Ahad, 30 Januari 2011

Hasil Q4 2010

Salam hormat..,

- Minggu ni.., kita tak de bagi apa-apa view yang baru. View minggu lepas sedang 'develop' maka eloklah kita tunggu sehingga gerakan yang kita forecast itu selesai dan lepas tu kita lepak tepi dahulu untuk memerhatikan bentuk-bentuk pattern yang kita tunggu-tunggu.

- Baik.., untuk mengisi masa lapang, mari kita sembang sedikit tentang hasil memorex kita bagi suku tahun yang lalu. Alhamdullillah... kita masih mengekalkan gaya lemah-gemalai swing trade kita iaitu dengan menggunakan leverage 200:1 dan penggunaan lot per trade 0.01

- Hasilnya adalah seperti gambar di bawah:-

- Seperti biasa pada setiap permulaan suku-suku tahun, kita akan buka account baru, modal kasi letak USD 3,000 dan kita akan bergerak trade dengan slow and steady serta doa dan harapan agar kita boleh generate risk:reward, 1:1 atau 1:2

- Jika kita semak balik rekod-rekod terdahulu, dengan modal pusingan USD 3,000 dalam setahun kita boleh generate secara puratanya kita dapat pulangan 1 : 1.3, jadi kalau kita campurkan semua keuntungan pada setiap suku tahun itu kita dapat USD 12,000 secara kasar.

- Memang "kureng" jika dibandingkan dengan trader-trader pro lain, tetapi adalah sesuatu yang amat kita senangi jika kita dapat tidur lena dan lepak tepi kolam ikan melihat rakan-rakan memancing setiap minggu... hehehe

- Baru-baru ini, tersebar berita tentang kehebatan sebuah "pooling account" yang di kenali sebagai RoyaltyFX.., kita ada bagi komen tentang ia dalam suatu forum, tetapi kita kena "bedal" hidup-hidup kerana menyokong RoyaltyFX tu, mereka kata ianya adalah sebuah syarikat "scammer"...

- Well..., last berita yang kita baca ianya benar-benar ditutup dan dipercayai membawa lari kesemua wang pendepositnya. So.., kita minta maaflah banyak-banyak sebab menyokong idea RoyaltyFX tu, tetapi... kita "admire" cara dia handle MM, cumanya dia guna EA dan at last dia announce "pooling account" tu lingkup sebab "teknikal error" EA tu.

- Ada juga yang tuduh kita bersekongkol dan termasuk salah seorang yang terlibat dengan RoyaltyFX. Heh...!? Dan paling sakit hati dia cop kita sebagai "beruk mak-nyeh" RoyaltyFX. Hmm... tabiat manusia ni di mana-mana pun sama sahaja. Dia tak boleh senang tengok orang lain berjaya dari dia. Padahal dia selalu jadi pencacai angkat najis aje selama ni.., habuk pun tarak!



- Iktibar yang boleh kita ambil dari kes RoyaltyFX itu ialah:-
  • jika kita nak melabur, sila dapatkan butir-butir peribadi pengelola yang lengkap terlebih dahulu dan jika boleh lawati tempat / pejabat; jangan lupa ambil gambar muka dan badan dia hidup-hidup... keh keh keh
  • minta pendapat 4 individu tertentu yang anda kenali mengenai hasrat kita tu, supaya kalau ada apa-apa perkara yang berlaku kemudian, kita boleh mengadu nasib, mana lah tau mereka boleh bantu buat apa-apa yang patut... kih kih kih
  • jangan labur besar-besar.., test lah satu atau dua lot dahulu, yang agak-agak kalau pengelola tu lingkup, kita tak tepuk dahi... he he he
  • pertama-pertama sekali yang kita nak ambil keluarkan ialah modal asal, bukannya untung mingguan atau bulanan, sebab untung atas angin tu boleh kita pusing balik untuk gantikan modal awal tu...
- Apa-apa pun... tradekan modal sendiri adalah yang lebih bagus, cuma yang perlu kita ubah ialah mind-set dan sifat tamak-haloba kita aje... RoyaltyFX tu cuma mensasarkan 20pips sewaktu London Open dan 20pips sewaktu London Close...!

- Kenapa pula kita perlu rasa "PhD" pada orang yang lebih bijak dari kita ??? Dan ingatlah sentiasa bahawa.., orang yang banyak sangat komplen dan kondem orang lain, itu tak betul, ini tak betul, tapi dia aje yang betul.., itu memang petanda paling nyata bahawa dia adalah orang yang sentiasa dan banyak kali gagal dalam hidupnya.


Sekian, Wassalam.

1 ulasan:

  1. sebaik2nya ckgu, jgn la masuk apa2 program yang mcm tu...lebih baik kita trade sendiri atas kemampuan kita...dlm account micro 10usd jika pandai manage sendiri sambil2 belajar boleh menjana income seperti org2 yang mempunyai account yg tebal dan lebat...cuma masa aja yang kita kena sabar....lagi pun benda sambil belajar dan sambil menjana income. Bila dah benar2 mahir dan yakin...boleh bukak account mini pulak. Wallahualam...salam cikgu gong xi fa chai.......muah muah muahhhh...

    BalasPadam

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot