Khamis, 25 Ogos 2011

Jepun Kekang Kenaikan Yen


Berita free... hehe hehe hehe~

TOKYO 24 Ogos - Jepun mengumumkan peruntukan berjumlah AS$100 bilion (RM300 bilion) untuk membantu mengekang kenaikan Yen yang dikhuatiri menjejaskan pemulihan syarikat-syarikat di negara itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kewangannya, Yoshihiko Noda selepas Yen melonjak ke paras tertinggi sejak pasca perang berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran kebimbangan ekonomi global.

Menurutnya, peruntukan itu akan menggalakkan firma-firma untuk membuat pertukaran Yen kepada aset-aset dedominasi (denominated) asing, dengan kemudahan satu tahun dengan sasaran menggalakkan aktiviti penggabungan dan pengambilan alih untuk mengukuhkan Yen.

Pakej itu bakal membuktikan Kementerian Kewangan Jepun terus mengukuhkan pemantauan pasaran pertukaran mata wang, dengan meminta peniaga-peniaga melaporkan kedudukan dagangan pada akhir September. - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot