Isnin, 14 Disember 2009

Liqudity Sentiment Index


Ada soklan yang ditanya dalam shoutbox tentang benda alah kat sebelah kanan blog ini iaitu "liqudity sentiment index - consumer" ------->>>> Tengok Sebelah..



Apakah benda tu sebenornya? Indeks ini adalah berdasarkan kepada jumlah kecairan yang dipadukan dengan jumlah transaksi intraday yang menunjukkan nisbah belian dan jualan bagi sesuatu pasangan matawang oleh pelanggan dan pembekal bagi tempoh setiap 30minit.

Pelanggan ialah kita, pihak brokers, pihak syarikat investment dan hedge funds.

Pembekal ialah pusat pasaran iaitu pihak bank-bank serata dunia

Nisbah yang diperolehi berlawanan antara satu sama lain. Ini adalah kerana terdapat dua hala transaksi yang berbeza dalam dagangan. Iaitu satu pihak membeli dan satu pihak pula menjual.

Index sentiment tu sebenornya boleh dibaca sebagai "filter" untuk signal yang kita terima. Contohnya jika signal di platform 30minit kita menunjukkan tanda "buy" tetapi di index ini menunjukkan tanda "overbought" (contohnye telah sampai kepada paras 80%-70% membeli), kita kalo boleh jangan ikut signal yang kita ada, kecuali harga dan signal ketika itu berada di zone pivot ataupun support intraday.

Gitu jugak ler kalo nak menjual... lepaskan aje signal kita, jika index ni dah tunjuk tanda "oversold"... jangan bimbang mesti ado pullback dan ade signal lagi satu... ehekkk...

Jadi bilakah masanya kita boleh guna panduan index nie ek?... Kikiki.. best time ialah ketika market tenang. Index tu dalam lingkungan bawah 50%-35% membeli, harga berada di pivot atau support dan kita ada signal "buy", masa tu ler kita boleh anggap signal kita tu cun macam Siti dotdot... kekeke

Tak caya???... U try seminggu, then u know lah... :D:D:D:D

Latihan: Pukul 6ptg Isnin... GBP/USD... tu tanda oversold 81% orang jual... ade "sell" signal untuk harini kat 30min... Kita anggap sekarang singal tu "invalid" sebab index tu tunjuk "oversold" ..., tengok nanti kalo ado "buy" singal dan perhatikan index ni gaks... fuyooooo... kalo menjadi... lumayan beb... sampai resisten pun boleh beli... :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot