60min Wednesday 10:45am

- Agak penat gak nak layan pair nie sekarang... dah pegang-pegang buy tapi dia masih jatuh gak... adesss... ni ler yang kekadang buat bulu roma boleh meremang... kalo susah sangat nanti aku short dia baru dia tau..! Hehehe...

- Anyway... 0.8750 masih menjadi halangan utama dia nak pegi tanya kekawan dia kat 0.9000 betul ke mereka takmo kawan lagi dengan dia neh... dan untuk last bentuk pattern yang kita lukiskan dalam chart tu... (rasanya semua dah kenal bentuk tu... yes3x... )... dia akan test sekali lagi zone 0.8700 tu... Standby..!


Oil (Click to enlarge)
USDCAD 1440min Tuesday 9:00pm

- Apa yang berlaku pada pair ini ialah ianya berkaitan dengan "terjunan" harga minyak sejak awal bulan May ini... jadi tu ler sebab pair ni pun "naik minyak" gak... ~wakaka... uhukkk... tapi kita cuma maklumkan aje lah situasi minyak terkini bahawa.. mungkin pada malam ini dia akan tertahan channel dan mungkin juga melambung naik kembali... dan...

- UCAD ade potensi untuk kita short pada harga 1.0850..

- Buat masa ini kita tak dapat pastikan minyak ni nanti retrace aje ke atau terus naik... tetapi jika minyak terus meluru naik selepas ini.. kita jangka di akan pecahkan harga 95-100-120 dan itu bermakna UCAD akan pasti di bawah tekanan 0.8000 kerana channel yang dia pecahkan ini akan di kira sebagai "false break"...

- TETAPI jika minyak terus jatuh di bawah 64 dollar ... jangan di tahan lembu UCAD neh...


Dollar Index 240min , Tuesday 1:50pm

- Tatkala ini..., semua kaki dan tangan kita terasa sejuk dan dada kita berdebar-debar kerana seram meletakkan posisi yang berlawanan dengan arus gerakan market... pehhhh... adakah anda berasa begitu??? Huhuhu...

- At this moment kita dah counter semua pair yang berkaitan dengan dollar dan yen.. semoga semua trade kali ini akan berjaya dengan cemerlang juga seperti trade setup kita Ogos-Sept 2009 yang lalu... dan secara kebetulan juga retracement ini dijangka siap pada bulan yang sama pada tahun 2010 ini... ek ???

-Apa-apa pun... ingatlah ini semua kuasa Allah, kita hanya boleh merancang, berjaya atau tidak itu adalah kehendakNya jua.... Semoga kejayaan milik kita semua bersama.... Amiiinnn...


EURJPY 60min

- Sama macam GJ... Jika kita semak HiLo 10 tahun pada weekly chart di berada di support 23% tapi... belum lagi ler sampai 23% tu ade siiikit aje nak sampai... tapi sekarang dia memang berada dalam zone support untuk 10 tahun...

- Normally orang akan kata itu keje giler pegi tengok support 10 tahun kenapa.. kah3x... ye.., kita memang giler sket... so sebab tu kita selalu dapat banyak pips... even nilai pips tu tak besar kalo convert dengan duit.. tapi kepuasan hati tu lagi besar ertinya untuk trader miskin cam kita nie.. hikhik...

- Beli dia ini ikut "condition" macam GJ... yeabedabeduuUuuu~


GBPUSD 60min,

- Dia ni bukan kuat mana pun.. tapi kita beli dia sebab kita xmo lah giler kentang cakap dia akan tambah turun walhal dollar sedang retrace ke bawah jadi kita ambil kesempatan aje sikit-sikit... manalah tau lama-lama boleh jadi gunung... itu pun jika last week candlestick weekly diguna pakai... kat daily rata je... so kita biaskan ikut weekly lah... ada gak nampak macam ada harapan sket-sket naik. Dapat 2-3minggu pegang dia jadiler.. hehe

- Kita hadkan kenaikan dia setakat monthly S1 or S2 bulan ni, sebelum dia jumpa trendline atas yang datang dari bulan Dec 2009 -Apr 2010... retracement aje... berat gak dia nak naik... dia ade chance naik bila EG ranging/pullback aje nanti...


EURUSD 60min..,

- Aha ha ha... beruang kena terajang sampai tersangkut kat pokok pisang... kah3x... semua persatuan beruang-beruang sedunia berasa tak puas hati dengan tindakan ECB membuat "intervention" last week... keh3x..

- Kekadang kita fikir... apakah bendanya yang beruang-beruang nie beria-ia sangat nak runtuhkan Euro? Nak kata Euro tak bailout Greece... dah kuar dah statement rasmi dari Euro nak bantu Greece? Apo laei yang diorang mau?... kiki3x..

- Ingatlah... bila "fundamental" beraksi... teknikal dan emosi boleh tolak ke tepi... guna akal sket... beli euro tatkala ini kerana ada "kerajaan" yang menjaganya... jangan ikut spekulator... kerana mereka takde apa-apa "kerajaan"... ~wakakaka.. uhuksss!!~


Gold 1440min

- Bertambah menarik untuk di short...!!! Tetapi ramai yang tak mahu jual gold sebab mereka fikir gold akan naik, naik, naik dan naik... ehehe xpe... mungkin mereka tak pernah tengok kat tv bahawa roket yangmembawa manusia ke bulan akan digugurkan jua ke bumi bila tangki minyaknya dah abess.. ;p

- Di kala ini... kita xmo cakap banyak lagi... gugur below 76.4.., 61.8 akan menanti sebagai support... dan gugur lagi below 61.8.. free fall akan berlaku ke 38.2 atau extended ke 23.6 iaitu tempat target kita seperti yang forecastkan


GBPJPY 60min

- Sangat menarik...!!! Kita sekarang berada di level 23% base on HiL0 2009-2010 dan ada beberapa kiraan jangka panjang yang menunjukkan bahawa dia boleh terbang melepasi semua ketaksuban nafsu serakah yang menguasai market ketika ini... be patient babeh...!

- Perlu kita ingatkan bahawa minggu hadapan adalah minggu terakhir bulan May... agak pasti beruang akan berhabisan tenaga cuba memecahkan level FE 261.8 untuk ke FE 333.3

- Arahan kita ialah

1) "beli" JIKA beruang gagal pecahkan level FE 261.8 tu, untuk target ke FE127.2 dan FE 23.8 dalam bulan June... atau

2) "buy breakout" di atas FE 205.4 untuk ke FE 161.8 dan FE 127.2

Batalkan view ini jika market buat gap hari Isnin dan naik ke paras FE 161.8.... sebaliknya kita standby SELL di antara paras FE 127.2 dan FE 76.4 untuk ke target FE 423 dalam bulan June....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot