Rabu, 13 Januari 2010

Fibo - Price and Time

Salam hormat..,
  • Harini sebab boring tak buat apa-apa.., kita nak tunjuk satu cara bagaimana kita boleh cerap Price dan Time.., supaya lain kali, pada bila-bila masa dan pada apa-apa pair yang kita suka nak trade.., kita boleh bersedia..., jika pada sesuatu masa dan ketika itu, kita percaya bahawa trend akan berubah; dan bila dan di mana kita boleh ambil langkah untuk meng"counter"kan retracement yang berlaku...;
  • Ok.. untuk latihan ini, kita amik contoh GOLD daily chart.
  • Rujuk chart atas tu..., dua tools Fibo yang kita guna ialah fibo retracement dan fibo time zone.. hehehe... cantek tak?... apa yang perlu kita lakukan ialah 1) Ukur dulu A ke B dengan fibo retracement.., 2) Lepas tu baru letak fibo time zone dari A ke B.., 3) Lukis di mana A, B, dan C mengikut garis menegak fibo time zone tu...; 4) Letak D pada zone ke 5 mengikut fibo time zone tu.... eeeyaahhhhh...!!! Dah siap...!!!
  • Senang aje kan?... kikiki.... Orait ini hanya latihan aje... tu contoh jek tau. Jadi jika mengikut perspektif GOLD sekarang... ianya akan me"landing"kan dirinya ke zone 5 pada sekitar 20-02-2010... kita boleh lihat tarikh tu dengan meletakkan "vertical line" pada mana-mana line fibo zone tu... dan harga "landing" dia ialah pada 3 golden zone fibo retracement tu.... eeehiksss....
  • TETAPI... itu adalah cerapan normal gerakan ABCD.... apakata jika dia bounce di zone 3 fibo time zone dan tak lepas 100%??? Dia jadi apa??? Haaa... jawab!!? jawab!!? Kikikiki... Sonang jo jawabnye... JIKA dia tertahan di ATAS fibo retracement 100% dengan syarat semasa itu TIDAK melepasi fibo retracement 100.0%..., (maknanya dia berlegar atas 100% walaupun fibo time zone ke 3 dia dah lalui)..., maka kita tahu lew sendiri bahawa ketika itu.., dia try nak jadi "W" lah... wakakaka... uhuksss..!!!
  • So JIKA itu berlaku *W*... kedudukan D kat fibo time zone 5 tu kena alihkan ke atas-lah.., sendiri check lah... ehehe
  • Apakata plak kalo dia ni tak jadi retrace ke bawah dari sini tapi dia terus naik plak??? Tu pun sonang jawab nyo... JIKA dia takmo ke D yang kita lukis tu... dia jadi "M" lah kat fibo time 3... uhuhuhu... kalo itu berlaku... dia bukan berenti kat 161.8%... tapi... ke 261.8% lah... uhuhuhu...
  • Ok.. itu jO lah benda yang kita nak merepek-repek harini... ehehehe... bosan gak duduk rumah sowang-sowang neh... tapi takpo.., kejap lagi 1:00ptg... anok daro den nak balek skola... boleh ler den naik motor kapcai den tu pusing-musing amik angin sebelum den beronti amik dio kek skola tu.... ehehehe... adiosss...!!!
Wassalam..,
nota# *bila harga dan masa (price and time) berlaga..., arah trend akan bertukar.* Atau kalo senang nak ingatkan benda nie ialah... bila basikal langgar tembok, roda dan handle boleh bengkok... waakakaa... (ayat ni dikirim khas untuk abah09)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot