Sabtu, 26 November 2011

Market View - End Nov 2011

USDCAD - Daily

- Kita nampak dia ni lebih mirip nak buat 'satu' kaki lagi ke bawah X.. jika kita short di level ini dan stoploss nye di atas level yang lagi satu... jika jatuh ke B pom ok juge.. tapi rata-rata sekarang orang dok bilang dollar nak kuat.. ek?

- Trade as we see lah.. jika rugi pun duit kita sendiri, jika untong pun rejeki untuk anak-bini sendiri.. yang orang lain kepoh/kecoh suruh pecahkan tabung bagi kat broker kenapa? Bukan ker seround dulu panasss dah bontot dia nak kan eu pigi 1.21 tapi sampai sekarang tak jadi-jadi?



Gold - 240mins

- Beruang cuba membocorkan line kuning sebelah bawah tu.. tapi setakat ni tak berjaya walaupun tertonggeng-tonggeng mereka lakukannya. Gold semasa krisis kewangan 2008 menjadi 'hedge fund' kita..

- Ada dua persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita.. nak start short ke atau nak start buy.. ianya masih berlegar-legar dipertimbangan sambil melihat situasi terkini hiburan sensasi perkembangan currencies.

- Jika kita cuba beli di sini dengan ber stoploss kan line kuning di bawah tu., maka setiap level di bahagian atas sebagai targetnya satu persatu (50%, 61.8, 78.6%)

- Break dan closed price below line kuning sebelah bawah tu.. kita consider dia akan jatuh lebih jauh ke bawah tidak berapa lama kemudian nya.




AUDUSD - Weekly Chart

- Selamat Menyambut Awal Muharram..

- Di atas ialah level-level yang kita tandakan bagi tujuan menyemak kembali apa yang sedang berlaku. Kita buat dunno aje dengan hari Jumaat yang lepas yang di katakan para gembala beruang ianya akan jadi black Friday.

- Maka melompat-lompatlah 'kangaroo' kerana takut ditangkap untuk dijadikan hidangan mengantikan 'ayam turki' yang telah terlebih dahulu lari masuk dalam hutan.. kah3x.. maka gembala beruang menangis takde hidangan malam tu.

- Ramai gembala yang kena terajang masa nak tangkap 'kangaroo'.. duzz-duzz.. padan muko lobam dh biji mato.. kih3x

- Jika Aussie boleh bertahan di garisan double warna kuning tu.. tidak syak lagi dia akan test 1.1-1.13 in future... tapi jika dia terus lemah di kejar beruang.. 0.90-0.89 akan jadi hidangan gembala beruang.

- Idea kita ialah mem beli,beli,beli.. tetapi jika 'bocor' jugak 2 line kuning ini kemudiannya, biarkan dia terus turun terlebih dahulu.. later kita akan jual bila dia pullback di level itu kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot