Ahad, 5 Februari 2012

AUDUSD -Sequence 987

AUDUSD 240min

- Forecast minggu ini ialah:- dia akan cuba mengetest seq 987 at 1.0853.. dan kemudian jatuh ke 1.7000-1.0650.

- Apa laa suwey minggu lepas .., saya di maki kaw-kaw oleh seorang sahabat, yang setelah sekian tahun kita tradekan account dia, tapi sebab account bulan Januari lepas tak berapa menjadi dan account tu rugi 1,500 dollar, dia angin satu badan.

- Walhal kalau nak kira-kira, 3 tawun berturut-turut yang lepas, account dia cemerlang dengan return setiap tawun tu tak kurang dari 5-7 kali ganda dari modal asal 5,000 dollar. Itu lah benda yang dia tak mahu ambil kira. Dia kata peduli apa dengan yang lepas-lepas, yang dia mahu tahu tahun ini jangan ada rugi. Pehhhh..!

- Apakah dia fikir.., saya selama ini makan gaji dengan dia? Kalau nak gerenti popit tiap tahun pigi ler letak duit dalam ASB or ASN.. atau letak duit tu dalam KWSP buat caruman sendiri.. mesti ler tiap tawun popit.. atau pun... memang tak mau duit tu hangus invest dalam forex online, pigi ler beli duit betul EUR ke, USD ke, Pound ke kat Pengurup Wang.. ye tak?

- Saya rasa.., investors kat Malaysia ni memang tak mature lagi.., popit mau; rugi xmo. Duit investment kalau hangus mesti kena ganti... aaparaaa mabuk! Fed-up! Itu ler kalau banyak sangat lemak, selalu dapat subsidi, nak buat apa-apa mesti sponsor bagi, banyak syiok kalau hari-hari ada makan kenduri, perut buncit bikin sendiri.

- Investors jenis yang begini.. elok ler kita say good bye!

- Investors forex mesti di beritahu... forex ialah bisnis berisiko tinggi. Syarat pertama ialah sanggup tanggung rugi atau hangus keseluruhan modalnya. Jika tak paham jugak.. boleh blah !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot