Salam hari Sabtu..,
- Ini chart monthly USD index dan EURUSD dari tahun 2004- until now...,
- Kita tandakan angka "1-5" pada candle-candle yang dia konsisten turun atau naik tanpa di halang oleh sebiji candle pun untuk retracement...,
- Cuba tenung betul-betul... apa yang terjadi selepas itu...? Hahaha... magik tak? Soalan standard kita ialah... "Apa akan jadi lepas 5..?" Hehehe... Huhuhu...
- Anda sedang melihat suatu contoh dan ini adalah fakta sejarah... ianya akan buat retracement. Tetapi ramai pulak lah komplain bila kita bagitau USD nak gostan... mereka ingat kita nie main-main.. itu lah ini lah... macam-macam... :p
- Sometimes.. memang kita "kerek" sikit.., tapi "kerekan" kita bukan sebab "ter"belajo matematik "ter"lalu" tinggi... apatah lagi nak terpengaruh dengan sistem-sistem trading yang bersepah di luar sana...
- Jangan ler terpengaruh dengan system karut-marut, yang boleh bagi gerenti akan dapat beberapa ribu pips... tu semua bangang punya system je... the truth is... jual di resisten, beli di support...
- Ada gak orang yang dah jual di resisten tapi tak faham dan tatau nak amik profit kat mana... hehehe... kelakau... uhukks... bagi kita, itu tandanya dia tak pernah nak buat training guna "strategy tester" macam mana nak guna pivot kat metatrader tu... takde lah semangat nak berjaya... semuanya nak senang aje.. letak, tinggal..., lepas tu, tanya orang.., nak tutup kat mana?... Kekeke... lepas tu mintak orang tunjukkan "SS"... ~wakaka... banyak cantik..!?
- Pivot tu kan rupa bentuk dia bertingkat-tingkat... jika kita "mengeshort" di resisten 2, resisten 1 tu adalah target yang pertama... Apabila short di resisten 1, pivot adalah targetnya pula... bila Jatuh below pivot... itu petanda bagus untuk teruskan rally untuk ke support 1 dan support 2... dan seterusnye lah rally (jika ada) sampai 2,3,5 atau 8 hari berturut-turut... begitu jugalah sebaliknya untuk "mengebuy"...
- Tapi... berapa ramai yang ambil tau pasal nie...? Itu ler sebenornya tabiat kita semua (including me)... suka ambil mudah... tapi bila dah "tersangkut"... mengelebah... ehehe.. uhukkkk... :p
- Baik.., kembali kepada USD nie... adakah dia akan buat retracement besar-besaran hingga ke liang lahad seperti peniaga emas ramalkan?
- Kita secara rasmi cakap... KITA TAK PASTI ianya akan berlaku sebegitu... TETAPI kita rasa jika USD menurun dahulu di minggu-minggu terawal bulan depan..., dan di pertengahan nya mula bertindak untuk mendaki..., kita rasa peluang untuk terus mendaki hingga ke bulan Jun, Julai dan Ogos adalah sangat cerah....
- Walaupun begitu... candlestick bulan May nanti rupanya akan cacat sedikit... mungkin akan berbentuk seperti "spinning top"... but in bullish mode .... yang akan menipu ramai trader dengan sign untuk menjadi lebih bearish... tetapi sebenarnya berpotensi untuk menambah 3 lagi bullish candlestick berturut-turut... itu adalah cara pendekatan taktikal kita...
- Jadi untuk bulan May ni nanti... kita semua perlu berhati-hati dengan USD ni... fakta sejarah kita dah bentangkan depan mata... naik atau turun 5 bulan berturut-turut memang ade potensi yang sangat besar untuk "korner lipat" skala besar...
- TETAPI kita harap... dia akan ikut taktikal yang telah kita berikan di atas tu. Iaitu dia kena gostan dulu... otherwise.... jika dia tetap berdegil nak naik juga pada pada minggu-minggu terawal May... anda jangan hairan jika kita tukar keseluruhan rancangan kita sekali lagi...
- Mulai minggu hadapan... siapa yang dah trade swing tapi tak letak stoploss... sila aktifkan stoploss tu... kita takut kapten kapal ni tak reti-reti nak belayar dengan tiupan angin kencang... kalo kapten kapal main redah aje gelombang yang datang... kita ucapkan "bye-bye"... tapi jika dia bijak mengambil side dan lajak... kita bagi dia satu tabik spring " Ay-ay sir!".., tanda hormat bahawa pelayaran boleh di teruskan...
Sekian, Wassalam
"Jual di resisten, Beli di Support"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan