Khamis, 21 Januari 2010

Gaya Memorex Slow-motion....

Salam Khamis, jam 2ptg...

  • Kali nie kita nak mengomel sket, sebab ada beberapa pertanyaan tentang macam mana nak dapatkan untung dalam memorex neh... sebab terlalu ramai yang terjun dalam memorex neh... tapi... ramai yang hancur lebur bagai debu... uhuksss!!! Bak kata orang, harini pump-in.., esok-esok kena kick-out... ;p

  • Memorex neh... kita selalu kena ingat bahawa ianya adalah suatu jenis "pelaburan", bila cakap pasal "pelaburan" kita selalu merujuk kepada keuntungan dalam suatu tempoh yang tertentu.. contohnye suku-suku tempoh dalam setahun dan etc-lah... so never ever think memorex neh boleh "kaya cepat"... kalo ada pemikiran camtu... elok ler cari mana-mana program HYIP.... ehehehe hikss....

  • Contoh gambar kat atas ialah trading yang bermodalkan USD3,000, start Ogos 2009, Leverage 100:1... sehingga kini, baki terkumpul adalah sebanyak USD7,000... so dalam tempoh Ogos(2009)-Jan(2010) ianya untung sebanyak USD4,000... each trade guna lot paling kecil 0.01 lot sahaja.., setiap pair tidak boleh lebih dari 0.01 x 15 posisi pada satu-satu arah trend predictions.

  • Jika kita semua ada kemahuan untuk berjaya, kita tak usah fikir nak cepat jadi. Sentiasa fikirkan masa yang ke hadapan.. apa akan jadi jika account kita lebur sekarang? Bila kita selalu fikirkan begitu tentulah terbit dalam jiwa kita rasa seram-sejuk untuk berhati-hati. Di situ lah wujudnya DISIPLIN memorex dengan MONEY MANAGEMENT.

  • Memang kadang-kala, trade kita tak akan berjaya sepenuhnya. Di situ lah letaknya kepentingan MONEY MANAGEMENT. Setiap dollar/sen yang kita kumpul boleh hilang sekelip mata jika "cik marginah" ketuk pintu. Sebab itu "swing position" dengan lot kecik-kecik memang berbaloi-baloi... boleh tido lena... tak risau jika floating even ade 10positions yang -ve... margin mantap... takde sapa berani ketuk pintu... :-D

  • Tingkatkan kebijaksanaan kita, trade slow-motion dengan tujuan untuk men"double-double"kan modal awal kita itu. Mengapa kita perlu malu nak trade 0.01 lot? Bukan kah telah ada bukti di atas tu dengan lot yang terkecil... modal kita boleh membesar sebagai juara?

  • Bagi trader yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia memorex neh, cuba buang dulu fikiran nak cepat-cepat. Contohnye mungkin dia masuk memorex nie dengan modal kecil sekecil USD50-USD100, nak kaut untung, trade dengan leverage dan lot yang tak sesuai, akibatnya mesti ler kena kick-out...

  • Dalam dunia ni, takde "jalan-pintas" untuk berjaya... semuanya kena usaha dulu kecil-kecilan baru ler boleh jadi usahawan besar-besaran... step by step... matlamat mesti di capai secara perlahan-lahan, sebab di sana nanti ada ruang pelajaran bagi kita semua.

  • So.. nasihat kita ialah jika anda bermodal kecil... usahakanlah forex ini secara perlahan-lahan, "double"kan modal yang anda telah masukkan dalam jangka-waktu yang anda tentukan sendiri, contohnye dalam tempoh 3 bulan, 6 bulan, setahun...

  • Jika modal anda hangus berkali-kali dan terlebih dahulu hangus drp jangka-waktu yang anda telah tetapkan sendiri, bermakna anda telah salah menguruskan wang anda.., dan anda sepatutnya perlu bertukar arah ke bidang lain.... mungkin memorex ni bukan bidang anda buat masa ini...


Sekian, Wassalam.....
Jualkan yang mahal-mahal, belikan yang murah-murah
Masukkan yang kecik-kecik, buangkan yang besar-besar
Mula-mula 0.01 lot, nanti kumpul-kumpul boleh jadi 1lot..!!!!
FuyoooOOooo....


3 ulasan:

  1. Salam...

    stuju dgn cikgu...cik marginah mmg suke dgn org yg tamak cam saya ni,....aduyai...ble la nk jd hebat mcm cikgu ni??

    BalasPadam
  2. Salam Jiman..,

    Jangan sesekali putus-asa.. cuba bayang berapa ASN/ASN bagi dividen setahun? Cuma 8%-10%? Why not ubah pemikiran kita mulai sekarang.. Jadikan memorex untung dia 50% setiap 6 bulan, lumayan kan??? Berbaloi-baloi dari ASN/ASB..., just try fikirkan begitu aje...

    BalasPadam
  3. baik cikgu..saya ikut nasihat cikgu...time kasih cikgu =)

    BalasPadam

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot