Jumaat, 28 Mei 2010

2019 - Malaysia Bangkrap Sebab Subsidi...??



Salam Jumaat...,

- Salam juga 1Malaysia... huhu... ini suatu berita yang buat tercekik urat leher jika kita baca dalam suratkhabar hari ini >>> baca sini

- Jangan gelabah... baca dulu.. baca point-point dia dulu.., sebab kalau kita terus melenting nanti lama-lama kita boleh "fening"... dia kata ''Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia telah diagihkan kepada setiap rakyat di negara ini meliputi soal pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak serta elaun kebajikan,"

- Salam lagi 1Malaysia... dia persoalkan sebab subsidi diberi untuk pelajaran, perubatan, nak isi "perut rakyat" dan bantuan untuk orang "susah dan miskin"... huh???

- Kekadang..., eh silap... SELALUNYA orang-orang yang dah "berperut besar" suka nak tuding jari pada orang-orang yang "berperut kecil"... ada saja akal dia nak bikin "lagi susah" bagi "orang-orang yang sedang kesusahan"... dan kalau boleh dia memang suka nak pijak-pijak sampai 'penyek' perut orang-orang tu semua...

- Kita rasa... (walaupun dia ni terkenal kerana kejayaan dia membantu masalah Bangladesh suatu masa dulu)... idea dia ni adalah yang paling "bangang" yang pernah di utarakan oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri...

- Kita syorkan dia ni pergi kursus dahulu 6 tahun..
1) jadi petani atau nelayan kat pedalaman ;
2) jadi kerani atau peon dan duduk kat rumah-rumah setinggan kat dalam bandar ;
3) jadi peniaga kecil-kecilan runcit, pasar malam/tani atau peniaga tepi jalan ;

- Balik dari kursus tu semua.., sila lah buat repot jujur pada PM, perlu atau tidak semua subsidi tu di kerat sebab takut Malaysia "bangkrap"... sebenarnya ada banyak perkara yang boleh dibuat supaya Malaysia ni tak bangkrap tau... bangang punya menteri...!!!

1) Allah Taala kurniakan kat Tanah Melayu ini hasil bumi yang TIADA kat bumi lain... contohnya minyak, kelapa sawit, getah, bijih timah, air. dll.. soalnya... ke mana pergi semua hasil-hasil tu? Hilang cam tu aje ke...?

2) Allah Taala kurniakan kat Tanah Melayu ini penduduk yang berbilang kaum dan agama.. soalnya.. KEKAYAAN negara tu sebenarnya di monopoli oleh siapa? Kenapa nak tatang mereka macam minyak yang penuh?

3) Allah Taala kurniakan kat Tanah Melayu ini KUASA politik dan sistem kerajaan yang agak efisien.., tak kan semua jentera-jentera tu bengap cam cicak tertelan kapur nak uruskan tentang semua "hutang-hutang" yang dijangka meningkat 11% setiap tahun?.. Tak cukup sekolah kot..??

- Last sekali... kalau dah tak mampu nak tadbir negara ini..., dah tak ada idea.., saja nak susahkan rakyat yang memang dah susah sekarang nie... serahkan aje kerajaan tu pada "orang - orang " yang berminat... habis cerita..!!! Buat apa nak sibuk jadi gomen kalau tak mau bantu rakyatnya ???

- Pigi jalan daaa... aku memang "anti" orang yang nak kerat subsidi tepung..., sebab nanti harga segala jenis roti dan terutamanya roti canai naik... apa pula orang yang miskin nak makan lepas ni..? Bangang punya menteri...!!!


Nota :
Orang Kaya tak makan roti canai... sebab... takut "kolestrol"... nanti pendek nyawa..!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot