...Segala pujian bagi Allah atas segala nikmatNya...
Bermula syukur itu ialah suka hati pada Yang Maha Memberi Nikmat, tiada pada nikmat hingga lalu demikian itu pada segala anggota. Maka tertegahlah daripada berhadap bagi lainnya, dan menghinakan pada pekerjaannya (urusan dirinya).
Maksudnya :- Hakikat syukur ialah melihat kepada Yang Memberi Nikmat, bukannya menilik kepada apa yang diberikan. Dengan melihat kepada Yang Memberi yakni Allah, maka timbulkan kesukaan pada hati untuk sentiasa melihat kepada Yang Memberi sehingga melupakan apa yang diterima. Kesukaan hati untuk bersyukur secara hakikat ini yakni dengan sentiasa Musyahadahkan Allah hinggakan ianya terjelma pada setiap anggota dirinya.
Jumaat 10:30am
Waktu Dhuha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan