Ahad, 24 Julai 2011

Market View - 25/29

Dollar Index - 60min

- Jeng jeng Jeng... last pattern bearish and now dia emerging something bullish, tapi belom sampai target dia lah... so kita jangan ler bullishkan dia terlalu awal... dia baru jer emerging dan kita tunggu dia bounce di level 72.60 or above that... tapi dia bukan senang mau terus naik... sebab pattern tu bila jadi pun dia akan retrace setakat X dan B aje dulu. Ehekkk

- Mungkin kemudiannya dia akan bikin Low lagi below 72.60... tapi kita dop tau lagi lah jauh mana atau kuat mana... tapi kalu 72.60 bertahan pada tekanan kali kedua.. bersama-sama lah kita melambungkan USDX ni ke paras yang tak boleh kita imiginasikan.

- Kita tak jangka ianya akan berlaku begitu cepat dan dalam masa terdekat ini... tapi idea mesti kena create dan plan terlebih dahulu..., jika sempat kita bagi warning dan letakkan dalam blog, kita akan lakukan... tetapi jika tak sempat letak apa-apa, sila lah perhatikan divergence pada EURUSD dan GBPUSD kelak pada timeframe yang besar sket.. eg. 1hr dan 4hr.

- Kendurkan dahulu semua otot-otot yang tegang... simpan margin lebih sikit dalam tempoh 2-3 minggu akan datang... jangan pula margin licin sebelum peluang menjelma... parah tu nanti.. hehe, dan akhirnya marilah sama-sama berdoa untuk trade tahun ini, kita semua dapat meluncur bersama-sama dengan selamat dan berjaya..!! Insya Allah...

- Ingat..! Kita tak kata ianya akan berlaku dalam masa terdekat... simpan dulu view dan idea ini bawah meja... sorokkan jangan kasi bini tengok... hehe... diam-diam sudah ekkkk !!!



USDJPY 240min

- Sukar jugak nak jangka dia ni... tapi rase-rasenya kiraan di atas tu dah kira cun lah... unless jika BOJ buat bodo pada minggu depan, harga pasti akan mengetest low waktu tsunami haritu. Agak mencurigakan bilamana DJI dan SP melonjak naik.., dia pulak terpeleot ke bawah.. hmm?

- Let follow game Jepun ni more closer minggu depan.

- Forecast minggu depan:- Harga akan berhadapan dengan resisten 78.8 yang kemudian nya akan di hentak ke bawah 78.00... yang kemudian nya akan melambung melepasi paras 79.20., insyaAllah.


USDCHF - Daily

- Kita masih menunggu dengan sabar untuk meletakkan counter trend trade jangka panjang untuk dia ni... Daily Bar MACD masih mencucuk ke bawah signal line nye. Kita belum rasa sesuai agaknye kita letak trade. Elok juga kita skodeng dari masa ke semasa.

- Forecat minggu depan :- akan mengestes harga 0.8080.., tapi kita ingat 0.8120 akan menahan pencerobohan berlaku lebih ke bawah... buy dip di atas harga 0.8120 (cari harga paling best contohnye 0.8121, 0.8134, 0.8155) stoploss 0.8080... cuba target kan ke max 0.8355, otherwise take profits every 55 or 89 or 144 pips ... ehekkk




GBPUSD 60min

- Yah.. yah yah..! Hehehe... berjaya kita akhirnya membawa dia ni menutup weekly gap dia seperti yang kita tunjukkan dahulu... heh..! Sudah gak ek nak melayan dia nie... hampir-hampir jugak kita nak give-up!

- Memang selalunye gitu lah... bila kita letak trade dan kita bertahan dengan view swing.., apa yang kita khuatiri ialah margin boleh jadi kurus kering sehingga kita pun boleh menghidap migrain jika duduk terus memandang market yang melawan kedudukan kita.

- Forecast minggu depan:- Fibo 100% dan 78.6% adalah support. Ada dua timing series yang berlainan warna yang kita letakkan.., yang warna kuning memforecastkan pusingan puncak-puncak harga.., dan yang warna putih tu memforecastkan pusingan bottom-bottom harga. Akan berlaku confluence di antara mereka berdua pada minggu hadapan.

- a) Jika harga terus melonjak naik hingga ke 161.8 dan bertembung dengan time series warna kuning ke 8.., maka selepas itu harga akan merudum jatuh ke support atau tergolek-golek lebih jauh kemudian pada penutup minggu

- b) Jika harga merudum jatuh ke support dan bertembung dengan time series warna putih ke 2.., mungkin secara tidak semena-mena harga akan melonjak naik ke 161.8 dan jika harga ketika naik itu tidak bertepatan bertembung dengan mana-mana level fibo retracement dan juga fibo time series warna kuning... i'm expected kita akan lihat dia ni lari manyak kuat lebih ke atas.


EURUSD 30min

- Ahhhh... leganya rasa hati bila dia memancut tinggi... hihihi... tatakala orang begitu konfiden... sekali lagi kita berjaya mematahkan semangat dan ego mereka... dan itu adalah pelajaran yang begitu berharga tatkala semua forecast tidak memihak kepada kita.

- Trade yang akan memasuki bulan Ogos adalah trade yang akan mencabar kerana Ogos bermakna 8... dan nombor itu membawa maksud samada ianya menambah menjadi 13 atau menurun menjadi 5.

- Kita tidak bertaruh atau betting apa-apa.. tetapi kita menjangkakan EURUSD ini akan buat "topping" di dalam bulan Ogos. Well..,, sebenornya kita tak tahu apa-apa pun. Tapi kita ada "feeling". Kemudian nanti kita lihat bagaimana lah ye... forecast feeling tu tak gerenti apa-apa pun... it's just "feeling" or "dreaming" sdn bhd aje... kiki

- Forecast minggu depan:- Level Fibo 100% dan 78.6% adalah support. InsyaAllah..., selepas retrace sedikit ke bawah kita akan bersama-sama bikin double top ke level 161.8% dan kemudiannya kita akan cuba short JIKA ada tanda divergence dan candlestick reversal pattern.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

Check Pivot