Pengurusan Kewangan
Risiko dan Ganjaran
Kebelakangan ini ramai orang-orang kita terjun ke dalam perniagaan forex ini. Tak tahu pula mengapa.., tapi majority nya kerana telah menghadapi masalah kewangan.., mungkin sebab hutang keliling pinggang atau mungkin kerana telah terlalu banyak wang.., maka mereka pun terjunlah memorex.
Saya memorex kerana saya seorang penggangur. Takde kerja.. omputih cakap.. jobless. Islam melarang kita menggangur…, maka kerja yang bersesuaian dengan saya ketika saya meninjau-ninjau peluang kerja selepas saya di terajang dari kantor ialah online forex trading.
Setelah bertanyakan pendapat beberapa orang kenalan dan juga mentor, tahun 2003 saya pun memulakan langkah untuk ikut terjun. Pada awalnya.. saya hanya berbekalkan teknikal tentang Moving Average dan Trendline sahaja. Kantoi adalah perkara biasa. Saya kantoi berkali-kali.. tak silap saya setiap 6-8 bulan mesti ada kantoi sekali waktu itu dalam tempoh 3 tahun.
Dan kantoi yang terbesar ialah pada kejatuhan market pada 2008. Ahhhh…! Waktu tu jika berjalan pun terasa bagai berjalan di atas sampan. Terumbang-ambing. Hampir hilang semua modal. Untung isteri saya seorang yang cerdas dan open-minded. Beliau-lah penawar hati di kala sebegitu.
Tatkala saya termenung dan diam sahaja, dia lah pembuka bicara dengan gelak ketawanya. Semasa saya kebuntuan idea dan keluh kesah, beliau jugalah yang menawarkan jalan keluar bagi sesuatu masalah.
Sebagai peniaga jatuh-bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa. Secara semulajadi contohnya semasa kita bayi kita akan selalu jatuh sewaktu mula belajar berjalan… esok-lusa kita boleh pandai berlari pula.
Apa silapnya jika kita kantoi ???
Faktor utama.. ianya adalah kerana tiadanya pengurusan kewangan yang cekap serta gagal mengawal risiko.
1) Tak hirau tentang berapa baki modal, margin dan leverage
2) Tak hirau tentang berapa stoploss dan profit yang perlu di ambil
3) Tak pasti nak trade ala intraday atau ala short-term
Semuanya itu adalah faktor yang saya kesan untuk diri saya bilamana saya kantoi. Perkara yang serupa berlaku berulang-ulang kali. Ianya adalah pusingan yang akan datang menjengah saya tatkala perasaan TERLALU YAKIN menguasai diri.
Hasil dari beberapa check-list yang saya lakukan untuk diri saya sendiri, saya temui dua (2) cara untuk menyelamatkan diri saya dari terjerumus kembali ke dalam masalah yang serupa iaitu:-
1) JANGAN memulakan trade ketika rasa terlalu yakin menjelma
2) JANGAN ubah-ubah timeframe jika kita telah melihat sesuatu trade setup.
Hasil-nya.. saya dapat menumpukan perhatian kepada trade yang telah saya lakukan. Sama ada trade itu akan berjaya atau tidak… saya akan mempastikan sejumlah nilai pips untuk stoploss sebagai risikonya . Dan sejumlah pips juga untuk profit sebagai ganjarannya.
Sebelum trade, saya akan melihat
1) Pivot – Daily, Weekly, Monthly
2) Fibo – Retracement dan Expansion
3) Fibo – Pattern dan Timeframe
4) Oscilator – Momentum dan Divergence
5) News dan Opinion
Semasa AKAN entry mana-mana trade.. saya akan melihat
1) Average True Range (ATR) sebagai panduan Risiko dan Ganjaran
2) Mengira modal, bilangan lots dan margin yang sesuai
Setelah Entry saya lakukan
1) Buat kerja lain… eg… tidur, berbual dengan kekawan kat forum
2) Keluar rumah… eg… pergi ke kolam pancing ikan (tgk2 aje) dan warung
3) Layan famili… eg… borak dengan isteri atau kacau anak buat kerja sekolah
4) Lepak surau… eg… ikut aje lah apa-apa kuliah atau kelas yang berlangsung
Saya selalu mengingatkan diri saya bahawa kita akan berjaya jika kita selalu ikut disiplin. Jika kita rugi pun.. sekurang-kurangnya kita telah berjaya mendisiplinkan diri kita mengikut sistem perniagaan yang sebenar… iaitu untung dan rugi.
Ketika untung di raih.. usahlah pula terlalu gembira, supaya dikala rugi melanda kita tidak akan terasa begitu kecewa.
Sekian, wassalam.
Salam sedara Rs, info yang sangat baik, boleh saya copy? minggu lepas euro jatuh teruk, kerana salah perhitungan kawan saya mendapat margin call habis keseluruhan duit, nasib baik saya sempat tutup trade dan rugi 180 pips, boleh tak dalam entry akan datang sedara Rs terangkan macamana hendak meletak stoploss dan profit yang berkesan, terima kasih....
BalasPadamAssalammualaikum...trimas cikgu satu topik yg berkesan untuk saya dalam usaha untuk menjadi trader yang berdisiplin =)
BalasPadam