Selasa, 13 Disember 2011

Update views

EURUSD, Jam 10:00pagi

- Semalam dia betol-betol jatuh dan melepasi paras 1.3250.. rase keciwe jiwe dan rage den.. dan currently dia telahpun mengesahkan yang di akan pergi lebih jauh ke bawah pada minggu-minggu yang akan datang.. sedeyyy.. sob sob sob.

- Walaupun bentuk nya ketika ini mirip inverted head and shoulder.. tetapi den rase-rase kalaupun harga pullback ke atas lagi sekali.. mesti ade ramai orang yang menanti untuk menghentaknya kembali untuk pergi jauh lagi ke bawah.

- Taktikalnya ketika ini.. den pun tak berani pegang 'buy' .. tetapi teknikal kita bagitau bahawa terdapatnya weekly pivot X di 1.3580 dan zone untuk meng counter nya adalah di 1.3000; ianya adalah lebeh kurang -144 pips dari 'harga semasa' di dalam gambar di atas.

- Jadi pada fikiran den.. pullback ini (jika berlaku) akan tersekat di sekitar 1.3270.. dan kemudiannya terjun kembali menuju ke 1.3000 untuk menjadikan sequence dia 233pips. Kemudian daripada itu.. jika ada spikes-up di harga paling bawah.. mungkin kita boleh jua pasang angan-angan dia cuba nak kembali ke 1.3580.

- Ianya tidak mustahil berlaku.. kerana kebiasaanya.. setelah mana-mana trendline di patahkan.. harga akan 'mengetest' trendline itu kembali (kita rujuk daily dan weekly bottom trendline) dan kadangkala ianya boleh jadi extreme hingga boleh juga menjadi pullback yang begitu jauh ke dalam..

- .... *blink-blink*... hilang!

EURGBP - 11:00 pagi

- Penilaian mengenai EURUSD kita sandarkan dengan view EURGBP ketika ini. Kita tidak fikir hentakkan ke bawah EURGBP akan berakhir serta merta di sini... kerana setakat jam ini tiada kelihatan reversal candle berlaku.

- Mungkin.. reversal candle akan berlaku di bawah level 224%.. dan seperti yang kita semua maklum.. ini ialah pattern crab bullish.. expectation kita ialah dia boleh tembus kedua-dua puncak A dan C.. itu pun jika harga berjaya melepasi paras X dan B

- Hanya setelah ianya memberi signal reversal candle.. barulah kita berani masuk buy.. dan biasanya pattern ini akan gagal jika terdapat candle bearish yang besar dan menerobos 224.0% dengan bergaya.. oleh itu level yang selamat kita letak entry ialah di atas 161.8% warna kuning setelah kita mendapat isyarat bottom telah terjadi di bahagian bawahnye.


dOLlOR index - 12:30tghari

- Bandingan EURUSD dan EURGBP boleh juga kita terapkan dengan view dollar index. Dalam chart di atas.. kita masih melihat dollar index masih berada di bawah paras 80.0... yang naik semalam pun tidak melepasi paras 3 minggu sebelumnya. MACD memberikan signal divergence.

- Jika ia gagal melepasi high tersebut.. ada kemungkinan bahawa dia boleh jatuh below 11.4% dan kemudian menjunam terus ke 88.6% (fibo warna kuning).. tetapi kemungkinan dia terus meluru naik juga tidak boleh kita ketepikan begitu sahaja.

- Nampaknya.. kita sekarang berada dalam situasi 'decision'.

- Jika benar dollar index gostan harini.. esok kita yakin dia akan terus tembus channel line dia tu tanpa menoleh kebekang lagi.. tetapi jika dia tembus ke atas maka kita memang takde pilihan kecuali menyatakan bahawa EURUSD dan GBPUSD valid untuk mulai beransur-ansur jatuh menuju ke dasar lautan.

- Jika GBPUSD telahpun berada di posisi nya 1.5780 sebagai top... break lagi sekali 1.5550 (semalam dah break).. akan membawanya menuju ke 1.5420 dan 1.5270 pula pada minggu ini.



EURJPY - Jam 1:30 petang

- Kita membeli nya dengan stoploss yang kecil dan rasa was-was sama ada akan berjaya atau tidak dalam situasi yang genting sebegini. Counting tu kita rujuk mesin. Dan batang warna kuning tu adalah sama panjang. Mengikut teori.. jika benar low nye di sini.. harga tidak akan lebih ke bawah dari batang bagi wave 4,5.. so.. i letak lah stoploss di sinun.

- Setakat ini sahaja komen kita.. jadi atau tidak.. wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot