Rabu, 4 Januari 2012

USDCHF - bREAKOUt ???

USDCHF - 240min

- Kita mulakan trade view untuk 2012 ini dengan ucapan.. 'Bismillahirahmannirahim' dan dengan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.. semoga 2012 menjanjikan keuntungan yang lumayan.

- Kita lihat USDCHF pada tahun 2011 membentuk 'doji' candlestick.

- Dan ianya petanda reversal yang nyata akan menguasai keseluruhan gerakan EURUSD jika kita masih berpegang kepada kaedah correlation antara kedua-dua pair tersebut. Jadi.. jika kita nak forecastkan USDCHF pada tahun 2012 akan menjadi bearish.. kita kena rujuk candlestick tu dulu dan fikir-fikir lima enam kali.. huhu~

- Untuk short-term pula.. kita fikir USDCHF akan memecahkan high tahun lepas sebelum dia gostan mengetest supportnya kemudian. Dan kita harap pada tahun ini kita tak giler cakap dia nak gostan terus. Gostan itu kelak kita anggap sebagai pullback sahaja.. sebelum dia menuju ke puncak jaya.

- NFP news minggu ini akan menunjukkan arah seterusnya.. currently kita suka lepak tepi sambil-sambil masuk satu dua post sebelum kita nampak dengan jelas arah ekonomi Amerika dalam tahun 2012.. adakah dia akan 'tenggelam' atau 'timbul' atau 'tenggelam-timbul' ???

- Bahaya nya 2012 ialah trader akan mengawal market. Soalnya.. mano poei kredibiliti semua kerajaan-kerajaan ??? Kantoi koh atau tido ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot