Sabtu, 30 Oktober 2010

Market Review October

Gold 60min

- Dia telahpun sampai ke zone di mana kita tandakan sebagai reversal zone. Arakian tersebutlah kisah bahawa gold ini akan bertambah naik mengikut ukuran batang berwarna purple. Tetapi kita counter dia dengan harapan dia sudi dengar cakap kita bahawa dia nak jatuh ke below FE 261.8...

- Letakkan lah stoploss... sebab kita dok tau laei cerita stimulus plan USD minggu ini. Ramai dok ingek stimulus tu akan jadi dollar lomah... tapi ambo raso dok gitu plak.

GBPJPY 15min

- Dengan perubahan kekuatan Pound di akhir dagangan minggu lalu... dia ni degil semacam. Tetapi di sebalik GBPUSD melarikan dirinya jauh ke atas.., dia ni macam terpinga-pinga. Dan hasilnya berlakulah pattern lagi yang sedang menantinya di bawah nanti.

- Sila berhati-hati... terjahan ke atas 129.50 terlebih dahulu pada awal dagangan akan mengakibatkan stoploss kita di gigit ular. Tetapi jika terus jatuh ke bawah 128.40... kita perlu pastikan dia tembus 126.89 untuk mengaktifkan rancangan kita seterusnya.

- Apa-apa pun setiap seratus (100) pips dari short yang kita buat adalah nilai yang bagus untuk di bank-in..., kerana dia ni sebenornya berada pada level yang paling bawah jika kita lihat pada daily chart... cuma kita harapkan dia boleh turun lebih-lebey lagi larrr.... kekeke.


EURJPY - 240min

- Ianya masih dalam progress yang kita cadangkan tempohari. Tak banyak perkembangan yang boleh di komen cuma dari segi bentuk dia turun ni... kemungkinan dia bounce kuat ke atas kembali tidak boleh kita sangkal...

- Kecuali dia break kuat-kuat below 108.40... itu cerita dia akan berubah kemudiannya... so buat masa ini, setakat ini sahaja gambaran yang ada...

EURGBP - Daily

- Fuhhh... betul-betul dia jatuh selepas news GDP UK.., kita baru try sekali counter dan gagal. Dan kita rasa dia akan further down ke FE 100 untuk short term ini.

- Kita akan perhatikan perkembangan dia ni dari masa ke semasa.



USDCAD -240min

- Terdapat daily pivot x di zone 23%... jadi pandangan kita, dia ini akan di tekan turun kerana terdapat juga view yang lain mengatakan oil akan spikes up sekali lagi.

- Kita lebih tertarik dengan bentuk W di sebelah atas ini... Kita pernah lihat banyak kali bentuk sebegini yang akan meluru naik apabila sayap sebelah kanan ini hampir-hampir mencecah tanah. Apakata kita lihat dan perhatikan dahulu sayap ini turun.

- Pasti kita akan lihat nanti adanya pivot sebelah atas ditinggalkan pula dan akan menjadi reason kita untuk mula masuk market kembali... :-D :-D :-D



NZDUSD - 60min

- Sebaik sahaja RBNZ umumkan interest rate dia di "hold" kan.., dia mula menunjukkan belangnya dengan memecahkan high tahun ini dan tahun 2009. Memang jika sekali imbas melihat dia naik mahu kecut telo kita semua dibuatnya...~wakaka

- Tapi dia sekarang ade 2 Pivot X dan bentuk AB=CD.

- Dengan syarat dia boleh turun dan hancurkan kembali kaki AB = 0.7400 semasa bulan Nov, kita rasa-rasa dia takde chance untuk sampai ke 0.7880 dan extended ke 0.8320 sebab yang naik Khamis dan Jumaat tu dah sampai ke 161.8% jika kita tarik fibo 0.7560 - 0.7400.


AUDUSD - 240min

- Hampir-hampir... kita nak melompat ke siling kerana kita dah lihat pada petang Jumaat candlestick bulan ini nak jadi doji... tapi sayang.., dia bikin magic naik sebelum market tutup... hampa gas betul !!!

- Tapi tidak mengapa... weekly candlestick dia dah goyang-goyang... macam tunggul gigi yang menunggu masa nak tanggal.

- Perhatikan batang warna kuning yang kita lukiskan tu... jika dia terlebey naik daripada batang putih yang last tu, maka maknanya dia nak naik lagi sama nilai pips dengan batang warna kuning tu, maksudnya dia nak cucuk lagi harga 1.0000

- Otherwise... view kita ialah tetap dia akan jatuh si zone +76.4% tu ke 50% dan sideway.. sebelum dia breakout sekali lagi ntah ke mana..



USDCHF - 240min

- Kiss and then pullback... miayahaha~... dia ni memang hebat..!!! Ketika dia jatuh dari 1.16 ke 1.06 kita ingat retrace dah abesss rupa-rupanya dia terus gedebam jatuh hingga 0.94..!!! Serupa jugalah kali ini (rasa-rasanye lah)...

- Ramai sangka di situ ler dia start gostan balik... tapi kita agak yakin cerita dia ni lain macam sikit... letak fibo seperti gambar di atas tu... ke 161.8% or 261.8% sebenarnya bukanlah suatu impian kosong...

- Meanwhile... cuba semak candlestick dia bulan ini.... ehehehe... wut will happened after 5???


USDJPY - Monthly

- Putus sudah kasih sayang.., dengan tergelincirnya 84.50 pada bulan Sept dan di bulan Oct meng"kompom"kannya..., maka baki tahun ini kita dapat lihat "the big picture in future"... dan BOJ pastinya berguling-guling menangis kerana dah hangus ber trillion-trillion yen.

- Kita yakin di zone bawah 80.20 hingga 79.70 ada banyak ikan jerung berkeliaran membaham "beruang-beruang" yang menyerbu ke dalam lautan. Fast-money adalah dianggarkan dalam bentuk beberapa ratus billion US dollar.

- Buy break ikut intraday... jika target archieve... bank-in terus !!


GBPUSD - 30min

- Kui3x... dia tumpang "tui" di sebabkan EG "terjatuh" ketika mendaki ke puncak jaya. Dia telah pun selesai mengejar PIVOT X... Kita berada dalam kedudukan yang sangat baik kerana bila hutang selesai di bayar.., kita boleh tuntut semua hutang terdahulu daripada ini.

- Beri perhatian kepada "double-top" di zone 1.6100... jika break above that... batang putih tu akan bertambah satu(1) lagi sebelah ke atas. Dari segi bentuk... jika kita bukak chart H4 kita akan dapat lihat bentuk cawan dan tangkai.

- Adakah Pound akan bertambah kuat? Kita harap tidak!.. Tetapi kita tidak pernah lupa bahawa hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui... Kita cuma merancang, Allah jua yang menentukan.



EURUSD - 30min

- Haha... terkujat-kujat dia melarikan dirinya naik ke atas kembali ibarat kucing jatuh ke dalam perigi... semua gerakan dia dalam bulan Oktober adalah di bawah kawalan "beruang"... Pivot X yang terakhir sedang dalam perjalanan menunaikan janji...

- Bagaimana dengan November nanti? Well... kita dah bagi view pasal USDX, kita hanya perlu berjaga-jaga. Jika apa yang berlaku selepas "spikes misteri" dicopy-paste kembali ... kita pun semua dah di "alert"kan lebih awal... Jadi tiada apa-apa misteri bagi kita semua..

- Jika dia ni melepasi channel seperti gambar di atas dan melebihi 1.4070... sila stand-aside..! Semua perhatian pada minggu hadapan tertumpu pada dua events iaitu FOMC dan NFP... Awas!!!... banyak "jerung" berkeliaran... kita percaya jerung tu semua bersedia untuk "me ngap" apa-apa yang lalu di hadapan mata mereka dalam jumlah berbillion-billion.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot