Isnin, 27 Februari 2012

GBPJPY - Ado laei supply ???

GBPJPY 240min

- GBPJPY adalah satu-satunya position kita yang tak sempat di bawa lari tatkala isu MFK berkumandang di udara.. maka terkantoi lah dia beratus-ratus pips ketika ini.. nak tutup rasa rugi pulak.. maka kita niatkan aje.. asal balik modal kembali ke harga yang kita jual pun jadi ler.

- Tapi.. tunggu punya tunggu.. makin naik pulak dia.. adoiiii.. bagaimana ni bung?

- Apo nak buek.., laa ni kita lukis-lukis ajelah dulu.., betul atau tidak.., nasebbb lah lepas ni. Ok berdasarkan kepada pengalaman menggunakan pivot dan kira-kira wave ala elliotwave.., kita dapati yang selalu meninggalkan pivot ialah wave 3 dan wave 5.

- Biasanya wave-wave tersebut akan meng'aimed'kan resisten ke 2 sebagai targetnya.

- Tetapi kerap berlaku wave 5 tu pendek sket.., jadi kekadang wave 5 tu dia tak larat mendaki ke resisten ke 2. Salah satu sebabnya ialah jika wave 3 tu terlalu panjang maka; wave 5 tu panjang dia mesti sama dengan wave 1. Itu undeng-undeng nye lah.

- Perlu di ingatkan bahawa resisten ke 2 yang kita maksudkan ialah the next day/week/month nye (base on jenis pivot yang di guna pakai ketika menyemak)

- Ok.. jika benarlah apa yang tersurat dan tersirat.. dalam gerakan GBPJPY ketika ini.. maka kita yakin harga pagi tadi MUNGKIN harga kemuncak berdasarkan kepada FR 261.8, kiraan wave 5 sama panjang dengan wave 1 (biru), dan kaedah pivot X weekly.

- Tapi yang jatuh ini kelak.. hanya lah correction semata-mata ke pivot X yang terhampir.

- Oleh itu mungkin.. jika 123.77 dapat bertahan.. the next FR 423.7% mungkin menjadi target ke atas yang seterusnya. Itu kita akan lihat kemudian. Laa ni nak tengok dia gostan ke bawah dulu.. tapi kalau dia tak mahu gak gostan, tetapi sebaliknya breakout lagi atas 261.8%.. nampaknya tak berasaplah dapur rumah aku bulan depan.

Sekian, wassalam.



EURUSD - Cukup kah ???

EURUSD 240min

- Seorang kawan saya beritahu bahawa kita mesti trade ikut trend sebab trend ialah kawan setia penjana wang semasa memorex.. Betul ke? Ye.., ramai cikgu cakap macam tu.

- Tetapi lain pula pada pandangan saya. Kalau semua orang ikut trend sebagai methodologi untuk berjaya dalam memorex, kita tak akan jumpa pelbagai bentuk pattern, kiraan dan turun naik harga. Jika semua orang ikut trend.. bermakna manusia ini citarasa nya sama sahaja.

- Maka kalau semua manusia citarasanya serupa.., maka tiadalah kita akan jumpa dalam dunia ini pelbagai ragam dan asam garam kehidupan; untung dan rugi; tinggi dan rendah; Umno atau PAS ... kekeke

- EURUSD kita forecastkan mulai mengendur... kita cadangkan pada harga 1.35 dan 1.34 kita boleh order sell kat counter pertanyaan dengan bayar cash 1:1. Morgan Stanley beri target untuk jangka panjang ialah ke harga 1.21 dan 1.15 untuk tempoh swing masa 2012-2013.

- Kita tak galak orang muslim trade guna margin dan leverage.. tapi dalam bab memorex nie Pak Aji pun boleh tercabut serban nya.. kerana berahi memorex ni lebih dahsyat dari berahi melihat pompuan seksi.. ehehehehe..

- Sendiri mau ingat maa..

Sekian, Wassalam.

Ahad, 26 Februari 2012

Yen - Terus Lemah ??

Yen - Daily

Kebaboommm... !!!

Akibat tekanan harga Yen yang 'terlampau' kuat sejak tsunami dahulu.. ekonomi Jepun tidak berkembang dan mengakibat GDP mereka jatuh untuk Q4 2011, maka terpaksalah menteri kewangan mereka melakukan operasi 'ninja turtle' di tengah malam buta.. buat intervention senyap-senyap.. zap-zap-zup-zup-zass.

Maka.. aku jugak yang terkantoi tak sempat lari ke dalam semak... :P

Ok.., berdasarkan kepada forecast USDJPY ia akan sampai ke 85.00 pada Q2 tahun ini, sekarang baru nak sampai ke terminal pertama iaitu 82.00.. so nanti ada balance lagi up 300pip selepas dia gostan.

Kenapa pulok dia nak gostan di sini? Huhuhu~ Ado pattern dan ado fibo confluence.. lagipun kalau kita sama-tara kan kedua-dua chart USDJPY dan YEN Contract seperti di atas, kita akan dapati harga mereka sedang bertembung di tengah-tengah. So di zone ini kita boleh cakap.. consolidation mulai akan berlaku.

Harga tak akan terus memecut begitu sahaja.

Berapa lama agaknye mereka akan bergomol-gomol di sini ??? Well.., as far as I concerned, mengikut rekod terdahulu.. setiap kali selepas intervention di lakukan.. Yen akan menguat kembali. Kita tak fikir USDJPY akan patah balik ke below last lower price.. tetapi kita tak yakin kekawan dia tu eg. GBPJPY dan EURJPY akan dapat mempertahankan last lower price mereka.

Tak tau ler betul ke tidak.., sebab... kekadang aku ni memang giler sket.

Sekian.., wassalam.

Dollar Index - Junam ??

Dollar Index - Daily

Tak lengkap kalau buat forecast tanpa 'tepek'kan gambar dollar index.

Dollar di forecastkan akan terus turun oleh sebahagian besar penganalisis untuk waktu terdekat ini.. so mari kita check betul atau tidak.

Pattern sekarang yang boleh nampok ialah head n shoulder. Kalau ikut kotak-kotak yang kita letakkan tu, hari Jumaat lepas telahpun terjojol keluar satu candle memberi isyarat bahawa harga dollar akan turun lagi minggu depan.

Kotak-kotak itu bukan benda ajaib.. jadi jangan rasa takjub pulak.. kikiki. Ia hanyalah support dan resisten yang biasanya dilukis sama tinggi dan panjang nya untuk memudahkan mata kita fokus berbanding dengan letak banyak horizontal line .. boleh berpinau biji mata nanti nak cari mana satu line... kui3x

Di kawasan ini terdapat fibo confluence... yang seperti yang kita semua maklum ianya juga mungkin juga akan bertindak sebagai 'bearish trap'. Jadi apakah akan berlaku pada dollar index minggu-minggu seterusnya? Ok.. lebih elok kita forecast begini:-

a) terdapat head and shoulder pattern di daily chart, jika demand masih ade di bahagian bawah, tidak syak lagi bentuk ini akan berfungsi untuk mencapai target nye ke bawah harga 77.80 (FR 61.8).

b) tertakluk kepada supply ke bahagian atas untuk minggu-minggu akan datang, harga dijangka tidak akan berjaya melepasi 77.80 (FR 61.8) sebaliknya akan memantul naik ke atas secara tidak di sangka-sangka dan melepasi paras atas kotak warna pink.

c) sideway~... kekeke.

Sekian, wassalam.

Selamatkan Makcik Felda !!!



Gambar rajah ini hanyalah lukisan tanpa sebab.

Jika ibubapa atau saudara anda adalah peneroka Felda ketika ini,

anda mungkin boleh bersedia memberi maklumat kepada mereka..


Puas sudah menanam padi

Nenas jua di beli orang

Puas sudah menanam budi

Emas jua di cari orang


( nota: ini pantun petani vs politikus.. :p )


Sabtu, 25 Februari 2012

Dow Jones - Completed or Throw Over ?


Salam hormat..,

Kita buka kembali blog ini...


Kita buka blog kembali bukan sebab kita ni nak ajak orang main terus forex tanpa mengendahkan tentang pengharaman nya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Yang di sabitkan haram itu tetap lah haram.. kecuali apabila kesemua senarai perkara-perkara yang telah dinasihatkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan itu di "bersih"kan maka hukum ketika itu barulah boleh kita cakap hukum asalnya kembali terpakai.


Tatkala ini.., kita tak mahu pening kepala macam orang lain yang bermati-matian mempertahankan tentang boleh walaupun memang tak boleh; tetapi sebab Malaysia Boleh semua boleh lah dibedal ; maka kita tinggalkan mereka dengan labu-labunya.. kita berlepas diri dengan mereka semua.. dan kita trade gunakan jalan lain contohnya boleh niaga matawang dengan cara bayar cash atau guna 1:1.


Jarak Sederhana atau Jarak Jauh.. itu matlamat trading plan kita. Lebih terjurus kepada pelaburan yang lebih selamat berbanding dahulu. Risiko rendah, pulangan pun rendah, kalau kena gaya hasilnya pasti lagi tinggi dari ASN, ASB atau EPF. Dijamin nilai yang kita pegang tak akan lenyap 100%.


Tak percaya? Cuba fikir... jika kita beli EURUSD pada harga sekarang iaitu 1.34 seunit, katakanlah di penghujung tahun nanti harganya jatuh ke 1.21.. kita hanya rugi 0.13 sahaja seunit. Adakah keseluruhan modal asal kita hangus??? Tentu sekali tidak! Kita cuma 'rugi' sikit aje.. lebih kureng 10% gitu.. baki 90% ado laei boleh rolling lain kali.


Berbanding dengan cara sekarang.. dengan leverage.

Silap gaya.. bisa bergolok dan bergadai.

Bukan lagi hangus.. rentung jadinya.

ZERO balance.. Margin Call.. Hanging Man.. Get Loose..!


Baik.., cukup di situ dahulu tentang isu MFK ; kita teruskan agenda kita, kita nak lihat adakah market sekarang berada dalam unjuran yang di katakan akan terbabas ke dalam jurang; kita rujuk index DJI30 (Dow Jones).


Kita pernah forecast Dow Jones akan naik kembali setelah ianya tergelincir turun pada tahun lepas. Tatkala itu orang cukup 'bearish' dengannya.. dan.. sebelum itu pun.. tatkala dia berada paras ini pada tahun lalu.. kita tulis dia nak turun.. dan memang dia turun.


Now.. as kita boleh nampak.. dia bergerak mengikut rentak 5-0 (bullish). Adakah ianya telah matang??? Tunggu dan lihat dahulu; elok kita sama-sama ingat perkara mengenai bentuk 5-0 ni.., apakah maknanya jika kita lihat bila adanya wujud bentuk 5-0?


Pattern 5-0 ialah suatu bentuk yang akan memperbetulkan gerakan sebelumnya yang belum selesai. Maka dalam menyemak perkara ini, level "0" dahulu bukanlah harga kemuncak. Jadi eloklah kita forecast begini sahaja buat sementara waktu:-


a) Pembetulan harga masih berlaku.., harga boleh 'breakout' menuju ke level FE 161.8 dan 261.8 FR untuk beberapa minggu lagi; atau


b) Jika inilah kemuncak yang di cari dan pembetulan harga selesai di level FE 127.2 dan FR 161.8; maka tidak ada syak lagi harga akan berpatah balik ke bawah, mencabar harga terendah tahun 2011, 2010 dan 2009.


c) sideway~ keh3x..

Sekian, wassalam.

Rabu, 15 Februari 2012

Fatwa Forex

National Fatwa Council rules forex trading haram


http://www.nst.com.my/latest/national-fatwa-council-rules-forex-trading-haram-1.47013


so.. sad.. tetapi mereka dah buat keputusan mengenainya.

Kita perlu bersedia meninggalkan pekerjaan ini

secara perlahan-lahan.


# Terima Kasih, Kengkawan #

#minta ampun banyak-banyak#

#selamat tinggal .. semua#


Dengan ini.. dukacita dimaklumkan bahawa kita

~TUTUP KEDAI dan BLOG ini~





GBPJPY - 610 seq


GBPJPY - Daily

- Baru ler harini dia sampai ke seq 610.. dan seperti yang kita semua telah lihat pada mana-mana pairs yang telah tiba ke seq 610.., pergerakan mereka se akan-akan terbantut dan mulai membuat consolidation.

- Off course.. seq 610 bukanlah tempat 'gerenti' dia akan berpatah balik, tetapi apakah benda dalam dunia ini yang kita boleh 'gerenti' akan berlaku, walhal itu semua kejadian itu tertakluk atas kehendak Nya jua..

- Maka.., kita cuma merancang dan berusaha dengan ilmu yang ada. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama kemudiannya.. InsyaAllah.. aminnnn~

Ahad, 12 Februari 2012

VIX - Bullish Pattern


VIX - Daily

- VIX ialah gauge=tolok mengukur tahap kebimbangan atau keselesaan market; jika market bimbang geraf dia akan naik; jika market selesa geraf dia akan turun.

- Di hari penutup minggu lalu, index market seperti Dow Jones dan SP500 seakan-akan telah buat 'topping'.. kita tak tahu lah sama ada benar-benar dia akan mulai gostan atau tidak.

- Apakah kaitan nya di antara Vix, Index dan Currency?

- Ianya adalah hubungan antara manusia, barangan dan wang. Bila wujud ketiga-tiga elemen ini maka perniagaan dapat dilakukan. Vix lebih memihak kepada sikap manusia semasa berurus niaga. Kalau dia suka dia beli, kalau dia tak suka dia jual.

- Time bersuka-ria perasaan bimbang, resah, gelisah takde. Time berduka-cita perasan gembira dan tenang pula takde. Maka itu namanya emosi.

- Dari chart yang kita paparkan di atas, tatkala ini pada pandangan kita yang dah makin kabur ini (tak lama lagi kena pakai cermin mata); berdasarkan kepada bentuk pattern W (biru), kita fikir yang sedang turun itu (hijau) ialah bentuk AB=CD Bullish.

- Yang juga kelihatannya seperti bentuk M jika kita tandakan X (hijau) di kaki C ( W biru). Jika benarlah seperti apa yang kita lihat ketika ini di Vix; maka indexes akan jatuh tidak berapa lama lagi. Dan perlu kita semua ingat bahawa ianya akan mengheret currency sama. Samada secara serentak ataupun mengikuti kemudiannya.

- Sekian, wassalam.

Khamis, 9 Februari 2012

EURUSD - Time

EURUSD - Weekly Chart
12:10 pagi

- Malam nie.. kita masih tunggu.. mana tau, kalau-kalau stoploss short kita kena hits.. namun ianya masih terkawal rapi.. walaupun sebentar tadi hampir-hampir kena baham.. ahakkss!

- Sebab free banyak masa, kita lukiskan apa yang kita jumpa sejak 2-3 minggu lalu.. ianya berkenaan tentang timing di mana puncak-puncak harga ditemui pada minggu-minggu tertentu yang kita sukat menggunakan Fibo Time Series.

- Menakjubkan.. bahawa minggu ini memang minggu puncak harga di forecastkan berlaku.

- Soalnya.. adakah ianya memang telah ranum.. atau adakah lagi harga yang perlu dijolok ke atas lagi contohnya ke Fibo 50% ? Wallahualam.. kita letak trade berdasarkan apa yang kita lihat, samaada ianya mengikut pattern, divergence, fibo atau sequences.

- Elok ler kita tunggu aje... trade pun dah letak... yakin aje lah dengan apa yang kita telah lakukan... InsyaAllah, akan berjaya.

EURJPY - Divergence

--------------------------------------
Kantoi sekali lagi as Yen
melemah hingga market closed.
--------------------------------------



EURJPY- 240min

- Currently daily masih belum tunjukkan adanya tanda nak corner... tapi 4hr ada spinning top, pattern dan juga divergence. Cuba short di sini dengan stoploss di garisan merah.

- Trade ni untuk cover rugi hari tu aje.. so.. jika sampai 50% pertama.. kita close half, bakinya kita cuba trailing sampai 50% kedua.

- Kita akan cuba lihat kembali dengan weekly candle jika ada tanda boleh di short kembali kemudian nya. Serentak dengan ini juga kita short GBPJPY dan USDJPY dengan intraday target.

Rabu, 8 Februari 2012

Precautions Rules..

Gambar Contoh


Pada mana-mana pairs yang kita telah letak positions berdasarkan kepada kiraan fibo sequences; contohnye di sequence 610pips or 987pips... stoploss yang kita letakkan ialah +/- 89pips dari sequence tersebut.

Oleh kerana banyak pairs yang membuat breakout sejak petang dan malam kelmarin; kita syorkan mana-mana pairs yang stoplossnye telah di bedal; contoh GJ dan EJ.. elok ler kita standaside aje dulu.

Hari ni kita tunggu stoploss EU, GU, AU, NU kena baham ke tidak.. Kalau kena baham gak kita pun stand-aside aje lah untuk baki hari minggu ini.

Selasa, 7 Februari 2012

EURJPY - Short Setup


--------------------
Nota :

Becareful ketika mengeshort..
tidak digalakkan untuk mencuba kecuali
yakin dengan apa yang di lihat..

-------------------

EURUSD - next 21 hours

---------------------
update jam 1:00am

garisan kuning ialah seq 610 pips
garisan merah ialah +89 pips sebagai stoploss

harga telah breakout dari triangle
1) mungkin harga akan lebih jauh ke atas; setelah pullback
2) mungkin juga ini hanya 'last spikes'; sebelum gostan betul-betul

currently kita short below last 1hr candle..topat jam 1:01am
--------------------


my view @ 2pm, Tuesday

GBPJPY - Short


----------------------
Short @ D point
StopLoss above @ X point
Profits @ C @ A or accelareted below 118
----------------------

NZDJPY - Jaga Durian

Nota:
jika trade mengikut pattern W
- if D tak lepas X, subject akan dijual hingga ke below kaki C dan A
- if D melepasi X, subject retrace ke X, B dan mungkin ke C

NZDJPY - Daily

- Assuming kita betul dengan view JPY akan stronger dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.. dan kemudiannya akan mulai melemah.. kita cuba skodeng beberapa entry Yen yang ikut kira-kiranya mungkin akan habis corrections nye ke sebelah atas.

- Kita pilih NZDJPY sebab kita pun dah bagi NZDUSD punya view.

- Bagi yang tak berapa biasa dengan spread yang tinggi dan para scalpers yang ada lemah jantung.. kita tak galakkan amik pair ini.. hanya mereka yang suka buat larian marathon sahaja digalakkan untuk mencuba nya.

- Apa-apa pun.. kita hanya merancang.. Allah jua-lah sahaja yang Maha Menentukan.

Ahad, 5 Februari 2012

USDCAD - Pullback

USDCAD - 240min

- Forecast minggu ini ialah:- dia akan mengetest dan cuba tembus level 261.8%. Kita harap dia spikes aje kat bawah tu sekejap; dan kemudian naik ke level X dan B yang akan di baca sebagai pullback buat permulaannya.

- Ada setengah-setengah forecaster mulai menjangkakan dollar US akan jatuh ke below 90 sen berbanding dengan dollar canada pada bulan-bulan yang akan datang. Faktor ancaman perang ke atas Iran oleh Israel dan US akan menyebabkan Canada meraikan kenaikan harga minyak.

- Itu... apa yang kita baca sambil lewa lah... benda masih rumours... ntah betul ntahkan tidak! Let's say ianya tidak berlaku... sebab tak ramai orang sukakan perang ketika ini, lagipun.., beranikah Israel pegi bom Iran?

- Kita yakin.., Iran bukan calang-calang negara, Israel mesti cari kuda tunggangan nya iaitu US untuk buat kerja yang dia mahu... hmmm... bodo gak Presiden USA ni ek? Telo dah kena genggam kot? Jika di Malaysia ni..., memang ada seorang yang dah kena genggam telo dia dengan Yahudi mabuk.. tu haaa... yang cakap Wall Street 'dia sokong keselamatan negara Israel'... pehhhh... akal dah letak kat lutut ke tu?

- PRU13 dah nak hampir... adakah Putrajaya akan beralih kuasa? Pada saya alih ke tak alih, saya tak kisah... undi tetap sokong bulan... tapi... saya berdoa jangan ler orang bercakap kat Wall Street tu jadi PM... dan kalau saya diberi peluang memilih antara PM sekarang dengan orang tu, siapakah yang paling layak untuk jadi PM.. saya pilih PM sekarang. Dan kalau juga diberi peluang memilih antara PM sekarang dengan TPM sekarang siapakah yang paling layak jadi PM.. saya pilih TPM sekarang... kenape? Sebab bini dia bertudung.. wakaka~


AUDUSD -Sequence 987

AUDUSD 240min

- Forecast minggu ini ialah:- dia akan cuba mengetest seq 987 at 1.0853.. dan kemudian jatuh ke 1.7000-1.0650.

- Apa laa suwey minggu lepas .., saya di maki kaw-kaw oleh seorang sahabat, yang setelah sekian tahun kita tradekan account dia, tapi sebab account bulan Januari lepas tak berapa menjadi dan account tu rugi 1,500 dollar, dia angin satu badan.

- Walhal kalau nak kira-kira, 3 tawun berturut-turut yang lepas, account dia cemerlang dengan return setiap tawun tu tak kurang dari 5-7 kali ganda dari modal asal 5,000 dollar. Itu lah benda yang dia tak mahu ambil kira. Dia kata peduli apa dengan yang lepas-lepas, yang dia mahu tahu tahun ini jangan ada rugi. Pehhhh..!

- Apakah dia fikir.., saya selama ini makan gaji dengan dia? Kalau nak gerenti popit tiap tahun pigi ler letak duit dalam ASB or ASN.. atau letak duit tu dalam KWSP buat caruman sendiri.. mesti ler tiap tawun popit.. atau pun... memang tak mau duit tu hangus invest dalam forex online, pigi ler beli duit betul EUR ke, USD ke, Pound ke kat Pengurup Wang.. ye tak?

- Saya rasa.., investors kat Malaysia ni memang tak mature lagi.., popit mau; rugi xmo. Duit investment kalau hangus mesti kena ganti... aaparaaa mabuk! Fed-up! Itu ler kalau banyak sangat lemak, selalu dapat subsidi, nak buat apa-apa mesti sponsor bagi, banyak syiok kalau hari-hari ada makan kenduri, perut buncit bikin sendiri.

- Investors jenis yang begini.. elok ler kita say good bye!

- Investors forex mesti di beritahu... forex ialah bisnis berisiko tinggi. Syarat pertama ialah sanggup tanggung rugi atau hangus keseluruhan modalnya. Jika tak paham jugak.. boleh blah !!!

Jumaat, 3 Februari 2012

EURUSD - Morgan Stanley Cuts Forecast




Harga jatuh sebaik sahaja NFP diumumkan dengan pattern ketika itu ialah Gartley bearish setup.. yang memakan kaki-kaki A dan C nye.. tetapi memantul kembali naik dengan sokongan trendline dibawah level 61.8%.

Kita bace yang naik kembali itu ialah pullback.

Tetapi kita tak tolak sebarang kemungkinan ketika di atas trendline ini; dia boleh mengecewakan kita dengan melonjak naik ke sequance 987pips.. kerana triangle ialah terminal bas yang hanya menunggu supply dan demand.

Jika ada supply untuk ke utara, kita lepaskan short.





Cuba baca artikel berikut mengenai EURUSD.. (klik ayat di bawah)
"Morgan Stanley Cuts EURUSD Forecast From 1.20 To 1.15 On Upcoming ECB Easing"

idea kita ialah... slow and steady... jangan gopoh-gapah... perhatikan apabila harga jatuh below trendline... dan... jangan lupa bahawa nanti dia ada pullback... ketika itu lah kita siapkan planning bagaimana nak tackel pullback itu nanti.

sementara dia berada di atas trendline ini... jangan terburu nafsu... nanti account kita boleh jadi lesu... ahakkks.!!

Khamis, 2 Februari 2012

NZDUSD - Cerita dongeng saya..

NZDUSD - WeeklyChart

- Harini.. jika membuat kiraan pip dia pullback.. dah sampai ke 987 pips.. masa dia turun tahun lepas di hentak sampai -1,473 pips.. apo nak buek.. den dulu dah pernah forecast dio akan naik (pullback) balik.. apo kan dayo.. takdo rezeki lah oram cakap.. bukan time nya untuk rejeki kita.. pusingan nie.., orang lain punyo rejeki lah... kan?

- Tetapi.. insyaAllah; kita akan dapat peluang yang lagi baik dan lagi hebat! Cumanye.. nak kena sabar banyak-banyak.. bondo nak jadi memang memakan sedikit waktu lah. Kita nampak weekly nie macam head and shoulder. Betul ke? Dah tengah malam nie.. mata tak berapa terang. kalau betul ok jugak ek?

- Seperti yang kita semua maklum, head n shoulder jika menjadi, target fibo nye 200% jika kita sukat dari HH (0.00%) ke Neckline (100.0%). Kebetulan pula malam ni kita dah 'tershort' kat seq 987 pips tu.

- Kita hanya cuba hold short ini ... takdirnya Allah izin kan.. menjadi-jadi lah setup ini..

-InsyaAllah.

Rabu, 1 Februari 2012

GBPUSD - UPDATE

High semalam bocor... tetapi.. kita enter short sekali lagi untuk minggu ini di
sequence 610 pips... sequence yang memang kita tunggu...
Jam 9:00mlm



JIKA "a" tak bocor.. maka favourite ialah menghapuskan bentuk W semalam..
jam 5:15 ptg

EURUSD -UPDATE

Tak sempat tunggu NFP... dalam 6 jam dia melengkapkan bentuk 5-0 nie.. Kita tak boleh fikir banyak... just ikut plan.. short sekali lagi minggu nie.. (ini kali ke 3 sejak dia melengkapkan larian ke 610 pips di 1.3231)
Jam 9:30mlm

BULLISH 5-0 PATTERN
Jam 4:30 ptg
Nota: View ini valid sehingga sebelum NFP News
esok... maknanya dalam tempoh 36 jam. Buat ler apa
yang patut...

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot