Sabtu, 9 Oktober 2010

USD vs G7

VIX - Weekly Chart

USDX - Daily Chart

Kelemahan USD yang sedang berlangsung dan menanti campur-tangan BoJ lebih lanjut adalah menjadi tajuk utama sepanjang minggu lalu.


Laporan NFP semakin menampakan jurang kelabu yang semakin membesar bagi ruang pengangguran di US dengan laporan yang mengelikan hati kerana kerajaan membuang dan memberhentikan kakitangan mereka sendiri

Maka hasil mesyuarat RBA, BoJ, BoE dan ECB telah menjadi tumpuan utama bagi arah dagangan berakhir minggu lalu.

Pertemuan IMF /Bank Dunia /G7 di penghujung minggu ini, mungkin mengandungi rahsia yang tersembunyi untuk USD/JPY. Seperti mana yang kita semua maklum biasanya selepas G7 pasti ada sesuatu yang akan menggegarkan market.

Pastinya USD akan mendapat manafaat yang lebih besar berbanding matawang lain. Rasa khuatir tentang nilai Dollar yang semakin menurun akan menjadikan mesyuarat G7 medan untuk melahirkan rasa kebimbangan negara-negara lain terhadap situasi ketika ini.

Negara manakah yang selesa jika "cost" mereka meningkat? Jika Dollar terus melemah pastinya negara lain akan terbeban dengan nilai matawang mereka yang semakin tinggi dan export mereka akan berkurangan untuk masa hadapan. Adakah tingginya nilai matawang akan meningkatkan atau mengekalkan taraf kehidupan rakyatnya?

Ini semua kita akan lalui selepas mesyuarat G7 kali ini. Naik atau turunnya Dollar selepas ini adalah hasil mesyuarat kali ini. Serupa juga situasi sekarang ini ketika Euro berada pada paras 1.600 pada pada tahun 2008.

Siapakah yang tak rasa gentar jika "belon" yang ditiup selama ini akan meletup?


Wallahua'lam



2 ulasan:

  1. perggh.sy respek setting fibo circle cgu tuh,,nmpk jls suma vs duller pun dlm keadaan kritikal..apepun sy suka tggu throw over dat line,at least hit sapot 74.00 tuh.tp yela just suka bkn ramalan,apepun slps fomc pg rabu ni mungkin jln selanjutnya lebih clear,sy tggu update cgu selanjutnya,,macih ye cgu.slm windu..hikhik

    BalasPadam
  2. errrr....throw over hit 76++ tu....(pembetulan:s)

    BalasPadam

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot