Sabtu, 4 Disember 2010

Market View in December

Jadual Reversal atau Breakout Days in December 2010



IsninJumaatKhamisRabuRabu
6,Dec10,Dec16,Dec22,Dec29,Dec



EURGBP - 240min

- Berjaya melepasi trendline Oct-Nov... dan setakat ini kita semua boleh nampak bentuk "kepala" yang kita baca sebagai "isyarat" awal dia nak ubah haluan setelah isu krisis kewangan Ireland menghambat dia turun hingga ke sinun...

- Dia ada 2 pilihan ketika ini yang kita gambarkan seperti dalam gambar di atas.

- Which way? I dunno... tapi ikut fikiran kita, "kepala" ni takde "bahu kanan". Kan lebih cun jika dia amik side turun terlebih dahulu sebelum dia meletus naik macam roket? Kita suggest minggu depan kita stand-aside... Ehehehe.... uhukkk...




GBPJPY - 240min

- Dia sedang pullback ke bawah setelah dia break trendline Apr-Sep.. dan dia juga sedang membentuk pattern yang "mungkin" akan membawanya naik pada tahun hadapan.

- Buat masa ini.., kita tak mahu tukar view dia. Proses nak jadi "W" ini mungkin akan mengambil masa ... itu pun kena lihat jugak "W" double bottom ke atau spekulasi...

- Dalam daerah ini kita jadikan 76.4% sebagai resisten dan 23.6% sebagai support. Kita rasa dia tidak akan bergerak banyak dalam Disember ini dan dia akan stay dalam range tersebut. Scalpers akan untung besar..!


EURJPY - 240min

- Jualan hebat di bulan Nov.., hehe..., dan sekarang kita berada dalam bulan Disember 2010... dan sedarkah kita bahawa sejak 10 tahun yang lalu.., setiap kali bulan Disember EURJPY akan menutup candle nya dengan BULLISH ??? Hanya sekali sahaja dia bearish iaitu pada Disember 2005... kikiki... amazing kan?

- Jadi... jangan terkejutz jika pada tahun ini dia meneruskan tabiat dia tu sekali lagi. Gambar dia di atas menunjukkan bentuk yang tak asing lagi bagi kita semua iaitu inverse head and shoulder dan target yang kita jangka dia akan sampai.

- Break below 76.4% dan 100% akan menjadikan view ini invalid.. next downside target should be 127.2% dan 161.8%... Wowww...!!!


USDx - 240min

- Desyum..! Tergolek gak dia di tengah-tengah kehebatan dia sedang gagah mendaki bukit. Let say... kita tak hairan pun... walaupun bunyi ayat tu macam orang eksen... tapi jika kita selalu menyemak pivot-x.., mana-mana trend yang nampak begitu beria-ia mengejar impian yang tak pasti..., akhirnya akan terseleput tak tentu pasal.

- Ada pandangan bahawa USDx TETAP akan ke bawah.., omputih cakap "making a new low".., dan kita dah awal-awal lagi bagi tau kenapa dan mengapa... cuma buat masa ini biarlah kita "follow the trend" .... sehinggalah kita dapat lihat suatu bentuk pattern yang beritahu kita ini lah dia yang kita tunggu-tunggu.

- Buat masa ni.., tak ada pattern yang sahih nak rembat dia ke bawah.., pattern kat gambar tu beritahu dia nak naik lagiiiii tinggiiiii... tapi itu pun jika dia dapat bertahan di kawasan "D" dan kemudian memecahkan kepala "C"... yang akan menjadikan gelombang "D ke E" nanti sama panjang dan sama nilai pips-nya dengan gelombang "B ke C"...

- Jom kita lihat episod seterusnya....



USDJPY - 240min

- Rally dia naik bulan lepas membuatkan kita terhegeh-hegeh menahan sengsara kerana mengeshortnya... malam semalam baru nampak tanda-tanda padi akan dapat dituai kemungkinannya dalam seminggu-dua lagi.

- Please be advised... Jika dia berpatah balik ke atas dengan tidak memecahkan support 1 bagi bulan ini... bermakna harga terendah telahpun berada di tempatnya bagi tahun ini dan juga untuk tahun hadapan.

- MUNGKIN... kita akan ubah view dia jadi bullish kemudiannya kelak.


GBPUSD 240min

- Heh..!? Kita tutup kedai awal malam semalam sebab ada urusan "emergency"... sampai jugok dia ke 1.5750... kui3x... tapi tidak mengapa, kerana semasa retracement kita tak perlu ikut dia hingga ke lubang cacing.. jika achieved pada beberapa bahagian tertentu... itu sudah memadai..

- Baik... adakah masih ada harapan untuk ke bawah? Huh...! Kita baca dia bounce dari monthly S2 bulan lepas... so dapat pullback ke monthly pivot bulan yang baru... it's ok dah. Tapi biasanya dia ada lebeh sikit naik lagi... ikut batang purple tu, dia akan test trendline dan jangan terkejut jika dia boleh hits 1.6000 kembali..!!

- Bagi agresif trader level fibo 38.2 , 50.0 , 61.8 adalah tempat mereka bergelumang mencari mangsa..., sementara yang bijak laksana Sang Kancil hanya menunggu di tepian fibo 76.4, 50.0, 23.6 sambil merangka plan terlebeh dahulu...





EURUSD - 240min

- Kui3x... dia pullback setelah dibelasah dengan teruk... JANGAN PANIK..!!! Setakat ini kita masih melihat dia ini ada potensi lagi ke bawah dan MUNGKIN lebih teruk daripada pusingan pertama dahulu...

- Hanya intraday yang nampak macam trend telah berubah tetapi hakikatnya di level lebih besar kita dah nampak dia tembus trendline support 2010. Memang ler jika sesuatu trendline tu patah, amalan biasanya harga akan test trendline tu balik. Itu normal..

- Swing Short telah di letakkan pada monthly pivot... sementara intraday trader akan mengejar harga 1.3680-1.3850 untuk melumpuhkan gerakan beruang... sesiapa ada sindrom dada cepat berdegup kencang dan cepat benor nak pitam... sila jauhkan diri dari market.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot