Sabtu, 1 September 2012

GBPUSD - Standby



GBPUSD - Daily chart.

- Serupa seperti EURUSD.. short kita cuma dapat 5pip aje minggu lalu.. dan pastinya InsyaAllah kita kan umpan lagi sekali minggu depan.. kerana tatkala ini pattern harmonic pun belum established.. tetapi kita dah nampak di level-level mana yang patut kita letakkan short.. so kita tunggu dan lihat aje.

- Ada yang bertanya mengapa tak buat belian aje dulu ??? Maka jawab kita ialah bahawa kita trade ikut bentuk/pattern.. maka kita trade ikut cara itu.. soal nak layan correction sebelum pattern betul-betul lengkap, itu adalah tindakan sendirian berhad (masing-masing punya risk).. off course lah jika anda terlihat kelibat boleh di beli untuk short term.. why not do it ???

- Kita pun bukan takde rakan yang pernah score bermillion-million dollar dengan cara scalping.. tetapi tak pernah pula kita teruja nak follow cara tersebut.. ini adalah kerana keterbatasan serta kekangan masa yang kita ada pada setiap hari untuk menjalankan aktiviti scalping yang memerlukan masa-masa dan hari-hari tertentu untuk kita berada di hadapan pc.

- Jadi kita anggap itu dah memang rezeki dia.. kita bersyukur aje dengan segala kurniaan rezeki yang kita dapat.. jangan ler sesekali kita rasa dengki dan iri-hati dengan kejayaan dan rezeki orang lain.. kita perlu sentiasa berusaha, berkeyakinan, bersolat dan bersabar... InsyaAllah, kita boleh jadi millionair jua suatu masa kelak.

- So.. untuk GBPUSD.. sila berikan sedikit masa dan umpan sedikit demi sedikit.. InsyaAllah berjaya juga di short suatu ketika kelak. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot