Selasa, 29 November 2011

EURGBP - Bullish Bat

as at 11:00 mlm
# nota : view ini mungkin akan menyebabkan GBPUSD "kendur" sedikit

EURUSD - Test Support

as at 8:30 mlm

USDJPY - Yen Melemah ?


USDJPY - Daily

- Kita saspek... yen mulai lemah... ini boleh kita lihat dari candlestick bulan lepas. Mungkin dia ni masih dalam proses lagi sebab masih "malu-malu kucing" ... tapi mata kita dapat tangkap beberapa lenggoknya yang membikin inverted head n shoulder.

- Bila dia ini lemah (yen yang lemah)... share market boleh naik... bila share market naik.. euro dan pound pun boleh ikut naik..

- Menarik bukan?

Isnin, 28 November 2011



M O N D A Y G A P


BERHATI-HATI
SEBAB ADA
2 MAKSUD
INI KALI
!!!

~yEAbedabeduuUUuu~

# nota tambahan : selalunya kita lihat gap berada di luar body daily atau weekly candle.. tetapi harini gap berada di dalam body.. what it is mean?

TIADA GAP ~IMMINENT END OF TREND




Sabtu, 26 November 2011

Market View - End Nov 2011

USDCAD - Daily

- Kita nampak dia ni lebih mirip nak buat 'satu' kaki lagi ke bawah X.. jika kita short di level ini dan stoploss nye di atas level yang lagi satu... jika jatuh ke B pom ok juge.. tapi rata-rata sekarang orang dok bilang dollar nak kuat.. ek?

- Trade as we see lah.. jika rugi pun duit kita sendiri, jika untong pun rejeki untuk anak-bini sendiri.. yang orang lain kepoh/kecoh suruh pecahkan tabung bagi kat broker kenapa? Bukan ker seround dulu panasss dah bontot dia nak kan eu pigi 1.21 tapi sampai sekarang tak jadi-jadi?



Gold - 240mins

- Beruang cuba membocorkan line kuning sebelah bawah tu.. tapi setakat ni tak berjaya walaupun tertonggeng-tonggeng mereka lakukannya. Gold semasa krisis kewangan 2008 menjadi 'hedge fund' kita..

- Ada dua persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita.. nak start short ke atau nak start buy.. ianya masih berlegar-legar dipertimbangan sambil melihat situasi terkini hiburan sensasi perkembangan currencies.

- Jika kita cuba beli di sini dengan ber stoploss kan line kuning di bawah tu., maka setiap level di bahagian atas sebagai targetnya satu persatu (50%, 61.8, 78.6%)

- Break dan closed price below line kuning sebelah bawah tu.. kita consider dia akan jatuh lebih jauh ke bawah tidak berapa lama kemudian nya.




AUDUSD - Weekly Chart

- Selamat Menyambut Awal Muharram..

- Di atas ialah level-level yang kita tandakan bagi tujuan menyemak kembali apa yang sedang berlaku. Kita buat dunno aje dengan hari Jumaat yang lepas yang di katakan para gembala beruang ianya akan jadi black Friday.

- Maka melompat-lompatlah 'kangaroo' kerana takut ditangkap untuk dijadikan hidangan mengantikan 'ayam turki' yang telah terlebih dahulu lari masuk dalam hutan.. kah3x.. maka gembala beruang menangis takde hidangan malam tu.

- Ramai gembala yang kena terajang masa nak tangkap 'kangaroo'.. duzz-duzz.. padan muko lobam dh biji mato.. kih3x

- Jika Aussie boleh bertahan di garisan double warna kuning tu.. tidak syak lagi dia akan test 1.1-1.13 in future... tapi jika dia terus lemah di kejar beruang.. 0.90-0.89 akan jadi hidangan gembala beruang.

- Idea kita ialah mem beli,beli,beli.. tetapi jika 'bocor' jugak 2 line kuning ini kemudiannya, biarkan dia terus turun terlebih dahulu.. later kita akan jual bila dia pullback di level itu kelak.

Jumaat, 25 November 2011

USDX - Update

EURUSD update view
10:30 malam

update view
8:30 malam
"selamat berjaya kita ucapkan kepada semua"
InsyaAllah

Khamis, 24 November 2011

GBPUSD - AB=CD

Khamis 10:45 malam

- Time, Price & Pattern


Khamis 8:00mlm

- Dia memang jatuh semalam dan mengambil stoploss kita.. trade dengan stoploss kena hits bukan bermakna perniagaan kita akan bangkrap.

- Itu mungkin ada peluang yang lagi baik boleh diperolehi..

Rabu, 23 November 2011

EU- Cuba cover rugi



Khamis.., Jam 7:00ptg

- Tidaklah saya berhasrat untuk menyuruh setiap orang yang membaca blog ini bersetuju dengan apa jua pandangan serta trade view saya..

- Trade lah berdasarkan pemahaman masing-masing.. blog ini menawarkan pandangan yang berbeza kerana ianya tidak terikat dengan trend yang sedang berjalan kerana ianya telah terlebih dahulu telah di forecast kan beberapa bulan terdahulu..

- Trade kita base on pivot, fibo dan pattern.. ianya memang tidak sesuai untuk trend follower.. oleh itu setiap risk dan reward adalah pilihan individu itu sendiri.




Jam 9:45 malam

- Kebiasaannya.. bila dia jatuh dari triangle atau trendline.. market akan bagi chance sedikit untuk pullback.. tapi jangan harap lah jauh perginya.

- Agak-agak dapat cover rugi.. jadi ler untuk mula-mula. Tapi bentuk ini ialah AB=CD.. ini bentuk market nak U-turn.

- Kita tengok dulu macam mana.. lah.. break above 50.0% memang ada chance dia U-turn.. otherwise kita consider aje dia nak teruskan terjun lagi ke bawah. setakat dia test trendline warna kuning tu .. kira ok lah jugop untuk cover rugi.

Market Breakout !


Market Breakout !

Kita stand-aside sekali lagi kerana
semua stoploss kena hits..

AUDUSD - W - uhukkk ??

Daily Chart
as at 1:00pm

Vix - Market Volatility Index





Vix - Daily Chart..

- Tq.. Guest485 kerana memberi usul tentang VIX.. mmg dah lama kita tak tengoknye.. last komen kita tentang dia ialah dalam bulan May-2011... kalau tak silap lah.. time tu kita tengah cari 'topping eu'.. dan lepas tu berlaku lah apa yang kita hadapi kini.

- Posting tu boleh rujuk di situ >>> "Are you Ready !?"

- Ok.. harini kita tunjukkan plak hasil 'exploding' yang berlaku sejak May.. and now macam kita semua nampak dengan jelas... dia bikin 'head n shoulder'. Apa yang berlaku setelah ini ??? I don't know... better asked orang yang 'long dollar' lah.. heh??

- Vix ialah 'tolok' yang mengukur tahap 'kebimbangan' atau 'ketenangan' market. Jika dia naik biasanya tafsiran kita ialah sebagai 'market cemas/bimbang/takut'.. jika turun maka sebaliknya lah tafsiran kita . Dan banyak keputusan yang baik kita boleh perolehi dengan mengikutinya dari masa ke semasa.

- Ramai orang cakap dollar akan kuat cam 'badang'.. tapi jika kita lihat Vix ini.. adakah iannya benar ??? Mereka mengharapkan market akan 'terjun tiruk'.. tapi yakin lah bahawa Tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu kaum tu KECUALI mereka berusaha sedaya-upaya untuk cuba selesaikan apa pun masalah yang kunjung tiba.

- Maka... jika Eurozone duduk diam tak buat apa-apa adakah Euro boleh naik ? Dan apakah yang telah dilakukan oleh Eurozone sejak kebelakangan ini ? Tidakkah mereka bertungkus-lumus cuba menyelesaikan masalah mereka ? Fikirkanlah... dan ingatlah ketika Euro di bottomed May-Jun 2010.. ketika itu mereka bertungkus lumus seperti sekarang.. setelah itu apakah yang berlaku kepada EurUsd?

EURUSD - Triangle

Update Rabu 10:30am
' Triangle ialah terminal'

Market akan buat decision di hari ini untuk teruskan perjalanan ke bawah
atau menamatkan perjalanan di sini

Apa-apa pun... sediakan payung sebelum hujan
al-maklumlah... sekarang musim hujan

'Biasan' saya ialah mengikut line warna putih
'Biasan' teknikal ialah mengikut warna purple

Sabtu, 19 November 2011

Weekly View - 21 to 25 Nov

USDx - Daily Chart

- Mengejutkan kita kerana melepasi high minggu sebelumnya. Tetapi tak lari jauh dan masih dalam lingkungan pattern ABCD bearish dengan sokongan pattern Bearish Crab sebelumnya.

- Objektif kita sekarang memecah kan low bulan October.


GBPUSD - Daily Chart

- Kita dah bagi view tentang dia ni beberapa hari yang lepas. Cuma kita nak tambah sikit bahawa stoploss yang kita cadangkan untuk early exit ialah di D dan late exit ialah di X.



EURUSD - Daily Chart

- Ahhhh.. terkantoi semua long kita minggu lepas.. tetapi seperti biasa kita 'kontrol' hensem. Dengan menggunakan teknik pukulan maut yang diajarkan oleh seorang rakan... kita beli juga dia ini dengan lot besar setiap kali entry dengan target 34-55 pips setiap kali entry... dan hasilnya sungguh tak terduga.. kuang3x.. legaaa~. Selesai sudah episode 'cover rugi'.

- Now.. kita bersedia sekali lagi dengan posisi yang telah kita 'tagan' semasa dia pullback down last Friday. Apo plak nak jadi lepas nie? Biasanya bila tiba musim cuti 'Thanksgiving' sehinggalah 'Krismas' nanti market akan bergerak dengan agak hebat.

- Ini adalah berdasarkan kepada apa yang telah berlaku sejak 2005-2010.. market pada ketika itu telah menunjukkan tanda-tanda bottoming atau topping. EURUSD pada minggu ini menunjukkan tanda bahawa dia mungkin telah membuat bottoming.

- Jika candlestick 'morning star' dan pasangannya yang kita tandakan itu benar (sebagai tanda untuk reversal berlaku).. idea dan trade forecast kita... mungkin ...telahpun berada di tempatnya dan di landasan dan masa yang betul.

- Target impian pertama kita ialah menerobos 'high' bulan October dalam tempoh 2 minggu akan datang... InsyaAllah.

Jumaat, 18 November 2011

EURUSD - Triangle

update view 11:45mlm

- dia berjaya keluar dari bearish triangle
- dan membuat pullback kembali ke below upper triangle line
- dan kita berjaya meletakkan posisi di 61.8%(filled) 50.0% (filled) dan 38.2% (pending)
- stoploss below 23.6%
- kita lihat minggu depan.. apa cerita-nya kelak
- kerana mengikut tabiat Thanksgivng holiday.. market akan bearish
- tetapi jika "0" Level ialah mungkin short term bottomed.. apa pula kisah di sebaliknya nanti?




- Triangle in Downtrend
- Lebih mirip untuk breakout ke bawah
- Tetapi dalam dunia forex apa pun boleh berlaku
- Stand-aside until breakout berlaku

Khamis, 17 November 2011

GBPUSD - Current View


Update View 10:30 pagi

- Telah jatuh dari triangle yang kita tunjukkan terdahulu.

- Walaupun dia jatuh.. dia masih membentuk pattern 5-0. Apakah maksud pattern ini? Dengan maksud untuk lebih mudah nak faham ialah ada wave yang belum siap sepenuh nya. Ianya selalu terbentuk semasa wave 3 atau wave 5 dalam kiraan elliotwave.

- Atau ianya juga wave yang baharu. Jadi kita pandang ini ialah correction yang belum siap atau pun ini ialah trend baharu (untuk lebih ke atas). Ianya tidak bercanggah sama sekali dengan maksud bahawa ada gap di weekly dan gap ni monthly yang telah kita tunjukkan terdahulu.

- Kita tak mahu ubah view kita bahawa pound akan menguat. Cuma masa dan ketikanya sahaja yang akan mengesahkan pendapat kita ini. Jadi untuk pound kita beli di level 50% ini dengan harapanggg dia boleh test channel pitchfork tu kembali.

Rabu, 16 November 2011

EURUSD - Current View

Update view
Nov 17, 10:00 pagi
harga breaklow lagi sekali.. tapi makin slow..
below 76.4% warna putih ialah more bearish movement..
tetapi selagi tak break line tu.. tindakan kita ialah membeli..
dapek 55 hingga 144 pips.. cabut lah dulu.. buat cover rugi smlm..
mana tau ek.. cempedak jadi nangka.. ular jadi naga..
mula-mula sikit-sikit lama-lama berbukit-bukit..

Update view
10:40 malam


EURUSD - 240min, Jam 3:45 ptg


- Kita masih berminat untuk membelinye..

- 1) Jika dia boleh naik kembali ke atas 161.8% warna kuning dan 100% warna orange.

- 2) Tetapi kita bersedia untuk mengeshortnya jika jatuh ke bawah 76.4%
Dukacita dimaklumkan bahawa dollar index
telah menerobos 'high' minggu lalu.. pada pagi ini.

Dengan itu semua posisi BUY kita
EURUSD GBPUSD AUDUSD NZDUSD
USDCAD & USDCHF yang telah kita hold
sejak minggu lalu telahpun terkantoi

Dengan ini kita akan 'stand-aside' sehingga
minggu hadapan. Harap maaf.

16-Nov-2011
Rabu 11:45am



Selasa, 15 November 2011

EU & GU :- Bertahan atau Gugur ???

USDX update view
jam 8:15 malam
"nearly divergence & completed Bat Bullish Pattern"

GOLD update view
jam 2:15ptg
"divergence & bullish 5-0 pattern"

EURUSD update view
jam 1:20ptg
"beware of head & shoulder pattern"


GBPUSD update view
jam 1:20ptg
"beware the ending of previous 5-0 pattern & news"


Isnin, 14 November 2011

GBPUSD
Bullish 5-0 Patterns
Continuation Pattern


EURUSD
5-0 Patterns
Continuation OR Reversal
Decisions Pattern


MONDAY
GAPS !

Activated kan stoploss kita
di atas previous entry
sebagai protection
or breakeven
if anything
against
us
!

Sabtu, 12 November 2011

GOLD - Break up ?


Gold - 240mins

- Last posting kita sebelum bercuti ialah mengcounter gold naik ke atas.. lumayan !! Sekarang dia ada pattern yang boleh meneruskan trend menuju ke lembah yang akan mem'bangkrap'kan semua pedagang emas seantero dunia.

- Adakah ianya akan berlaku?

- I dunno.. tapi kita ada solution-nya untuk next trade setup kita semua. Mari kita lihat "price action" di dalam kotak warna biru tu. Currently kita bersikap "neutral". Candle siapakah yang menunjukkan reaksi nya di sana.. bearishkah atau bullishkah?

- Sebagai peringatan.. jika ada bullish candle yang tegap dan melepasi paras "0.0" maka bullish akan membuat 2 highs lagi yang kita baca sebagai extended correction. Yang mungkin memakan masa sebulan dua.

- Berusaha dan berjaya lagi... InsyaAllah

USDX - ABCD Bearish




Dollar Index - Daily Chart

- Sebaik saje kita ambik cuti.. harga bingkas naik dari B.. matching dengan forecast awal kita. Bagi akhir dagangan minggu lalu weekly candle dia ni close sebagai 'spinning top'. Daily latest pattern ialah bearish AB=CD

- Kita cuma nak ingatkan bahawa bentuk ketam bila dah siap.. dia akan makan semua struktur yang telah dibina. Agaknya gitu kot resmi ketam? I dunno

- Berapa cepat jika menjadi bentuk ini akan makan kembali semua strukturnya? Biasanya sangat laju dan sangat cepat.. MUNGKIN kita boleh estimate dalam tempoh 2-3 minggu..., itu hanya anggaran sahaja... Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

- Peluang ini jangan di lepaskan.. EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, NZDUSD, USDCAD, USDCHF menjadi tumpuan kita untuk minggu-minggu akan datang.

Scanner View
Minor, Intermediate & Major wave degree
Daily Chart

GBPUSD - Bigger View Forecast


GBPUSD - Monthly Chart

- Salam hormat... dan selamat kembali berusaha dan berjaya... insyaAllah.

- Tentu ler.., ramai tertanya-tanya mengapa kita cakap... "pegang semua posisi yang melawan usd sehingga May 2012"... yerla... den nie dah tuo, kekadang apa yang kita nak sampaikan tak berapa tepat ayatnya.. dan selalu anak den yang paling kocik tu merungut "apa abah ndak sebenornye?" .. kekeke.. uhukkk.. mahap kanlah den yo!!!

- Baikkk lah.. kita bagi gambo... sebab dengan gambo., orang lain pun boleh bagi interpretasi sendiri-sendiri.., apakah yang bersarang di minda pelukis gambo tu.., haaa.. kan sonanggg!?

- Berat hati gak nak buat annoucement.. takut oram "cop" den ni gilo ke sewel tak tentu pasal... tapi gambo kat atas tu kan hanya prediction? Jadi atau tidak.. itu semua Allah punya kuasa.

- Setakat ini aje lah yang den sudi nak kongsikan. Tak berani sebenornya nak cakap lebey-lebey.. tapi kita akan menghadapi tempoh 6 bulan yang mencabar ke hadapan.. dan off course lah market 'tak lurus' bendul untuk ikut terus view ini dan ianya juga berlawanan dengan view forecaster-forecaster lain yang terhebat lagi tersohor yang memforecastkan tahun ini market dah buat "topping".

- Den.. hanyo-lah seorang penoreh gotah lantun..

1) den nampak dio melantun gaya ab=cd di 23.6%.. biasonyo-lah den tingok gotah tu boleh melambung ke 50.0%..

2) dan kekadang gotah tu boleh sambung melambung kembali ke 76.4% setelah melantun gaya ab=cd di antara level 50% dan 38.2% (sila locate sendiri mana level 76.4% tu)..

- Ontah-lah.., kekadang den pun tak paham kenapo agaknyo gotah tu suko melantun-lantun ???

- Selamat memorex dan melantun-lantun !!!



Jumaat, 11 November 2011

Announcement:

Pegang semua posisi yang melawan dengan USD sehingga May 2012

InsyaAllah

Thank you.



Khamis, 10 November 2011

NZDUSD - Completed ABCD Leg?


NZDUSD - 4hr

- Sebenornye.. bentuk dia nak terbang hampir serupa dengan bentuk yang ada pada EU.. jadi gambo ni kita focus pada bahagian kaki nya sahaja. Jadi semak ler sendiri untuk gambaran yang lebeh jelas cari bentuk nak terbang cam EU tu.

- Conservative trader should wait for daily candlestick reversal sign sebelum ambil posisi.

EURUSD - Bearish Butterfly Processing


EURUSD - Daily Chart

- Selamat bertugas kembali... ehekkk.

- Euro membuat "correction" sebaik sahaja kita mula bercuti... dan ramai kekawan yang mengadu terkantoi... aduhhhh~ Kita pun ade lah jugop try test sesen dua di celah-celah "correction" itu... dan turut kantoi jugop... kuang3x..

- Ok.. kita attached kan gambar kat atas tu. Untuk di lihat terlebih dahulu.. bukan untuk di tradekan.. buat sementara ini lah.

- Candle yang besar-besar pasti BOLEH me'reset'kan view di atas tu. Oleh itu elok kita tengok harini apa daily candle cakap apa... ada rupa dan tanda tak.., dia nak reversal... itu yang nak kita nak tengok.. dan kita dok relaks dulu.

- Apa-apa hal pun.. jangan lupa guna stoploss.., sebab semasa dia terjun seminggu lepas ramai yang "leka" tak letak stoploss... maka ramai ler yang terus mC tak tentu pasal. Kita nasihat kan gunakanlah stoploss dan penggunaan lot yang bersesuaian dengan margin anda.

- Currently kita betul-betul tengah bizi dan pening.. kerana me"repair" beberapa akaun kekawan yang terkantoi.. sebabnya adalah serupa iaitu "leka" tak gunakan stoploss dan guna lots yang melebihi keupayaan margin yang ada.

- Sekian , Wassalam.

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot